Wednesday, October 11, 2017

Himalaya Wellness Boutique Malaysia: Produk Penjagaan Diri Berasaskan Herba Paling di Gemari Ramai Termasuk Kanak-kanak !



Honestly nak kongsi, julia memang suka dengan produk berasaskan herba tradisional dan produk alami 100% buatan tanpa menggunakan bahan kimia terlarang. Tak kisah apa jua produk janji ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia mesti julia akan guna. 

Pada mula tak nak ambil tahu pun tapi...
Macam Himalaya, pada mulanya memang kalau ke mana-mana pusat membeli belah, julia selalu pandang sebelah mata je kedai yang jual semua produk dia botol hijau. Entah lah masa tu malas nak ambil port sebab perlu kah nak tahu sangat lanjut.

Sampai lah satu ketika tu, perasaan nak selalu guna produk bahan natural berputik dan terbaca kisah Himalaya di internet dan FB, ramai kawan julia sendiri kongsikan produk Himalaya 100% menggunakan herba asli dan kanak-kanak pun boleh pakai sama. 

Kelebihan:

  1. 100% herba aktif
  2. Di jamin halal
  3. Harga berpatutan
  4. Membership program
Terus macam nak tahu lebih lanjut dan julia ambil keputusan berkunjung sendiri ke outlet Himalaya. 

Bila julia ajukan beberapa soalan, produk Himalaya berasaskan herba ini boleh diperolehi secara menyeluruh maksudnya untuk rambut, muka dan supplemen. Contohnya anti hair fall set, anti jerawat set.

  • Juru penasihat produk yang sedia ada sangat membantu julia sepanjang soalan julia ajukan. Memang mereka berpengetahuan meluas pasal produk untuk dewasa mahupun kanak-kanak.
  • Terdapat produk Surya dan Apotec yang hanya di jual di sesetengah Himalaya Wellness butik yang terletak di Sunway Pyramid, Mydin USJ dan Setapak Sentral sahaja. Kalau nak beli sila ke butik berkenaan sahaja untuk dapat produk terpilih.

Paling digemari ramai Nourishing Skin Cream 
Contoh produk paling hot ialah Nourishing Skin Cream tu paling popular tau, julia tanya staf Himalaya katanya ramai pelancong Korea khususnya akan borong krim ini berpek-pek sebab mereka suka guna. 

Wau ! Dalam krim ini boleh guna keseluruhan kulit badan, kalau kulit mengelupas, rasa kering boleh sapu termasuk kulit dewasa dan kanak-kanak. Harga pun murah je.

Mencari shampoo rambut anak sendiri sebenarnya.

Julia baru-baru ini ke Mid Vally Megamall yang terletak di KL, banyak sebenarnya cawangan Himalaya tau nanti korang buka website rasmi pilih kawasan berdekatan korang.

Abg Qi dah umur 5 tahun, kadang-kadang bila balik sekolah selalu bau rambut dia masam dan macam kurang bermaya, almaklumlah julia bekalkan dia shampoo from head to toe yang kanak-kanak biasa guna cuma tu lah bila dah semakin besar macam shampoo 3 in 1 tu dah tiba masanya kena tukar kepada bahan organik. Janji selamat nak guna masa panjang.

Maka julia pergilah ke Himalaya outlet, tanya dengan staf Himalaya sendiri. Terkejut julia, ada rupanya produk khas yang boleh diguna untuk kanak-kanak usia abg Qi. 

Nak tahu lebih lanjut, jemput tonton video perkongsian dibawah, ada penjelasan yang best dari mereka sendiri. 

Antara produk sesuai dengan kanak-kanak
  • Protein Shampoo
Bila puas hati dengar penjelasan, terus bagi abg Qi bau produk shampoo Himalaya, kata dia wangi umi, nak umi ! Terus berbunga hati julia nak beli tau. Harga sebotol kecil dalam RM10 lebih je pun, murah dan memang boleh beli. 



  • Protecting Neem & Turmeric Soap 
Sabun badan ini pun sesuai dengan kanak-kanak, bahan berasas herba dan di yakini ramai ini buat julia rasa terus nak mencuba pada anak julia. Harga RM11 je satu sabun. Besar plak tu. Wangi !

Neem Pure Herbs
Julia suka Neem, baru cuba dalam sebulan, fungsi neem ni dia menguatkan akar rambut dan menjaga kulit agar maintain baik. Kondisi faktor semakin berumur kulit semakin kering tidak menentu sebaiknya amal produk asas herba, ia beri tenaga agar kita sentiasa fokus dan tak mudah rasa lesu. Baguslah. 

Membership Program:
Tahukah anda, kalau buat pembelian dalam jumlah RM100 ke atas, anda layak secara automatik jadi membership Himalaya tau. Selepas ini kalau nak buat pembelian akan datang, sila sebut anda membership dan sebut nombor telefon nanti staf disitu akan kreditkan jumlah bayaran kepada point. 

1 point mewakili RM1, julia dah selamat jadi member Himalaya tau sebab julia beli 3 produk masa berkunjung hari tu. Selepas ini boleh la tebus diskaun berbaloi.

Ada banyak fungsi produk Himalaya ni korang boleh cuba macam gambar dibawah julia sertakan mana tahu korang berkenan boleh cari di outlet berdekatan korang ya. 





Di sinilah salah satu outlet di Mid Vally Megamall julia singgah, senang je nak ke sini. Landmarknya sebelah dengan Sushi King di level LG. 

Semasa julia leka belek setiap produk kat sini, ramai regular customer Himalaya datang ambil barang dan terus beli, terkesima sekejap melihat situasi tu, yalah bila nampak situasi macam tu kita boleh agak dah memang ramai yang setia dengan Himalaya.

Julia sangat berpuas hati beli produk penjagaan rambut dan kulit untuk anak, memang dia sesuai guna produk herba dari Himalaya. Sekarang tak ragu-ragu lagi dah nak bagi anak guna secara rutin setiap hari. 

Untuk info lebih lanjut julia sarankan korang rujuk link dibawah:

25 comments:

  1. Femes himalaya skrg. Nak serbu gak laaa..

    ReplyDelete
  2. nurishing and face balm tu besttt... facial cleanser tu mcm tk berbuih je ... hahah tp sedap bau

    ReplyDelete
  3. Kak. Nina paling suka facial mask dia! Best...

    ReplyDelete
  4. Nanti nak try pelembab Himalaya ..

    ReplyDelete
  5. Teringin nak cuba supplement neem tu. Budak2 boleh try ke x ek kak juju? Nak kena terjah himalaya jugak ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Neem untuk dewasa sahaja setahu sis...untuk kanak2 yg kak juju mention Protein shampoo, protecting soap, dan nourishing cream, sebenarnya outlet himalaya lain ada jual banyak barang produk dari baby leh guna...cuma kt mid vally ni banyak utk org dewasa la

      Delete
    2. nourishing cream tu utk eczema kan kak juju? bukan ape, sbab dah penat sapu krim untuk masalah eczema anak, teringin nak rawat eczema dia dari dalam. huhu, xpe, try cri info lgi

      Delete
  6. Dah cuba salah satu produk himalaya ni. Memang bagus dan berkesan seperti yang dijanjikan.

    ReplyDelete
  7. Baru tau Himalaya ni ade byk produk. Igtkan syampoo je sblm ni

    ReplyDelete
  8. SHopping Banyak nao nao berbaloi baloi kan

    ReplyDelete
  9. Kita pun sebwlum ni pandang kedai ni biasa je..bila tengok orang review baru nak cari dan try

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahaa kan...sama sgt dengan perangai akak...dulu2 pandang remeh je tau...rupanya x sangka produk ni berasas herba 100%...tetiba terus jadi membership hahahhahahaha

      Delete
  10. nak crik shampoo himalaya jgk la..rambut widad pun jenis berbau,tambah lg pakai tudung n berjemur tgh panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. di sarankan...kalau kanak2 mmg staf himalaya ckp guna protein shampoo...itu lebih lembut dan sesuai dengan kulit kepala kanak2. Orang dewasa pun leh guna.

      Delete
  11. Alaaa silap laa akak tak beli nourishing cream tu hari tu, macam nak kena pi lagi ja hehehe

    ReplyDelete
  12. Produk Himalaya ni mmg best kan Juju..kekya pon guna jugak yang cream untuk kulit.. mmg best..bau pon wangi jer..Himalaya ni bukan produk utk wanita jer .. Untuk seluruh keluarga gitu..Mmg terbaik .. Tak perlu la nak g banyak tempat kalau membeli belah sebab semua utk satu family ada kat situ ..

    ReplyDelete
  13. Wahhh menarik jugak produk Himalaya ni, tak pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
  14. Sebelum ni lalu je depan Himalaya Juju. Tak masuk sebab takut harga mahal. tapi sebenarnya harga berbaloi dengan kualiti. Sekarang dah decide nak beralih arah sepenuhnya kepada produk Himalaya.

    ReplyDelete
  15. Banyaak rupanya produk Himalaya ni. Nanti nak terjah lah jugak. Sebelum ni lalu aje, tak pernah masuk pun dalam tu.

    ReplyDelete
  16. produk himalaya best..suka rasa moisturizer tu...soft dan bau wangi.

    ReplyDelete
  17. dlu2 tau psl himalaya ni ms cr info nk tambahkan susu badan...ada juga shampoo ye..tq juju for sharing

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)