Street Churros MyTown Kuala Lumpur Rasa Churros Tiada Tandingannya ! | Julia Johari

Street Churros MyTown Kuala Lumpur Rasa Churros Tiada Tandingannya !

Kerap juga julia ke MyTown, selalu ke food court dia aje. Tapi kali ini julia sekeluarga turun ke B1 MyTown dan ternampak Street Churros! Wah! Ramainya orang beratur. Sebenarnya ini bukan kali pertama julia merasai Churros dan sebenarnya bukan pengemar Churros haha.

Pengalaman dulu tika ber churros...
Tau sebab apa? Dulu lah pernah rasa satu street stall juga. Kan ada satu musim tu semua pakat viral churros je kan, so nak lah mencuba churros. Sekali rasa alahai, rasa menyesal sebab dah lah beli mahal pastu tak sedap. Churrosnya agak tak crunchy, lembik, masih berasa tepung tu tau...pastu diorang sapu serdak cinnamon tu ayooooo...terasa sangat bau kuat tu tak boleh teruskan makan. Lepas pada tu lah aku tak suka churros....tapi...tapi...

Haa tapi aku pelik, masa lalu kat Street Churros semua staf situ entertain 'Anneonghaseyo' dengan wajah ramah dan tersenyum. Tergoda pula rasa tengok ramai pelanggan order berduyun sambil menunggu nombor giliran, aku usya je dari jauh. Haha!

Jom lah cuba sekali....hahaha tergoda plak tengok.

Kalau korang nak tahu, 
"Street Churros bermula di Korea pada asalnya. Gabungan ajaib masin dan manis serta ranggup diluar, lembut didalam membuatkan orang semakin suka dengan Street Churros! "

Lihat! Ramai betul orang kat Street Churros MyTown KL. Jom tunggu apa lagi, mari kita try sekali apa yang best sangat dengan Street Churros. 




Teknik Street Churros di sediakan.
Sebelum order, mata tak jemu memandang staf Street Churros sedang sibuk menyediakan order dari pelanggan. Adunan doh churros tu keluar dari acuan terus masuk ke dalam minyak goreng yang panas. 

Nampak macam mudah nak buat, tapi kena ada kemahiran juga nak buat rupa churros ni ikut bentuk yang ditetapkan. Selalu kan kita tengok churros memanjang je, tapi kini kita boleh lihat pelbagai jenis bentuk churros tau, tak sabar nak cuba.



Dipping Sauce.
Di kaunter,  julia lihat ada contoh pencelup churros (dipping sauce). Ada 4 jenis perisa iaitu coklat, cream cheese, blueberry dan butterscotch. Menariknya! 



Street Churros
Tadaaa! Inilah yang menjadi kegemaran pelanggan di sini, rata-ratanya ramai yang order Street Churros yang besar macam ini. Wahh besarnya! Puas hati kalau sorang makan mesti kenyang ni kan...jom kita rasa.

Street Churros ini ada 3 perisa, semua yang julia catatkan seperti di gambar. Paling julia suka ialah cinnamon dan coklat. Cinnamon tu tak rasa macam kuat sangat bau rempah, rasa sangat-sangat sedap, just nice. Memang betullah ranggup di luar dan lembut didalam waaaaaaaa, nak makan lagi...

Kedua, julia rasa Filling Churros. Ini lagi lah tempting sangat. Dah rasa original churros sah nak rasa aneka pilihan menu street churros yang lain kan. Filling churros ini menarik. Sebabnya dalam churros ini korang boleh rasa inti yang mewah.

Apa rasa intinya korang boleh pilih. Macam julia yang suka coklat, sure filling churros coklat julia suka. Nikmat tak terkata rasa makan filling churros ni...yummehhh!

Ketiga, julia rasa pula stick churros. Ini merupakan salah satu menu baru yang diperkenalkan di Street Churros. Yang ini bagi julia sangat sesuai untuk kita yang nak mencuba atau tak berapa kenyang sangat, ala-ala makan petang ke kan sesuai lah. 

Untuk kanak-kanak stick churros size macam ini senang mereka nak makan.


Siapa sangka churros jadi fries! Haaa yang bestnya churros di reka jadi seperti fries tau, ada perisa tomato, seaweed dengan sour cream. Hmmm ranggup dan lain dari yang lain. 

Siapa nak cuba ice cream churros? Cantikkan ice cream churros di bentukkan macam ini. Sedap sungguh rasa ice cream churros, sambil makan ice cream boleh makan churros panas-panas. 

