Ramai rakan-rakan tanya, selepas ini julia merancang nak pergi travel ke mana pula? Kami sekeluarga dah lama merancang nak melancong ke Movie Animation Park Studio yang terletak di Ipoh, Perak. Tapi tak pergi-pergi lagi sebab tengah menabung. Almaklumlah bukan murah harga satu tiket nak masuk ke sana tau. Kena kental sikit bab menyimpan, tapi hati ini tak sabar dah nak selongkar isi taman hiburan di MAPS tu haha. 

Kebetulan tengah cari info di Google mengenai tempat menarik di MAPS, julia kan suka buat tentatif awal ke tempat melancong senang nanti dah cukup duit baru terus pergi, maka terbaca di internet Yeo's anjurkan satu peraduan. Wah kebetulan, pucuk di cita ulam mendatang ! Korang tau tak Yeo's anjurkan peraduan mudah untuk sertai dengan hadiah mingguan percutian ke MAPS Ipoh Perak.

Wow! Menariknya! Teruskan membaca...😃😄

Sebelum julia nak kongsikan cara bagaimana nak sertai peraduan best dari Yeo's ini mari baca dahulu apa kebaikan nutrien penting dalam setiap minuman Yeo's Yeogurt okey.

Kebaikan Minuman Yeo's Yeogurt

Setiap hari tak kira masa kita selalu dengan rutin seharian yang sibuk. Macam mana nak kembalikan mood sentiasa ceria dan riang adalah menikmati keseronokan yang cepat dan berkhasiat yang baik untuk perut kita. 


Ada banyak pilihan, sudah semestinya julia paling sukan Yeo's Yeogurt perisa Mango!


Itulah sebabnya kita harus mencuba minuman Yeo's Yogurt lebih-lebih lagi menjelang bulan Ramadan yang akan tiba tak lama lagi. Terdapat banyak kebaikannya yang paling penting rasanya sangat sedap dan boleh berikan keceriaan dalam sekelip mata, di mana sahaja kita semua berada. 

  • Chilled-free & tetap segar walaupun di simpan dalam persekitaran suhu bilik.
  • Baik untuk sistem pencernaan anak dan dewasa. 
  • Satu sumber Protein dan mengenyangkan.
  • Tiada pengawet tambahan.
Nak dapatkan minuman Yeo's Yeogurt yang sedap ini mudah sahaja, pergi ke kedai serbaneka, pasaraya serta kedai runcit sekarang ini pun sudah banyak menjual minuman ini tau. Sangat mudah didapati termasuk di stesen minyak juga.

Minum Yeo's Yeogurt menangi percutian MAPS Ipoh Perak !
Ya, beli, minum, snap resit dan hantar semudah itu. Ye ke? Tak percaya, nanti julia kongsikan dibawah tau haha. Untuk makluman semua, terdapat lebih kurang 40 daya tarikan buat pengunjung termasuk 23 jenis pertunjukan di sediakan dalam MAPS tau. Itu sebab menjadi impian julia untuk bawa anak ke sini suatu hari nanti. 

Bila Yeo's Yeogurt buat peraduan, haruslah join dengan suami sama-sama, nak menang cepat haha.

Untuk pengetahuan pembaca semua, banner peraduan inilah yang menarik perhatian julia untuk uar-uarkan disini. Julia tahu bukan julia seorang sahaja teringin nak ke MAPS, ramai lagi pembaca setia julia teringin nak ke sini betul tak. Kalau nak tahu macam mana nak sertai peraduan ini sila scroll ke bawah, julia ada cerita cara-cara nak join.

Yeogurt Sedap & Sihat #TerbaikRamadan
Cara nak sertai peraduan ini cukup mudah sekali.
Siapa suka minum produk Yeo's Yeogurt atau baru nak mencuba minum boleh sertainya sekarang. 

Tiga langkah mudah iaitu:
1. Beli produk Yeo’s Yeogurt berharga RM5 dalam satu resit.

2. Ambil gambar resit rasmi dan taip.

(Nama Penuh, No. Kad Pengenalan dan Nombor Resit Rasmi)

3. Hantar resit WhatApps 012-2124873

Tempoh Peraduan.
6 April hingga 31 Mei 2018

Hadiah-hadiah menarik!
Paling teruja sudah semestinya hadiah mingguan kan ! Antara hadiah yang mungkin menjadi milik kita sekeluarga dan anda sekeluarga ialah...


