Booking.com

Buffet Ramadhan 2018 - Taste of Malaysia with Chef Supi at TEMPTationS Renaissance Kuala Lumpur Hotel

by - Thursday, April 12, 2018


Ada perancangan nak berbuka puasa di mana tahun 2018? Belum ada lagi? Julia ada idea jom ke TEMPTationS Renaissance Kuala Lumpur Hotel. Teringin nak berbuka puasa di tempat eksklusif dengan harga berbaloi yang pastinya menyediakan lebih dari 100 jenis sajian dengan tema 'Taste of Malaysia' bersama Chef Supi di sini pasti menjanjikan pulangan terbaik buat anda dan keluarga mahupun rakan sepejabat. 

Menarik bukan temanya...tapi siapa Chef Supi?
Cerita sikit tentang kelebihannya, beliau sebagai Executive Chef di Renaissance Kuala Lumpur Hotel. Sudah berpengalaman luas lebih 15 tahun dalam dunia kulinari. Pernah bekerja di Saudi Arabia, India, Russia, Brunei Darussalam dan juga Singapura. 

Wau! Chef pun hebat sangat tau. Mesti makanan lazat untuk dinikmati sepanjang sebulan Ramadhan 2018. Untuk pengetahuan semua, TEMPTationS boleh muat dengan kapasiti 220 orang dalam satu-satu masa. 

Harga Buffet Ramadhan 2018
Ramai yang nak tahu harga buffet Ramadhan 2018 kat sini. Untuk harga kategori dewasa RM138 nett untuk seorang manakala untuk kanak-kanak berumur dari 6 tahun sehingga 12 tahun setengah harga dari harga dewasa. 

Antara tarikan sajian menu ala Melayu di sini anda boleh menikmati: 
  • Sup tulang rawan
  • Rendang daging
  • Ayam percik
  • Kari Kambing dengan ubi kentang
  • Sambal sotong petai 
  • Roasted whole lamb
  • Bubur lambuk
Menu ala Chinese dan India juga turut di sajikan antaranya:
  • Roasted chicken marinated with ginger, shallot & 5-spices
  • Wok - fried black pepper beef
  • Braised broccoli & scallop with crab meat sauce
  • Hyderabad mutton briyani rice with cucumber raita 
  • Amchoori bhindi
Boleh jamu mata lihat mouth watering menu utama, pastinya ada boleh rasai daya tarikan tersendiri di sini. 








Ikan Bakar
Bagi pengemar Ikan Bakar, anda boleh merasai pelbagai jenis ikan yang akan dibakar panas-panas. Ikan bakar sangat top disini, ramai menyukainya kerana rasanya yang sedap dengan perapan resepi istimewa. 


Sate dan kuah kacang.
Sate dengan kuah kacang bersama nasi impit, bawang dan timun lengkap hidangan berbuka puasa. Kuah kacang tu julia puji, cukup pekat dan terasa sangat sedap.  


Banyak betul kerabu, antaranya kerabu mangga, kerabu sotong, kerabu tauge dan bermacam lagi. Setiap satunya punya rasa tersendiri. Penarik minat utama dalam diet seimbang. 

Sepanjang berpuasa, kita perlukan serat dengan banyak. Lihat banyak betul sayur dan ulaman dengan bermacam jenis sambal belacan untuk kita layan diri. Julia memang suka makan sayur ulaman lagi-lagi musim bulan puasa, inilah yang julia cari untuk stamina badan kekal sihat dan tak mudah lesu. 



Seafood 
Pengemar seafood, anda pasti tersenyum! Pelbagai jenis udang, kepah turut disajikan di sini. Segar dan  kenyal isinya itu bermakna ia di tuai segar dari pembekal. Sushi juga banyak pilihan. 



Noodle Station
Ada 5 jenis mi untuk anda rasa. Meriahnya! Asam laksa, mi rebus, laksa Johor, mi kari dan mi udang. Setiap kuah mi julia ambil bau dan rasai, pekat dan sedap. Puas hati ! 

Kadang-kadang kita jemu nak makan nasi kan, noodle station boleh jadi pembuka selera dulu. 


Lemang Bakar.
Tak perlu tunggu nak raya nak rasai lemang bakar, hadir sini berbuka puasa boleh rasa terus lemang bakar dengan gandingan 3 jenis serunding. Julia rasa serunding daging paling berjaya memikat selera julia sekeluarga. Sedap dan memang banyak kali makan serunding daging tu. 



Dessert selection
Anda boleh rasai pelbagai jenis pencuci mulut, setiap satunya di potong dan dibuat dengan penuh teliti, cantik dan tersusun. Sebelum ambil makanan, julia suka melihat kesenian susunan yang menarik diatas dulang dengan lapik daun pisang. 

