RockStar Gym Kids & Teens Tempat Cungkil Semua Bakat Anak-anak ! | Julia Johari

RockStar Gym Kids & Teens Tempat Cungkil Semua Bakat Anak-anak !

[ GA Sticky Post until 25 April 2017, scroll new entry ]

Bila ada anak, mula terfikir berangan nak mahirkan anak-anak dengan kegiatan yang selari serta sesuai dengan umurnya. Selalu julia berangan nak hantar anak pergi kelas berenang, nak hantar kelas taekwando lah, kelas bola jaring, kelas macam-macam kelas lah, tapi kekangan dari sudut tempat yang jauh serta hari bekerja waktu berkenaan membuatkan angan-angan julia terbantut nak bawa anak sertai kegiatan tersebut.

Hari demi hari, waktu silih berganti, julia kan suka membaca perkembangan terbaru rakan-rakan blogger di media massa. Ada rakan julia bercerita di blog, mereka bawa anak-anak mereka sertai RockStar Gym yang berada di Mines Resort City, Seri Kembangan Selangor. 

RockStar Gym Kids & Teens?
Mula-mula terfikir, apa yang ada dekat RockStar Gym ni? Indoor games kah, pusat gym kah, ehhh baca lagi rupanya anak-anak mereka sertai kelas dance, kelas gymnastik, kelas renang, kelas martial art, kelas yoga amboi dan banyak lagi. 

Haaaaa, bestnya satu pusat ada semua aktiviti yang julia angankan untuk anak sertai suatu masa dulu.  


Wah! Menariknya! Terus berbunga je hati tau, terus nak tahu apa lagi yang ada dalam pusat ini. Melalui website rasmi klik RockStar Gym, hasil bacaan julia, ada tenaga pengajar terlatih yang akan pimpin anak kita mengikuti kelas dan jadual yang ditetapkan mengikut usia seawal 6 bulan sehingga 16 tahun.

Seawal umur 6 bulan? 
Betul ! Jangan tak percaya, baby pun boleh beraktiviti di sini mengikut kelas dan masa yang tertentu. Apa lagi, hari Sabtu lepas julia terjah ke RockStar Gym yang bertempat di Mines Resort Seri Kembangan Selangor bersama anak dan suami untuk daftarkan membership anak di sini terus 3 bulan.

Anak julia lah paling tak sabar sekali bila bagi tahu dia boleh belajar menari, berenang dan belajar martial art, dia kan suka melompat-lompat main pedang-pedang haaaaa bawa sini terus buat kad membership.

Lihat wajah anak julia, berbaju kuning tulisan Rock. Kemain beli baju baru sesuai dengan tema RockStar Gym hehe. lagi bertambah semangat untuk beraktiviti.

Sebelum terlupa, harga untuk membership disini dalam lingkungan 200 ke atas untuk 1 bulan. Tapi kata branch manager harga tersebut berubah-ubah mengikut musim. Nak tahu promosi di RockStar Gym, rajin-rajinlah survey website rasmi selalu.



Hari Sabtu & Ahad, kelas umur 4-6 tahun.
Lepas daftar jadi membership terus untuk 3 bulan, julia di beri satu jadual khas oleh pembantu RockStar Gym di Mines Seri Kembangan. Disebabkan anak dan kami berdua bekerja, maka hari Sabtu dan hari Ahad adalah hari yang dinantikan untuk bawa anak ke sini.

Mujur hari Sabtu padat dengan aktiviti. Nak tahu apa aktiviti anak julia sertai pada hari Sabtu...lihat jadual dibawah.

