Julia Johari: February 2017

Tajaan Travel #2: Themepark, Waterpark & Hotel Review just around the corner !


Baca tajuk pun dah rasa nak lompat bintang ! Hooyeh ! Tuah tahun 2017 blog julia johari sekali lagi menerima tajaan travel percuma. Bulan Jan 2017 lepas, tajaan resort penginapan 2 hari 1 malam beserta sarapan percuma di Cherating Pahang klik di SINI

Bulan Mac bulan kelahiran penulis !
Menariknya rezeki kali ini, julia mendapat tajaan penuh dari pihak PR untuk melaksanakan review 'Themepark', 'Waterpark' dan 'Hotel Review'. Bukan hanya julia seorang ditaja, tajaan eksklusif ini turut sponsor 4 orang yang sudah tentunya ahli keluarga julia sendiri. Wow !

Kebetulan bulan Mac setiap tahun adalah bulan kelahiran julia, maka trip kali ini ada pre birthday travel gituuu...amboiii siap ada pre pre travel hahaha ingat pre wedding je ke ada...pre travel by Julia Johari pun wujud kehkehkeh...actualy my birthday date is 26 Mac...kira advanced trip birthday la korang hehe.

Sujud syukur !
Pernah pergi themepark sahaja dulu, dalam hati memang menyimpan hasrat akan datang nak mencuba waterpark & hotel pula (mahal oiii nak bayar itu yang dreaming jelah)...tapi tak sangka rezeki Allah makbulkan jemputan rasmi oleh pihak mereka tanpa disangka. SubhanaAllah.

Huhh...tarik nafas, baru lepas habiskan 1 slot review yang agak mencabar minda nak hasilkan mengikut pemahaman sendiri, nak uruskan semua kerja kemudian balik ini nak buat persiapan barang pakaian travel siap-siap !

Tak sabar nak belanja 3 orang kesayangan saya lagi...ekstra seorang yang julia jemput adalah uncle kami. Moga mereka terhibur minggu ini.

Nantikan update julia dari semasa ke semasa ya...

Cepatlah hari Jumaat....hahahaha

Nak marah tak jadi kerana telatahnya mencuit hati !



Anak oh anak, julia dan ibu bapa diluar sana pasti rasa beruntung paling tidak ada seorang anak yang memberi suntikan gembira saban hari...bagi julia walaupun masih rezeki seorang anak tak pernah rasa kekurangan malah dengan adanya dia julia rasa sangat bahagia dan rasa kecukupan rezeki Allah itu melimpah ruah, sampai tak tahu nak buat apa rezeki lebihan tu tau. Syukur, alhamdulilah.

Memang ada kala manusia suka bertanya soalan bab menambah, siapa tak mahu betul tak. Tapi Allah maha kuasa, dia tahu yang mana lebih dan kurang perlu diberi. Kerja kita berdoa dan terus berdoa...hiduplah dalam bahagia...jangan hidup derita kerana desakan manusia semata. Seronok dengan amanah yang satu ini, tak jemu jemu melayan pertanyaan dia.

Semalam dalam kereta lepas habis shooting selama 2 hari di lokasi (nanti julia cerita entry lain part ni ye) Qaiser ilman tanya soalan...

Umi, Allah ada dua kan...satu kat kapal angkasa, satu kat kita kan...
Qaiser ilman, Allah hanya ada satu...dimana sahaja dia nak berada, mana tahu sekarang Allah sebelah Qaiser...amin.

Bulat mata dia dengar jawapan julia...dia suka bertanya, suka sembang...memang suka sembang hehehe rasanya bila besar dia lagi peramah dari julia ni...mudah sangat berkawan dan suka berkawan.

Tengoklah perangai dia...saban hari ada aje perangai lucu...dia tahu umi dia nak ambil gambar...tu saje buat gambar dengan aksi nak buat umi dia marah hahahahha...layankan aje !


Korang nampak dia seorang kan, sebenarnya tidak. Dia dikelilingi ramai dengan kawan-kawan dan sedara mara yang penuh sepupu kecilnya...serius mana sempat nak rasa sunyi dia tanpa ada beradik...suasana penuh gelak ketawa.


