Dunia blogging ibarat rencah macam seorang pelajar dan pekerja yang haus menimba info. Ada hari suka, ada hari duka dan ada hari kita di uji dengan fitnah. Zaman sekarang mana ada orang suka sangat dengan cerita 'cara bangkit diri, cara yakin diri, cara menabung bijak dan cara nak berani cuba sesuatu yang baru'. Apa yang orang suka adalah baca cerita  sensasi yang beri efek tidak menguntungkan.

Terjebaknya aku dalam dunia blog adalah disebabkan aku suka bercakap, aku suka kongsi  percutian keluarga bajet, dan paling suka kongsi input motivasi. Setiap hari aku akan abadikan mata dan hati membaca semuka dari gugusan buku-buku motivasi dari beberapa pelopor terkenal. Jiwa aku adalah jiwa motivasi, kalau singgah ke kedai buku pasti di kawasan rak buku motivasi adalah menjadi tempat lepak sejati ibarat hati berbunga-bunga riang.

Bila kita mulakan diri dengan motivasi...
Bila menulis di layar blog, ia seperti berkongsi serpihan mata cinta hati kepada pembaca. Pembaca boleh rasai apa kita rasa, melalui catatan setiap pengalaman. Contoh kata-kata motivasi yang aku suka kongsikan;



Skrip Kehidupan: Kalau kita perhatikan ada orang yang jalani hidupnya dalam istilah Inggeris di panggil 'default', bermaksud melalui apa sahaja yang berlaku kepadanya. Bagi orang lain, mereka jalani hidupnya 'by design' iaitu dia merancang apa yang dia ingin lakukan [ada umur berapa, sekolah dimana, kahwin dengan siapa dan semuanya dirancang. [Sumber: Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad]

Aku tahu, tatkala kita sedih, kita pasti perlukan peneman untuk meluahkan isi hati. Luah sahaja hanya ubat pelega sementara sahaja. Cara aku, aku cari jawapan melalui bacaan motivasi. Ya, bila aku dalaminya aku semakin bersemangat untuk melangkah setiap hari dengan penuh kekuatan dan ketenangan. Pernah aku di fitnah, di caci, di maki kerana menyebarkan kata-kata motivasi. 

Siapa kata orang positif tidak di uji?
Sakit bila di ingat kembali. Bayangkan cabaran dalam kejujuran bila kita berniat untuk sama-sama menyebarkan yang baik tetapi di salah ertikan malah di sebarkan perkara yang tidak benar tentang diri. Kau rasa aku ada kekuatan hendak pulihkan keadaan yang teruk sampaikan orang yang langsung tidak pernah berjumpa dua mata pun sanggup menulis di layar tentang keburukan diri kita yang tidak benar?

Amat sukar sekali. Sampaikan satu ketika aku cuba hendak padamkan dunia blog. Nak hapuskan ia terus dalam hidup aku.

Tapi tak sampai sebulan, aku rindu hendak menulis, berkongsi kebaikan, berkongsi pengalaman, berkongsi apa sahaja yang di rasakan perlu untuk kita lebih muhasabah diri. Maka aku aktif kembali, ramai yang mesej secara diam kepada aku, kenapa aku mendiamkan diri, kenapa aku jauhkan diri, kenapa aku perlu hadam semua yang tidak betul.
Beberapa cebisan buku motivasi di pejabat, selebihnya ada di rumah. 

Bangkit! Bangkitlah julia...
Orang yang benar tak akan sekali mengalah. Lihat cara Nabi kita berjihad lagi banyak musibah dia lalui dengan sabar. Ujian kita, adalah hanya tak sampai senipis kulit bawang pun, begitu mudah aku berundur...oh tidak selepas ini. 

Azam baru...
Ya, tanamkan dalam diri setiap hari adalah azam baru, kerajinan baru, hidup baru dan aku adalah baru. Aku bukanlah hari semalam, tapi aku hari ini adalah lebih baik dari semalam. Aku cuba nak tingkatkan diri walaupun sedikit tapi disebarkan dalam bentuk blog dan media sosial yang lain. 


