Julia sekarang tengah buntu. Itu nak minta pandangan korang, coffee table mana yang paling win di mata korang, coraknya semua julia sertakan disini. Meja coffee table kat atas tu paling murah setakat ini RM70 lebih je, ada warna hitam, putih dan warna kuning emas kot lupa dah haha.

Rasa macam nak beli 2 set, sebab nak letak lampu meja sebelah sofa nampak omey sikit kan. Ke beli dua meja yang berlainan, 1 macam kat atas, satu lagi macam kat bawah.

Di bawah ni corak Nordic style yang sangat simple tapi nampak elegan sangat, macam sesuai rasanya di jadikan coffee table. Bila tengok warna putih tu lawa plak, tgk corak berkayu pun lawa gak...haish pastu pening nak buat pilihan aduiiiyai.
Meja diatas semua setiap satu berharga dalam 100 lebih je. Maksud 100 lebih tu macam RM108 gitu la. Takpe korang tolong vote jap yang mana mata korang nampak cun. Aku nak rehat mata jap...pening nak pilih hahaha...susah betul nak buat keputusan.

Home sweet home. 
Warna Bronze Coklat + White + Grey. 
Sekali nampak macam warna hitam kan sebenarnya itu warna bronze coklat.

Rasa-rasa coffee table yang mana sesuai dengan tema Gothic Style Deco. Banyak lagi kena belum realisasikan deko chandeliar, frame wall, kabinet hiasan dan coffee table. Fuh orang cerewet susah buat pilihan.

29 Comments

  1. Warna putih or coklat .. hitam xnaik seri sebab sofa dah gelap

    ReplyDelete
  2. Untuk coffe table kekya cadang kat juju yang bulat paling bawah tu .. yang warna putih tu sebab sofa juju dah warna hitam carpet pon hitam putih apakata pilih putih dan bulat .. Sebab suruh pilih bulat .. kusyen tu dah petak2 dah pilih bulat la pulak hehehe.

    ReplyDelete
  3. Letak meja putih kat tepi kerusi dulu. Sekarang dah tukar. Sayang, sebb asyik tercalar. Warna putih selalu menyerlah dekat gambar. Tp cepat nampak habuk. ☺️

    ReplyDelete
  4. Yang kayu cantik, pilih warna putih bentuk bujur.

    ReplyDelete
  5. kalau huda pilih bentuk segi. nampak kemas muat sebelah kerusi. huda pilih warna putih. hehe. deco rumah mmg susah pilih mana yg terbaik

    ReplyDelete
  6. Jangan kata juju..k.sal pun rambang dah nak milih..memang anak Johari gitu kot..huhuhu

    ReplyDelete
  7. Pada pendapat saya, jika inginkan sedikit kelainan, boleh pilih gambar pertama sebelah kiri (warna putih berbentuk oval) tetapi jika inginkan yang tidak lapuk dek hujan tidak lekang dek panas, pilih la warna kayu asli. Boleh padan pada apa sahaja warna perabot dan set sofa sekeliling. Habuk pun tidak cepat kelihatan

    ReplyDelete
  8. Suka putih oval tapi putih cepat lusuh.

    ReplyDelete
  9. Bagi pandangan kak dy sebab Juju tema Gothic ..meja kayu hitam kaki kayu sesuai .

    ReplyDelete
  10. Mama suka ug gambar first. Pandai Julia hias Rumah. Cantik

    ReplyDelete
  11. omg..lawa.. simple. bestnya hitam nampak menawan.gambar first smart. . hehe

    ReplyDelete
  12. wah..semua cantik..nak pilih semua lah..

    ReplyDelete
  13. kalau ikutkan mama, mama vote warna putih sebab sofa tu dah warna gelap kan...cantikk pandai julia hias rumah

    ReplyDelete
  14. cantik juju...bantal cushion pn cute MR & MRS tu..coffee table yg kaki kayu tu ada juga tgk beberapa blogger deco umh die

    ReplyDelete
  15. cantik meja kopi tu...tapi cik nor tak reti deko2..hihi

    ReplyDelete
  16. JUUU..fie berkenan sgt kat sofa juu.. kita geng.. beli mana?

    ReplyDelete
  17. Yang meja putih tu cantik jugak kak Juju. Lagipun sofa dah gelap. Heheh :)

    ReplyDelete
  18. cantiknyerrrr...suka warna putih tu..warna gelap cpt nampak habuknyer..hehe

    ReplyDelete
  19. Vote for meja bulat putih...cantikk

    ReplyDelete
  20. juju.. kalu sy suka yg warna white @ black.. kena match gn warna dinding jugak .. kalau color pines pun ok gak..bentuk bulat pun ok..

    ReplyDelete
  21. aida vote for bwh sekali top nyer hitam kaki nyer kayu. sebab aida tgk sofa dark. meja makan white matching dgn kerusi white. dinding white... perfect lah ��

    ReplyDelete
  22. Warna hitam Nordic tu sangat sesuai rasanya..simple but nice

    ReplyDelete
  23. sha suka petak..huhu..tp yg hitam atas tu cantik jgk,..

    ReplyDelete
  24. hai ju... yg hitam tu pun cantik..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)