Sabtu
1.00 - Gym / Dance
2.00 - Yoga
3.00 - Dance
4.00 - Swimming
5.00 - Rock Jam

Ahad
11.00 - Martial Art
2.00  - Dance / Swimming
5.00  - Gym / Rock Jam

Padat kan? Tak sangka akhirnya impian kami sebagai ibu bapa berangan nak lihat anak sertai bermacam kelas terlaksana jua, berbaloi-baloi wang dilaburkan. Masa anak beraktiviti ibu dan bapa boleh tunggu di luar studio, ada kerusi dan meja disediakan, boleh bawa bekal makanan dan minuman tau, so sambil anak beraktiviti julia dan suami boleh dating sembang-sembang pasal kami...gitu.

Mari lihat anak julia beraktiviti sakan di sini. 

DANCE 
Mari Menari ! DANCE! Mula-mula biasalah dia nak biasakan diri agak pemalu sikit, tapi kelas ini julia tertarik betul. Lihat lah private studio ini bersih dan banyak cermin besar dan beraircond. 

Sambil anak sedang rancak melompat-lompat menari ke sana ke mari mengikut instructor, mereka akan mendengar pelbagai lagu kanak-kanak yang menghiburkan. Alahai rasa macam nak join sama dengan mereka tau. 
  

Kebaikan Menari !
1. Perkembangan fizikal
Di bandingkan dengan aktiviti fizikal lain, menari lebih mencabar dan membabitkan lebih banyak jenis pergerakan, daya ketahanan fizikal, stamina dan koordinasi. Menari boleh memperbaiki ton otot, memperbetulkan postur yang kurang baik, meningkatkan imbangan dan memperbaiki kesihatan kardiovaskular.
Menariknya, seluruh tubuh digunakan sewaktu menari. Ini satu senaman yang sangat baik. Antara manfaat lain termasuklah kepadatan tulang yang lebih baik dan jantung serta paru-paru yang lebih sihat.
2. Kematangan emosi
Dengan memberi peluang kepada anak-anak kecil meluahkan emosi melalui tarian, mereka mendapat kesedaran diri, keyakinan dan harga diri. Ini membantu menggalakkan kesihatan psikologi yang lebih baik dan kematangan, selain ruang untuk melegakan fizikal mereka.
3. Set minda berdisiplin
Tarian sering memerlukan anak menghafal rutin yang rapi atau aturan pergerakan. Ini akan memperbaiki keseimbangan, kesedaran ruang dan paling penting, menggalakkan pemikiran yang berorientasikan keterperincian.
4. Kesedaran sosial
Kelas tarian memberi anak-anak kecil peluang untuk bertemu dan menari bersama rakan sebaya mereka. Keseronokan dan bekerja secara berkumpulan (yang menjadi aspek mencabar bagi kebanyakan kanak-kanak) akan memberi kebaikan kepada anak anda apabila dia belajar mengenai interaksi sosial dan kerjasama.
5. Perkembangan kognitif
Menari membantu meningkatkan kemahiran kognitif anak anda. Menari ialah aktiviti lasak yang membantu meningkatkan bekalan darah sekali gus memastikan otak berfungsi dengan baik. Sifat dinamik membuat keputusan (contohnya langkah tarian seterusnya yang perlu diambil) membantu memperbaiki fungsi otak, maka meningkatkan kapasiti mentalnya kerana tubuh dan proses kognitif juga akan bersenam.
Dengan begitu banyak faedah, anda harus mempertimbangkan aktiviti ini secara serius untuk anak anda. Ingat, faedahnya menjangkaui jantina - tidak kira lelaki atau perempuan, kedua-duanya akan mendapat manfaat daripada tarian.
Tiada sebab langsung untuk dia tidak menari! [Sumber]


Mari tonton video, nak tahu apa mereka belajar dalam kelas dance, ambil feel anak-anak di sini. Klik 2 video.






TENAGA PENGAJAR TERLATIH 
Tenaga pengajar RockStar Gym kebanyakkannya adalah dari luar negara, mereka menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium utama untuk melatih dan berinteraksi dengan anak-anak anda. 




GYMNASTIC
Banyak peralatan disediakan untuk aktiviti dalam studio Gym. Lihatlah anak-anak sedang menunggu arahan tenaga pengajar untuk menggunakan segala alatan gym di sini. Jangan risau, mereka di jaga rapi oleh mereka. 