Tengok aksinya, suka menyakat umi...photobomb gambar umi selalu...tu lah keje dia hahaha si pelawak !

Kalau jumpa lego, jangan harap suruh dia balik...memang moment menangis anak manja ni buat kita kena sabar...dia memang peminat lego...suka reka lego dan suka berkawan dengan anak-anak Cina, dia suka berlumba-lumba dengan rakan sebayanya kalau aksi lego...teringat kisahnya di Legoland...bersusah payah dia reka lego ke bentuk kereta dan masuk pertandingan untuk uji kelajuan kereta lego...masa tu umur dia 4 tahun.


Sekolah tadika & taska, ramai kawan-kawan dia tanya Qaiser ilman kalau tak sihat mereka tanya kenapa Qaiser tak datang sekolah...ramai kawan-kawan dia sayang dia rupanya...Allahuakbar, tak pernah rasa sunyi julia rasakan...kecukupan rezeki Allah ini julia rasa tak terhingga.

Cuma itulah, manusia tetap manusia, akan sentiasa tanya dan tanya tentang urusan  Allah...senyum dan biarkan mereka berteka teki...apa yang kami tahu, kami bersyukur dan lapang sangat rasa bahagia tak terucap...

Bahagia itu luas...fikirkanlah.

Jangan Jadi Sempurna

Lamanya tak menulis, baru beberapa hari tak menaip kat sini ramai dah sahabat pm personal...
julia kau okey ke? 
julia mana entry?
julia oh julia senyap je...ada masalah ke?

gitu...nampak tak mereka atau anda yang membaca sekarang ini sangat peka rakan didalam online, jarang berjumpa tapi tahu bila seseorang menyepikan diri buat seketika waktu ada kunjungan kasih sayang bernama sahabat hadir bertanya khabar...

masyaAllah

rasa macam seronok berblogging...yalah mereka tanya...kita berbunga rasa hati

Jangan Jadi Sempurna.
Apa yang julia cuba nak sampaikan hari ini mestilah ke arah positif tau, jangan jadi sempurna maksud yang julia cuba jelaskan melalui pembacaan Tips Menjadi Individu Menarik dari buku bestseller Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah adalah seorang pakar motivasi yang tidak asing didengari bukan...

Julia quote satu kata-kata motivasi ini, fikirkan dalam-dalam...
"Kita selalu ingin menjadikan diri kita sempurna, supaya orang lain suka pada kita. Namun apa yang berlaku adalah mereka suka pada kita kerana ketidaksempurnaan kita" 
"Apa yang kita nampak sempurna dalam diri kita yang diharapkan sebagai faktor yang bakal menjadikan orang lain tertarik dengan diri kita, tetapi sebaliknya kekurangan diri kita yang menjadi daya penarik bukannya kelebihan kita."
Contohnya, Si A sukakan Si B, tapi B tak suka pada Si A kerana mengetahui ciri baik yang ditonjolkan selama ini macam dibuat-buat, bermacam-macam cara si A buat untuk memikat hati si B. Tetap B tak berganjak hatinya...

Tapi...
Secara tiba-tiba hati B terusik, tatkala melihat A datang dengan pakaian kusut masai dan mengatakan dia hadir bertemu hanya untuk menyerahkan sepasang kain yang baru dibeli selepas balik dari kerja luar daerah. 

Hanya kerana kesungguhan dilihat, hati B mulai sukakan A.

Hanya menjadi diri sendiri, jadi diri kita sebenar.
Ramai tertanya, aku tak pandai macam dia, dia pandailah itu sebab dia boleh pergi jauh sebab ada personaliti menarik, dia sungguh sempurna.

Pasti korang pernah rasa macam ini kan, rasa keyakinan diri jatuh selepas menilik diri tanpa bukti yang nyata.

Macam contoh julia dilema sendiri, selalu fikir yelah aku ini jauh rasanya berbanding orang yang lebih layak, rasa peluang yang diberi aku rasa aku tak dapat beri kesempurnaan berbanding orang lain.

