Nak sekolah tak sabar rindu kawan katanya...

by - Tuesday, January 02, 2018


Entry tahun baru 2018, selamat tahun baru 2018 untuk semua pembaca blog julia. Setahun sekali update kisah anak pi sekolah, kali ini abg Qi dah sesi 6 tahun jadi abg senior dah haaa, jam pagi tadi saje set pukul 5 pagi. Semua peralatan dah disediakan, tinggal lagi nak berangan bangun awal kat katil. 

Julia bangun, abg Qi pun bangun amboiiii, senangnya, belum kejut lagi tu. Sengih-sengih kat katil nak mandi awal, sebab 2 hari sebelum dah ingatkan tak lama lagi nak sekolah, kawan-kawan dan cikgu semua dah rindu abg Qi hehehe itu kot dia semangat waja, bagi suntikan motivasi. 

Anak-anak kalian macam mana hari ini sesi pertama hari persekolahan? 
Diharapkan semua ada kenangan manis untuk di imbas kembali nanti bersama anak-anak. 

Kami tiba awal di tadika sebelum jam 7 pagi, sarapan pun dalam kereta je, sementara menunggu cikgu dan rakan abg Qi hadir ke sekolah sempatlah julia sendiri lihat gelagat anak-anak di tadika. 

Kaum bapa banyak ambil tugas ibu nampaknya dari segi hantar anak ke tadika rupanya, mereka ni lebih loving la...siap bercakap elok2 dengan anak-anak diorang, mesti bagi suntikan motivasi sebab itu anak diorang relaks je, walhal lebih kecil dari abg Qi.

Abg Qi dah mula bebel cikgu tak sampai lagi, pertama sekali hadir awal. Adatlah kan tadika, sure dalam 7.20 gitu baru cikgu datang. Bila nampak cikgu dan kawan-kawan mula dah datang kemain dah semangat tu tak sabar masuk sekolah haha.

Tak ada drama air mata, 
drama dia sayang julia cium pipi salam cium tangan dia pandai sendiri buat tak payah suruh. Good boy! Julia pun tak ada sebak-sebak hahaha agaknya anak dah semangat nak pi sekolah jadi seronok...semoga baik-baik aje.

Okey, apa azam tahun baru korang? Meh habaq mai...😁

You May Also Like

10 Komen Sini [Click]

  1. bagusnya abg Qi takdak drama air mata pun kan..dah jadi senior dah.

    ReplyDelete
  2. awal nya tadika dia..start pukul berapa??

    Azam tahun ni nak kurang kan macam2..kurangkan review, kurangkan fb , kurangkan berat badan, kurangkan bercakap , banyak lagi la..heheh

    ReplyDelete
  3. Wah dah beso Dan dh pandai dh dia

    ReplyDelete
  4. good boy la abam qi,abg2 dah ni hehehhe...

    ReplyDelete
  5. alolololo...pandai dia posing ya. Belajar rajin rajin tau

    ReplyDelete
  6. Wahh bagus abang Qi tak menangis. Belajar rajin rajin 😍

    ReplyDelete
  7. happy new year 2018 juju...selamat kembali ke sekolah abg qi..blajar rajin2

    ReplyDelete
  8. Happy new year juju!

    Wah semangat Abg qi. Good boy!

    ReplyDelete
  9. Bagus abang Qi. Tak nangis. Gambar dia trrlentok yu comelnya.
    Happy new year Ju. Terlewat wish kot.

    ReplyDelete
  10. Pandainya Abg Qi tak da drama pegi sekolah ye. Selamat berjaya

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER