Wishlist Modern and Contemporary Chandeliers #DekoRaya | Julia Johari

Wishlist Modern and Contemporary Chandeliers #DekoRaya


Nak puasa tak lama lagi dah, semua pakat dok tanya julia dah beli baju raya ke, julia nak tempah kuih raya ke, julia ko nak masak berbuka apa nanti hahaha. Tapi kami ada rancangan lain, we all nak deko raya! 

Seriusly, punya lama dah kami menabung nak beli barang dekorasi. Sekarang sudah tiba masanya. Oh by the way kami ada rancangan (big dreams), kan kami dah beli rumah undercons, sementara tunggu rumah kami tu siap rumah sekarang kami jadikan sebagai tapak untuk mengumpul seberapa banyak yang boleh perabot kesukaan kami. Nanti nak pindah, tak payah nak fikir beli perabot dan dekorasi bagai, semua dah ada yeyyy! 

Best weh, ini bukan angan-angan kosong dah. Ini angan-angan akan menjadi kenyataan. Sure korang pun suka deko rumah kan. Kalau menabung, korang pun boleh realisasikan cam aku punya berangan. Okey sepanjang bulan Ramadan ini kami nak bertafakur kat rumah deko cecantik, janji modern minimalis blink-blink deko raya amboiiiiiii hahaha!

Modern + Chandelier
Kalau tanya aku, aku ni zero pasal ilmu lampu hahaha tapi inilah wishlist yang aku nak sangat-sangat ! Paten kat atas dan bawah ini paling terkini lah design. Aluminium dan kaca, kata staf situ senang nak jaga dan maintain siap ada remote 3 warna lagi.

  • Kuning
  • Cool White
  • White



Kedai ini aku terjah berdekatan dengan rumah dulu, saje survey lampu terkini dengan harga. Aku dah terpaut dengan kedai ini sebab seronok sembang dengan stafnya yang peramah sungguh....rasa tak mau keluar kedai.

Patern Lampu
Ada patern bulat, empat segi...material kaca lah banyak. Tapi aku ni takut benda berkaca sikit. Kalau nak berkaca pun tak nak yang susah nak maintain, nak lap habuk semua tu kan. Silap lap, retak ke, tersumbing ke. Naya! 

Gambar bawah ini fully modern chandeliar jenis kaca. Aku tengok memang lawa tapiiiii kaca semua takut plak hahha

Motif nak deko sudut mana?
Tujuannya nak cari 2 jenis chandeliar untuk sudut ruang tamu dan dining area. Bajet dalam 1k untuk 2 lampu kiranya lah kah. Kalau dapat murah bawah 1k untuk 2 chandeliar tu aku nak lompat bintang hehe.

Patern lampu ni pun sesuai untuk dining area kan, nampak vantage sikit, nampak stylish. Korang nampak harga tu kan? Itu harga sebelum diskaun...serius lepas diskaun terbeliak mata...ehhh betul ke ni........yelah diorang kan banyak pesaing, kalau tak bagi diskaun memang customer cari lain. 

Next!

Woww...pertama kali tengok lampu jenis rare macam ini. Aku pun dok lah mendongak lama-lama kat atas dengan suami dan anak. Aku tanya hati, ko suka tak juju? 

Okey tak kena taste...puas staf situ kata ini pun ramai orang beli sebab rare...tapi jiwa aku bukan nak yang rare...aku nak yang nampak mewah, blink-blink hahahhahahaha. 

Next! 

Lampu dining area, hmmm nampak cantik, tapi lampu tak leh tukar warna ye sebab satu mentol je. Hmmm staf situ pun rekemen kat aku lampu ni, harga asal RM200 lebih...jadi RM100 lebih je beb. Murah kan. Tapi itulah, kalau jiwa kau suka blink-blink memang tak jalan. Hahaha.

Next lagi...

Ehhh...ternampak cermin, yang peliknya abam Qi tau pulak lampu tu touch screen hahaha. Kemain ko dik pandai belaka. Mak pak ko gak jakun tengok lampu cermin leh touch screen bagai wakakaka.

Harga? Mau sama cam lampu chandeliar juga harga erghhhhhh...

Hahaha aku pun nak test jugak, ehhh lawa la cermin 4 segi ni, kalau makeup sure automatik lawa grrrrrrrrrrr geram aku. Memang pun dalam wish list nak beli meja makeup pearl white pastu nak beli cermin yang ada lampu keliling. Tapi yang ini lagi advance wowwwww....

Paling kelakar, pintu ko masuk tadi dan pintu kau nak beredar tadi plak kau terpanah, tertusuk sembilu, tersuka, ter AKU NAK ! Yes seriusly inilah kesukaan aku. Aku dah jatuh hati sgt-sgt haha. Malam tadi aku tak leh tidur mimpi lampu dining area ni.


Modern Kristal Ring Chandeliers

Cantikkan, gila tak cantik. Mata aku, badan aku, hati aku cakap lampu ini memang taste aku. Kristal kaca yang ada 3 warna White, Cool White dan Kuning. Romantiknya rasa!!!

Dari kaca mata korang, lampu yang aku suka tu okey tak? Lampu ini aku leh dapat dalam range RM400 plus GST tau. Harga asal dekat RM700 lebih dekat kedai lain. 

Nanti balik ni nak survey kedai lampu lain pula. Mana tau dapat murah lagi sebijik cam ni...survey, survey sampai puas. Tak sabar nak pinang lampu chandeliar yeyyyy. Doakan juju ye. Lama dah idam !

16 comments:

  1. Lampu mmg leh giler tgk. Juju p puchong. Tmpt murah tu. Lg bes

    ReplyDelete
  2. Sgt cantik!!! Seronok kalau nak deko2 rumah ni. Hehe

    ReplyDelete
  3. cantik2 tgk lampu2 tu..slamat deco2 juju

    ReplyDelete
  4. wow..wishlist raya,,best ni..wishlist raya kita nak sofa...hahaha..tapi sofa tu lebih dari budget..terpaksalah tengok je...kalau lampu kita suka yang jurai-jurai dan blink2 tu...heheheh..nampak mewah kan

    ReplyDelete
  5. wow juju, dah ada whislist raya, bgus jugak mcm ni survey harga kan.klu tidak over bajet raya nti hohoho

    ReplyDelete
  6. Bab nk deko rumah ni lg2 part lampu ni mmg lain mcm skit pegi dia

    ReplyDelete
  7. Cantikkk! Nani pun kalau pergi tempat macam ni, memang rambang mata nak pilih. Hahah! Dah pilih yang A tetiba nampak yang lain pulak lawa.

    ReplyDelete
  8. omak ai !! cantik nye weyh.. hee~ rambang mata terjojol duit kat maybank2u..

    ReplyDelete
  9. Boleh bagi tau nama kedai yg kat puchong tu.. terima kasih

    ReplyDelete
  10. Wow semua lampu cantik-cantik. Seronok lah nak deco rumah 😄

    ReplyDelete
  11. Seriously semua lampu cantik dan harga pun mampu milik..
    LZ suka sangat cermin dgn lampu keliling dan lampu kristal 3 warna..
    Ju cepat grab sebelum orang lain sambar.. 😁

    ReplyDelete
  12. tak sabar nak tgk rumah juju..

    ReplyDelete
  13. Juju kalau nak beli lampu akak nak rekemen 1 kedai ni tapi kat Puchong . Akak mmg dah pergi sini lama n selalu rekemen org beli sini sebab so far kedai dia adalah paling murah plus elok . House of Lighting puchong . Ley cuba and im sure u gonna love it . Koleksi n harga dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik kak moon noted. TQ sis sharing mmuahh!

      Delete
  14. memang tengok lampu geram je, tapi rumah kita ni kalau nak renovate buh lampu keape, memang lemah betul..hahaa..lagi2 part kemas

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...