Booking.com

Riang bersama Ice Bucket!

by - Friday, March 02, 2018


Bila orang kuat ajak jom ke IOI City Mall, apa lagi kami berhoorey la sama dengan abg Qi hahaha, kepantangan kami bila di ajak jalan, tak pernah say NO! Tiada dalam kamus NO jalan-jalan kalau orang ajak, kecuali kalau kaki sakit ke baru dok diam-diam. Tapi nanti meronta gak nak ikut haha.

Tak rancang pun nak makan Ice Bucket tau, orang kuat ternampak masa kami dok syok tengok orang ramai dok main ice skating. Orang kuat terpandang ke atas, dia cakap jom nak belanja ICE BUCKET!

ehhhh pucuk di cita ulam mendatang...kalau ajak makan benda pelik-pelik ni of course we all suka mencuba tau. Alaa korang nak juga datang sini senang je, pi kat area ice skating, pastu mendongak lah kat atas sikit kepala tu hahahaha nanti nampak ice bucket. Senang je landmark kan sempoi aku tak mau bagi korang pening, sebab aku pun suka arahan senang ingat. 

Masa kami sampai dalam waktu lunch tau, tengok orang tak ramai pun dalam restoren ni, hmmm best ni langkah kanan, kami pilih port paling cun la dengan lighthing semua, of course si blogger nak bergambar kena cari tempat cun baru mood nak menulis sampai gitu haha. 

Abg Qi tu kan geram kita, orang nak bergambar dia pun nak juga bergambar, orang nak pegang sudip besar dia nak juga, di kasinya juju sudu kecik buat props...bertabah lah ye bila ada budak kecik ni....dia je nak juara bergambar hahahahhaha...tengok la memasing muka ngada-ngada...tau la dessert sedap cun plak tu mau tak bergambar dulu sebelum makan, mujur jiran keliling tak mai lagi kalau tak semua dok pakat tengok kami bergaduh sebab SUDIP hahaha. 😋😂

Menu lain selain ice bucket ada tak?
Korang kedai ni bukan setakat ada ice bucket, rupanya ada western menu dan tak silap nasi pun ada u olss...perghhh elok sangat boleh bawa mak ayah dan atok nenek mai makan sini, tak ada lah diorang pelik anak-anak buat perangai kat ice bucket makan ice setinggi itu je hahaha...aku tau sangat la...

Kalau nak bawa orang tua memang kena ada ciri-ciri nasi dan lauk lain, kalau tak sepanjang table kena bebel makan ice je???? hahaha so dah ada senang keje anak-anak cam aku ni...

Kami pilih menu ice bucket 'Ice Fruit Bucket' fruity heaven. The more the merrier!
Kami nak makan buah banyak-banyak! Lagi pun lately dah jarang makan buah memacam, dengan malas nak potong buah, so dalam jug giant ni penuh buah tau macam buah naga, strawberry, dan macam-macam tau. Puas hati makan!

Chicken popcorn tu sedap sangat...ye sangat sedap! 1 portion tu puas hati 3 orang makan kenyang, di tambah dengan kentang goreng yang super sedap masin halus je...best...sambil menoleh permandangan orang ramai main ice skating bestnya view...

Presenting yang sangat WIN ! Debooom...ada lagi menu ice bucket lain korang datang la sendiri tengok eh.
 RM29.90 murah tau, boleh makan untuk 5-6 orang, 
tapi kami makan 3 orang tau, mau sejam juga nak habiskan siap paksa abg Qi dan orang kuat makan....tak kira habiskan sebab malu kat jiran sebelah kikikiki pengsan nak habiskan tau tak hahahaha.


Tuan tanah dah kenyang, perut dah penuh, malas nak jalan plak dah, siapa nak usung badan i u ols, please orang kuat dukung i please hahahhahaha. Okey selamat berhujung minggu semua...akan datang entry Jakarta & Bandung sambung balik ye....tata!

You May Also Like

9 Komen Sini [Click]

  1. meriah juju ...mmg hebat bole abiskn 3 beranak...akak pn mkn 5 org aritu ngam

    ReplyDelete
  2. Dari hari tu duk menjeling Ice Bucket ni. X dapat2 lagi nk try. Tp kena makan ramai-ramai ni.

    ReplyDelete
  3. Amboi kak jue... besarnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa ice bucket tu!!!

    ReplyDelete
  4. perghhh
    boleh tahan besar ice bucket tu
    nampak pun sedap

    ReplyDelete
  5. Kami makan 3 beranak aritu pun jenuh gaknnak perabis. Apapun mmg menarik Sgt eskrem dia kan

    ReplyDelete
  6. kena bawa gengn kalau nak makan kt situ. beso gila icebuked dia haha

    ReplyDelete
  7. ya ampun sis..besar nyee ice bucket tu..
    menyelerakan sungguh !:)

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Booking.com

FOLLOWER