Bonnisan Himalaya tips untuk anak PICKY EATER !

by - Wednesday, February 28, 2018


Pernah dulu aku paparkan di blog suatu tika dahulu abg Qi suka makan apa yang juju masak. Makanan kegemaran dia sudah tentulah kena ada gulai dan sambal. Dia memang suka makan pedas dan makanan berempah. Bila dah terbiasa dengan kuantiti makanan anak ambil macam biasa, tiba-tiba dia berubah sikap dengan mengurangkan sendiri nak makan makanan biasa dia makan.

Tau sejak bila dia berubah? Sejak dia di uji dengan demam denggi tahun lepas. Sejak dari itulah dia jadi pemilih makanan. Jangan dikatakan sayur je dia tolak, bawang dan segala jenis ikan dan ayam pun dia tak nak jamah. Hanya nasi dan kuah serta telur dadar sahaja yang dia makan.

Risau!
Mak ayah mana dalam dunia tak risau bila anak makan ala kadar dan tak cukup gizi seimbang. Anak-anak seusia abg Qi harus makan makanan tinggi kalsium, karbohidrat, protein dan sumber lain agar dapat membentuk tulang dan sistem pembangunan menyeluruh.

Puas pujuk...makan lah, makan lah...ini bagus, ini sihat, ini sedap...tak dilayan...yang dilayan kartun dan makan sekilas lalu di anak tekak dan pastinya ada lebihan nasi yang tak dihabiskan.

Sedih!
Aku sedih sebenarnya bila abg Qi kurus...semakin kurus. Orang tegur kurus sangat tak macam dulu. Ya, aku ingat normal lah bila dia dah menginjak ke umur 6 tahun sebab faktor perubahan persekitaran.

Tapi aku cepat-cepat cari info dan bertanya geng mak-mak yang aku kenali antara rakan aku sendiri tau. Mereka cadangkan dengan Bonnisan Himalaya. Apa itu Bonnisan? Tablet ke sejenis cecair?

Aku selongkar info di internet, Himalaya Bonnisan secara tradisinya digunakan untuk meningkatkan selera makan, menggalakkan penambahan berat badan dan pertumbuhan yang sihat. Mari aku senaraikan kebaikannya pula.

Kebaikan Bonnisan Himalaya

  1. Perangsang selera makan yang berkesan.
  2. Memastikan pencernaan yang betul, penyerapan dan asimilasi makanan.
  3. Mengurangkan kolik, kembung perut dan senak.
  4. Membantu penambahan berat badan.
  5. Memastikan pertumbuhan gigi sihat.
  6. Meningkatkan pertumbuhan yang sihat dan menjamin kesejahteraan kesihatan.
Bila dah baca fakta kebaikan itu, tak ada lah aku cepat sangat nak percaya supplimen itu, aku teruskan kajian dengan membaca testimonial rakan aku sendiri dan testimonial pengguna lain di internet.

Ternyata, mereka cakap rata-ratanya dalam masa seminggu ke dua minggu lebih anak menunjukkan perubahan positif dari segi peningkatan berat badan dan mahu makan lebih dari kebiasaan. Wahhh! Terus tak sabar nak bagi abg Qi cuba petang itu juga tau.


Apa reaksi anak pertama kali rasa dan dos yang diperlukan?
Abg Qi mula-mula bau dulu haha, pastu macam dia tak nak sebab bau dia macam mint sikit ala macam bau berangin tu kan. Tapi aku bagi gak dia rasa sikit dulu. Acah-acah rasa kat sudu bagi dia test. Dia cakap manis, sedap!

Pastu aku ikut dos di kotak di label itu nyatakan untuk 2 tahun ke atas 2 sudu teh untuk 3 ke 4 kali sehari jika perlu. 

Guna strategi lain. 
Aku bancuh air kegemaran dia, aku campurkan dos tersebut dalam minuman dia. Memang dia tak perasan dalam air dia ada campuran Bonnisan. Hehehe, korang sebagai ibu dan ayah kena bijak. 

