Friday, April 14, 2017

Fast & Furious 8 Cerita Penuh Misteri !



Hai semua, haaa hari ini dalam sejarah punya lah lama tak tonton movie dekat panggung wayang, ajak rakan menonton bersama. Memang hati dah lama teringin nak layan cerita terbaru Fast & Furious 8 tau ! Yes, julia suka cerita segmen adventure, memang suka layan movie yang ada unsur action dan buat kita akan tercungap-cungap cari nafas haha 

Pelakon utama, haruslah Dominic Toretto ! Dalam cerita ni mereka panggil Dom. Mereka ni bergabung asalnya satu pasukan...julia tak nak cerita detail sangat pasal movie yang hangat-hangat baru tadi tonton...julia nak kongsi bagaimana perasaan julia menonton cerita ini.


Yes, cerita ini sangat berat ! 
Maksudnya pembawaan aksi dari awal lagi bermula teaser cerita pun dah penuh action yang buat korang boleh berhenti bernafas sekejap, haaaaaa haruslah ada lawan race dak gitu. 

Lagi satu cerita ini memang hanya mereka yang berumur 18 tahun ke atas je boleh di tonton, mujur tak beli CD ingat nak tonton kat rumah dengan anak je...sebaiknya baik kita elak lah...sebab korang pepaham lah cerita mat salleh lagi-lagi action movie banyak part ganas-ganas tu...so parents aware ye.

Seriusly, 1000% julia suka cerita ini beb...
tak pernah lagi tengok cerita movie yang buat aku rasa puas tahap max ! Sampai aku nak bawa kereta balik pun terasa macam semua kereta kat atas jalan raya berfungsi sendiri dan berjalan ikut orang yang atur...


Ye, cerita ini banyak kepada hackers ! 
Bayangkan satu dunia dia boleh takluk sistem...ko kat mana, negeri mana...hackers paling di kehendaki dunia tu hahaha.

Menariknya, positif side cerita ini lebih kepada FAMILY 1st. 
Dom banyak strategi, korang bila tonton nanti pasti akan mula nak benci Dom...rupanya Dom sangat misteri. Dia tak cerita strategi dia...walaupun satu team...ehhh selebihnya korang tonton sendiri ya...berbaloi la labur wang 1 tiket RM16.50 tonton cerita ni...

Aku sampai menangis tonton cerita ni, mengalir air mata aku, yelah aku mudah sensitif cerita bab sentuh pasal family...pastu aksi kelakar memang banyak hahahhaha paling tak tahan kawan Dom tak puas hati cakap 'Kau gila ke cakap aku di tangga ke 11' maksud dia paling dikehendaki di dunia lah hahahaha...dia nak jugak geng top ten penjenayah paling dikehendaki...kahkahkah memang korang akan alami perasaan rasa kelakar, sedih, debaran melampau sampai rasa nak sedut oksigen pun rasa terhenti...terkejut2 tu biasa dah kan kereta terpelanting sana sini heheh

Terhibur tahap tak terkata haaaaaa, inilah Dom...dia sangat-sangat misteri ! Tapi dia penyayang...jenis hati tisu jugak aku pantang lelaki nak keluar air mata ni...laju je air mata aku turun tadi hehe




Kesinambungan cerita ini pastinya dinanti-nantikan...julia nak tahu apa perancangan musuh pula selanjutnya...by the way Dom ada junior...aku kasi hint junior macam mana korang cepat-cepat pi beli tiket tonton wayang ini ya...

Bestttttttt sungguh! **debaran itu sampai sekarang dirasai**
Kereta diorang memang lawa gila tau...tergugat tengok aummmmm !

Okey itu je review simple pasal cerita ni...orang cerewet macam aku kalau nilai cerita best macam ni...memang best la...berbaloi-baloi layan.

Dari 5 bintang, julia bagi 10 bintang untuk cerita ni, kerlassss !
Cepatlah Fast & Furious 9...tak sabarrrrrrrrrnyaaaaaaaaaa haih haha

Jumpa lagi. !

8 comments:

  1. huarghh tak sabar nak tgk wayanggg

    ReplyDelete
  2. Tak follow cerita ni dari awal so takda rasa nak tengok pun huhuhu.

    ReplyDelete
  3. Saya nak tonton tu dulu. Then i share my view with you,

    ReplyDelete
  4. Ta tengok lagi citer ni. selalunya tengok wayang base pada request si kecik ni. sampai naik muah dah asik tengok wayang ja.

    ReplyDelete
  5. best citer ni. harap dapat tengok nanti

    ReplyDelete
  6. F&F 8 ni lom tengok lagi. Tapi suka layan cerita yg si Dominic ni berlakon 😍

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)