Tuesday, July 11, 2017

Swiss Garden Resort Sg Karang Kuantan Percutian Family Day Raya Kami !


Short vacay raya 2017 kita ! Haa raya kelima suami berpakat nak adakan family day di Swiss Garden Resort Sg. Karang yang terletak di Kuantan Pahang. Semua family belah suami ada di kampung maka nya kami buat surprise holiday ! Yeyy siapa tak nak kan...memang best mandi manda satu family. 

Sebelum kongsikan gambar suka ria mandi manda kat sini lebih banyak, penyebab yang julia dan suami tertarik sangat nak menginap di sini 2 hari 1 malam sebab ramai yang kongsikan di media sosial tempat baru ini memang cantik dan sudah semestinya balik dengan senyuman kepuasan...

Harga Penginapan
Harga 1 malam korang boleh semak dalam medium online. Banyak je sekarang ini kan, macam julia dah selesa tempah guna servis Booking.Com maka nya tempah hari ini, hari ini juga boleh masuk hotel swiss hehe mudah kan!

Kami book lebih kurang dalam 300 lebih 1 malam tau, sebab book last minit ke tak last minit ke memang range harga macam itulah. Tapi akan jadi berbaloi bila 1 family kongsi-kongsi sekali dapat berjimat.

Nak tengok sejauhmana best ke tidak jom kita tengok hotelnya dulu. 

Studio Suite
Kami tempah studio suite je ada 1 bilik tidur dan ruang tamu yang sangat luas. Boleh bentang toto dan bawa bantal lebihan jika perlu. Di ruang tamu ada aircond juga tau...satu rumah pasang aircond rasa sejuk sangat hihi.

Lihatlah ruang tamunya...besar kan! Julia suka sekali sofa dan meja kat ruang tamu tu, memang best layan maggi sambil tonton TV lepas mandi manda ramai-ramai...meriah!


Kelebihan kemudahan studio suite (6th floor) yang julia dapat bila menginap di sini :
  1. WiFi - diberikan 4 kertas password nombor wifi berlainan...maka nya korang boleh wifi internet ramai ahli keluarga tau tanpa bergaduh yeyy.
  2. Perabot - perabot yang di gunakan minimalis dan sangat selesa.
  3. Aircond - 2 biji, ruang tamu dan bilik tidur
  4. Gym & Basket ball court - besar tau, korang kalau ada bola sendiri bawa tau, sebab julia tgk kat sana tak ada bola cuma gelanggang je. Jangan lupa terjah tingkat 5.
  5. Dapur - cukup lengkap dan selesa. Kalau nak buat steamboat ramai-ramai sila bawa multifuntional cooker tau...juju bawa periuk doraemon je senang weeee.
  6. Breakfast FREE -  2 pax
Ada peti ais dua pintu, kettle, microwave pun ada wow sangat dah tu, nak apa lagi kan. Memang senyum je sepanjang menginap sini. Dok hotel yang super selesa macam ini. 


Kami dapat view mountain dari jauh. Tak dapat depan kolam sebab full, kalau nak depan kolam korang tanya la sebelum check in ye, mana tau rezeki. 

Dekat beranda luar ni korang boleh sidai baju basahan mandi manda tu tau, sebab dia macam ada galang besi tu, memang malam je sidai kat luar, esok dah kering boleh mandi manda lagi. Cantikkan view waktu petang kat sini...aman sentosa.

Tempat kegemaran untuk bergolek depan TV, sambil hadap maggi fuhhhhh...syok! 


Ada kerusi meja lagi tau, memang macam rasa kat rumah dah haa...meja dia tinggi dan kerusi pun empuk.


Channel pun jelas, macam-macam channel lah...layan tengah malam je sebab siang hari nak berkubang haha.


Dari jauh dua beg bersusun, amboi lari dari rumah ke beraya sakan. Sambung plak holiday lagi. Memang beg tu julia bawa baju anak beranak 3 orang untuk seminggu, termasuk baju mandi dan baju pakaian harian. 

