Pemeriksaan Kesihatan Menyeluruh Anak di Rampai Puteri Medical Centre

by - Tuesday, April 10, 2018


Sudah lama aku sebagai ibu tergerak hati nak cari pakar kanak-kanak untuk buat pemeriksaan keseluruhan tentang kesihatan anak siapa lagi kalau bukan Abg Qaiser Ilman. Anda yang setia baca blog aku pasti terfikir buat apa hantar anak ke sini, sakit apa? 

Betul tak, pasti soalan pertama tu muncul di fikiran anda kan. Perlu kah sakit baru bawa jumpa doktor pakar kanak-kanak? Tak semestinya...

Qaiser ilman (abg Qi) sudah berusia 5 tahun 8 bulan. Tidak pernah seumur hidupnya di beri ubat cacing. Tujuan utama selain nak datang berbincang dengan doktor pakar pasal perihal ubat cacing, nak kongsi kisah pemakanannya.

Untuk pengetahuan kalian semua, picky eater adalah lebih besar masalahnya dari tujuan asal tadi mengenai kisah ubat cacing tau. Nanti aku cerita lebih mendalam soal ini, teruskan membaca ya. 

Bagaimana julia tahu tentang Rampai Puteri Medical Centre.
Kebetulan, semasa sedang Google di internet nak cari klinik atau hospital pakar yang berdekatan dengan rumah. Kajian demi kajian di buat di internet, terbaca sisipan ruangan di blog Ben Ashaari ada kongsikan entry terbaru mengenai 'Tonsil menghantui 3 beradik' . 

Baca punya baca, beliau kongsikan nama tempat dia bawa anak-anak dia ke Rampai Puteri Medical Centre. Oh di Setapak, dekat tau ! 

Paling buat aku teruja sangat sebab, bayangkanlah dia menetap jauh pun sanggup datang kerana layanan profesional dengan harga berpatutan. Maksudnya bukan kita duduk sekejap bagi tahu anak sakit apa dan terus beri ubat tau.

Itu yang membuatkan hati aku pantas dail nombor telefon dan tetapkan sesi temujanji semalam.
 Cek berat dan tinggi dulu sebelum jumpa doktor.

Persepsi pertama kunjungan.
Jam 5 petang dah sampai, dari Gombak ke Setapak sangat dekat. Pertama kali lihat secara live hospital Rampai Puteri Medical Centre. Selesa, tenang dan ramai juga orang walaupun hari bekerja tau.

Terus ke kaunter pendaftaran, isi butiran dan tunggu waktu temujanji jam 5.30 petang. dalam jam 5.40 petang aku dan suami di panggil, tak lama menunggu pun. Kami dibawa berjumpa dengan Dr. Fadzlina, Perunding Pediatrik Rampai Puteri Medical Centre (RPMC)

Senang nak cari sebab setiap bilik ada nama khas doktor. Tempat sangat selesa, berhawa dingin dan ada beberapa TV di sediakan. Kerusi hijau ni buat hati aku pada mulanya rasa berdebar-debar, tapi bila lihat warna hijau, terus rasa macam mendamaikan hati sikit. 
 Sungguh kondusif!



Sambutan mesra doktor...
Setibanya di bilik Dr. Fadzlina, beliau berdiri dan menghulurkan tangannya beri salam. Terus rasa hilang debaran tu, sambil melihat sekeliling dalam bilik doktor yang ceria dan penuh mainan. 

Ya ada mainan haha, aku tengok abg Qi tak keruan dah, tapi aku minta dia duduk di kerusi doktor dulu. Doktor minta aku yang duduk tau, bukan anak dulu sebab nak bincang soal kesihatan anak dulu. 

Okey, bila abg Qi dapat signal untuk bermain apa lagi suka lah dia kan...dia tak tau yang mak dia berdebar sakan dah dalam hati hahaha.


Aku ceritalah kisah abg Qi, tujuan datang nak buat pemeriksaan menyeluruh kesihatan si anak. Cerita kisah bulan lepas beliau kena chicken pox, tahun lepas kena denggi. Kemudian aku selitkan masalah picky eater dan ubat cacing dalam sesi temu bual bersama doktor. 

Seronok dia, pantang nampak ala-ala mainan lego dia boleh duduk diam tak kisah dah berapa lama pun haha. Budak-budak kan.

Ubat cacing  vs Picky Eater.
Suami paling banyak memberikan kerjasama dalam soal jawab dengan doktor. Tau isu apa di tekankan dahulu?

Isu picky eater. Itulah isu yang paling lama doktor soal siasat kami. Nanti aku cerita...

Ubat cacing doktor ada jelaskan di akhir perbualan, tapi aku cerita dulu kisah ini ya. 
Ada rakan aku kongsikan persoalan tentang isu ubat cacing. 