Nilai tradisi daun pisang itu sudah menunjukkan Taste of Malaysia kerana kebanyakkan tradisi orang Malaysia dulu kala banyak menggunakan daun pisang untuk alas makanan.

Antara kuih tradisi yang akan anda jamu selera berbuka puasa ialah:
  • Seri Muka
  • Kuih Ketayap
  • Kuih Kasui
  • Kuih Lompang
  • Lupes gula Melaka
  • Buah Melaka kukus
  • Karipap
  • Puding
  • Kek
  • ABC
  • Ice Cream
dan banyak lagi...buah kurma yang berkualiti tinggi disediakan untuk pengunjung. 






Jangan lupa anak kecil !
Bagi anak kecil mereka suka makan biskut kan, lihat ada tin biskut zaman dulu kala. Anak julia suka makan biskut tu tau, sedap dan tak manis sangat. Jadi tiada sebab kenapa anda kata sajian disini hanya untuk orang dewasa sahaja. 

Buah-buahan
Lihat cara potongan buah-buahan disini, tersusun rapi dan cantik untuk diambil. Julia memang peka dengan kesenian dan suka lihat benda-benda kreatif. Bila nak makan berselera sebab ia juga beri minat dan mood untuk kita terus makan makanan yang berkhasiat. 

Air minuman
Lebih kurang 5 jenis minuman sejuk boleh di minum antaranya air bandung. Sedap air bandungnya. Kalau nak minum minuman panas turut disediakan. Free flow, minumlah sebanyak mana mahu. 

TEMPTationS Renaissance Kuala Lumpur Hotel yang terletak di East Wing lobi sangat luas. Kapasiti yang julia maklum awal memang membuktikan restoren ini boleh tampung jumlah pengunjung dengan ramai. 

Suasana selesa, eksklusif dan pencahayaan yang cantik buat hati rasa nak datang nanti untuk berbuka puasa disini bersama suami dan anak lagi nanti. 



Antara menu yang sempat di rakam, sedap-sedap belaka. Ambil sikit supaya dapat rasa semua. Ternyata mereka tekankan kualiti setiap makanan. 

Jom Kambing Bakar / Nak tengok siapa Chef Supi?
Itulah yang sedang nak potong kambing bakar. Kebetulan pakai baju biru, sama pula dengan tema tudung julia kan hehe. I kasi 4 bintang, cukup rasa kelainan. 

Memang sedap la kambing bakar kat sini. Ada nasi  khas di tepi kambing bakar, sambil menjamu selera kambing bakar boleh makan nasi tu sekali. Walla !

Kalau nak tempah banyak, ada kelebihan yang boleh anda perolehi. Tempah untuk 20 orang, dapat 1 orang berbuka puasa secara percuma. Tunggu apa lagi, buat tempahan awal sebelum penuh. Parking di sediakan.

Jemput tonton live video. Klik !

Untuk keterangan lanjut boleh dapatkan info dibawah, selamat merancang berbuka puasa dan selamat menjalani ibadah puasa tidak lama lagi. 

Renaissance Kuala Lumpur Hotel, 
128, Jalan Ampang, Kampung Baru, 
55000 Kuala Lumpur 
Wilayah Persekutuan

Tempahan: 03-2771 6692 
Email: rhi.kulrn.fb@renaissancehotels.com

You May Also Like

10 Komen Sini [Click]

  1. banyak gila makanan yang disediakan ...... kenyang bebetul kalau makan kt sini....

    ReplyDelete
  2. Ya ampun banyaknya makanan. Memang kenyang betul nie!

    ReplyDelete
  3. Perghhh ... Semua menu terangkat. Terliur nengoknya. Huhuuu...
    Cantik laaaa cafe dia! Tenang jer...

    ReplyDelete
  4. Ai suka makan kat Temptations, banyak pilihan. So far menu paling best ai makan ketam salted egg. Sedap! Sedap!

    ReplyDelete
  5. meriah juju..kalo p buffet ramadhan ..rambang mata tgk lauk pauk mcm2 kn...kambing bakar wajib ada

    ReplyDelete
  6. belum bulan puasa pun dah meleleh air liur tgk gambar2 tu huhuu

    ReplyDelete
  7. Menariklah bufet ramadhan tahun ni, tak sempat lagi nak pergi review kat mana² hotel.

    ReplyDelete
  8. Fuhh, meriah buffet Ramadhan dekat sini. Macam macam ada :)

    ReplyDelete
  9. dessert dia tuhhhhh mak oi , gerammm je kannn.hahhahaa..

    ReplyDelete
  10. Menarik tempat dia..makanan pun sedap dan banyak pilihan..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Booking.com

FOLLOWER