Bayangkan, bulan 4 punya short vacay tahun 2017. Penghujung bulan 9 baru nak tatih mengarang hahaha, biasalah bila satu-satu tempat julia menginap ambil masa nak cerita di blog, itu maknanya puas hati lah, tu. Bukan bermakna yang di upload di entry cepat tu tak bagus, semua ikut mood. 

Baca entry sambungan: Kerana kempunan datang cari 

Susah tau kalau mood malas tu menjalar nanti gambar memory dalam hp dah nak penuh barulah detect sebab apa, hahaha. Juju suka abadikan pengalaman menginap di satu-satu di blog tujuannya sebagai semakan kepada pembaca dan sebagai tanda juju dah sampai. 

Ini dia alamat dan peta juju kongsikan di bawah, boleh perhatikan hotel Felda Residence Kuala Terengganu ini memang mengadap sungai besar Terengganu, seakan berada di pesisir pantai kan, unik sangat permandangan di sini.




Inilah bangunan hotelnya, tinggi dan permandangan di hadapannya cukup menarik dan luas sekali. Tika sampai di lobby hotel, mata terbuntang dalam kereta lagi minta suami bawa kereta maju ke hadapan, masyaAllah, lautan yang disangka rupanya sungai besar Terengganu...cantik bukan kepalang lagi.

Penyambut tetamu menyambut ketibaan kami dengan begitu ramah dan senyuman manis. Sejuk hati dan hilang rasa penat memandu dari KL - Kuantan - Kuala Terengganu. 

Ya, kami singgah sebentar menginap sehari di Kuantan, almaklumlah rumah mertua kena ziarah dulu, baru kami teruskan berjalan ke destinasi tidak asing lagi...Terengganu kami dah sampai! 😁

Kelihatan di ruangan lobi cukup ringkas dan sangat cantik mata memandang, gabungan perabot yang minimalis cukup sudah buat anak kecil juju bebas berlari ke sana ke mari tanpa risau. 

Harga hotel berapa?
Nak tahu harga penginapan sila-sila lah rajin rujuk SINI. Harga berbaloi dan senang cari adalah faktor utama kalau travel dengan keluarga. Kalau backpackers mungkin hotel bajet lebih menjimatkan.

Range harga semasa RM150 ke atas.

Bestnya, bayar harga penginapan termasuk sarapan hoyeyy.

Yang ikuti juju pasti kenal, keletah perangai anak kecil sudah sebati dengan diri juju, dimana aje selfie lagi2 dalam lif hahaha, suami redha dah faham sangat 😆

Ya, kami dapat executive floor, cam ne nak dapat? Masa isi tempahan ada dinyatakan nak aras bawah ke aras atas. Kami klik aras atas of course lah nak lihat permandangan indah dari bilik hotel. 

Selalunya bergantung kepada rezeki, time bukan peak season insya-Allah senang dapat, kalau musim cuti sekolah apa sahaja terpulang pada pihak hotel nak bagi kan. Sembang punya sembang tengok tu husband dan anak juju jauh dah tinggalkan juju hahaha.


Tadaaaa! Cantik, bersih dan selesa, WiFi pun laju. Ada kemudahan seterika baju disediakan tau, yeyy.




Tak habis-habis ajak anak selfie plak hahaha mujur abg Qi ni pesen perangai umi dia, asal selfie je peace tak tinggal 😅😅😅😅

Televisyen ada channel Astro, ada coffee table, peti ais, makeup table dengan cermin besarnya. Puas hati bayar murah dapat menginap hotel selesa macam ini. 

By the way, parking pun banyak, nak selamat bayar valet parking murah je. Kami sewa servis valet parking dalam 2 malam. Senang sekuriti selalu tinjau. 

Lets Breakfast! 😊😊😊


Pujian dengan menu sarapan, banyak pilihan dan bersih. Selesa lah sarapan kat sini sambil mata terpaku melihat di cermin tingkap hotel, nampak jambatan besar Terengganu melintasi sungai besar. Oh damainya. 

Suasana waktu pagi dan tengahari, beginilah permandangan indah yang kami kutip sepanjang menginap disini. Depan hotel ini ada jeti, mana tahu korang nak naik bot boleh tanyakan staf di lobi hotel. 

Nak makan petang pun senang, turun depan hotel ada western food halal. 


Makan tengahari jom!
Kami cuci mata jalan-jalan sekitar Kuala Terengganu. Masa kami pergi hari waktu bekerja, memang ramai lah warga rakyat Terengganu keluar waktu tengahari nak makan. Sesak juga ya.

Suami nak ajak makan satu tempat restoren lejen sekitar sini. Kat mana? Cer scroll lagi. 


Ramainya orang, ya kami di Restoren Mat Binjai. Mata kami tak henti2 memandang gelagat staf di sini melayani tetamu makan. Cara mereka bawa lauk pauk berlambak2 atas tangan sehingga ke siku itu merupakan tarikan tersendiri yang anda harus lihat, laju mereka serve tetamu. 


Makanan dah sampai, semua lauk pauk ori Terengganu. Cayalah!

Sedap sungguh! Kami makan dengan nasi panas-panas, harga mahal sikit dari biasa, mungkin sebab kami order telur penyu rebus kan, itu yang kena jaga-jaga tanya harga dulu sebelum order hehe. Bukan selalu, sekali sekala apa salahnya makan di sini. 


Makan Malam di mana?
Mi Goreng Kg Seberang Takir Kuala Terengganu, landmark kedai tiada nama pakcik ni betul2 berhadapan dengan Kedai Air Minuman Jus Gelas Besar Seberang Takir. Siapa sangka, warung kecil yang dibina seberang jalan kedai popular ini cipta rekod membanggakan orang Melayu!

Mi Goreng pakcik ni marvelos sungguh, bau dia adalah bauan mi goreng zmn-zmn dlu kala...ada sisipan taburan udang kecil ranggup penuh, salutan telur sebati, sayuran, rasa mi goreng yang susah nak dapat kt KL...berderet2 satu family pakcik ni bungkus mi goreng sahaja waktu malam...warung ni kebanyakkan ramai orang kg jati ganu. 

Satu nak puji ikhlasnya org kg berniaga, asalnya julia dtg singgah nak beli ketupat palas & pulut panggang (signboard warung ni tulis dua nama makanan ini je guna marker tulis atas playwood sempoi) tp habis licin! Ternampak semua org2 kg ni makan mi goreng je tau...pastu tanya harga berapa sebungkus (hidung tertarik tarik dgn bauan lejen mi goreng)...

RM4 je kak..nak berapa bungkus kak..satu je dik...terus on the spot dia bagi julia sebungkus panas2 dibungkus padahal org lain dh order awal...kata adik tu xpe kak satu bungkus je dahulukan dlu senang...yg lain banyak bungkus.

Molek budi pekerti orang ganu...
Malu hakak dik 😂. Tapi pakcik ni goreng mi tak henti2...sekali bawa balik hotel makan berebutttt dgn anak dan suami...nyesal beli 1 bungkus!. Kenapa sedap sgt sgtttt pakcik goreng! Kuali dia pun lejen style dulu dulu, pasti datang lagi cari warung pakcik ni kalau jejak Terengganu!👍

Perut kenyang suka hati. Alhamdulilah

Makanan Original Terengganu 👍
  • Kedai Air Minuman Jus Gelas Besar Seberang Takir
Nasi Lemak Ikan Tongkol + Nasi Minyak Gulai Ayam + Nasi Dagang + Laksam + Laksa Terengganu + Sata + Pulut Lepa + Kepok Lekor + Jus Buah Gelas Besar.

Kalau sebut je kedai ini memang popular di kalangan pelancong dan orang tempatan di sana. Best kedai dia ada bermacam jenis gelas, bentuk akuarium pun ada tau hahaha. Order la dan minum puas-puas, fresh betul rasa air jus buah kat kedai ni. 

Shopping Kain Batik Terengganu !
Menarik kan corak batik terkini kat sini kan, rambang biji mata nak pilih fuhhh...tetiba tengok balik rasa nak borong lagi amboiii haha.

Kalau ke Terengganu pantang julia kalau tak singgah beli selai dua kain pasang batik Terengganu. Jiwa julia suka lukisan corak terkini di sini. Memang itulah harga untuk 4 meter. Murahkan. Batu-batu dia kuat tau kalau campak basuh mesin basuh. Itu sebablah julia datang lagi ke sini beli dan beli. Tak rugi!



Tup mata, tup mata hahaha sebenarnya orang cerewet macam julia memang susah nak buat keputusan beli kain ela batik. Sejenis manusia yang nak paling cantik dan murah hahahahahahaha 😄😄 mujur staf kedai ni melayan perangai juju kelakar ni haha. 

Rating kepuasan menginap di sini:  
4 dari 5 bintang ! Ya, julia sangat berpuas hati menginap di sini, ibarat tempah menginap hotel mahal !

Selesai cerita short vacay 2017 julia sekeluarga di Terengganu...next nak cerita short vacay di Hotel Penang pula....tunggu!

15 Comments

  1. walaupun dh pi bln 4 br bln 9 update ok lg...sbb mood mengarang tu dh dtg kn..akak pn xtau bila nk update cuti2..byk nk share tp xde masa nk mengarang...dh la ada gmbr tk sempat transfer ngan kejadian gmbr dh ilang dr hp huhu...berselera nmpk gmbr last qi tgh mkn tu..mmg sodap la tu

    ReplyDelete
  2. Berselera abam Qi makan mee goreng sedap ehh

    ReplyDelete
  3. rindu ganu! IQ membesar di Ganu, tapi dah lama tak pergi kuala terengganu. rindu makanan dekat sana!!!

    ReplyDelete
  4. telan ailiyo tgk mee tu...alaaaa fie tak sempat lagi nak g kedai mee tuuu

    ReplyDelete
  5. next time datang ganu,roger gee wokeh!hehehe..btw mee goreng tu gee xpernah try walaupon orang sini je..haha

    ReplyDelete
  6. Bestnya..hotel cantik murah pulak tu..bkn senang nk dapat jue..nnti kalau ada plan ke terengganu bole consider hotel ni..😊

    ReplyDelete
  7. Wah tempat tu macam menarik je . Mcm counter registration pun ada kerusi , biasanya kena berdiri ... selesa dan luas . Cop.. telur penyu memang boleh dijual ke ? bukan tak boleh ke rasanya ...

    ReplyDelete
  8. Serius cantik hotel dia, lobi nampak esklusif. Pastu dalam bilik pun kemas dan banyak kemudahan.

    ReplyDelete
  9. Nampak.cantik hotel pemandangan pun lawa. Puas hati jln ganu Kan. Serius mee goreng Tu nampak sedap lah

    ReplyDelete
  10. Salah satu destinasi feveret kak Ti Ganu ni.. Nampak macam menarik je hotel ni.. Hope one day dapat stay kat sini gak..

    ReplyDelete
  11. kak juju shopping batik teganu tu kat mana?apa nama kedai?murah nauu

    ReplyDelete
  12. baru tahu kat terengganu pun ada felda residence .. tq juju sharing..

    ReplyDelete
  13. bilala nk dpt mood rajin mcm juju ni rajin update blog

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)