Tuesday, June 20, 2017

Meylana Glam Raya 2017, Tudung Raya Jumpa Dah !


Susah betul tahun ini nak cari tudung raya haha. Sebabnya aku peruntukkan seharian waktu nak hunting tudung raya je pun aduyaiii semangat. Mujur lah suami dok dalam kereta je dengan anak, pusing-pusing satu taman Wangsa Maju, Wangsa Melawati dan Setiawangsa. 

Warna yang aku nak tak berjumpa memang aku kena cari sampai dapat...kebetulan warna yang aku nak ramai cakap warna itu yang orang cari padan muka aku haha. Siapa suh pilih tema warna tuuuu nak buat cam ne...semua warna aku tengok cantik je muehehehe.

Banyak kedai hilang begitu sahaja...
Aku pi bermacam butik yang aku ingat Benang Hijau (eh mana dia pindah ek tahun lepas ada je sekarang tak ada dah kat area wangsa melawati tu huh), pi Salsabeela non hado, pi kedai tudung murah pun non hado warna aku nak tu...dah mula rasa pening, penat. Bukan tak nak pi pameran Mood Republik semua macam itu, aku malas nak tawaf banyak booth this year.

Tapi kan...aku yakin, aku doa, aku melangkah masuk 3 kali turun naik kereta tau semata nak cari tudung je pun...aku terpandang Meylana. Ya butik memey ni lama dah aku nak sampai, selalu lalu je tapi tak sempat menyinggah.

Maka aku singgah la...tak ramai orang masa ini. Lega aku...penjual pun bagus diorang layan aku, siap tolong aku matchkan baju aku dengan tudung aku nak...

Mata aku dok merelip-relip tengok baju raya Meylana. Lawa-lawa belaka, harga pun tersangat lawa lah haha. Well harga Kuala Lumpur standard 1 baju ready made mau cecah 200 gak sehelai...tak pun 150 ke atas gitu.

Lupakan...teruskan niat nak beli tudung sahaja tau tau...tapi mata dok gak jeling baju-baju kat sini...tahan nafas haha!

Akhirnya...ia berada dalam genggaman! 
Ini reward untuk diri sendiri, aku guna duit dari hasil aku kerja keras meniaga sambilan ephyra dan duit hasil blogging. Bukan nak menunjuk, aku nak tunjuk kat korang kalau korang rajin setahun sekali beli lah barang yang kau nak pakai sangat...kau usaha, kau menabung...dan kau pakai...kau mesti rasa puas, itulah nikmat di hari raya! 

Tahun ini tahun kami pakai baju tema warna Tiffany Blue, tak pernah pakai warna tu tau, harap sesuai lah bergaya nanti hehe.

Meylana
Exclusive Scarf
(Limited)

Harga Shawl: Dari RM89 dapat diskaun RM69 je beb, memang langkah kanan juju sangat sebab sedang sale yahuuu. 

Cantikkan bungkusan kotak shawl aku ni, suka tengok! Terus rasa seronok je bila baca sisipan kad khas ucapan raya dari Meylana. Memey julia beli shawl dari butik memey tau...nanti julia tag memey kat ig nanti ye haha sakan raya! #MeylanaGlamRaya2017

Baju raya Ready Made!
Baju raya julia tahun ini ada dua pasang, aku beli ready made je terus, mujur ada size comel cam aku ni...masa balik kampung mertua berbuka puasa ritu la pusing2 bandar Kuantan. 

Mujur kali kedua masuk kedai je dah dapat size, bukan kata kat KL tak ada, tapi nun jauh kat Seri Kembangan dia punya cawangan. Alang-alang dah kat sini baik ambil peluang.

Harga 2 pasang baju raya kat sini aku leh dapat dalam RM200++ tau tak. Kalau kat KL mau sepasang je dapat, jimat berganda dah tau, leh pakai buat kerja kan, janji tak terlalu glam...haha

Thanks dekat husband, dia belanja baju raya yeyyy haha bukan tiap2 tahun ke dia belanja hehe.

Kisah kasut raya pun nak blue!
Kasut raya pun dah beli minggu lepas satu anak beranak kat kedai Bata je. Senang size 10 macam aku memang kedai Bata je ada jual, warna pun warna biru amboiii...dari atas sampai bawah tiffany blue u ols...habislah raya ni haha

Ritu jalan-jalan kat Quill Mall ternampak beg sling rantai warna ala-ala blue cantik weh...aku ni tak taulah semua benda warna biru laut aku nak tahun ni...kahkahkah...tengok cam ne kot minggu ni ada lagi beg tu aku nak grab kebetulan duit blog dah masyuk rini weeeee.

Puas hati tak tengok wajah juju tu?
Yelah hunting berjaya, gembira la sangat-sangat...alhamdulilah. Moga Allah luaskan rezeki aku dan rezeki korang semua banyak-banyak...sedekah jangan lupa ye.

Nanti next entry aku nak kongsikan kuih raya sponsor aku dapat tahun ini, tak payah beli u ols, kaum kerabat aku taja tiap-tiap tahun, syukur!

8 comments:

  1. wahhh. macam best je tudung tu. jangn lupa review kak. tudung kepunyaan retis tu. heee. mesti lawa.

    ReplyDelete
  2. akak tkde dpt bj ry lg..jwbnye pki mn ada la..tgk la kalo sempat tgk , kot2 ada yg matching...syok juju dpt shopping 2 pang rege camtu..kt kl jgn hrp la kn

    ReplyDelete
  3. wahh murah jugak harga macam tu. Cici this year semua tempah je. sepasang. yang lain pakai baju biasa je. kasut raya dah beli, tapi dah pakai sekali hahaha. tudung je takde lagi ni

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...setel preparation raya ye..saya plak, anak dgn husband xde lg ni baju raya. ibu dia je yg dah setel..huhu

    ReplyDelete
  5. Juju, tahun ni saya punya tema warna pun BIRU...

    ReplyDelete
  6. Hari biru bila buat persiapan Hari Raya. LZ buat last minute preparation. Alhamdulillah sempat dan dipermudahkan urusan. Berpeluh juga masa tu..

    Psstt untung dapat shawl Meylana harga menawan, rezeki Ju 😊

    ReplyDelete
  7. Hihi....finally....memang puas hati la bila dah dapat kan ...happy raya

    ReplyDelete
  8. Memang jimat kan bila beli kat luar KL..hiks

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)