Sebab dah tau kalau dengan suami, dia akan tetiba buat kejutan nak holiday sana, nak holiday sini, so kena standby sesiap ibarat 1 minggu punya percutian raya.




Bilik tidur
Paling best bilik tidur yeyy, memang empuk dan selesa sebab bersih. Lantai pun bersih je. Ruang dekorasi pun sangat minimalis, tak sarat dan nampak sweet je. Terus rasa mata nak lelap, nak baring...okey kita baring dulu 5 minit haha.



Ada almari beserta seterika dan board tau, mudah. Aku bawa seterika gak standby last2 tak guna sebab dah sedia ada disediakan.


2 pasang selipar pun disediakan khas untuk digunakan sepanjang menginap di sini tau, boleh guna untuk mandi manda, pi makan ke, ke mana je lah janji dalam swiss garden tau. Tak payah bawa selipar lebih kalau pi berdua je dengan partner.

Bilik air sharing, ada 2 tuala mandi dan gel mandian pun ada tau, wangi je...boleh mandi dulu bersih2 sebelum pi mandi kat kolam ye. Julia suka ingatkan family tentang ini, bersihkan diri dulu sebelum turun, sebab kita nak jaga kualiti air di kolam tak tercemar dari perkara tak sepatutnya.

Jom mandi !
Akhirnya, tak sabar kami satu family belah suami nak berkubang satu pool swiss garden sg karang kuantan ni tau. Pertama kali terbit di mulut julia, CANTIK NYAAAAAAAAA ! LUASNYAAAAAA ! 

Hahaha, rasa nak lompat bintang! Terima kasih kat suami juju sebab dia yang cadangkan, dah lama nak bawa family ke sini, akhirnya tercapai impian!

Klik video di bawah, dengar dan rasai bunyi air kolam memanggil korang tau. #menyakatajejuju haha

 Kredit pic: Google

Kredit pic: Google

Lihat ! Kami berbaris satu kolam besar tu, semua ipar duai julia dan anak buah mandi kat sini. Happy sungguh! Menjerit-jerit mandi, nak tengok siapa paling galak sekali buat terjunan hehe. 

Air kolam sangat bersih, tak bau klorin sangat, kalau ketinggian julia 161cm kira kedalaman kolam ini diparas bahu julia je tau. Kalau tak reti berenang tu hati-hati ye. Julia pun bukan reti berenang tapi hati-hati la sebab bukan ada life guard jaga sangat kat sini. Banyak kena pantauan sendiri.
Gambar ni tak ada edit tau, dari jauh wajah hubby dan juju cerah...haaa hasil guna produk ephyra...bukan setakat jaga wajah tapi cerah semulajadi weeeee.

Ya Allah ! Tengok abg Qi korang tu, kemain ber yahoooooo dia ! Hahaha, kat sini ada slide terowong tau, paling best layan terowong slide dewasa tu, memula cerah je masuk dalam tu, pastu jadi gelap sangat bila slide, aku keje menjerit je weh sampai kat kolam tu berderbushhh turun, sekali pandang atas ramai ye menyaksikan aku menjerit satu terowong weh hahaha...

Nampak sangat aku penakut... (jalan tunduk2 malu haha)

Pak mertua dengan mak mertua, diorang tak mandi hanya join sekali lihat anak dia dan menantu anak buah mandi sakan haha. Kat sini kalau lepak memang angin sepoi-sepoi bahasa datang, tenang je. 

Mulai dari gambar di bawah korang layan dan scroll je ye, semua dah kemaruk air itu yang bergambar pun seronok. Puas hatilah ! Scroll scroll jangan tak scroll.




Slide terowong ada dua, nampak tak julia dan geng kak ipar dok peace atas puncak tu. Sebenarnya takut nak naik slide atas ni, suami cakap dalam tu gelap gelita, huwaaaa sah aku menjerit sepanjang masa kahkahkah.


