Bida oven baru di Chilindo sudah sampai ! | Julia Johari

Bida oven baru di Chilindo sudah sampai !


Akhirnya, sampai sudah barang yang julia bida di website Chilindo ! Hooreyyy oven you all haha, kalau tanya julia, gadget apa yang julia suka? Sudah tentu lah barangan dapur, ya barang dapur. Julia suka gadget dapur sebab semua ini memudahkan julia untuk memasak, mencuba dan bagi mood rajin haha kalau rajin...kalau malas? Tukun la kat situ bersama habuk haha #gurau.

Ingat tak entry lepas klik → Oven Chilindo

Selama ini kau tak pernah memanggang dan bakar ke julia? 😅
Eh, kalau korang nak tahu, dah genap 6 tahun aku kahwin selama ini guna alat pemanggang ajaib je, memang best alat tu. Bila dah puas guna bertahun lamanya, maka hati ini terjentik dan terarah nak memiliki oven pula.

Bukan apa, rentetan cerita blog sebelum ini, aku ada story my son suka main game baking dan buat kek guna oven. So mungkin inilah salah satu sebab kenapa hati aku terbuka luas nak beli oven. 

Enam tahun...enam tahun korang...sekarang baru dapat hidayah hahahhaa (orang dah berzaman ber oven sana sini kau baru nak mula, terhegeh-hegeh julia oiiii, tak apa biar lambat asal selamat duit kau membida...murah oiii)

Ingat Kecik...rupanya sekali sampai haaa 😆
Aku ingat oven ni kecik je, almaklumlah sekali imbas tengok masa bida oven ni kat dalam website Chilindo cam kecik...tu aku pelik bila sampai haaaaaaaa kemain gedabak besar parcel diorang hantar by hand. Aku puji la servis penghantaran kat pejabat, mereka call dulu nak bagi tau barang ini besar nak kena bawa naik atas pejabat ke?

Aku terus inform, tunggu di parking sebab nak terus masukkan dalam but kereta aku. Settle, hanya rider dan aku je tau rahsia kotak besar ini barang apa hahahhaha!

Resit Chilindo tulisan siam, hahaha abaikan, janji ada kad warranty produk untuk 2 tahun terbaik! Kalau ada kerosakan tak boleh on ke apa aku leh hantar balik. 

Rezeki bida harga murah dan mampu bayar!
Tadaaaaa! Besar sungguh, rasanya nak panggang kepala aku pun lepas ni hahaha tadah je kepala...gurau-gurau hihi. Berbaloi sangat harga aku bida tu dalam RM113.50 sen gitu phewittt, mana nak dapat. 

Kat luar mau harga RM150 ke atas tau, janji boleh bakar dan panggang sudah. Brand hanabishi ni pun kira okey gak, janji lepas misi nak ber oven. 



Aku tak pernah beli barang elektrik melalui online seingat aku la kan, ini aku main redah je. Sekali cek semua dalam luar barang termasuk kotak dalam keadaan baik sekali, lawa sungguh oven ni nampak kukuh, stabil dan sporty. Sporty maksud julia nampak design oven so cool dan cantik, tak ada lah nampak pesen lama hehe. Menarik!

Close up! Macam oven orang profesional je, lihat pemegang tu wow! Survey dalam semua okey, ada pemegang dan 2 layer pemanggang boleh guna. 



Punat tu semua aku pusing okey, tangan abang Qi tu dok sibuk cakap gambar daging ni berapa umi hahahhaha...dia ingat gambar daging, ikan, pizza depan cermin oven tu harga macam beli barang kat kedai tu...aku dok gelak tak habis-habis. Lurus sangat ko dik...geram umi nak cekik2 hahaha

Close up lagi, nampak tak kat bawah cermin oven tu ada label suhu untuk jenis makanan yang nak di set kan, agak-agaklah kalau geng seangkatan macam pizza muffin tu leh la try suhu tu kan gitu...

Ada kaki lebar yang stabil dan ada pelapik dinding, itu yang paling penting. Oven kan panas so dia mesti dijarakkan dari dinding mana tahu terkena wayar ke kan. 

Satisfied! Siapa kata beli barang dalam Chilindo tak best, ini buktinya best apa. Janji barang dihantar tu selamat sampai cepat plak tu, serius aku jatuh hati. Dapat gaji nanti nak bida ampaian mudah alih kot kot lah ada...amboi wish list chilindo lagi hahaha...😇

So julia, buktikan awak boleh buat kek muffin biskut ke, selama ini mana aku rajin nak buat tu semua. Asyik order je...sebab aku tak usaha nak belajar buat, pasni ada masa aku kena la ajak abang Qi join sekaki buat, dia minat. 

Doa lah kek aku menjadi jangan jadi bengkang sudahhh hahahahhaha 😍...kalau tak jadi pun aku nak share kt blog...nak tanya apa sebab tak jadi korang kan pandai buat kek haha #doakanakurajin  

18 comments:

  1. Selamat bereksperimen dengan oven baru.. Jangan simpan je tau.. 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha kak tati doakan juju rajin tau...jgn jadi tukun comel kt sudut dapur hahaha

      Delete
  2. Wah...lepas ni sakanlah orang tu membaking ye... good luck😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha moha, takut baking tak jalan asyik buat ayam golek ajeee hahahaha

      Delete
  3. Wah...lepas ni sakanlah orang tu membaking ye... good luck😊

    ReplyDelete
  4. Sonokla pasni panggang memanggangggg hihi

    ReplyDelete
  5. dalam minggu ni rajin la post ayam golek hahaha

    ReplyDelete
  6. Ayam panggang satu!!!!bungkus ikat tepi ye...

    ReplyDelete
  7. fuhhh, memang best betul! bid kat chilindo kalau pandai mesti berbaloi.

    ReplyDelete
  8. slamat membuat kek,muffin & dessert sewaktu dengannya....dpt juga panggang222 seafood

    ReplyDelete
  9. Wow puas Hati.. besar Dan cantik ovennya.. mmg pemangkin agar lagi rajin baking ni

    ReplyDelete
  10. kemain yer .. nnt dah masak jgn lupa post..

    ReplyDelete
  11. Wahhh! Murah lah kak Juju, oven pulak besar macam ni. Puas hati :)

    ReplyDelete
  12. Buat cookies senang la nanti masa raya... hihihi

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...