Sekarang nak ke pasaraya kecil je pun, sesak orang beratur nak bayar, itu tak termasuk bab parking tau. Pergi pasaraya besar pun troli plak habis, bawalah bakul berat nak jinjing barang dapur. Makin stress bila dah habis pilih barang nak membayar kat kaunter musim bulan Ramadan penuh sesak, nak tak nak kenalah beratur. 

Tengok husband, monyok dah muka. Katanya dah setengah jam berdiri pun tak lepas lagi beratur nak membayar. Tengok anak pun dah mulai minta makanan, lapar katanya. Aduyai macam mana nak buat sana sini pasaraya penuh dengan manusia.

Bila julia dah hadap situasi ini, mula la malas nak pergi pasaraya lagi. Bukan apa, masa julia banyak dihabiskan di sana sahaja. Terkadang balik rumah nak susun barang dapur, nak mula memasak pun tak ada mood. Yelah dah penat cari barang, beratur lama, kena drive pulang sesak di jalan raya, penat tau....dah tu bila nak mula masak?

Terlihat rakan-rakan uar-uar di FB tentang honestbeemy
Lepas berbuka puasa, macam biasa julia suka lah scroll facebook tengok rakan-rakan punya status dan iklan. Sekali terbaca rakan julia ada kongsikan beli barang dapur online guna medium honestbeemy

Mula-mula timbul perasaan was-was tapi tengok rakan baik sendiri yang beli barang dapur online siap rider hantar kat pejabat itu sudah cukup testimonial dipercayai !

Terus buka laman web rasmi klik link → honestbeemy survey ada promosi tak. Eh! Scroll punya scroll sekarang tengah berlangsung promosi Ramadan tau. 



Julia survey, harga telur 30 biji dalam RM7 lebih, tepung gandum pun tak sampai RM1 sepeket. Murah tu ! Macam-macam ada tau. Alang-alang barang dapur bulan ni dah susut banyak, terus survey harga untuk beli sardin, buah, ubat gigi, bawang dan segalanya semua ada di honestbeemy.



Kelebihan pilih, semak harga dan buat pembelian barang melalui honestbeemy.
Seandainya barang korang pilih tu tak kenan, boleh klik tanda pangkah di hujung carta tu, terus nampak jumlah keseluruhan yang perlu di bayar termasuk delivery fee. 

Tak ada lah mahal sangat upah delivery tu tau, berbaloi sebab tak perlu susah payah nak pilih barang kat pasaraya, tak payah beratur, tak payah penat-penat...agen honestbeemy tolong bantu kita pilih barang dan rider hantarkan terus yeyy!.


Boleh set masa dan tarikh penghantaran.
Menariknya, kalau anda outstation, ada isteri dan anak di rumah jauh dari anda. Jangan risau, buka handphone download apps honestbeemy pilih dan terus bayar online.

Contoh gambar diatas, julia order hari ini dan setkan jadual penghantaran hari ini juga. Julia tengok masa mana yang carta tu free, terus pilih dan terus bayar online. Mudah!

Selain itu, barang dapur boleh terus sampai kepada anda, mahupun tengah sibuk dipejabat boleh set alamat terus ke rumah isteri, ibu dan ayah serta anak-anak dengan selamat. 

Bila fikir kembali boleh mengurangkan risiko keselamatan isteri dan anak-anak terjamin. 



Barang sampai tepat pada masanya !
Sembang punya sembang tentang kelebihan honestbeemy barang dapur yang julia order dah sampai. Julia setkan masa diantara jam 2 hingga 3 petang. 

Tapi rider hantar ke alamat pejabat tepat jam 2 petang. Padahal baru je order jam 11 pagi. Cepatnya perkhidmatan penghantaran. Puas hati lah. Jom tengok barang julia okey tak.

Cara honestbeemy kekalkan kesegaran barangan.
Menariknya. julia ada order minuman sejuk. Cara mereka kekalkan kesegaran minuman berkenaan honestbeemy sertakan sekali kiub ais dalam plastik. 

Sepanjang barang ini semua berada dalam kereta di pejabat air minuman botol tersebut tetap sejuk walaupun duduk dalam keadaan cuaca yang sangat panas. Hebat!