"Orang-orang yang suka beri alasan, 99% kegagalan menghampiri."


Mencuba dan terus mencuba. Jangan terlalu takut tentang gagal. Ramai orang aku lihat takut gagal. Takut gagal kemudi diri itu paling utama. Sebenarnya kita semua sama, yang membezakan setiap orang adalah usahanya. Usaha rajin, yakin dengan kemampuan diri untuk tambah ilmu dan tidak sekali-kali merendahkan usaha diri dan orang lain adalah orang yang sangat yakin diri dan berwawasan tinggi.

Motivasi Suntik Personaliti Riang !
Bila minat dalam dunia blogging semakin bertambah, aku mulai tahu personaliti aku menulis di blog adalah secara lifestyle iaitu berkongsi kehidupan seharian dengan penulisan santai. Contohnya, bila kita motivasi secara tetap menabung untuk travel, pasti kita akan realisasikan walau apa pun dengan cara sekalipun. Seperti pengalaman sebenar aku titik beratkan ialah 'percutian bajet keluarga mampu jalan dengan bajet minima'. 


Penulis bersama keluarga kecilnya tika mengembara di bumi Bangkok.

Memang ramai sekali pembaca aku termasuk pembaca senyap suka berulang kali baca buat panduan untuk mereka travel bajet macam aku sediakan pada keluarga kecil aku. Bila setiap komen terpampang di setiap entry itu memberi aku motivasi dan yakin diri lagi untuk terus menerus blogging dengan rasa seronoknya dapat beri ilham kepada orang lain.

Tahu tak? 
Blog adalah medan pahala yang kita boleh tuai setiap saat. Setiap kali enjin carian Google oleh pencari maklumat di luar sana kalau mengena keyword tertentu terjumpa blog kita, mereka baca dan hayati serta ikut tips yang positif ia secara tidak langsung beri efek saham pahala si blogger di akhirat. 

Aku dan blog seperti darah daging, bila tak sampaikan rasa rindunya sangat di hati. Bila cuba tinggalkan dan padamkan ia, aku tersedar aku tak dapat terima perpisahan, biarlah hidup dan mati aku dengan blog... sampai lelah terakhir, sampai mati. 

10 Comments

  1. Sebarkan yg positive pn ada yg mengata.. Hmm.. Apa la masalah mereka..

    ReplyDelete
  2. hidup kita zaman sekarang ni dikelilingi makcik bawang dan pakcik blender yang sentiasa memandang negatif tak kira ape pun perbuatan kita walau benda yang baik sekalipun kita buat. So, memang takkan elak dari orang2 mcm ni. kite sendiri pun dah kena jugak. cara tak de lain selain pekakkan telinga dan butakan mata. bab2 tunjuk itu ini, share tempat makan, percutian dan ape2 dlm blog pun penah kena kutuk jugak tp in the end..yang kaki kutuk tu nak cari pape google & jumpa dlm blog jugak info yang dia nak tu..

    ReplyDelete
  3. Mama setuju blog adalah Medan buat pahala.. Tq ye mama Rasa bermotivasi baca post ni

    ReplyDelete
  4. setuju sangat pendapat blog adalah sumber pahala juga

    ReplyDelete
  5. good entry..always think positive..::)

    ReplyDelete
  6. tulis tentang apa je mesti ada yang tak suka..Nak sangkal apa yang kita tulis, silakan!tapi jangan serang peribadi kita.Itu yang buat kita kadang2 rasa hilang semangat nak menulis.Paling dasyat bila ada yang sanggup buat fitnah .tak tahu kenapa sedangkan kita tak sentuh pun tentang dia..mampu bersabar je la..

    ReplyDelete
  7. Dulu qaseh suka tulis pasal motivasi tapi sekrang makin kurang , rindu pulak dulu2

    ReplyDelete
  8. bestnya ada blog ni sebab boleh berkongsi.. tapi tak best bila perkkongsian kita disalah ertikan oleh pihak lain..

    ReplyDelete
  9. Apa pun berbalik pada niat. Jika kerana Allah. Apa org kata pun kita tetap teruskan.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)