Aku selalu cakap macam tu, memang rasa sifat rendah diri tu adakalanya bagus, tapi aku sendiri yang meletakkan persepsi tidak baik untuk diri sendiri. Wal hal pemikiran orang lain tentang aku sangat sebaliknya...

Insaf...sepatutnya aku bersyukur, Allah jentik hati mereka untuk beri peluang, sepatutnya aku grab...bincang dengan suami perkara ini. 

Kata dan maksudnya lebih kurang sama...
Jangan Jadi Sempurna, jadilah diri sendiri. Mereka pilih kerana julia menjadi diri sendiri, bukan ciri personaliti yang sama seperti orang berpengalaman yang lain...itulah kekurangan yang dilihat sebagai daya penarik tersembunyi.

Berkongsi di media sosial hal ini...ternyata mereka semua lebih positif dari julia...hebat pemikiran sahabat-sahabat julia ni tau...baca setiap satu dan dapatkan semangat itu !





Yes, akhirnya! 
Saya cuba jadi diri sendiri dan cuba, cuba terus mencuba peluang yang diberi.
Terima kasih semua.

Anda memang POSITIF !

Belajar Bahasa Korea, Mudahnya!

Indahnya Bumi Korea, lagi indah pelajari bahasa mudah Korea...boleh ke sana suatu hari nanti.

Annyeong haseyo!

Hai semua, tertarik berkongsi disini tentang ayat-ayat mudah bahasa Korea. Kenapa julia pilih bahasa Korea untuk dipelajari, sebab utamanya keunikkan dan keistimewaan mereka tonjolkan dari segi budaya seharian dan percakapan seharian yang sopan dan penuh gaya kelembutan.

Selain suka melihat gaya kehidupan masyarakat Korea, julia suka lihat kecantikan negara Korea sendiri, teknologi yang canggih dan tidak ketinggalan unsur nilai-nilai murni yang baik kita boleh tiru. Macam penggunaan public toilet disana, itu satu contoh baik yang kita boleh terap di mana kita berada.

Okey, julia kongsikan beberapa ayat formal yang julia lampir disini dari gabungan carian Google dan buku rujukan. Semoga bahasa Korea yang mudah ini kita boleh belajar sikit-sikit, lama-lama jadi bukit kan...jom belajar dan hafal.

Bahasa Korea (Simple)

안녕 하세요? dibaca “Annyeong haseyo” ertinya (Apa khabar?).

안녕히 계세요 dibaca “Annyeonghi kyeseyo” ertinya (Selamat tinggal).

안녕히 가세요 dibaca “Annyeonghi kaseyo” ertinya (Selamat jalan).

고맙습니다 / 감사합니다 dibaca “Komapseumnida/Kamsahamnida” ertinya (Terima kasih).

죄송합니다 / 미안합니다 dibaca “Choesonghamnida/Mianhamnida” ertinya (Maaf).

네 dibaca “Ne” ertinya (Ya).

아니요 dibaca “Aniyo” ertinya (Tidak/Bukan).

만나서 반갑습니다 dibaca “Mannaseo pangapseumnida” ertinya (Senang bertemu dengan Anda) Formal.

어떻게 지내습니다 ? dibaca “Eoteoke chinaeseumnida ?” ertinya (Bagaimana khabar Anda ?) Formal.

잘 지내습니다 dibaca “Chal chinaeseumnida” ertinya (Khabar baik) Formal.

또 만납시다 dibaca “Tto manapsida” ertinya (Sampai bertemu lagi) Formal.

Mudahkan! Belajar yang simple dan formal dulu, tambah ilmu dan kosa kata bahasa yang kalian minati, cari kelas bahasa dimasa lapang, kadang-kadang ada kelas percuma untuk belajar bahasa asing tau...macam julia, Korea Plaza di KL pilihan julia, percuma pula tu, akan datang julia kongsikan lagi ya.

