Booking.com

How to make your own camera bag that doesn’t look like a camera bag!

by - Wednesday, April 18, 2018

[Sumber gambar ihsan Google, wording edit by my self]

Bila dah terjebak dengan dunia kamera, pasti kita kena tambah kemudahan seperti aksesori beg kamera. Dalam masa dua hari, aku survey di shopping online. Kebanyakkan memang ada jual jenis water proof dan beg yang memang nampak dari jauh itu beg kamera. 

Kalau travel jauh, dalam negeri atau luar negara, rasa-rasa sesuai tak nak bawa beg kamera yang tulis nama jenama tu? Ada terlintas rasa bahaya tak dari segi keselamatan?

Pernah terfikir tak macam kena pick pocket ke, kena ikut dengan orang tak dikenali ke, kena masuk pencuri masa kita menginap di hotel ke, sekali pun kita terleka letak sekejap di mana-mana pun orang boleh mark dah kita ada gadget tu. Sebab beg kamera dah jelas terang dan nyata tulis brand apa, see!

Risiko itulah yang aku ambil kira, bukan setakat tengok oh itu lawa ini tak lawa, tapi otak aku ni jenis semua segenap pro dan cons aku baca. 

Suka baca blog luar negara tak? 
Mek orang putih nama Susan ni aku suka, dia cerita detail betul macam mana dia urus kamera dia tak nampak macam bawa gadget besar pun bila travel. Banyak tips aku dapat dari dia, terus nak follow sebab dia cerita senang faham dan banyak juga dia travel ke negara Asia. Sumber: http://thetraveloguer.com

Bila tertarik dengan tips Susan, aku pun tergerak hati lah, why not ikut cara dia. Aku pun selamat dari kena intai-intai dengan orang tak dikenali di tempat orang sambil jinjing beg yang ada kamera. 

Hmmm nak tahu jenis beg kamera yang aku survey sebelum buat keputusan untuk DIY beg sedia ada, lets check it out. 

Pada mula aku tertarik yang inilah cuma ada logo aplha, sebab model kamera aku A6300, tapi masih dalam bakul Lazada tu haha. Kecil dan tak besar sangat.  (Sumber gambar: Lazada)
 Survey lagi, nampak beg ni, hmmm tak boleh la rasanya, kalau travel nampak brand Sony sah orang tau tu beg kamera, takkan beg TV plak kan hahaha.  (Sumber gambar: Google)

Ye, kalau nak DIY beg, kena beli padded jenis lembut tu. Kalau terantuk mana-mana tak ada la kamera tu cedera kan.  (Sumber gambar: Google)



Sampai ke pinterest aku discover tau, cutenya beg ni weh! Teruja aku nak beli, tapi ni web mat salleh, acaner la aku nak beli huwaaaaa, orang Malaysia tak nak ke buat khas macam ini hahaha.  (Sumber gambar: Pinterest)
Susan bagi tips, beli hand beg material jenis kulit sebab ia waterproof dan selamat. Pastu tengok blogger momendeavors.com share tips macam ini wahh senang kan. Orang perempuan kan mesti ada beg besar so tak ada masalah buat macam ini. Orang pun tak tau kau jinjing kamera besar tu tau yeyy great tips!  (Sumber gambar: Google)


Minggu ni nak cari padded kat Daiso atau kedai DIY kalau ada, kalau tak ada boleh beli online gak aku tengok macam ada google 'Camera Inner Partition Padded Protector Case Bag For Camera', tapi lagi best kalau dapat pegang material tu betul tak. Sebaiknya ia tebal dan lembut untuk elak gegaran, waterproof, ringan, mudah dibawa dan boleh tukar beg mana sekali pun. Yang ini best!

Kalau kalian terlepas entry lepas, bagaimana seorang gadis jadi gadis mirrorless camera buat pertama kalinya boleh baca klik SINI. 

Sebab itu, bila nak beli apa sekali pun, fikir juga soal keselamatan diri juga tau, bukan setakat barang je selamat tapi kena fikir risiko macam insurans travel pun kena take note. Next time kalau ke luar negara nak cuba beli insurans travel. Senang, kalau apa terjadi ada cover, tak ada lah melancong dalam keadaan bimbang je dimana-mana kan haha.

You May Also Like

3 Komen Sini [Click]

  1. good tips.. memang kena jaga keselamatan harta benda kita semasa travel

    ReplyDelete
  2. Bagus tips ni. Xlah perasan sgt bw beg camera kan

    ReplyDelete
  3. ingat kak juju punya yang gambr kedua last..hehee..bgus la macam ni..takyah beli bag kemara hat mahal2 tu

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Booking.com

FOLLOWER