Lihatlah buktinya, ramai rakan-rakan julia sendiri pun tertarik nak cuba rangkaian honestbeemy. Macam-macam diorang komen dan paling best mereka pun pening kepala dengan musim sekarang susah nak cari parking dan kena beratur lama di pasaraya. 



Ada tak barang yang ditempah kata ada stok, tapi last minit barang tu sold out?
Ya, ada. Masa julia tempah katakanlah nak beli bendi. Tapi bendi jenis yang julia nak tiada dalam stok masa diorang nak ambil. Mereka beri pesanan dalam bentuk WhatApps untuk beri pilihan brand sayur bendi yang lain beserta dengan harga sekali. Mudahkan !

Haruslah julia setuju dengan Plan B mereka sebab harga yang dinyatakan pun lebih kurang sama dengan yang Plan A julia tempah. 

Telur ayam 30 biji tu sampai semua elok je tak pecah langsung pun, sayur dan buah-buahan pun elok je. Dah tak payah balik kerja ke pasaraya, terus balik rumah awal dan terus boleh masak sambil tersenyum. Mudah betul dengan honestbeemy.

Telur ayam gred A 30 biji je lupa nak masukkan dalam gambar ni hahaha. Antara barangan yang julia order, haa jangan terkejut tembikai, timun, halia, bawang, bendi pun julia order tau...semua barang yang diberi dalam keadaan sangat baik sekali. Tak ada yang tak elok, semua memenuhi piawaian julia. Puas hati !



Korang nak order? 
Jangan lupa khas untuk pembaca tersayang gunakan kod 
'HBSPECIAL' 
(RM20 off with minimum spend of RM100) 
Tarikh akhir sehingga 30 June 2017  sahaja
One time use only 
For first time users only 

Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini ya, ambil peluang untuk dapatkan diskaun berbaloi melalui blog julia johari.


Info lanjut layari: 

19 Comments

  1. haritu order salmon pun fresh. asben puas hati betul.

    ReplyDelete
  2. phew..
    ingt moto kuning ongt honestbee..
    barang akak beli tu dh mcm beli sendiri kat market.
    jimat masa jimat parking camni.

    ReplyDelete
  3. Jelesnye tgk sbb dkt Ipoh xde lagi

    ReplyDelete
  4. wah shopping brg dapur online..yela skarang kalo bole jimat masa, bli online kn

    ReplyDelete
  5. Menarik betul honestbee ni, memudahkan urusan beli barang² dapur.

    ReplyDelete
  6. Menarik! CIKZA Baru je place order..

    ReplyDelete
  7. sekarng semua dihujung jari, barang dapur pon boleh online, jimat masa & jimat minyak keta hahaa

    ReplyDelete
  8. nasib baik xde honestbee kat sini,kalau tak dah beli kat situ je,kalau kat jb ni eda suka pakai tesco delivery...hehhee.cuma untuk barang basah jarang lah beli..

    ReplyDelete
  9. wahhh, best sangat, beli barang dapur sekarang pun mudah, barang segar lagi la puas hati

    ReplyDelete
  10. Mmg best guna HonestBee, jimat masa jimat tenaga

    ReplyDelete
  11. WAHHHHHHHHHHHHHHH..best nyer ! jimat masa pun ye dik. Mana tahu kan hari minggu duduk rumah xde kenderaan nak keluar app dan syarikat macam ni la penyelamat kiter ! Bagus bagus ;)

    ReplyDelete
  12. dah boleh jimat banyak masa bila barang dapur pun boleh order online..

    ReplyDelete
  13. wah nak try la macam ni..mudah je

    ReplyDelete
  14. menarik dan memudahkan . harap lepas ni akan ada untuk cover area sini pula

    ReplyDelete
  15. bestnya, kl macam2 ada. kalau kat kampung ada camni kan best gak

    ReplyDelete
  16. Mudah sangat bila ada website macam ni. Klik klik, barang sampai depan rumah. Tambah pulak bulan Ramadhan ni, punya lah malas nak keluar pergi beli barang.

    ReplyDelete
  17. bestnya... sayang tk cover tuk tempat lisa lagi hehee

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)