Jumpa lagi!
Love❤,
Julia Johari 

Kuih Lepat Inti Kelapa Gula Merah kuih tradisional di sukai ramai



Kebetulan suami outstation di kawasan hulu kampung, dijumpanya makcik tepi jalan jual kuih lepat, katanya dia beli rasa satu...terus rasa sedap yang amat, partner dia dan husband pun borong 2 plastik merah padat dengan kuih lepat inti gula merah. Katanya nak bantu makcik kampung tu niaga, at least dapat bawa balik bandar kuih tradisi air tangan orang Melayu ori dan isinya yang sungguh padat.

Terkejut juga hasil tuaian istimewa suami, bukan beberapa kuih tapi penuh satu plastik merah ni dengan kuih lepat kampung tau...malam tu juga julia rasa, terduduk merasai kenikmatan inti yang padat, berasa lah orang kata...beza sungguh rasa kuih di kampung dengan kuih yang jual di bandar. Besar-besar isinya, cara lipatan dan daun pisang pun dialas 2 kali, nampak jujur sungguh acik kampung ni jual...tak sia-sia mereka borong semua. Mesti acik tu happy kan hehe...rezeki dia.

Bila suami serahkan seplastik, berkata dalam hati kalau disimpan sahaja di rumah hanya 3 orang sahaja yang nak kena makan, selebihnya banyak maka nya minta izin suami...julia bawa ke pejabat dan kukus semula guna periuk nasi di pejabat...lihat gambar dibawah, bila di perangat kukus kali kedua harumannya satu opis boleh bau...sedap.


Dalam berbelas juga lepat ni dikukus, semua tak henti2 memuji kenikmatan sebenar kuih lepat. Alhamdulilah syukur nikmat, rezeki suami di kongsi dengan rakan-rakan pejabat, berganda pahala suami...lain kali beli lagi tau banyak-banyak husband...love u !

Makna Gembira !

Kita bermula dari sebuah keluarga kan, ada ibu dan ada ayah, ada adik beradik jika ada. Jika tidak kita anak tunggal. Semua dari namanya KELUARGA. Kita lahir di dunia ini pun dari kegembiraan bakal ibu dan ayah.

Mereka senang melihat kita lahir di dunia dengan jagaan penuh kasih sayang tidak berbelah bahagi.

Lihat gambar diatas, lihat satu-satu aksi gambar yang menerangkan dan menjelaskan betapa uniknya gembira yang terpancar setiap dari ahli keluarga.

Dari mula ibu menyediakan hidangan makanan, makan satu meja, kemudian si bapa ambil alih bermain dengan anak-anak.

Si ibu melayani anak-anak dengan memandikan dan apa sahaja tanggungjawab dijalani bersama dengan si ayah untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia.

Gembirakan, kalau kita amalkan cara diatas. Makan bersama, bermain bersama, penjelasan gembira ini ada bermacam jenis cara...mungkin cara dibawah boleh korang apply...


Dalam banyak-banyak kata diatas... "Alone time in nature" Julia paling sukai...tak terkata bila kita travel melihat keindahan sang pencipta. Gembira yang tak terucap !



The Wedding Heritage “Banglo Kahwin No 1 Malaysia”


Pengalaman julia dan bakal suami mencari dewan kahwin, memang memeningkan kepala. Bayangkanlah setahun awal kami memburu dewan kahwin, bukan tak nak buat dekat rumah mak ayah masing-masing, cuma kami nak memudahkan kedua-dua belah pihak tak payah bersusah payah untuk kami. 

So kami nak cari dewan di luar, lepas tamat majlis semuanya selesai dan kembali seperti biasa. Tapi ia bukan sesuatu kerja yang mudah, dewan tak tempah macam mana nak tempah kad kahwin, tarikh jemputan kenduri dan sebagainya. Semuanya kena ada proper place.

Itu 6 tahun lepas pengalaman julia...tapi sekarang julia temui satu dewan kahwin ala-ala style Banglo The Wedding Heritage dengan jolokan nama "Banglo Kahwin No 1 Malaysia".

The Wedding Heritage (TWH)
Untung sangat-sangat buat adik-adik dan bakal-bakal pasangan yang tengah tercari-cari dewan kahwin, bukan setakat dewan, satu banglo punya kemudahan dari segi bilik tidur, bilik solat dan ke semua ada disini....aah semua disini. Tak payah nak pening-pening. Kalau wujud 6 tahun lepas sah-sah julia memang pilih this banglo....cantik dan menarik. 




Untuk pengetahuan korang, TWH menawarkan pakej lengkap perkahwinan (ALL In Package) di banglo mewah pada harga yang sangat mampu milik bermula hanya RM9,500 sahaja. 



Pilihan TWH mempunyai 2 cawangan : 

  1. Villa TWH “Wedding Venue & Eventspace”
  2. Banglo TWH  “Wedding Venue” 
Keistimewaan utama
THE WEDDING HERITAGE (TWH)
anda perlu tahu !

Kualiti - Semua vendor dan panel yang bernaung di bawah TWH rata- ratanya sudah berpengalaman hampir 20  tahun.  
  • Setiap tempahan pelanggan akan diuruskan oleh ‘senior wedding planner’ yang dilantik menjadi ‘floor manager’ pada hari majlis diadakan.
  • Bingkisan idea yang terbaru mengikut trend 
  • Memberikan nasihat yang terbaik untuk bakal raja sehari. 
  • Menyediakan servis RELA secara percuma untuk mengawal lalulintas semasa majlis dijalankan. 
  • Setiap item yang disediakan oleh pengurusan akan dipastikan kualiti berada pada tahap yang terbaik




Konsep Kahwin Cuci Tangan - Pelanggan tidak perlu lagi berpenat lelah utk menguruskan perkahwinan mereka. Mereka juga menganggap harga pakej lengkap yang ditawarkan di banglo TWH adalah paling murah jika dibandingan dengan wedding venue yang lain serta pakej yang ditawarkan sangat menarik serta banyak item percuma diberikan.

Ini berikutan ramai rata-ratanya alami masalah kekangan masa disebabkan komitmen kerja beri kelebihan TWJ merealisasikan impian perkahwinan yang cukup selesa bagi kedua-dua buah keluarga.




FLEKSIBEL - Kelebihan istimewa TWH akan memberikan lebih masa lebih-lebih lagi selepas majlis untuk keluarga pengantin membungkus makanan dan merehatkan diri selama 2-3 jam. Ini sekaligus memberi kelebihan kepada tetamu yang terlewat masih boleh berjumpa pengantin dan seperti berada di rumah mereka sendiri. 




KESELESAAN - Kemudahan TWH turut menyediakan bilik persiapan pengantin, surau, bilik rehat tetamu, tandas dan ruang tamu bagi keluarga. 

Menariknya, ia turut dirasai seperti berada di rumah sendiri, yang mana keperluan asas seperti hotel. Contohnya, seterika, pemanas air, kelengkapan mandian, tuala malahan lebihan tilam dan bantal turut disediakan. Malah ahli keluarga juga boleh solat berjemaah bersama ketika majlis.

Selain itu, di Banglo Kota Damansara turut mempunyai penginapan homestay 2 hari 1 malam jika menempah perkahwinan di banglo TWH. 

Ruang-ruang yang dinyatakan diatas sangat selesa bagi ahli keluarga yang sudah berumur atau mereka yang mempunyai anak kecil untuk menyusukan bayi. Menarik bukan...rasa macam nak patah semula masa julia untuk kahwin kat sini...kalau boleh hehe.

Pakej-pakej yang disediakan,  boleh semak kemudahan dan harga dibawah.




20 ORANG TERAWAL DENGAN KOD "BOOKING BLOGGER" 
AKAN DAPAT REBATE RM500. 
VALID SEHINGGA MARCH 2017. 

Jangan lepaskan peluang keemasan ini tau! Julia belanja diskaun haaa rugi la tak grab. Kompang dipalu pengantin baru ewahh 

Taip "Booking Blogger"
WhatApps 016-562 9394

Harga Diri Kanak-Kanak


Tak dinafikan saban hari julia tak ketinggalan untuk mencari seberapa banyak ilmu bacaan tentang dunia kanak-kanak. Siapa tak suka kanak-kanak kan, mereka sangat suci dan kalau diajar sesuatu mereka cepat boleh ingat dan menghafal. Hari demi hari konsep bacaan bukan setakat hanya perlu di beli di kedai buku, kini banyak sungguh info yang kita boleh perolehi hanya dihujung jari, cuma pemilihan info itu kita kena dalami sikit, pilih sumber yang diyakini oleh pakar yang telah siap sedia menyediakan kajian terkini ke atas kanak-kanak.

Sambil mencari info, mata melirik salah satu website menarik hari ini iaitu http://www.myhealth.gov.my. Bila selusuri website ini, ternyata julia kematu dan terus nak baca dan baca. Key point dan tajuk demi tajuk sangat beri semangat untuk kenali dunia kanak-kanak lebih jauh lagi. Info ini julia kongsikan disini untuk kita semua selidik dan beri perhatian yang sewajarnya ke atas mereka.

Tidak berlebihan dan tidak leka langsung...bersederhana dan kita perbaiki apa yang kita rasa kurang kan...nak jadi bakal ibu dan ayah memang perlu isi ilmu ini agar nilai-nilai harga diri kanak-kanak dapat digarapkan seawal mungkin.

Mohon share dari portal myhealth. 



Apakah yang dimaksudkan dengan harga diri?
Harga diri adalah satu cara di mana kanak-kanak menilai diri mereka sendiri.
Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang tinggi?
Kanak-kanak ini :
  • Mudah berkawan
  • Berminat untuk melakukan aktiviti-aktiviti baru
  • Mudah bekerjasama dan patuh pada arahan (bersesuaian dengan umur)
  • Boleh mengawal perlakuan dan tingkah laku
  • Bermain sendiri dan bersama rakan-rakan lain
  • Mempunyai idea-idea tersendiri dan kreatif
  • Riang, bersemangat dan mudah berinteraksi

Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang rendah?
Mereka :
  • Tidak ceria
  • Kurang keyakinan diri
  • Perasaan tidak berguna
  • Sentiasa berasa letih dan penat
  • Sering memikirkan perkara-perkara yang tidak baik
  • Rasa rendah diri
  • Sering gagal di sekolah
Apakah faktor-faktor positif perasaan harga diri?
Faktor-faktor yang menyumbang kepada perasaan harga diri :
  • Kasih sayang
  • Keselamatan
  • Bimbingan
  • Penghargaan
  • Galakan

Bagaimanakah anda dapat membantu anak anda untuk membina perasaan harga diri yang tinggi?
Anda harus :
  • Berikan pujian pada setiap kejayaan walaupun kejayaan yang kecil
  • Berikan kasih sayang yang ikhlas
  • Tunjukkan minat pada setiap masalah,aktiviti atau projek yang dilakukan oleh anak anda
  • Menerangkan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan
  • Cuba elakkan segala perlakuan negatif dan bunga-bunga kemarahan
  • Beri penghargaan atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan atau apa-apa pertuturan yang sopan
  • Balaslah dengan sifat kasih sayang atas segala perlakuan yang baik
  • Sekiranya anak anda melakukan sesuatu yang tidak anda senangi, asingkan yang negatif darinya pisahkan perangai yang tidak menyenangkan dari dirinya. Umpama-nya ‘ibu tidak suka anda membaling-baling permainan, tetapi ibu tetap menyayangi mu’
Faktor-faktor yang boleh menjejaskan perasaan harga diri di kalangan kanak-kanak
  • Menaruh harapan yang terlalu tinggi atau terlalu rendah ke atas anak-anak
  • Memarahi atau mengherdik atau mengkritik anak-anak terutamanya di hadapan orang lain
  • Memanggil anak-anak dengan perkataan lembap, bodoh, malas dan sebagainya
  • Terlalu membela atau tidak mengendahkan anak-anak

Semoga bermanafaat.