Wednesday, September 20, 2017

Madu Abang Qi.

Gulai kosong dengan telur rebus, itulah makanan kesukaan dia sejak dari dulu...agaknya bila besar dewasa kekal kot macam ni, will see...

Budak ni dia pillow talk pagi-pagi dengan walid dia tak nak pergi sekolah...hmmm sesuatu sangat plak...sebab lately asal bangun pagi dia tak kan tidur balik dah sebab suka pi sekolah. Bila dia mengomel tak nak pi sekolah mesti ada sesuatu terjadi kat sekolah punya lah.

Bila di selongkar, dia cerita...katanya kat sekolah cikgu marah dia sebab ambil barang tak bagi tahu. Budak besar ni kan semua apa dia lontarkan memang jujur belaka, besar macam ini mana dia tahu barang tu semua kena minta izin.

Ingat senang nak ajar dan didik anak minta izin dulu sebelum ambil barang? Ya bukan tak ajar, almaklumlah nama pun budak-budak. Hari ini dia faham, esok dia buat lagi.

Pastu walid dia tanya cikgu...cikgu ada jual madu jenis tiub kat sekolah, perasan hari tu dia bawa balik 1 tiub madu dari sekolah, tapi katanya cikgu yang beri...memula syak juga...betul ke cikgu bagi atau....atau...hmmm

Bila pagi tadi dia cakap kawan-kawan ada duit beli madu, barulah kami tau yang dia malu dia tak ada duit poket nak beli madu...ya abg Qi memang suka makan madu, kami pun tak sangka anak-anak lain kat sekolah ada duit beli barang. 

Yelah budak umur 6 tahun kan kena belajar dah cara nak guna duit beli makanan, nanti masuk darjah 1 senang dah pandai kenal angka berapa RM nak beli...mungkin dari situ dia rasa dia tersisih...xd duit.

Alololo...abg Qi baru 5 tahun, mesti dia terasa dan faham. Tapi dia tak citer kat umi...dia citer kat walid...umi kan garang...sian dia.

Walid bagi RM3 untuk dia belajar beli madu kat sekolah.

Harap dia tak terasa dah...sebak plak dengar. 😏

11 comments:

  1. alahai comel nya die..
    nak madu rupanya..

    ReplyDelete
  2. Masa zaman kita tadika dulu cikgu ada buat sudut kedai kan? Belajar sambil main jual-beli..

    ReplyDelete
  3. oh qi suka madu..jrg bdk kecik suka madu..sure happy walid bg duit utk die bli madu tu

    ReplyDelete
  4. alahai kesiannya dia. takpelah ini proses belajar buat dia dan buat mommy

    ReplyDelete
  5. Persiapan awal juju.nti dh masuk darjah 1 lagi macam2😬

    ReplyDelete
  6. Salam ziarah puan belog:)

    Ala kiut je qi ni ye. Kat Pasti anak sy pun ada Cikgu jual madu ni. Sedap kot sbb anak kita pun suka beli hehe...

    ReplyDelete
  7. takperla.. proses pembelajaran.. dia ada keinginan nak mencuba sesuatu.. nak belajar membeli..


    p/s: temgah fikirkan kakak zahirah ni... bimbang rasanya bila dah darjah satu nanti..hope tahun depan dia dah boleh berdikari sepenuhnya..

    ReplyDelete
  8. Alahai comelnya Qi..
    Mcm tu lah anak2..
    Dia jujur..
    Hati putih bersih..

    Betul belajar berbelanja nanti bila sekolah dah senang..

    ReplyDelete
  9. sama la juju, anak ni dgn kita cakap kita garang... nti manja dgn ayah dia kan.. haha

    ReplyDelete
  10. growing up boy, kadang kita rasa macam eh...dia da pandai rasa nak beli sendiri, rasa nak beli tapi tak ada duit. InsyaAllah abang qi bijak guna duit nanti/. =)

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)