Cara Nak Hadapi Órang Tua' Suka Bergaduh | Julia Johari

Cara Nak Hadapi Órang Tua' Suka Bergaduh


Setenang-tenang air di lautan, jangan di sangka buaya semua jinak belaka. Haha! Perumpamaan itu aku pakai dalam siri celoteh hari ini. Ada kaitan atau tidak kita telek diri. Ya, orang tua itu siapa? Kita kah?

Ya lah, kita semakin hidup di dunia ini semakin tua, kalau semakin muda hanya di luaran. Tapi dalaman tetap semakin tua, uzur orang kata gitu. Tapi bagaimana nak hadapi situasi nak tenang sentiasa tanpa rasa selalu hiba?

Tipulah, kalau kau hidup dalam keadaan tenang sentiasa. Ujian hidup ini rencah pelbagai Allah berikan. Baik bukan dari diri kita sendiri, tapi luaran memainkan sedikit sebanyak mempengaruhi kita.

Terus point utama, bagaimana cara nak hadapi orang tua yang suka bergaduh. Bila di kongsi tajuk itu nampak macam gengster sangat kan, kita selalu persalahkan anak kecil bila suka bergaduh, suka buat perkara yang kita tak inginkan terjadi kepada mereka.

Tapi adakah kita amalkan seperti apa yang kita tak suka anak buat dekat kita?
Denggggggg! Denggggggg! Haaa panasnya muka...ya, tak apa panas sekarang dari menyesal kemudian hari.

Bukan apa, rata-ratanya zaman sekarang kita sendiri (merujuk diri anda sendiri) tak mahu mengalah. Asyik nak menang dalam semua perkara. Asal ada benda yang kecil di bangkit-bangkitkan. Habis lantang dah suara keluar, terlupa menjaga sensitiviti satu sama lain...ohhh jangan sesekali usik kawasan privacy sesama manusia, natijah nanti jawabnya yang jadi punca perbalahan...tak setimpal pun kan.

Balik kepada diskusi tajuk diatas...bagaimana jika kita melihat situasi berkenaan?
Caranya,

  1. Mendiamkan diri - teknik bukan tak nak dengar, tapi teknik untuk kurangkan dosa. Kalau orang tua berkenaan tiada kena mengena dengan anda, anda tidak setuju dengan pendapatnya, sebaiknya berlalu pergi buat sementara waktu. Jika ada hubungan darah, sebaiknya cuba lah diam, tak pun belajar tarik nafas untuk elak kemarahan...bukan senang kan...tapi pelajari teknik bernafas semasa nak marah...remedy untuk bagi peluang otak berfikir sebelum berkata.
  2. Cuba amal, semasa mereka marah dan bergaduh kita amalkan senyuman - macam bergurau, katalah "Amboi marah sangat hari ini mak limah, dah makan ke belum? Haaa pi makan dulu tau tau" gituuu...ini sedikit sebanyak beri peluang kepada si pemarah berkenaan berasa termalu dengan tindak tanduknya sendiri dari memulakan kemarahan meluap-luap. (Teknik alih pandangan dari terus menerus bergaduh)
  3. Tak perlu makan sangat kata-kata makiannya - selalu kena maki? Amalkan teknik, buat kerja lain dengan segera. Jangan terlalu taksub menerima makian. Sebab itu kata-kata sahaja, biarlah apa orang nak kata apa, tapi anda sedang berdoa dalam hati yang aku tahu apa aku buat, aku tak menyusahkan orang lain malah mendoakan dia segera insaf.
  4. Menangis? - selalu itulah elemen terakhir kan...kita menangis melihat situasi orang bergaduh ataupun menangis kerana kita tak tahan. Tapi jangan over sangat menangis, tak selesai masalah juga...kena do it something...bincang elok-elok.
  5. Leraikan pergaduhan - kita melihat situasi pergaduhan, kita wajib leraikan. Bukannya siap menjadi batu api, jadi pengambil video paling terbaik untuk disebarkan. Apa sebab kita berada disitu sudah menjadi tanggungjawab untuk kita cuba leraikan dengan cara win-win situation. Tidak pilih kasih itu paling penting sekali.
  6. Belikan hadiah - kalau orang tua tu ada pertalian darah, beli kan hadiah, memang lah mereka tak minta duit kita pun, tapi sebagai bonus untuk melupakan pergaduhan, siapa tak suka hadiah betul tak, siapa-siapa pun suka, terus jadi aman damai. Amalkan tips suka memberi dari menerima, itu boleh kekalkan momentum senantiasa berada dalam keadaan tenang.

Ini semua idea julia sendiri, kalau budak kecil bergaduh kita senang nak handle, budak-budak kan, beli kek atau coklat senyap lah...tapi kalau orang-orang tua bergaduh aduhhh 1000 malam pun dok ulang cerita dan tak nak ampunkan dosa dia sampai macam itu sekali!...haha...situasi ini siapa-siapa pun hadapi...cuma kita tak tahu nak handle cara positif.

Semoga sepanjang bulan Ramadan ini, kita perlu tunjuk contoh yang baik. Jangan terlalu mengharap pergantungan pertolongan dari orang lain...kita buatlah sendiri selagi boleh. Jika ada yang membantu, kira bonus untuk kita. Tapi kalau kita sendiri yang rasa penat nak buat itu semua, baik jangan buat apa-apa. Tiada siapa pun suka menyusahkan diri sendiri, yang susah bila ada rasa dengki dalam diri...haha! 

Sila rawat...bahaya jadinya.

Sekian, celoteh unsur positif...senantiasa maju ke hadapan...tiada sebab untuk anda rasa terbelakang...dunia senantiasa hari baru...takkan nak duduk lagi zaman lepas. Jaga diri. Assalamualikum wbt.

8 comments:

  1. tu la kalo hadapi situasi gni kena kawal..tp kdg2 terlps juga..nk2 kt opis ni rmi yg lg berumur dr kita...tp sbb melibatkan kj terpaksa tegur...

    ReplyDelete
  2. org tua gaduh lagi sentap kut .. hehehe.. gaduh ngan org laki n orang perempaun lain tau... ngan laki lagi senang nak handle

    ReplyDelete
  3. Never had this experience before but the information will keep in mind . Thank you ----- Syamsid Blog -----

    ReplyDelete
  4. Nani selalunya diamkan diri aje tapi itu lah kadang kadang terlepas jugak bila sabar tu dah menipis.

    ReplyDelete
  5. Ai lebih suka diamkan diri je, kalau asyik berbunyi nanti jadi panjang lebar.

    ReplyDelete
  6. Saya lebih prefer diam..kalau cuba nak leraikan, takut pergaduhan jadi lagi worst..

    ReplyDelete
  7. Skrg ni dh kurang dh rase cepat marah..agaknya dh semakin byk pengalaman...mmg susah nk hadap org tua yg bergaduh.boleh hilang sabar dibuatnya.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...