Kita boleh lihat anak-anak sedang ber gym di cermin pintu kaca.


YOGA
Kelas Yoga ! Lepas anak penat Dance & Gym, terus masuk kelas Yoga. Kelas ini julia perhatikan lebih santai dan relaks.  


Kelas baru nak bermula, my son lapor diri pada cikgu barunya. Ramainya kawan-kawan...meriah aktiviti yoga kali ini.

Rasa macam nak sertai sekali kan. Ekslusif betul setiap studio di sini. Kawasan pun luas dan sangat selesa. 




MARTIAL ART 
(Seni Pertahanan Diri)

Hari Ahad, jadual anak julia ada martial art jam 11 pagi. Ada baju seragam disediakan. Anak-anak akan disarungkan baju khas seperti gambar dibawah. Tak perlu beli baju seragam disini, jadi membership semua disediakan. Mudah dan menjimatkan wang serta tak perlu bawa lebihan baju sukan.

Kelebihan martial art:
  1. Membentuk disiplin
  2. Membina semangat kerjasama
  3. Meningkatkan keyakinan diri
  4. Belajar untuk menetapkan matlamat
  5. Meningkatkan keupayaan fizikal (segi koordinasi, fleksibiliti, keseimbangan dan ketangkasan mental)
  6. Saling hormat-menghormati



BALLET
Kelebihan anak perempuan, boleh sertai kelas ballet ! Menarik bukan, sweet dan comel je. Banyak kelebihan kelas ballet tau. 

  1. Membentuk karakter anak-anak
  2. Balet membuat anak berfikiran kreatif 
  3. Meningkatkan rasa percaya diri anak-anak



BASKETBALL
Kelas Bola Jaring, berpagar dan kawasan lantainya sangat rapi dijaga. Tak risau untuk biarkan anak mengikuti kelas disini. 

Walaupun anak julia masih dibawah umur dan tak belum lagi sesuai untuk mengikuti kelas bola jaring, tapi beliau boleh melihat kakak dan abang disini tengah berlatih secara langsung. Ia pun secara tidak langsung beri galakan positif untuk anak sertai pada masa akan datang.


Panjangnya court !







SWIMMING
Dari Amirul Mukminin, Umar al-Faruq ibn al –Khattab, Rasulullah SAW bersabda:
“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” (Riwayat Sahih Bukhari /Muslim)
Dalam didikan ajaran agama Islam pun dititikberatkan untuk kita ajar anak-anak salah satunya dengan berenang. Paling dinantikan oleh anak-anak sudah semestinya berenanglah, aktiviti santai yang paling menyeronokkan, kalau boleh nak berenang sampai tak mau balik. 


Anda perlu guna pakaian renang bersama dengan anak. Tak boleh guna pakaian t shirt biasa. Untuk langkah keselamatan anak anda akan di latih bersama-sama dengan ibu bapa masuk dalam kolam. 
Kelebihan Belajar Berenang! 
Kajian yang dilakukan oleh Prof. Robyn Jorgensen di Institut Kajian Pendidikan Griffith mendapati bahawa kanak-kanak yang belajar berenang memiliki kemampuan visual motorik seperti mana memotong kertas, mewarna, melukis, dan menyelesaikan masalah matematik dengan lebih pantas dan cergas.  Malah kalau pembaca semua nak tahu, cara didikan sebegini juga digalakkan di dalam Islam. [Sumber]



PLAYGROUND
Sambil menunggu masa atau selingan waktu kelas yang lain, bawa anak anda bermain playground turut disediakan. My son bersuka ria setiap saat disini, tak tinggal sikit pun masa terluang untuk dia berehat, semua dia nak cuba. Nampak semangat kesukanan tinggi dalam diri dia walaupun ia hari pertama buatnya.

Wajah yang penuh dengan semangat dan tak sabar nak masuk kelas seterusnya...disini anak-anak anda memang akan gunakan 100% aktiviti fizikal, mental dan emosi secara mendalam mencuba pelbagai aktiviti baru. 

Pasti ucapan terima kasih tak henti-henti diberikan kepada anda penghargaan terbaik untuk para ibu bapa. 



SURPRISE!
Nak Menang Hadiah Membership 3 Bulan di RockStar Gym? Nakkk ! Sertainya sekarang !

"GIVEAWAY: RockStar Gym Kids & Teen 
anjuran 
Blogger Julia Johari Dot Com"


2 pemenang terpilih layak memenangi...
# 1 x membership 'RockStar Gym Kids & Teen' selama 3 bulan secara PERCUMA
# Membership  'RockStar Gym Kids & Teen' bernilai RM1,000 secara PERCUMA

Syarat-syarat Giveaway:
Hanya mereka yang menetap di kawasan Selangor sahaja. 
Cawangan RockStar Kids & Teen berada dalam kawasan Selangor buat masa ini.
Terbuka untuk semua pembaca blog Julia Johari.

Cara penyertaan:
Like @ Follow RockStar Gym Malaysia 
Klik LINK ⇓
Like @ Follow  Blogger Julia Johari 
Klik LINK 

Soalan: 
1) Di manakah kawasan anak julia buat pertama kalinya sertai RockStar Gym Malaysia?
2) Nyatakan salah satu kebaikan Menari dan jelaskan mengikut pemahaman anda?
3) Berikan [2] sebab utama kenapa andalah paling layak memenangi GA RockStar Gym Kids & Teen?

Jawapan hanya perlu diberikan dalam kotak komen dibawah entry ini sahaja.

Senang kan? Mudah je, cepat hebahkan pada rakan-rakan lain untuk turut serta.

Bagi peserta yang tidak mengikuti syarat-syarat diatas, automatik penyertaan anda terbatal.
Rebut hadiah bernilai 1,000 membership RockStar Gym Kids & Teens untuk dihadiahkan kepada anak tersayang anda!

Tarikh Tutup Penyertaan: 
Sabtu, 22 April 2017

Tarikh Umum Pemenang:
Selasa, 25 April 2017

Sila sertakan diakhir jawapan butiran nama penuh dan email, pemenang julia akan hantar email rasmi.

Selamat mencuba dan selamat menang !

19 comments:

  1. jauh dari sini.. kalau dekat dah daftar untuk si little boy

    ReplyDelete
  2. alah seronoknya... dulu2 tak ada cam ni kan.. ibubapa perlu ambil peluang bawa anak2 kesini..sangat menguntungkan dan bagus untuk proses pembelajaran anak-anak..

    ReplyDelete
  3. Menarik ni hadiahnya..Nt saya war2kan

    ReplyDelete
  4. Ty pula tgok ni eksaited cm nk ikut sm derang. Leh suggest kt friends n family smentara xde anak sendiri lgi

    ReplyDelete
  5. Bestnyaaa! Kalau si kembaq pi mesti depa enjoy

    ReplyDelete
  6. Salam ju.

    Da follow. ☺

    Jawapan no 1. Di rockstar, seri kembangan.
    No 2. Kelebihan menari dari pendapat mimi, dapat meningkatkan keyakinan diri seorang kanak2. Dan lagi 1 dengan menari kanak2 dapat express them self through it.
    No 3. Mimi berharap sgt dapat menang sbb mmg tgh mencari tempat riadah utk rafif. Tp most tempat buat playgroup umur hanya smp 4 tahun shj.so this is the best place for me to send him.
    2. Mimi tahu rafif will loveee to spend his weekend here. And mmg nak sgt2 dia belajar berenang. Dia ada fobia air sikit hehe.

    Harap2 semua menjawab soalan ju dgn tepat. Tq ju.

    Nurul syamimi.
    0102214895

    ReplyDelete
  7. RockStar Gym ni, kalau sy masuk risau sy plak yg excited berbanding budak2 😂

    ReplyDelete
  8. Wah..best nie kan aktiviti untuk anak-anak

    ReplyDelete
  9. Bestnya! Ini kalau bawak anak anak buah pergi ada jugak yang tak nak balik nanti. Hahah!

    ReplyDelete
  10. Salam Juju..ini jawapan Ena untuk contest yang awesome ni.
    1. Di Mines Resort City, Seri Kembangan, Selangor
    2. Salah satu kelebihan menari ialah dapat membantu perkembangan fizikal kanak-kanak. Bagi pendapat Ena, menari ialah aktiviti fizikal yang amat menyeronokkan. Semua kanak-kanak pasti sukakan muzik. Mendengar sahaja alunan muzik, pasti tangan, jari jemari, pinggang, kaki mereka bergoyang. Pergerakan ini juga membantu dalam perkembangan motor kasar,otot,tulang dan kognitif mereka. Menari ialah senaman yang menghiburkan.
    3. Ena berharap untuk menang sebab pertama, Aqilah Husna tak pernah join mana2 playgroup atau ke tempat riadah yang menyeronokkan seperti Rockstar Gym ni. Jadi Ena nak dia mengalami sesuatu yang baru, di samping dia dapat bergaul dengan kawan2 baru serta "teacher" baru. Harap2 nya ini dapat bantu Aqilah Husna untuk overcome sikap pemalu nya. Dia sangat pemalu orangnya especially bila jumpa orang baru. Boleh jadi peramah macam abang QI nanti. Hehe. Yang keduanya sebab Aqilah Husna sangattt suka berenang, menari dan bermain di playground. Jadi Rockstar Gym memang tempat yang sesuai untuk Aqilah Husna sebab ada kesemuanya yang boleh menggembirakan dia. Tak dapat bayangkan kalau dia ke Rockstar Gym ni, mesti teruja sangat.

    Mudah-mudahan ada rezeki Aqilah Husna. InsyaAllah. :)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Ju!!
    Cikkin nak try GA ni untuk abg syafi..

    Soalan:
    1) Di manakah kawasan anak julia buat pertama kalinya sertai RockStar Gym Malaysia?

    Jawapan: di Rockstar Gym Mines Resort City, Seri Kembangan

    2) Nyatakan salah satu kebaikan Menari dan jelaskan mengikut pemahaman anda?

    Pada pendapat cikkin, dengan menari..anak2 dapat lakukan aktiviti yg lebih sihat dan membantu perkembangan fizikal yg lebih baik. Dengan menari mereka juga boleh jadi lebih fokus dan bertindak mengikut arahan. Abg syafi memang suke menari. Pantang dengar music..😉

    3) Berikan [2] sebab utama kenapa andalah paling layak memenangi GA RockStar Gym Kids & Teen?

    1. Kerana rumah cikkin di selangor..dan weekekend selalu x tau da aktoviti ape nak buat bile balik kajang..kalo dapat ni..boleh laa syafi isi waktu terluang di hujung minggu dengan aktiviti yg best2 ni especially aktiviti swimming & dancing.. 😂😂

    2. Memang da lame cari gym or tpt aktiviti ni..sume pon 1 stop centre..senang. swimming pon ade..tak yah gi tempat lain2 utk buat aktiviti..lagi pon syafi mcm ade lack of fokus sikit..kalo dpt join aktiviti kat Rockstar Gym ni..mungkin dapat bantu die jadi lebih fokus..mama senang anak pon happy buat aktiviti..😉😎

    Moga abg syafi ade rezeki terpilih..😘😘

    Syazikin Hanif
    cikkin8186@gmial.com

    ReplyDelete
  12. Salam Khamis.Menyinggah bila ada kelapangan.. wah menariknya program ni

    ReplyDelete
  13. menarik tempat cam ni...
    xboleh join... di luar kawasan

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)