Aku ni kadang-kadang, dalam tengah sibuk buat sesuatu yang aku minat, tak bermakna aku dengan dunia aku sendiri. Ada kala aku boleh buat 2 ke 3 kerja dalam satu masa. Menilai orang, melihat peribadi orang, melihat perbezaan nyata dalam dirinya.

Tak kisah siapa sahaja, aku suka menilai dari sudut apa positif input yang aku boleh perolehi dari dia. Bukan bodek ye, tapi lebih kepada perkongsian ilmu tentang imej diri. 

Tahu tak, terkadang bila kita melihat kelebihan yang ada pada orang lain iaitu kawan kita sendiri, sahabat kita sendiri, ada tak pernah terlintas untuk ucap tahniah secara bersungguh-sungguh tanpa di selitkan dengan kata perlian?

Nowdays, sesetengah orang bila lihat sahaja rakannya berjaya dapatkan sesuatu benda atau di beri penghormatan sesuatu perkara dimulakan dengan ayat gurauan, ayat perlian, ayat tidak menunjukkan sokongan padu kepada rakan tersebut. 

Why?

Perlu ke kita membuang masa untuk ke arah negatif selalu? Ada pernah tanya bagaimana dia boleh sampai ke tahap itu?

Itulah konsep iceberg. 
Di bawahnya penuh cabaran, dugaan dan rintangan malah mungkin makan tahun untuk rakan kita tu sampai ke tahap apa yang dia ada sekarang. Kita hanya sekelip mata terus perli....menjauhkan diri....menyepikan diri....seolah-olah kita tak layak untuk berkawan dengannya lagi...apa rasa perasaan kawan tersebut?

Serius! Dia juga terasa, tiada rakan yang sebetulnya berkongsi rasa gembiranya...dikala dia tiada apa-apa ramai kawannya...bila dia di dapat sesuatu kurniaan yang tak disangka mula lah menjauhi dirinya...salah tu.

Aku nak ubah persepsi orang berfikiran macam ini, bila kita melihat kejayaan orang lain, kita ucap tahniah sebaik mungkin, kita belajar dan lihat apa yang di laksanakan, tindakannya, caranya dan berapa lama dia dapat capai apa yang dia sudah ada sekarang...

Itulah tindakan positif...bukan dengan gurauan sebegitu...ye betul ada kala jawapan selamat kita sebab kita bergurau...tapi sebelum bergurau kita kena fikir dulu adakah gurauan kita itu boleh menyebabkan rakan tersebut boleh terasa 'Salahkah aku berkongsi gembira dengan rakan yang sealiran dengan aku?' kesian si dia. Bagi dia ruang kawan...gurau kena bertempat juga. 

Sebagai manusia, kita perlu belajar seimbangkan emosi, jangan terlalu rasa cemburu, tukarkan sedikit cemburu itu kepada tindakan untuk jadi seperti mereka. Ya baru kita rasa bersemangat untuk bersaing secara sihat...



Please friends, ramai sekarang semakin kecundang dari segi sikap. 
Sikap dengan profesion yang di galas tidak melambangkan diri anda sendiri. Rajin-rajin untuk tambah ilmu motivasi diri dulu, baru kita boleh tahu kesan diri kita kepada orang lain bergaul macam mana yang tidak menimbulkan sebarang reaksi negatif tu.

Batasan dalam diri.
Kadang-kadang geram juga rasa di hati, sesetengah manusia suka meletakkan diri batasan untuk mencuba sesuatu yang baik. Dijawabnya nanti orang kata dia menunjuk-nunjuk pula...

orang kata...
orang kata...
orang kata...

Itulah kita sebenarnya, terlalu ambil apa orang kata negatif tentang kita...please move forward, please...

Kita ke depan, kita cuba lakukan tindakan dalam senyap pun tak apa, tapi jangan terlalu meletakkan batas dalam diri terikut dengan orang kata sinis terhadap diri....

Itu yang buat kita tertanya, KENAPA AKU MASIH BEGINI, kenapa orang lain dah begitu.

Jawapannya ada dalam diri anda...ORANG KATA. Thats it. Susah nak jumpa orang yang suka hargai kejayaan orang lain secara ikhlas...selalunya akan diakhiri dengan budaya suka memerli satu sama lain sama ada secara lisan atau tidak lisan...stop it!

Do it now, plan it now, sharing your goal to others. 
Bila dah capai impian, berkongsilah dengan cara yang paling sopan, bukan riak dan tadbur. Ujian rezeki ni kadang-kadang lebih berat dari yang masih menanti... maka kedua-duanya kena ada keseimbangan.

Kalau rasa nak ilmu motivasi, aku cadangkan beli buku di sudut self help, kat situ lah guru paling dekat yang kita boleh tambah ilmu untuk cerdikkan hati...lepas tu kongsilah dengan kawan-kawan...jangan malas.

Orang malas, memang suka beri alasan, kritikan tak membina, suka berkata sinis terhadap kejayaan orang lain...aku tak berkawan orang macam ini...sorry ya.

Nasihat aku, jangan terlalu letak batasan dalam diri...rancang dalam diam, hargai orang yang berjaya...kita belajar dari mereka, jangan malu untuk bertanya...nanti kita dapat rasai nikmat capai matlamat yang bertahun kita impikan...

Alhamdulilah. 

1 Comments

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)