Kemahiran Memuji Anak - IBUROSE | Julia Johari

Kemahiran Memuji Anak - IBUROSE


The power of unspoken words – Ibu rose: Hai semua, sihat? Dah lama julia tak kongsikan ilmu motivasi. Julia suka mendengar ilmu motivasi, bila dah dengar julia suka kongsikan dengan mencatat secara live di blog. 

Ya, beberapa minggu lepas, julia ambil ear phone dengar secara live Ibu Rose beri talk dalam FB Live...bestnya! 

Semacam menghadiri majlis ilmu walhal live FB sahaja, semakin ramai pakar motivasi buat FB Live, barakaAllah, murah hati mereka, murninya jiwa mereka berkongsi dengan kita semua ilmu kasih sayang. 

Puji kerana anda melakukan usaha. Ya, itu sisipan kata-kata Ibu Rose semasa julia mendengar. Katanya puji lah anak atau sesiapa sahaja yang sedang berusaha dan dapat hasil selepas berusaha...gagal, berjaya sekali pun puji dengan caranya...

Nak tahu bagaimana, ini dia sedikit catatan pendengaran julia tentang konsep Kemahiran Mendengar.

Kemahiran Mendengar

  1. Jangan puji dan membandingkan - pemahaman julia, puji anak tapi jangan bandingkan anak dengan prestasi anak orang lain, faham kan, bila anak berjaya jangan puji anak orang lain gagal berkata sinis, tak bagus bentuk sahsiah anak macam itu betul tak, kalau gagal sekalipun, jangan bandingkan anak, selalu bagi kata-kata yang baik untuk dia tingkatkan usaha.
  2. Jangan puji selepas itu kita guna perkataan 'TAPI' diakhirnya - "Abg tahniah dapat markah baik dalam peperiksaan tapi jangan buat sambil lewa untuk ujian besar nanti ya" Contoh ada tapi...sebaiknya stopkan pujian tanpa tapi.
  3. Jangan memuji tapi hati tak yakin – unspoken words adalah lebih kuat.
  4. Jangan puji yang dia buat tetapi kita sendiri tak buat. – rajin abg belajar tapi kita kutuk seminar yang kita ikuti tak best dan tak menyeronokkan depan anak.
  5. Jangan puji tapi ungkit – ungkit benda yang lama-lama…Cth: Dulu abg rajin belajar sekarang kenapa abang malas. 
  6. Puji membangunkan & membina karakter, bukan puji yang memakan dirinya 

Tujuan parenting 
Tujuan keibubapaan untuk kita bina anak-anak menjadi manusia yang unleash dia punya greatness, contohnya dapat berbakti kepada dunia.

Mendidik nak bantu untuk menjadi sehebat yang dia boleh jadi, dari segi fizikal, spritual. Yang penting bila kita puji bukan sahaja kita membina diri dia sahaja tapi dapat memberi kesan positif kepada orang lain juga. 

Banyak sangat Ibu Rose kongsikan tips di blognya, julia suka abadikan diri dan berkongsi simple tips pada suami untuk sama-sama praktik. Walaupun julia ni sangat garang dalam mendidik, cara nak tangani emosi tu sangat diperlukan agar tak over berlebihan. 

Kalau free jemputlah ke link ilmu parenting, banyak lubuk emas julia pelajari di sini → iburose.com

11 comments:

  1. Thank you kak Juju kongsikan tentang ni. Betul sangat, kalau membanding bandingkan takut nanti emosi dia orang ni terganggu & hilang mood nak belajar. Seeloknya guide dia orang untuk terus cemerlang :)

    ReplyDelete
  2. tq juju for sharing..kdg2 ada juga certain ibu bapa yg suka banding ank die..cth tgk si A dh pandai baca walau baru 4thn tp si B dh 6thn pn xpandai baca

    ReplyDelete
  3. tq juju sayang...betul..memang kita kena penuh dengan kesabaran bila part mengajar anak .. tambah anak skrg bukan macam dulu. banyak pertanyaan dan hujah yang diutarakan.heheh

    ReplyDelete
  4. jangan bandingkan dengan anak orang lain.. setuju bab ni . sebab dlu time kecik dibandingkan dengan anak orang.. kecik ati kita huhu

    ReplyDelete
  5. tq share ilmu parenting best macam ni :)

    ReplyDelete
  6. info yang bagus, dalam tak sedar memang kita silap puji anak kita. huhu. terima kasih kak juju, terima kasih ibu rose

    ReplyDelete
  7. Yup jangan bandingkan anak sendiri dengan org lain..nanti dia kecik ati..puji pun jangab melampau..hahah

    ReplyDelete
  8. inshallah juju, tq sharing sama2 kita amalkan untuk mendidik anak2 kita..

    ReplyDelete
  9. kdg2 kita jd x sedar, pujian diakhiri tapi tu. info yg bgs. tips yg boleh diamalkan..

    ReplyDelete
  10. Selalu jugak dengar mengenai ibu rose ni.. tip2 parenting hebat dari beliau boleh membuka mata mak2 kat luar sana.. sangat2 berbaloi utk kita2 yang bergelar mak2 ni kan Juju

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...