Ada yang cakap:
  1. setiap 6 bulan sekali kena beri. 
  2. tak ada waktu tertentu untuk bagi anak makan ubat cacing.
  3. kalau ada simptom baru bagi.
Nak tahu penjelasan Dr. Fadzlina?
Kita berada di bandar risiko nak dapat masalah cacing untuk budak-budak sangat rendah berbanding masyarakat yang tinggal di pedalaman contohnya Orang Asli, dan mereka yang selalu berjalan kaki ayam tanpa menggunakan kasut atau selipar. 

Logik! Cacing kan datang dari tanah, kalau tak berkasut atau makan dari unsur tak bersih macam buah-buahan yang jatuh risiko nak dapat cacing mungkin tinggi la.

Seterusnya doktor jelaskan tiada waktu tertentu pun untuk dapatkan ubat cacing ni sebenarnya. Itu bukan bermakna kita sebagai ibu bapa ambil mudah. Buat pemerhatian:
  • ada tak cirit birit berlarutan?
  • hasil pembuangan berminyak tak?
  • ada nampak cacing timbul selepas anak buang air besar?
Itu soalan yang berlegar di fikiran, sepanjang lihat abg Qi tahap buangan air besar dia elok dan tak ada pula dia merengek sakit perut. Lega disitu... 



Picky Eater bukan masalah biasa, tapi sangat BERMASALAH jika dibiar berlarutan...
Masuk isu ini, terus soalan bertubi-tubi doktor tanya kami berdua. 

  • Kerja mana
  • Balik jam berapa
  • Dari pagi sampai tengah malam apa sajian anak makan
  • Jam berapa anak makan setiap sesi
  • Bangun jam berapa
  • Makanan apa yang dia selalu suka makan
  • Makanan apa yang dia tak nak makan
  • Cara masak? Beli atau masak sendiri?
Itu soalan apa yang aku ingat, sebenarnya banyak lagi soalan doktor tanya dan dia catit di dalam kertas seperti gambar diatas. 

Kalau anak korang ada masalah picky eater dan lain-lain perihal dari bayi sehingga kanak-kanak datanglah rujuk dengan beliau. Nampak betapa profesionalnya dia beri soalan, beri penjelasan dan eye contact yang sangat A. Aku puas mendengar setiap bait penjelasan dan penerangan yang diberikan. 

Aku terkedu nak jawab satu-satu sebenarnya, sebab kebanyakkan masa anak banyak dengan suami sebab suami kerja sendiri berbanding aku yang terikat dengan kerja pejabat dan tak tentu masa waktu balik. Maka suami lebih mengetahui makanan apa yang lebih banyak masuk dalam perut si anak. 



Bawa buku rekod kesihatan anak terdahulu, jika doktor minta baru beri.
Mujur bawa buku rekod kesihatan anak (buku imunisasi), doktor minta nak lihat rekod. Sedang asyik buat graf untuk berat dan tinggi. Katanya normal dengan usianya, tapi dari segi pemakanan tidak normal. Kena rawat kes ini sedalamnya. 

Nampak betapa isu ini diambil berat. Aku tak sangka bila berbincang, rupanya ia membawa risiko paling besar untuk kesihatan anak. Setakat bagi susu sahaja tidak mencukupi, kerana zat seperti sayur dan buah tiada langsung. Itulah picky eater kata doktor, pandai memilih. 

Pandai memilih lebih berisiko tinggi, kekurangan gizi seimbang. Abg Qi tak suka sayur dan buah. Sudah banyak kali ajar dia makan, cuba terangkan. Rupanya doktor detect konsep makan bersama ibu dan ayah jarang sekali bersama. 

 Sedang lakukan pemeriksaan menyeluruh, gigi, dan badan.



Task meal plan khas untuk picky eater.
Aku cuma ada masa waktu Sabtu dan Ahad. Kira waktu yang betul-betul aku dengan anak. Maka doktor pun beri aku dan suami task meal plan yang aku kena buat dalam tempoh 3 bulan. Itu sample meal plan untuk umur 4 ke 6 tahun. 

Tapi doktor ada beri catitan lain dalam bentuk jadual yang lebih detail untuk aku catatkan masa dan makanan apa aku beri setiap hari Sabtu dan Ahad. 

Belajar resepi baru
Aku kena belajar buat nugget tempura, beli tepung tempura dan blend sayuran halus buat nugget homemade. Itu saranan dia sebab abg Qi memang suka makan nugget. Tepung tempura boleh kurangkan warna sayuran tau. 

Picky eater memang akan menjauhi warna makanan, tak suka warna warni dalam makanan. Maka kita kena olah cara sembunyi dan tak nampak langsung warna tu. 

Oh baru aku tahu tips doktor. Nanti aku nak cuba buat.

Boleh teruskan consume...
Consume suplimen penggalak makan dan vitamin kepada anak boleh diteruskan, tiada masalah. Itu sebabnya aku ke sini bincang soal ini, takkan kita nak bergantung kepada suplimen semata-mata kan, kena tambah ilmu parenting, nampak remeh tapi masalah ini sangat besar di mata seorang doktor.

