Wednesday, October 25, 2017

Anak Internet?

 Abg Qi - 5 tahun

Lama julia tak kongsikan kisah abang Qaiser ilman (Qi) korang yang satu ni. Rindu tak? Abg Qi sekarang julia lihat dia jenis mudah selami perasaan seseorang. Bayangkan dia baru berumur 5 tahun, ada masa biasalah julia banyak bercerita dengan dia kisah suka dan duka, kalau julia berduka mengalir air mata, dia akan terus datang rapatkan badan dia dan peluk julia, wajah dia akan berubah kuyu, terkadang nampak air mata sebak di alis matanya.

Dia faham ke apa yang julia rasai? 

Budak 5 tahun? Hmmm jangan disangka makhluk sekecil ini tidak tahu menyelami perasaan orang lain. Mereka sangat mudah menyerap suasana sekitarnya, gembira ataupun sedih.

Anak Internet.
Tahu kenapa tajuk hari ini 'Anak Internet'? Pagi tadi julia saje sembang-sembang dengan kakak cleaner di pejabat, saje tunjukkan gambar abg Qi dekat kakak cleaner ni. Dia cakap, anak internet, besar dan tinggi dari usia sebenar.

Faham kan maksud kakak tu? Dia menjelaskan bahawa anak-anak zaman hari ini jauh ke depan berbanding zaman kanak-kanak kita dahulu. Sekarang kalau lahir je anak sudah celik mata, zaman kita dulu 1 minggu baru celik mata melihat dunia....ada rahsia tersembunyi Allah tunjukkan.

Tidak sama, melangkah jauh dari kenyataan sebenar.
Usia dengan pertumbuhan seakan tidak seiring, pemikiran dan percakapan di usia 5 tahun pun seakan kita sebagai keluarga dia bercakap macam budak sudah sekolah rendah. Abang Qi kalau dia bercakap tak ada pelat, dia kalau tahu dia sebut jelas, kalau tak tahu dia tak cakap.

Macam semalam, julia ditegur oleh abang Qi sebab guna perkataan DOC....dia cakap apa DOC DOC, Doktor lah umi.

Ye, nampak tak...dia punya pemikiran...bukan sebarangan budak. Nampak dia aktif main, panjat sana sini, rupanya dia sedang proses ilmu di otak...sangat takut pula kalau kita ni tersalah perbuatan...almaklumlah kadang2 di tegur sebab minum berdiri...memang betul pun teguran abg Qi tu hahahaha. 

 Abg Qi beberapa tahun lepas (bambam) 

Mengusik 
Malam tadi, kami golek berdua atas katil, selepas selesai buat kerja sekolah julia akan bagi abg Qi main game 5 minit. Terkadang dia minta masa ekstra 2 minit hahaha, bagi je lah kan...bila dah bosan dia suka lihat gambar-gambar lama dalam hp album walid.

Sekali dia cakap 'Umi kenapa gambar ni gemuk sangat?'

Hahahaha, berdekah-dekah julia dan abg Qi ketawa...lepas tu dia belek lagi gambar lain.

Tunjuk lagi kat julia...

Gelak lagi sampai guling2 tak tahan pecah perut abg Qi

Pastu julia gabungkan 3 gambar tersebut diatas...jadilah kenangan kami malam semalam.

Pandai dah bergurau abg Qi ni...dia dah tahu menilai gemuk dan kurus...jangan cakap umi gemuk dah la...kena puasa makan sebulan kang 😭


Sesi belajar 
Nasib abg Qi la dapat cikgu home tuisyen garang, pedang samurai jadi penunjuk baru dia nak fokus hahaha jgn main2 sama cikgu tau exam akhir tahun #5tahun nak dokat dah haaa, rotan tak dak tapi pedang samurai ni mmg mantop, ajar je terus masyukkk ilmu dalam otak ye abg Qi 😂 

ehhh cikgu pun jgn men hp masa ngajar! 'Dosher tau abg Qi kata dosherrr masyuk api neraka..... panassss'

ehh dia tatutttt kan plak cikgu yerr amboiii, pedang kang baru tau! #cikgublackbelt 😂😁😄






Student Tadika Pasti: Terbaru Hafalan Surah At-Takathur (Bermegah-megahan)
Abg Qi sekarang giat menghafal surah-surah pendek Al-Quran. Paling tak disangka, cikgu sekolah cakap kat sekolah berat mulut sikit nak cakap, rupanya di rumah diam-diam ubi berisi. Laju pula bacaannya, masyaAllah. 

Dengan izin Allah, selalu mendoakan abg Qi, terangkan hatinya, permudahkan urusan dia sebagai pelajar dan sentiasa ingat Allah, walid dan umi. 

Ada masa nanti julia cerita lagi kisah abg Qi ye, bye.

👉Baca: Bagaimana Ajar Abg Qi Surah Pendek

9 comments:

  1. betul tu Juju . budak sekarang cepat nau membesar lebih dari usia. Kita waktu usia macam tu, dunia kita cuma permainan je. zaman sekarang macam macam dah kepandaian mereka ni

    Hebat nya Abam Qi boleh boleh hafal semunya dalam masa yang sekejap je.

    ReplyDelete
  2. hensemnya abg qi... bijak pulak tu

    ReplyDelete
  3. mmg nmpk beso sgt dh abg qi...bdk2 zaman skarang mmg advanced lebih kn...hah pedang samurai tu , kena fokus tu hehe

    ReplyDelete
  4. aminnn, mudah2an Abg Qi terang hatinya menimba ilmu...

    comel la abg Qi masa kecik...comel..rasa nak cubit2..gerammm!!

    ReplyDelete
  5. Bijaknya Abg Qi.. semoga jadi anak yg soleh

    ReplyDelete
  6. Suka tgk Abam Qi ni, comel! Budak bijak, InsyaAllah jadi anak yang soleh ye...

    ReplyDelete
  7. Hensem abang Qi, mudah-mudahan menjadi anak yang soleh

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)