Makan Luar Makan Dalam | Julia Johari

Makan Luar Makan Dalam


Haha entry ini bukan kisah makan luar makan dalam kisah orang la...ini kisah makan luar mana sedap, makan dalam mana sedap. Gitu. Hari tu ada singgah My Town kali kedua, kami kalau pi shopping mall baru harus jejak food court tau. 

Nak tahu betapa seronoknya mall tersebut bergantung kepada food court. Eh haruslah siapa cakap orang macam julia yang bekerja layan food court je, harus berjimat cermat. Tatkala zaman kini kena banyak simpan duit, duit lebih baru belanja family makan luar ye tak.

Food Empire My Town
Gambar kat atas julia layan chicken chop...besar juga dan sedap. Best layan! Gambar kedua di bawah Rojak Petis orang Johor cakap, ada kangkung, tauge dan pelbagai hirisan buah-buahan. Sedap juicy sungguh. So not bad la makanan disana, tempat baru dan kawasan pun sangat luas. Pandai susun atur shoplot, berdekatan food empire ni ada Daiso, haihhhh susah tau nak berjimat kalau datang ke sini...mujur julia kuat iman...just jalan cuci mata sudah.

Julia Masak
Ikan siakap stim, ni masak main tangkap muat. Balik kerja malam, kesian dekat suami dan anak...sebenarnya walaupun diorang tak kisah makan luar. Tapi naluri keibuan dan naluri isteri kuat diorang rindu masakan wanita dirumah. 

So jadilah menu ni, sekarang julia kena kerja keras sikit masak belah malam lauk, dan tinggalkan kepada mereka untuk panaskan sahaja. Boleh makan waktu malam julia tak ada. Kadang-kadang paling senang buat masakan berkuah macam kari, sup dan sambal. 

Tinggal diorang beli nasi je. At least tanggungjawab tak tinggal walaupun bekerja. 

Lauk best sikit waktu weekend. Tiada istilah breakfast like a KING. Sekarang dah jadi satu kebiasaan julia akan masak menu berat disebelah pagi. Masing-masing suka makan berat so by lunch hour kami semua bukan makan dah, kami sibuk buat kerja rumah kemas apa yang patut dan lepas tu ambil 2-3 jam tidur, baru bersiap nak pi jalan-jalan. 

Kadang-kadang julia seterika baju lumpsump, 5 set baju kerja julia dan suami, 5 set baju sekolah abam Qi...total berasap 15 helai...itu tak termasuk tudung bagai ya hahahha...lumrah bila berkahwin berdouble tugas, mujur anak baru seorang. 

Lebihan kari ayam, julia pecahkan telur jadikan setengah masak cicah roti buat bekalan ke pejabat pagi hari. Now, bekal ke pejabat tak skip lagi...jadi suka plak membekal...by lunch julia grab minima makanan tengoklah tapau atau bekal juga.

Makan Luar waktu weekend
Ini waktu dinner lah, terkadang suami rajin belanja wife dia makan luar, ambil mood baru katanya. Singgang sekarang jadi satu menu wajib plak bagi kami tiap minggu. Kadang2 julia masak, kadang2 suami ajak ke luar je. So untung makan menu sihat macam ini, badan pun rasa sedap

Bijak Berniaga
Yelah ramai dah tahu aku akan jejak ke pejabat seawal subuh lagi, terkadang tak ada benda nak bawa bekal julia beli di luar. Satu gerai ni dia buka seawal subuh lagi, semua menu sarapan sehingga makan tengahari dia ada jual tapi konsep bungkus siap-siap tinggal ambil dan bayar. 

Paling menarik nasi kerabu ni, keropok dan budu di asingkan macam ini adalah paling bijak sangat. Pukul 3 petang tadi baru julia makan, still nasinya segar dan tak berbau basi. Sedap tau nasi kerabu ikan dia. Aummm! 

Meriah dok Malaysia ni, macam-macam makanan. 
I love Malaysia!

9 comments:

  1. Mcm2 menu ada.. Lama xmasak ikan stim.. Lpr la plak.. Blum dinner

    ReplyDelete
  2. Mcm2 menu ada.. Lama xmasak ikan stim.. Lpr la plak.. Blum dinner

    ReplyDelete
  3. Fuhhh kecur air liur tengok kari tu. Sedapnya!

    ReplyDelete
  4. Makan mana2 asalkan sedap dan berkhasiat..

    ReplyDelete
  5. makan luar tu best..makan dalam lagi best..hehe

    ReplyDelete
  6. ya Allah makanan sedapnyaaaa...

    ReplyDelete
  7. awww, ada budu <3 ada budu atau sambal belacan, memang menambahkan selera makan :D semua makanan nampak sodap XD

    ReplyDelete
  8. Banyaknya gambar makanan! Ya Allah semua nampak sedapppp.

    ReplyDelete
  9. arrr nasi kerabu, malam tadi baru makan

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...