Hadiah Mingguan x 5 pemenang x 8 minggu
  • Pas Seharian Untuk Sekeluarga (2 Dewasa + 2 Kanak-Kanak) ke Taman Tema Animasi Pertama di Asia, Movie Animation Park Studios (MAPS).
Jadual Cabutan Mingguan

Minggu 1 : 6 Apr – 12 Apr’18
Minggu 2 : 13 Apr – 19 Apr’18
Minggu 3 : 20 Apr – 26 Apr’18
Minggu 4 : 27 Apr – 3 Mei’18
Minggu 5 : 4 Mei- 10 Mei’18
Minggu 6 : 11 Mei – 17 Mei’18
Minggu 7 : 18 Mei – 24 Mei’18
Minggu 8 : 25 Mei – 31 Mei’18

Bagaimana pemenang di pilih?
Semua pemenang di pilih melalui sistem rawak komputer. Pemenang akan dihubungi melalui telefon dan dikehendaki menjawab 1 soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai pemenang. 

Simpan resit pembelian tau, nanti kalau menang kena tunjuk bukti pada pihak Yeo's masa tebus hadiah.

Teruja kan, bukan setakat kita je, tapi boleh pergi dengan keluarga tercinta ke Taman Tema Animasi Pertama di Asia, Movie Animation Park Studios (MAPS), Ipoh. Wah!

Sudah tahu cara-cara kan, sekarang jemput tonton video ni sampai habis! Pasti korang tak sabar kan, mana tahu dalam banyak-banyak tu tercatat rezeki korang, yang penting sekali sambil minum Yeo's Yeogurt pun leh sertai peraduan ini. Mudah sungguh. 

#KontesYeogurt  #TerbaikRamadan  #Sedap&Sihat  #YeosMalaysia

Tak payah nak cipta slogan ke, mengarang berapa patah perkataan ke, hanya perlu snap resit dan hantar je tau. Kalau macam tu, nak bagi tahu suami beli Yeo's Yeogurt selalu penuhkan dalam peti ais haha mudah betul. Jangan lepaskan peluang keemasan ini ya, selamat sertai peraduan jom kita !

Untuk info lanjut boleh layari :
FB: https://www.facebook.com/YeosMalaysia

IG: https://www.instagram.com/yeosmalaysia/

Twitter: https://twitter.com/YeosMalaysia

Youtube: https://www.youtube.com/user/yeosmsia

17 Comments

  1. wooooooo mudah gila. takyah selfie eh. nak cuba laaaa

    ReplyDelete
  2. Wahh .. . Menarik! Hadiah best, senang lak tu....

    ReplyDelete
  3. wahh,menarik contest ni.Mudah pula syarat contest

    ReplyDelete
  4. Senangnya! Ok kang nak pegi belilah.. boleh terus join contest mudah ni

    ReplyDelete
  5. Uikss senang ja, nak masuk lah. Mmg selalu beli pun yeos ni

    ReplyDelete
  6. Wah..nak try masuk setiap minggu sampai menang la. Teringin juga nak g MAPS jugak!

    ReplyDelete
  7. Wahh seronoknya. Minum Yeo’s Yeogurt boleh menang hadiah

    ReplyDelete
  8. simplenyee...boleh join banyak2 ke ni?waahhh..kalau dapat ni memperona rasanya kata org perak..huhuuh..dah dekat tapi bak kata juju...tiketnyaa walamakk...

    ReplyDelete
  9. Cuti sekolah baru ni eiza sekeluarga gi MAPS. Memang best. Nak cuba peraduan ni pulaklah. Mana tahu boleh pergi lagi untuk kali kedua.

    ReplyDelete
  10. Balik keja ni terus cari yeos. .mudah sangat penyertaan

    ReplyDelete
  11. Hadiah menarik... yogurt ni pun memang sedap. Suka orange

    ReplyDelete
  12. Mudahnya nak menang. Impian anak-anak ni nak pergi MAPS.

    ReplyDelete
  13. Wah mudahnya syarat penyertaan .. harus joinnnnn

    ReplyDelete
  14. Wahhh nak join laa...mana tau tuah ayam nampak di kaki

    ReplyDelete
  15. haaa.. betul betul.. nak . murah.. nak free joinlah peraduan mcm ni kan

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)