Itu yang buat aku terbuka minda, banyak yang aku kena belajar dengan suami. 

Banyak lagi info lain doktor kongsikan dekat aku, tapi tak semua la aku jelaskan di sini tau. Tak sangka masa hampir sejam berurusan dengan beliau. Doktor selalu tanya, ada soalan apa-apa lagi puan nak tanya?

Puas hati dengan layanan dari staf dari kaunter sehinggalah berurusan dengan doktor pakar kanak-kanak. Betullah cakap blogger Ben Ashaari, mereka beri layanan seperti apa yang kita kehendaki selama ini. Betul-betul berpuas hati.

Suami pun beri pandangan yang sama, dia suka tahap layanan, servis yang laju dan doktor sangat peka dan ambil maklumat secara detail sekali. 

Soalan yang kita sangka tak ditanya itulah di tanya, rupanya doktor bukan sekadar merawat, tapi mengkaji setiap masalah yang kami utarakan dengan sedalam-dalamnya.

Lihat ubat cacing inilah yang diberikan untuk abg Qi. Balik rumah selepas makan nasi sikit, abg Qi terus makan ubat cacing yang dibekalkan oleh Hospital Rampai Puteri Medical Centre. 

Harga sangat berbaloi, harga yang kami selalu bayar di klinik swasta biasa lebih kurang, tapi kelebihan disini dari segi perhatian lebih, kajian lebih mendalam setiap kes kesihatan dan layanan sangat profesional. 

Tanyalah apa sahaja soalan, mereka tak pernah kata 'saya tak tahu'.

Keluar sambil tersenyum aku saat melangkah keluar dari RPMC. Pasti kembali lagi, hati terpaut dekat sini dah haha. 
Kad temujanji, next checkup 3 Julai. 

Aku rekemen pada kalian, layanan dan perhatian dekat sini sangat 1st class setanding dengan harga. Tidak terlalu mahal dan tak terlalu murah, berbaloi dengan caj di kenakan. Malah aku rasa belum pernah lagi dapat khidmat konsultasi yang begitu mendalam sebegitu rupa tau.

Kelebihan RPMC sendiri ia mempunyai klinik dan wad pediatrik serta pakej bersalin. Banyak info terkini yang aku boleh baca di setiap dinding RPMC. Senang tak payah tanya soalan yang sama di kaunter. Menarik!

Keluar dengan hati gembira, insya-Allah aku cuba untuk ikut jadual meal plan tu nanti, pastu aku kena reka REWARD CHART. Maksudnya bila abg Qi berjaya ikut makan sayur atau buah salah satunya kita tampal bintang dekat chart tu, pastu kita letak reward apa dia dapat nanti.

Tak sabar nak buat chart haha. Doakan aku ye. 


Rampai Puteri Medical Centre


Alamat: 
No 9 & 11, Jalan Seri Rejang, Rampai Business Park South, 
53300 Setapak, Kuala Lumpur Malaysia.

Clinic: +603-4131 2039
Office: +603-4144 4831 
E-mail: admin@rampaiputeri.com
Monday - Friday @ 9.00am - 10:00pm



You May Also Like

14 Komen Sini [Click]

  1. wahh bagusnyaaa nmpk pun mcm good servie ya :D

    ReplyDelete
  2. Hurmm..panjang penjelasan juju..tq sangat dan akan k.sal kongsikan dengan member gak part picky eater tu..majority ramai anak yg gitu...tq sgt juju..

    ReplyDelete
  3. Info bagus ni. Teeima kkasih Kak Juju

    ReplyDelete
  4. isu Picky Eater ni.. mmg elok la bawak Hannah. umur 8 thn leh ke. huhu.

    ReplyDelete
  5. Bagus yer dapat macam2 ilmu. Nnt share la resepi tempura sayur tu. Boleh try bagi kat anak huda juga

    ReplyDelete
  6. Bagus kan servis tip top camni, bayar mahal pun takpe.

    ReplyDelete
  7. Bagusnya servis elok..semua pertanyaa dijawab ye..

    ReplyDelete
  8. suka kalau servis pun bagus. Lengkap penerangan,kita pun puashati.

    ReplyDelete
  9. Rasa seronok baca cerita Juju. Nak gak laaa bawak anak kak nina check up kat sini. Derang pun memang picky eater. Nak gak tips dari doktor

    ReplyDelete
  10. bestnya layanan sebegini budak2 pun x takut.

    ReplyDelete
  11. semoga cpt sihat bamqi... so btul la ye ada cacing tu .. huhu. teringat dulu2 timekecik ada cacing hehe

    ReplyDelete
  12. Waaah.. bagus ni. Barulah padan ngan bayaran kan

    ReplyDelete
  13. Wah, kalau baca memang panjang lebar. Maksudnya memang sangat direkomenlah tempat ni. Info bagus untuk ibu bapa yg tercari tempat untuk buat pemeriksaan penuh kesihatan anak

    www.iburayyan.com

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER