Gulai kaki ayam vs Bubur kacang hijau gula merah resepi style Utara !

by - Monday, January 22, 2018


Petang semalam, habis kalut pi jalan-jalan ceq terus pi masak kat dapur. Haaa, jenis terus selinsing lengan zasss masak. Masak sekejap je, yang lama tu nak buat bahan, nak cair kan bahan beku, macam-macam kena sedia. Bila nak masak atas api tak sampai setengah jam semua siap sekali tanak nasi tau. 

Gulai kaki ayam memang kesukaan suami juju, dia ketagih nak makan siap bagi signal 2-3 tahun lepas pernah buat gulai kaki ayam kan, petang ni buat boleh? Kata dia. Awat tak boleh, ada bahan semua siap hahaha, padahal ikut mood jugak, kalau mood tak mau masak hang suruh pujuk macam mana sekali pun tak celuih...faham dak celuih? Tak makan pujuk la orang cakap haha.

Ada kawan request, macam mana nak buat bubur kacang hijau? Haaa pesen julia ni belajar dengan mama julia tau. Orang Utara memang sangai dulu kacang hijau tu dulu ada sebab. Haa sebabnya mai rapat-rapat julia nak kasi resepi power punya. 

Resepi Bubur Kacang Hijau Gula Merah

Bahan-bahannya:

  1. Kacang hijau - rendam dalam air selama 4 jam, sebaiknya rendam malam tadi, petang baru tos dan bersihkan.
  2. Sagu - rendam dengan air biasa, biar sampai kembang, basuh dan tos.
  3. Gula Melaka - beli jenis kabung, jangan beli brown sugar itu bukan nanti tak jadi.
  4. Daun pandan - 2 helai ikat ketat.
  5. Santan - 1 kotak santan pun okey. Lagi sedap santan asli. 
Cara:
  • Sangai kacang hijau di dalam kuali tanpa minyak, guna api paling kecil, jangan biarkan hangus, sangai sehingga kekuningan. Lepas tu biarkan kacang sejuk.
  • Masakkan gula melaka dengan air biasa, anggaran 1 gula kabung anggaran 3 cawan kecil. Reneh atas api bersama daun pandan.
  • Kemudian, masukkan santan. Kacau dengan api paling perlahan. Sentiasa kacau sebab ia selalu meruap.
  • Masukkan kacang hijau dan sagu. Kacau dan biarkan empuk. Dalam 2-3 jam baru siap. 
Ya, kacang hijau agak lama sikit nak hasilkan jadi sedap. Selalunya orang masak waktu malam, esok pagi perangat ia jadi pekat sikit. 


Tau sebab apa kena sangai kacang hijau bila nak buat bubur kacang hijau? Sebabnya, ia akan terbitkan satu aroma kelainan, sedapnya bau, kacang lebih mudah lembut dan cepat di masak didalam periuk. Itu lah kelebihan sangai dulu. Ada orang tak sangai kan, tapi cara kami kena sangai baru tahan lama kacang hijau tu dan tak cepat basi. 

Sebab suka masak!
Ceq ni pesen puas dah mencari menu yang sedap di kedai terutama bubur kacang hijau, yelah waktu petang sekali pekena pisang goreng kan, tekak juju ni suka makan bubur kacang hijau.

Asal beli je...

  • Basi
  • Cair
  • Tak sedap
  • Tawar
  • Termanis sangat
  • Terpekat sangat
  • Ehh ada yang buh tepung dalam bubur kasi pekat...ceq tau la leh detect...awat la hangpa penjual tak mau buat macam nak bagi makan kat rumah tu, tak mau la panas-panas pi tutup bekas tu, jadi lah basi....sedikit sebanyak jadi malas dah nak beli kat luar.
Okey, nanti julia up entry lagi ye, nak sambung kerja pejabat jap, waktu rehat dah makin tamat. Bye!

Kemain lagu background video Thailand u olss, haaa baru la semangat nak masak, ada kawan suh live video lain kali hahaha mau kena makeup cecantik masuk dapuq ceq oiii kemainnn hahahahha lariii tok laki ai kang 😆

You May Also Like

14 Komen Sini [Click]

  1. nampak sedap! IQ suka kaki ayam, even ramai orang yg IQ jumpa tak suka kaki ayam. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann izyan...boleh geng ni tukar potluck sebab mkn kaki ayam...kaki tu sebelum masak juju rendam dengan air garam halus...cuci bersih2...sampai warna putih gitu baru la masak...bersih suci murni tulus ikhlassssssss gitu hahahha

      Delete
  2. kaki ayam fav....lapar la juju..bubur kacang ijo suka juga..sejukkn wat eskrem hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann kak amy...sedap ooo bubuq kacang ijo mkn sejuk2 letak ais ketui pun okey...buat eksrem pun sodap aummmm

      Delete
  3. sedapnya gulai kaki ayam... nak resepi boleh?..nmpk pekat cantik je... kita memang hantu gulai/kari dan sewaktu dgnnya..hiihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dieyana...nak resepi gulai kaki ayam eh...rasa mcm dh pernah up resepi gulai sebelum ni...nanti nak pi cari sat selongkaq entry purba hahahahha

      Delete
  4. Sedapnya Juju.. dedua masakan tu feveret Kak Sue tau..

    ReplyDelete
  5. Gulai kaki ayam, best tu 😍

    Husniey datang follow sini #765

    salam kenal sis julia

    ReplyDelete
  6. Lazatnye nampak.. naknsikit boleh?

    ReplyDelete
  7. Fuhhh sedapnyaaa kak Juju. Dua dua fav Nani ni lagi lagi kari ayam tu.

    ReplyDelete
  8. bubur tu sedp..kaki ayam laki kita tak suka..ehhe

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER