Pearl View Hotel Butterworth Penang Pilihan Idea Kedua Menginap Jikalau Hotel Sekitar Penang Penuh dan Mahal Masa Peak Season ! | Julia Johari

Pearl View Hotel Butterworth Penang Pilihan Idea Kedua Menginap Jikalau Hotel Sekitar Penang Penuh dan Mahal Masa Peak Season !

Pearl View Hotel yang terletak di Butterworth Penang. Dengar je Butterworth Penang kira macam itulah pilihan last la nak berholiday. Sebenarnya, kalau anda pi Penang atau negara jiran seangkatan dengannya kalau nak book hotel walk in memang mahal lah rate dia kan, of course memang selalu cecah RM200-300 semalam terkadang tanpa breakfast lagi. 

Peak Season hotel selalu penuh & mahal !
Itulah pengalaman julia masa pergi peak season, kebetulan cuti sekolah suami ada kerja luar di sana maka nya kami anak beranak memang suka mengekori dia alang-alang dapat duduk hotel free pun dah happy hahaha #gengsukadokhotel.

Rangking → Hotel yang ke-42

Julia nak bagi korang idea, kalau dah pusing Penang penat cari hotel tak jumpa, jangan la mengeluh sebab tak booking awal-awal, kadang-kadang biasalah instint suka unplanned short vacay trip kadang-kadang kita kena berani tempuh, kalau always plan pun tak mencabar juga kan...

Idea azimat kedua...jangan stress.
Korang terus lajak ke Butterworth, jangan buang masa. Kat sana hotel sangat murah plus siap dapat Free Breakfast gitu...memang best! Sebab dari Butterworth nak ke Penang tak sampai 10 minit tau, dekat je pun.

Sumber Gambar : Pearl View Hotel

Besar betul nampak dari jauh Pearl View hotel ni tau, julia ingat satu bangunan sahaja, rupanya sederet atas rumah kedai tu pun hotel ini punya tau. Parking punyalah besar dan puas nak parking. So memang selesalah menginap di sini.

Ini ruang lobi hotel, nampak gah dan sangat mempersona mata memandang, staf di lobi pun sangat mesra. Yeyyyy tak sabar nak check in jom!


Harga?
Inilah harga yang tertera, lihat paling murah tu RM155 tu, harga tu kami tempah walk in tau. Paling mengejutkan sekali pakej FREE BREAKFAST. Siapa tak suka, dah la murah, walk in plak tengah malam hahaha, nak tidur je pun sebab penat seharian teman suami kerja outstation, belah malam baru nak cari hotel sebab kat dalam Pulau Pinang semua penuh, maka nya Butterworth Penang pilihan kami. 

Kalau korang ramai, pilih la bilik lain yang tertera ya. Standard room kami tu memang selesa untuk 3 orang duduk. 

Esok bangun pagi leh guna kupon ni...penat campur gembira sebab dah la bayar murah pastu bilik selesa.

Bagi julia, yang penting bersih dan selesa. Cadar semua bersih, lantai bersih, bilik air ada shampoo mandi, eh macam datang nak buat kursus atau family day sini pun best jugak, bilik dia betul-betul banyak ! 

Kemudahan 
Ada bantal ekstra lagi haa, senang kami tiga orang boleh terus rapatkan katil, terus jadi KING bed gitu ! Tidur lena malam tu tau, legaaaaaaa dapat baringkan tulang belakang haha, korang ingat teman orang kerja tak penat ke...penat cari hotel tak jumpa...last-last walk in sikit luar penang banyak plak bilik...senang.


TV, aircond, peti ais, lif, shower laju, WiFi (tak berapa kuat sgt) semua dalam keadaan elok walaupun perabot pesen lama sikit. Itu semua tak penting, carta penting bersih dan semua barang boleh guna.

Bangun pagi !
Jom breakfast, lapar ! Menariknya macam makan kat hotel 4 star tau...sebab sajian dan deko tempat makan dia lawa sangat ! Pagi-pagi dah ada macam-macam lauk boleh makan. Amboi bayar murah dapat makan lauk mahal, tak ke korang rasa nak lompat bintang kat situ...dah jom makan hehe.


Nasi lemak ayam masak merah ! Tekak orang melayu memang cari nasi pagi-pagi, sebab nak lajak balik KL kena makan berat kang dalam kereta menjerit lapar-lapar tengah jalan mengalahkan baby nak minta susu. 

Anak beranak dok sakan sembang sambal makan pagi, ramai tau yang menginap sini dan handle bermacam jenis mesyuarat dan kursus pun ada kat sini. Sesuailah kalau korang nak urus apa-apa event kat sini ada banyak dewan.


Mata sembab sebab tidur terlebih ke tidur kurang haha, takpe tempek bedak tebai, nak makan kenyang-kenyang sebelum check out. Lega dapat menginap senang kat sini, dah la tak payah deposit, walk in je dapat harga murah. 

Lepas ini, pilihan idea kedua jikalau korang nak berjalan kat Penang tak ada kosong bilik kat sana, mai menginap sini, sure selesa.

Nanti julia kongsikan pengalaman makan nasi ganja kt Ipoh kali ke berapa ntah sebab dah banyak kali makan kan cuma tak sempat nak snap gambar...kali ini julia yang kena beratur beli nasi ganja...parking tak ada...hahaha...tunggu!

14 comments:

  1. wah... siokla.... bawa budak ada pool seronok la diorang

    ReplyDelete
  2. Tak pernah sampai butterworth lagi, boleh la masuk list cuti2 malaysia hujung tahun nanti.

    ReplyDelete
  3. pjg tajuk entry juju..pernh stay sini masa outstation ke penang sbb hotel ni hotel panel company

    ReplyDelete
  4. Harga biliknya tak ada la mahal sangat dengan facilitis yang kita dapat dari situ. Lepas ni boleh la menginap kat sini time honeymoon nanti

    ReplyDelete
  5. wow. syiok bercuti dekat hotel . hhehee. banyaknya makanan

    ReplyDelete
  6. Paling menarik kak Ti tengok kan.. tang breakfast dia tu.. Dasar kuat makan kak Ti ni kan.. hahaha.. Tapi memang berbaloilah dengan harga dia tu ek.. Next time pg area sana bolehlah pertimbangkan hotel ni..

    ReplyDelete
  7. Nak try nanti bila balik Penang.

    ReplyDelete
  8. Wahh pagi pagi dah ada lauk ayam masak merah, terbaik ni

    ReplyDelete
  9. Suka hotel bajet camni, walaupun murah tapi kemudahan dia tetap terbaik.

    ReplyDelete
  10. Murah lah siap breakfast harga tu. Next time boleh lah menginap sini pulak.

    ReplyDelete
  11. menarik2, tu la, kekadang memang rasa nyampah bila nak book hotel je sume mahal dan xskali breakfast..

    ReplyDelete
  12. Not bad jugak harganya..boleh try book hotel ni kalau ada nak jalan-jalan di Penang

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...