Ada banyak kolam, jangan risau, korang datang sini takkan bergaduh, sebab banyak betul jenis kolam. Kolam yang aku berendam ni pun kedalaman dekat bahu aku juga tau. Untuk anak-anak jaga-jaga, awasi mereka setiap saat dan ketika.

Ada jambatan, feeling amik gambar syok sendiri hehe.

Juju dengan suami kaki selfie hahaha tak sedia lagi hubby dah snap abangggggggg! Tunggu sat lah anak tudung senget benget ni haha...nampak tak belakang kami tu timba emas, kalau dia hempas air memang sakit kepala, bingai terus tapi best la, lencun !

Hubby & juju pengguna setia ephyra...kemain gebu wajah hubby, hari-hari dok tenyeh ephyra skin bar hehe.

Masih selfie dengan hubby, suka duka semua hilang...yang dapat jadi gila dok sini...rasa tak mau balik. Tengok lah my anak buah, semua dok sakan berkubang, best tau.







Makan aiskrim paddle pop memasing atok nenek diorang belanja...jaga-jaga bagi tau anak-anak jangan makan aiskrim tumpahkan dalam kolam ye. 

Kenangan manis bersama anak-anak buah julia, seronok diorang, auntie juju lagi seronok!

Lepas puas berendam semua, mandi dengan air paip, pi playground. Sebelah kolam ada playground untuk anak-anak bermain. Memang abang Qi and the geng sapu bersih main puas-puas kat sini. 
 Cepatnya masa berlalu...julia dan suami rindukan suasana family day macam ini lagi tau, nanti nak kumpul duit lagi nak bawa diorang lagi jika ada rezeki.

Rating kepuasan:
Dari 5 bintang, julia bagi 4 bintang untuk keseluruhan tempat ini. 
Korang book cepat, bawa seluruh family anda ke sini, pasti mereka menghargai anda kerana pinjamkan masa emas anda kepada mereka.  

Save the address:
Swiss Garden Resort Residences Kuantan, 
Jalan Kuantan-Kemaman, Mukim Sungai Karang, 
26100 Beserah, Kuantan Pahang.

14 comments:

  1. boleh tahan lawa juga ye tempat ni . tak pernah pi mana2 swiss garden lagi . uhukksss

    ReplyDelete
  2. eh... ni apartment erk.. yg azni p aritu yang hotel. nampak mcm okay jugak nih

    ReplyDelete
  3. IQ rasa dari kecik IQ lalu sini tak pernah singgah dan menginap pun di sini, kena bawak jugak family datang sini cepat macam mnearik sangat!

    ReplyDelete
  4. bestnyaaa satu family semua pegi.. kalo ramai2 mmg elok bawak toto je hehe goleklaaa bersama lagi meriah.

    ReplyDelete
  5. akak pernh stay sini 2x tp masa tu belum renovate lg part pool cantik camni..nmpk sgt lama benor dh pi hehe...syok la mandi manda rmi2 tu kn..bilik pn luas tu studio

    ReplyDelete
  6. bilik studio tu memang puas hati kalau dapat..
    kena ler dengan harga.
    luas dan complete.
    kita duk kuantan pun tak penah lagi gi sana..
    hahahaha
    x aci nie,

    ReplyDelete
  7. BEST BEST BEST ! AKAK DAPAT BOOK 29-31 OGOS NANTI .. murah je 1 mlm RM50 HEHEHE..

    ReplyDelete
  8. best jugak pool dia, bnyk slide, time mcm ni la kan nak berkumpul ramai2 bersama family..

    ReplyDelete
  9. selesanya tgk keadaan bilik tu...

    ReplyDelete
  10. Selesanya hotel ni. Besar Dan pool dia pun best

    ReplyDelete
  11. Wahh..besarnye pool dia..bilik pun nampak selesa dan luas..

    ReplyDelete
  12. Familyy time memang paling best! Tambah pulak ada pool yang macam ni, berganda ganda seronok tu kan. Heheh :)

    ReplyDelete
  13. kak juju ni mmg btul la ske duk hotel.. nk cari hotel pasni roger kak juju je laa

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)