Tuesday, June 6, 2017

Pokok Hiasan Artificial #DekoRaya


Bila mood deko sampai, baik kau layan sebaiknya. Nanti dah hilang mood memang kelaut lah jawabnya haha. Dari minggu lepas lagi kan julia nak cari pokok hiasan sebagai penaik seri dekorasi. Memang lah aim SSF sebab kategori cantik tersangat tu memang hak milik SSF yang itu tak boleh dipertikai lagi.

Tapi, kena ikut tagline julia. Bajet, nampak cantik macam real haaaa gitu. Beberapa hari lepas balik berbuka puasa rumah mertua di Pantai Timur. Memang dah rancang nak ke pasaraya Cowboy. Aku suka pasaraya ni sebab ada jual bermacam jenis barang, murah plak tu.

Instinct aku cakap mesti ada pokok hiasan yang cantik. Terus suami pun cakap jom lah usya lepas berbuka puasa. Maka sampai lah kami. Terkejut lihat harga murah sepohon. Pokok pun nampak real, nampak stabil dan tak berat nak usung ke sana ke mari.


Perbezaan kedai
Kalau dekat Kedai Romantika pokok artificial jenis berat, daun dan dahan tak panjang, rupa tak macam real dan sebenarnya tak berapa nak kena dengan jiwa pastu mahal plak tu. Tapi kalau pokok bunga kedai Romantika win.

SSF memang cantik! Paling win...harga pun dekat 300 ke atas sepohon tanpa pasu tau haaaaa kalau buat membership memang la murah sikit tapiiiii...korang tengok la bajet ye. Aku selagi nak dapat murah...aku nak haha

Pasaraya Cowboy juga pilihan aku (aku search kt KL macam tak ada pasaraya ni, semua belah-belah Timur, mohon wujudkan cawangan dekat KL please hahaha) kena tagline terus, pastu daun dia boleh cabut masuk dalam kereta, ringan sungguh batang pokok artificial ni. Senang selit dalam kereta kecil, tak payah letak kat belakang kereta,

Bawah RM50 je sepokok...senyum ke telinga aku weh sebab bajet betul haaa...sampai jugak hajat aku nak beli pokok hiasan yang betul-betul nampak real tapi murah! 


Korang rasa mana satu pokok aku beli? Hahaha surprise nanti datang umah la beraya deko minimalis je. Tak suka sangat hiasan sarat, pening nak manage habuk bagai.

Jom usya pasu. Aku kenan pasu buluh ni nampak menarik. Tapi bila fikir balik macam tak stabil plak. Cari pasu lain.

Aku beli pasu warna coklat tu RM6 lebih je satu. Murah-murah lahai dok sini. Kalau nak beli hiasan lain pun ada tapi macam biasa aku tak suka benda serabut haha.

Meja kerawang warna putih tu aku kenan, boleh letak sebagai side table sofa tak pun leh letak pasu bunga sebuah lagi. 

Balik KL, singgah Times Square. Kalau korang ke tingkat 3 rasanya lah lupa plak nama haihh dia jual bermacam barangan. Kalau korang suka deko cermin kat sini menarik ada macam-macam bentuk. 

Ye aku peminat pokok bunga orkid. Harga kat sini agak mahal sikit bagi aku. Memang lah pasu dia cantik tapi mahal sangat. Kat Romantika lagi murah. 

Kalau nak meriah lagi glamer haa beli orkid pasu ni. Cantik kan. Harga pun kat beratus sepasu. Okey bye!!!!!! Haha nanti aku rajin aku beli pasu dan bunga deko sendiri...bukan susah pun letak kayu keliling ikat pokok orkid settle. 

Selesai wishlist pokok artificial, murah, jimat dan nampak macam real. Lega sudah. Next wishlist masih lagi mencari frame gambar. Harap jumpalah yang buat kami bertiga jatuh hati. 

Bukan senang ye, dekorasi dinding lagi susah dari deko yang berada di lantai. 

Misi berjalan minggu ini. Nantikan!

Jejak entry #DekoRaya lepas klik:

1. Retro Rug
2. Sarung Bantal Sofa
3. Wishlist Chandeliars
4. Frame Dinding
5. Cara Susun Frame

14 comments:

  1. wah, betpinau mata tengok munge munge cantik2 semuanya 😍😍😍

    ReplyDelete
  2. kalo masuk SSF, mmg rambang mata tp bak kata juju , kena tgk budget..yg ni pn ok...slamat mendeko raya..dh setel deko jgn lupa share

    ReplyDelete
  3. hihi, seronok baca deko raya kak juju dari awal. ermm, IQ rasa kak juju pilih pokok yangg....hehehe...alaaa, rumah kak juju kat mana? nak datang raya!!

    ReplyDelete
  4. memang menarik lah juju.. cowboy eh.. nice. jauh plak nak pegi. hehe

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. SSF ada byk cawangan...yg julia pernah pi ada kat Viva Mall dan Velocity Mall...tapi tu la mahal tp lawa...kalau ada bajet boleh beli...tips buat membership dlu dan beli masa bulan hari jadi...leh dpt murah sikit. Tapi julia beli kat cowboy je Rm50 sepokok...jimat duit hahahaha

      Delete
  6. Seronok pulak baca entry mendeco ni...

    ReplyDelete
  7. Aku tak boleh ke sini...boleh gila tengok barang2 dia

    ReplyDelete
  8. Cantik pokok tu, harga pun murah.

    ReplyDelete
  9. Kita pun pesan kt ps cowboy..pokok dia lawa2 n cun2 gila kan....hrp2 la cowboy mluaskan empayar ke penang plak pasni

    ReplyDelete
  10. ada usha pokok daun tu tahun lepas..lastly tak beli pun
    JanjiKita

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)