Tiba-tiba aku layan drama Kekasih Paksa Rela !

by - Thursday, January 11, 2018


Bukan main sekarang, masuk tahun baru je perangai baru berubah, aku layan drama Melayu jam 7 petang tau korang, tanpa gagal lagi...cerita Kekasih Paksa Rela. Mula-mula aku tak aim pun cerita macam ini boleh buat aku ketagih haaa ketagih serius gila meroyan aku kalau tak hadap tengok sampai habis.

Kalau terlewat sampai rumah pun, aku sanggup tak mandi lepas balik kerja. Tak kisah la apa orang rumah aku nak cakap, janji aku nak tonton sampai habis.

Seronok plak layan aksi pakcik Am dengan Hanan. Seorang lelaki ego dan seorang wanita yang sangat naif lurus orangnya.

Kadang-kadang mencuit hati, kadang-kadang timbul rasa geram dengan perangai Shiqin yang main watak antagonis. Bukan main lagi ada hati nak tikam belakang, kawan baik punya suami pun nak cuba-cuba try fuhhh....

" Tengok drama ni bagi aku banyak tips macam mana nak handle emosi bila marah, macam mana nak memujuk, macam mana nak kawal ego, aku tengok team pakcik korang tu kan walaupun ego dia bijak mengatur kata, itu yang aku respect ego berhemah dia tu, kadang kala ego lama sangat pun tak bagus, lama sangat nak bagi jawapan haha "

Malam semalam cerita pakcik Am dah mula nak sweet-sweet dengan Hanan, seorang gadis yang baru habis exam STPM. Makin lama aku tengok hanan dah pandai dandan diri tau. Kemain rambut dia ikal mayang, kalau tak dulu rambut lurus cam budak sekolah je. 

Lagi satu, aku suka tengok pakaian barisan pelakon-pelakon dalam ni, semua cantik-cantik geram la tengok. Pandai mereka atur langkah bergaya sekali.

Apa la jadi pada episod hari ini kan, semalam pakcik am dah cari pagi2 buta dekat rumah kawan baik hanan, terkejut hanan. 

Itulah namanya cinta baru berputik, maunya tak jeles ye pakcik hahahaha... i know lah pakcik sayang dekat hanan. Harap hari ini pakcik am cakap lah i love u, nama pun dah suami isteri, jangan ego sangat pakcik, dah kali kedua dah hanan minta cerai hanan, hanan. 

Korang tau tak, aku dah lama tak rasa sesuatu dalam hati, maksud aku sesuatu romantik yang buat kita imbas kembali zaman remaja.

Itu yang bila aku tonton cerita ni terasa macam nak sanding lagi sekali hahahahahhaha 😆😆😆


You May Also Like

12 Komen Sini [Click]

  1. tak terlayan drama ni petang2, pernah tengok sekali jer, tapi terasa nak tengok bila banyak update dkat group whatsapp..XD

    ReplyDelete
  2. sekarang ni tak sempat nak layan citer drama.. balik memang pengsan hahahaa

    ReplyDelete
  3. terenyeh2 tgk citer ni ohoiii nak selfie dengan pakcik jugakk. awat tak selisih tang tang mana tak tau hahahaha

    ReplyDelete
  4. Kita baru layan semalam, nak tengok episod awal² kat Youtube tapi tak sempat lagi.

    ReplyDelete
  5. suami dkna memang suka tengok cerita ni.. sampai bini pun terpengaruh.. KIV waktu makan semata-mata nak layan drama hahaha

    ReplyDelete
  6. Kita pun terjebak tengok bilamana ramai no update status pasal #kekasihpaksarela ni

    ReplyDelete
  7. Hahha..melampau Ju..siap nak sanding lagi sekali..hahaha

    ReplyDelete
  8. Turut sama berjangkit ni😆

    ReplyDelete
  9. Salam perkenalan kak. GV follow blog akak ya. Drama ini mmg tgh hot skang kan kak. hihi. :)

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER