Thursday, April 13, 2017

Narciso Eau De Parfum Buat Aku Rasa...

Hari ini aku baru tahu bauan jati diri sebenar yang aku minati...Narciso EDP. Aku kaji review parfum ini banyak di review oleh model dan blogger luar negara tau. Dalam Malaysia agak limited info. 

Aku jenis kalau dah suka pada satu-satu produk, aku akan kaji sampai ke akar umbi...apa sebab bauan ini menusuk ke jantung terus ke otak signal beri satu kepuasan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata...ternyata Narciso buat aku ketagih nak bau dan bau. 

Bauan pertama kali Narciso buat aku tampil personaliti menarik, rasa elegan dan buat aku rasa selesa. Ini bukan review berbayar ya, ini review koleksi kegemaran julia yang terkini hari ini.

A model recommends by (Sumber)

Tegas, sukar difahami dan halus itulah personaliti orang yang suka kan Narciso.
"Assertive, elusive and refined, Narciso Rodriguez Narciso Eau de Parfum presents an alchemy of attraction."
Ya, 3 sifat diatas memang itulah aku, sangat teliti dan sangat tegas serta korang yang dah kenal aku lama pun akan terasa kadang-kadang sukar difahami, halus dan perlu di ketahui secara privacy ada kalanya.

Itu sebab tak semua perkara aku suka beritahu, ada kala aku suka privacy tahap teruk maksudnya kalau ia melibatkan satu perkara, isu atau masalah aku suka diceritakan secara personal direct mesej dan bukan public informer. 

Now you know who I'm right...
Halus dan sangat perwatakkan yang sukar diduga. Bukan bermaksud jenis emotional melampau, sesiapa pun boleh beremosi kan itu lumrah tetapi julia lebih kepada keceriaanya di sulami ketegasan. 

Tak semua perkara yang aku boleh terima dengan hati yang Γ‘la buat relak wat cool' itu sebab aku sometimes jenis laser...direct punya perwatakkan.

Parfum ini buat hati julia berkata, yes it's me...I'm Narciso type. Terima kasih kepada rakan yang menjual parfum original tersebut. Siap boleh bawa solat lagi. I love it so much !!!

By the way julia ada satu hobi, i suka beli parfum ! Tak kisah janji ia mesti original dan bauan itu kena dengan julia. Yes, brand parfum its a MUST. Dengan brand la bila kita pakai parfum itu kita membawa personaliti diri sebenar.

Jenis pilihan parfum julia ada letakkan kategori, kalau berjalan dan travel lebih guna kepada Victoria Secret sebab ia timbulkan keceriaan berganda, Narciso which is lebih kepada personaliti dalam kerjaya so maybe akan guna untuk di pejabat ia beri aromaterapi untuk semangat bekerja dalam masa yang panjang.

Bauan parfum penting kah?
Yes, hampir setiap hari julia tak tinggal guna parfum...dimana sahaja i bawa satu personaliti yang berbeza mengikut mood. Lagi satu ia merupakan salah satu penyuntik semangat motivasi untuk lakukan apa sahaja dengan bau yang wangi sentiasa. 

Tak sabar nak tunggu my parfum sampai.
Till we meet again in next entry. Bye ! 😍

9 comments:

  1. wah..kita tak kisah pulak,janji perfume tu wangi..kita beli ikut kemampuan je

    ReplyDelete
  2. akak suka juga beli perfume especially kalo time jcard slalu ada byk gift...suka bau wangian mcm buah & bunga

    ReplyDelete
  3. sy main hentam jer kak jujue..janji wangi dan xmemeningkan kpala..hihi

    ReplyDelete
  4. Nani kalau dah suka dengan satu perfume tu memang lama lah guna. Dah bosan asyik bau yang sama baru lah tukar laib. Hehe

    ReplyDelete
  5. comel botol dia..sng nak bawa dan letak dalam handbag kan..mana la tau lepas pnt berjalan berbau peluh, terus blh spray hihi..sbb perfume ni pun mempengaruhi mood kita kan juju

    ReplyDelete
  6. kita pun tak kisah ori ke tak yang penting bau tu masuk dekt kepala..kalau jenis buat pening bye2

    ReplyDelete
  7. akk pakai bodyshop je dik..tp still mahal jugak yg plg besar tu rm200 lbh jugak..kopak la jugak..hahahah

    ReplyDelete
  8. Akak tak bleh tinggal perfume..rasa macam tak kene je !

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)