Gabungan sejuk dan panas sangat memukau pandangan, yang penting berbaloi sekali makan tak habis-habis tau. Nampak je kecik tapi banyak!




Perisa ice cream churros Mango tu best betul, bukan kat atas je ada inti mango, bila di makan dan terus makan di bawah bekas tu penuh inti mango yummmyyyyyy! 


Beverages
Air pilihan di Street Churros pun ada tau, antaranya:
  1. (Shake) - O'My Mango, O' My Coconut
  2. (Fruit Ade) Lemon, Passionfruit, Korean Citron
  3. (Coffee) Caramel Macchiato
  4. (Non-Coffee) Chocolate, Green Tea Latte, Milk Tea. 



Julia pilih 'Green Tea Latte'. Pertama kali minum terus rasa wowwwwww sedapnya! Rasa pati green tea dan rasa berlemak secukup rasa, langsung tak bosan nak minum. Fresh je rasa! Pilihan green tea latte ni dengar kata ramai yang suka beli dikalangan pelanggan di sini. 


Untuk menyenangkan korang faham, nak julia sediakan jadual menu dari Street Churros Malaysia, jadual menu ini korang boleh tengok di website rasmi mereka ya. 


Haaa dah beratur semuanya, apa lagi jom Churros! 



My son suka sangat makan Street Churros. Lihatlah dalam mulut dia tak habis makan lagi ketawa besar-besar makan churros julia hahahaha.

Perasaan julia selepas ber Street Churros...
Kini, julia suka makan Churros di Street Churros. Dulu tak suka sampai benci tak mau churros sebab orang lain buat tak kena dengan anak tekak julia tapi sekarang jatuh hati sangat-sangat dengan Street Churros. Memang kena sangat dengan rasanya, teksturnya, fresh, crunchy, harga pun sangat berbaloi sesuai dengan size dan beratnya.


Khas untuk pembaca blog julia johari. 
Siapa nak diskaun voucher?
Ada 10 voucher julia nak beri pada korang haaa kalau nak... komen, 
"Saya nak diskaun voucher street churros dari blog julia johari kerana..."

sambung la kata-kata cinta tu sampai julia tersangkut nak beri setiap sorang 1 keping voucher hehe selamat ber street churros!

Street Churros
MyTOWN Shopping Centre
Lot no,  B1-046,
Basement 1, MyTOWN Shopping Centre,
No. 6,Jalan Cochrane, Seksyen 90,
55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-92011099

Street Churros Outlets
IOI City Mall
One Utama Mall
Sky Avenue
Berjaya Times Square

Facebook: StreetChurrosMY
Instagram: streetchurrosmy

37 comments:

  1. Sedapnyaa.. fiza xpenah pegi lg mytown, ni yg rasa nk pegi nihh

    ReplyDelete
  2. teringin,,, sebab tak pernah lagi makan churos :(

    ReplyDelete
  3. "Saya nak diskaun voucher street churros dari blog julia johari kerana...
    Tetiba rasa sakitnya tuh di sini tatkala baca entri ni. Gambar semua buat Nina terliur mengalir air liur. Huhuu... Nasib baik tak de orang nampak. Kalau tak malu weyy... Dari awal.. churros, fillng churros, fries laa, ice cream laa,latte laaa... aduyai! Bagi laaa kak nina voucher ni please......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan yang mencairkan hati julia...ok menang! Nanti emailkan nama penuh, alamat dan no telefon nak pos voucher. Tahniah!

      Delete
  4. "Saya nak diskaun voucher street churros dari blog julia johari kerana boleh dijadikan alasan untuk ke MYTown & sekaligus masuk Ikea. Bijak tak saya?? Hahahahaha..

    ReplyDelete
  5. "Saya nak diskaun voucher street churros dari blog julia johari kerana boleh dijadikan alasan untuk ke MYTown & sekaligus masuk Ikea. Bijak tak saya?? Hahahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan yang mencairkan hati julia...ok menang! Nanti emailkan nama penuh, alamat dan no telefon nak pos voucher. Tahniah!

      Delete
  6. SAYA NAK SANGAT DISKAUN VOUCHER STREET CHURROS DARI BLOG JULIA JOHARI kerana

    1. sebab akak ni akak kau dik so kene bagi.. kekeke...
    2. sebab akak tak pernah pergi Korea so bagi akak baucer ni untuk kasi feeling korea pada akak
    3. sebab ADIK MOK sangat sukakan CHURROS ni
    4. sebab TAK PERNAH RASA CHURROS FRIES ! Hey serius laaa...dalam bentuk fries??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan yang mencairkan hati julia...ok menang! Nanti emailkan nama penuh, alamat dan no telefon nak pos voucher. Tahniah!

      Delete
  7. Saya nak diskaun voucher street churros dari blog julia johari kerana Kak Ju buat Yanie terliur dengan hidangan dari Street Churros MyTown Kuala Lumpur.. Huwaa nangis kelaparan Yanie nanti..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan yang mencairkan hati julia...ok menang! Nanti emailkan nama penuh, alamat dan no telefon nak pos voucher di juliajohari84@gmail.com

      Tahniah!

      Delete
  8. Saya nak diskaun voucher street churros dari blog julia johari kerana saya juga mahu merasai kenikmatan street churros ni bersama-sama ahli keluarga saya, yang pastinya akan membuatkan saya teringin menikmatinya lagi!


    churros tu nampak sangat menyelerakan! mytown pun memang tempat projek dulu, teringin nak ke sana lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan yang mencairkan hati julia...ok menang! Nanti emailkan nama penuh, alamat dan no telefon nak pos voucher di juliajohari84@gmail.com

      Tahniah!

      Delete
  9. haishhhh tergoda churros tuuu..bikin ingin pergi and rasa sendiri..huhuhu

    ReplyDelete
  10. boleh cuba ni..mytown pun dekat dengan rumah

    ReplyDelete
  11. Saya nak diskaun voucher street churros dari blog julia johari kerana saya terliur air liur mengences bila baca entry ni ditambah dengan gambar gambar close up yang mengancam tu. adoi. terasa rasa kat tekak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan yang mencairkan hati julia...ok menang! Nanti emailkan nama penuh, alamat dan no telefon nak pos voucher di juliajohari84@gmail.com

      Tahniah!

      Delete
  12. Saya nak diskaun voucher street churros dari blog julia johari kerana saya tak pernah rasa churros, jadi saya nak mulakan 'pengalaman pertama' saya dengan Street Churros yang terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan yang mencairkan hati julia...ok menang! Nanti emailkan nama penuh, alamat dan no telefon nak pos voucher di juliajohari84@gmail.com

      Tahniah!

      Delete
  13. Macam sedap je tengok menu-menu di Street Churros ni. Nanti ke KL boleh la saya cuba rasa...

    ReplyDelete
  14. Mmg sedan street churros ni.. sbb ori dr korea.. sbb akak 1st time mkn churros ms kt korea mmg sdap. .. sbb dh try churros yg kt mana2 cafe xsedap mcm yg kt Korea so yg xdpt p korea bole feels churros sdap ni kt Street churros.. Dh ada churros fries ye

    ReplyDelete
  15. Kak Juju terus buat Nani telan air liur. Sedapnya churros!

    ReplyDelete
  16. dok lalu 10 kali dah dekt my town ni tapi tak pernah singgah,harussss ni ajak en somi tawaf hahahha...sedapnyaaaaa churros dulu tak suka rasa sekali terus suka.

    ReplyDelete
  17. wah sedapnya. teringin nak voucher tu jugak julia

    ReplyDelete
  18. mohon sado wahai hati...jaw drop betul tgk churossssss...uwaaaaa y look so sedap

    ReplyDelete
  19. Dugaan baca entry Julia ni, rasa nak jilat skrin laptop penangan gambar churros yang besar dan clear..
    Segala maklumat dinyatakan dengan jelas so bila teringin nanti boleh terus pergi My Town dan order..
    Thank you for sharing Julia.. ;-)


    ReplyDelete
  20. Sedapnya..klau mytown ni dkt..mmg dah lama nk voucher dr jujue tau

    ReplyDelete
  21. Saya nak diskaun voucher street churros dari blog julia johari kerana saya tak pernah rasa churros sebelum ni. Betul tak tipu. Lagipun churros dari street churros ni Nampak menyelerakan sangat, banyak pilihan pulak tu. Sesuai la nak melepak atau outing bersama keluarga. Expired date macam dah tak lama tu, bagi la saya . heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan yang mencairkan hati julia...ok menang! Nanti emailkan nama penuh, alamat dan no telefon nak pos voucher di juliajohari84@gmail.com

      Tahniah!

      Delete
  22. nampak sedap gila.
    fuh..terliur

    ReplyDelete
  23. Sedapnyaaa. Terliurrr tengokkkk

    Jemput singgah ke blog killa ye 😘😘😘

    http://www.syakillaazam.my/tip-kesihatan/mengapa-orang-obesiti-tidak-berasa-kenyang/

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)