Kalau anak jenis susah nak ikut jadual makan korang kena campur dalam minuman dia. InsyaAllah mesti mudah kerja kita.

Mujur penerimaan dia baik. Huh itu pun kena bersabar la ada kala dia tak mau tu jangan paksa, ikut masa lain. Biar dia main dan makan dulu apa dia nak buat. Lepas tu bagi lah dia makan Bonnisan. 

Cara nak simpan Bonnisan Himalaya.
Di kotak Bonnisan ini ada tercatat, simpan Bonnisan dalam suhu bilik. Maksudnya tak di simpan didalam peti ais. Jaga kebersihan setiap kali buka dan menutup untuk elak semut atau habuk hinggap.

Kesan Bonnisan Himalaya selepas 2 minggu ke atas anak.
Kesan dalam masa awal seminggu dia dah mula minta makan. Selepas makan nasi, dia nak tambah nasi tau. Wah ini yang buat hati rasa berputik seronok dia meminta makanan tanpa paksaan lagi tau.

Masuk minggu kedua, dia dah mula belajar cuba pelbagai menu makanan. Cuba nak makan variasi makanan contoh seperti roti, burger dan minuman nak air buah. 

Percubaan demi percubaan dia dah mula menarik minat untuk makan. Cukup rasa syukur bila anak mula nak tingkatkan makan secara kerap. Di harap rangsangan Bonnisan ini dapat melatih dia untuk makan secara seimbang dan kerap makan untuk bina badan sihat.
Rekemen!
Ya, julia sangat rekemen kepada keluarga yang mengalami masalah seperti anak julia. Setiap anak mungkin akan menunjukkan keputusan yang berlainan, ada yang cepat dan ada yang perlu kesabaran. Tapi jangan lekas putus asa. Rutinkan selalu Bonnisan dalam setiap menu. InsyaAllah mesti Tuhan tolong kita dengan cabaran anak kurang makan akan lebih rajin makan nanti. 

Nak rujuk info lebih lanjut dan buat pembelian boleh layari seperti dibawah, sekarang banyak di jual di farmasi dan kedai cawangan Himalaya Malaysia. 

Selamat Berbonissan semua!

FB Page: Himalaya Healthcare Malaysia
Instagram: Himalaya Malaysia
Outlet: Himalaya Malaysia

You May Also Like

12 Komen Sini [Click]

  1. Wahh, bagus ni suka makan vitamin

    ReplyDelete
  2. bagusnya bonnisan ni, IQ nak try dkat anak IQ jugak la, sbb anak IQ pun kurang makan lepas sakit

    ReplyDelete
  3. Moga Qi makin chubby lepas amalkan Bonnisan ni.

    ReplyDelete
  4. waa bijaknya... reti makan ubat..hehe

    https://byshaz.blogspot.my/2018/02/isteri-perlu-ada-pendapatan-sendiri.html

    ReplyDelete
  5. Moga abg qi akan terus kekal sihat makan banyak2 hehehe.. alaalala sama cam Akif jugak takle dia bau2 berangin.. masa minum dia siap ttp hidung hahaha..

    ReplyDelete
  6. Susah hati kan kalau anak tak nak makan ni. Nasib baik dah ada bonnisan ni. Anak Moha pun dah makin berselera. Harap Abam Qi pun semakin kuat makan nanti.

    ReplyDelete
  7. Bertambah la selera Abg qi lps ni

    ReplyDelete
  8. syukur sangat bila Abg Qi dah mula ada selera makan kan.. senang sikit hati juju..

    ReplyDelete
  9. nasib Abang Qi makan
    lepas nih naik balik lah berat tu
    In Sha Allah

    ReplyDelete
  10. nak try bagi little boy juga la. dia ni susha betul nk makan... makan tu makan tapi makan masa yang lama

    ReplyDelete
  11. Sedih kan bila org tegur ank kurus , padahal dah struggle bagi dia makan , nasib baik ada Bonnisan

    ReplyDelete
  12. bagus kan bonnisan ni. semoga anak juju makin selera makan dan sihat

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER