Tuesday, December 5, 2017

DINASOUR PLANET BANGKOK THAILAND Taman Hiburan Menyeronokkan! - Part 6

Sampai sudah akhirnya part terakhir travelog mengenai travel di Bangkok Thailand. Paling terakhir yang julia nak kongsikan ialah taman tema hiburan seisi keluarga yang boleh anda pilih sebagai kenangan manis tika berada di luar negara. Macam Singapura, taman tema hiburan keluarga sinonim dengan USS, di Kuala Lumpur ramai yang suka ke Sunway Lagoon. 

Jikalau di Bangkok ada banyak taman tema hiburan boleh pilih, tapi yang kena bajet kami ialah Dinasour Planet. Kebetulan masa julia tengah Google cari tempat menarik untuk bawa abang Qi yang berumur 5 tahun, surprise sangat bila dapat tahu ada Dinasour Planet di Bangkok. Julia teruskan baca berapa tiket dan apa yang menarik dalam taman tema ini. 

Paling best dah sampai di sini julia tak henti-henti ulang-ulang cakap dekat family nak bawa Abg Qi juga ke sini, tak kira macam mana sekali pun nak juga sampai sebab dari KL lagi julia dah niat nak bawa, at last sampai juga...mau julia dan suami tak lompat bintang. Abg Qi lagi lah tak terkata, seronok dia nampak kepala dinasour tu dari jauh haha. 

Macam mana kami sampai ke sini?
Pertama sekali save alamat dan google maps dibawah julia kongsikan dibawah ya. 

Kalau korang memandu kereta sewa disana pastikan save awal-awal ye di waze atau google maps di hp, senang nanti terus sampai ke sini. Part parking julia tak pasti sebab kami ke sini dengan teksi. 

Pada mulanya kami tanya pemandu teksi, kami nak ke Dinasour Planet yang terletak di daerah Sukhumvit. Kami menginap di Pratunam, jarak dari Pratunam ke Sukhumvit dalam 30 minit lebih kurang, tak jauh tau. Sukhumvit adalah sebuah bandar yang sangat elit, ramai foreigner duduk disini, masyarakat yang duduk area sini pun nampak perbezaan dengan masyarakat di Pratunam yang lebih simple je cara pembawaan mereka. 

Ibarat Sukhumvit tu macam (Bukit Bintang), Pratunam macam (Jalan TAR). Nak bagi senang bayangan korang tempat yang julia cerita dalam ini senang kan. 

Berapa Harga?
  • Dewasa dalam 60 baht lebih (RM60 lebih)
  • Kanak-kanak dalam 40 baht lebih (RM40 lebih)
  • Perlu bayaran tambahan setiap seorang jika nak naik → (Dino Eye, Dino Farm, 7D Amazing Park, selain dari itu free rasa)
Ya, bukan sekali bayar tiket je semua benda boleh naik banyak kali tau, ada some aktiviti didalam tu kena bayar. Ikut prinsip julia, selagi ia tidak membebankan, why not, sebab setiap satu orang bajet dalam RM10-RM20 sahaja untuk sekali ride. Masih murah, dan paling menarik ia tidak ada di Malaysia! Something rare.


Bagi julia, ikut peringkat umur anak korang dia peminat apa? Kalau anak korang minat taman tema air/themepark dan lain-lain korang survey la ada je kat Bangkok contoh macam Dream World Bangkok memang sesuai untuk orang dewasa. 

Tapi untuk anak kecil sehingga todler ke atas macam kurang sesuai, lagi satu harga pun lagi mahal. Ikut korang la, kalau ada bajet lebih apa salahnya bawa kan. 




Kami sampai ke sini dalam jam 3 petang, lepas solat Zohor kat hotel, terus sampai sini naik teksi depan hotel je. Masa nak beli tiket, tak ada orang pun, yihaaa seronok sebab mungkin bukan musim cuti sekolah diorang kot haha, masa kami disana adalah musim graduation. Sana sini tepi jalan jual bunga konvo, patung bear comel-comel. Lagi satu baju jubah diorang so simple tau. 

Beli tiket terus lah selfie sana sini hahaha, semua dah kena rasuk dinasour planet punya saka, habis semua port kami selfie dan ramai lah orang tengok kami anak beranak hahaha nampak sangat pelancong asing kahkahkah! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚




Dah masuk dalam ini wajib korang kena cari papan kenyataan, apa yang korang kena tahu dan perlu fahami di mana tandas haha. Itu paling penting tau, sebab tandas la dulu sebelum nak meneroka segenap ruang kat sini puas-puas dengan suami dan anak tersayang. 

Masa kami dok meneroka, ada nampak satu family Melayu dari Malaysia pun dalam sini tau, terus senyum seronok tengok orang Malaysia kita ada sekali hihi. 


Tadaaaaa...besar-besar haa dinasour planet bangkok kat sini, puas hati sangat dapat buat anak gembira. Dinasour jadian kat sini memang ada pergerakan dan bunyian tau, jangan terkejut tiba-tiba nampak dia statik, tiba-tiba nampak dia bergerak dan menjerit dengan rakusnya hahaha banyak kali dah julia tetiba menjerit terkejut kahkahkah. 

1. 4 Deep-World
Masuk dalam ini, korang kena pakai spek mata 3D, akan saksikan video dalam kenderaan bergerak-gerak. Video citer pasal dinasour tengah bergaduh hahahaha... bergegar-gegar dengan sejuknya Allah...


Tapi sekejap je tayangan dalam 10 minit gitu je tetiba habis alaaaaa baru nak stim layan dinasour, bila pakai spek mata 3D tu memang nampak la dinasour ganas tu tetiba muncul cuak gila wehhh abg Qi menjerit takut nak masuk, tapi paksa jugak haha...tapi dalam ni korang boleh ulang kali la tgk sebab FREE hahaha.

2. Stars of Dino
Abang Qi la paling win bergambar, sana sini dia nak bergambar! Tempat yang dia idamkan selama ini tercapai hasil dari mak dia yang suka mimpi di siang hari. Akhirnya tercapai jua yeyyy. Sekarang di port Stars of Dino, disinilah menariknya kita boleh tonton Dino-dino yang besar bergerak dan ada bunyian ganas weeeee. 

Nampak Dino Eye? Buaian giant yang besar tu korang wajib naik, boleh nampak satu bandar Sukhumvit Bangkok, cantik sangat!


Apa nama dino ni pun lupa sudah, ada nama dia tercatat di bawah tu korang boleh baca tau. Masa ini dino ni stop pergerakan sekejap itu yang boleh bergambar cun haha. Kalau tengah bergerak bergambar mau kena tanduk kehkeh. 

Tyrannosaurus !
Lihat abg Qi, julia siap-siap beli baju dino dari Malaysia tau semata nak pakai ke sini, nampak tak betapa exitednya mak Qi tu haha. Masa ini abg Qi nak tembak dino tu tau, dia cakap dino tu nak makan orang hahaha aduyaiii mana senapang mainan abg Qi tak bawak la tu. 

Masih lagi nak menembak, apa-apalah abg Qi, umi dengan walid nak ke depan haha. 

Tudiaaaaa, leher panjang betul, acaner nak peluk dino ni eh, hehehe, bila pegang getah di badan dia geli plak rasa hahaha. Banyak sebenarnya dino lain, nanti korang sampai sini korang tengok la sendiri ye. Tak boleh letak semua gambar nanti tak surprise la korang. 

3. Dino Farm
Anak-anak anda berumur lebih kurang 4-12 tahun? Kat sini best sangat-sangat! Tau sebab apa? Sebab anak korang boleh naik dino ride. Setiap dino ride kat sini memang dino ride yang nampak seakan dino sebenar tau. Ada pakar yang akan jaga anak kita sepanjang naik dino ride kat sini tau. 

Jom la masuk...setiap ride satu pusingan kena bayar 100 baht - RM10 lebih setiap pusingan. Okey lah masih murah. 


Abang Qi la sangat suka, Ya Allah tak tahu nak gambarkan perasaan dia macam mana bila nampak dino kegemaran dia. 


Topi dino pun cute sangat, memang sesuai la bawa anak korang datang sini bermain didalam Dino Farm, ada bermacam jenis dino ride boleh pilih. Sampai gelap mata abg Qi tak tau naik mana satu hehe. 

Slow je dino ride ni berjalan, rasa tak risau sebab ada orang jaga sepanjang anak kita tengah naik. Lepas tu, keluarga bebas ambil gambar dan video dalam gelanggang ini tau. Okey layanlah gambar seterusnya ya. 





Ada video, diakhir entry ini, nanti klik ambil feeling kami ya. 


4. 7D Amazing Park

5. Dino Draw
Port paling lama sekali kami lepak, sebab kat sini FREE tak payah bayar. Menariknya di skin ada paparan lukisan digital hasil anak-anak mewarna boleh nampak paparan dino tengah berjalan haha. Geram julia dengan abang Qi berlumba berwarna dino digital berebut siapa warna cepat dan paling cantik.

So ramai la tengok depan ni tonton hahaha...menarik sangat, pastu dengan aircond sejuknya boleh lah lepas hawa panas kat sini. Depan dino draw ni ada kedai jualan cenderamata haa eloklah.

Lihat, abang Qi tak payah diajar, anak-anak zaman canggih ni lihat je boleh explore sendiri hahaha...aduyaiii dino warna hitam abg Qi warna apa2 je lah...sebenarnya nak tgk dino berjalan atas skin tu yang kelakar sebenarnya. 

6. Raptor X-Treme
Aksi kejar mengejar hahaha, dalam ini memang macam style askar la...kena kejar dengan dino yang ganas, kena cari briefcase tu buka nombor hahah aduyaiii kelakar pun ada asyik menjerit je. Apa korang alami la sendiri ye, best!



7. Dino Eye
Aktiviti paling KLIMAKS ! Rasai kelainan dengan menaiki Dino Eye. Macam kat Malaysia ada kan dekat I-City Shah Alam kan, tapi Dino Eye kat sini lagi besar, perlahan je dia pusing. Nak naik kena bayar dalam RM20 seorang tau, kalau anak bawah 3 tahun free rasa. 



Dah beli tiket apa lagi jom masuk, sebelum itu meh baca sekilas imbas peraturan kat sini tentang Dino Eye. 



Wah! Kerlas, dalam muatan satu ini boleh muat dalam 3 orang maksudnya 2 dewasa dan 1 kanak-kanak. Kalau ada baby boleh lagi kot, kalau anak ramai sila la duduk buaian lain ya. 


Suami dan anak tak sabar dah, diorang naik dulu haa...wait for me!

Masa Dino Eye ni tengah nak pusing, ada giant dino dalam tu tau, sedang bergerak dan ada bunyian dino wahhhhhh!


Lihat wajah Abang Qi, suka sungguh dia dapat naik Dino Eye, tak takut plak tu tinggi-tinggi. Gayat gak rasa tau, tapi sebab nak rasai kelainan, harus naik. Nampak keseluruhan bandar Sukhumvit Bangkok, nampak train laju dan macam-macam, bersihnya bandar Bangkok!


Selfie la apa lagi...lihat gambar kami sampai lebam ye korang hahaha. 






Heaven, ada dekat 10 minit gak la nak habiskan setiap pusingan. Senyum je memasing, nampak suami dan anak pun sangat gembira. Ehhh seronok beli senyuman diorang terharu juta rasa...jom next!

8. The Great Volcano
Tak ada show masa ini, rasanya semua waktu malam, kalau korang rajin datang la sini waktu malam, lagi menarik ada pertunjukkan lagi tau. Kami sebab nak kejar tentatif lain itu yang pi je waktu petang, waktu malam kami nak makan kat sekitar Pratunam hehe. 

9. Dino Square

Jangan lepaskan peluang jejak ke sini, beli sikit cenderamata comel-comel macam firdge magnet dan lain-lain. Banyak betul koleksi menarik dari baju sehingga ke teddy bear dino. Harga pun boleh tahan juga mahal, fm juga yang boleh beli haha. 



Comelkan...geram tengok dino kecil ni. Beli tau buat koleksi kenangan disini. Nampak semua barangan dia berkualiti tinggi. 


Rating kepuasan:
Dari 5 bintang julia bagi 4 bintang untuk semua kepuasan dalam Dinasour Planet. Menyeronokkan sekali kat sini, tak sedar dekat 2 jam lebih bermain setiap aktiviti di sini sambil belajar nama-nama haiwan dino dekat anak. 

Maka tamatlah episod cerita travel julia 4 hari 3 malam di kota Bangkok Thailand, ada bermacam lagi tempat menarik yang perlu korang terokai sendiri mengikut bajet ya. Sehingga ke temu lagi di entry lain akan datang, semoga setiap perkongsian julia disini memberi manafaat dan gambaran tentang seronoknya jejak luar negara di Bangkok. Bye!
Nak tempah hotel layari sini klik -> Booking.Com

Jejak rujukan pautan klik link ke Bangkok:
  1. Parking KLIA2 - SINI
  2. Part 1: Percutian Murah ke Bangkok Menjanjikan Keseronokkan Berganda ! - SINI
  3. Part 2 : Citin Pratunam Hotel Bangkok - SINI
  4. Part 3 : JJCM Makanan Halal Bangkok - SINI
  5. Part 4 : Port Shopping Bajet dan Jalan Santai di Kota Bangkok - SINI
  6. Part 5 : Chao Phraya River Bangkok Naik Bot Laju - SINI
  7. Part 6 : Dinasour Planet Sukhumvit Bangkok - SINI
TAMAT

9 comments:

  1. fuhhh...bestnya entry bangkok juju...sgt best..akk baca tersengih2 sorang2..hahahha

    ReplyDelete
  2. meriah juju tmpt dinasour planet ni siap ada DINO EYE..sronok abg Qi naik dino ride tu

    ReplyDelete
  3. best nya kjuju.. x sangka bangkok ni menarik.. punya la elak baca post travelling tp terbaca juga.. wuwuuwuw... setahun kena quaranteen ni

    ReplyDelete
  4. Bestnye Dinosaur Planet ni. Raptor X-Treme tu dah macam Jurassic World dah. Kena kejar dengan dinosaur. Seronok baca entry..

    ReplyDelete
  5. wah teruja la kanak2 kalau dpt pi ni

    ReplyDelete
  6. na kne bwk Dayyan yg minat sgt dgn Trex. CD dinasour world die da rosak kcian plk.

    ReplyDelete
  7. cam seronok je, tak pernah sampai bangkok lagi

    ReplyDelete
  8. Waahhh! Bestnya kalau dapat bawa anak-anak ke siniπŸ˜„

    ReplyDelete
  9. Fuyooo seroknya abang qie g tgk denosor kat thailad gitu..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)