Julia Johari: April 2017

Jejaki Hotel Baru VI Boutique Hotel Kuala Selangor


Dah lama tak bau hotel baru weh! Baru-baru ini julia bersama keluarga jejak ke hotel yang baru je launching pembukaannya tau. Mula-mula malas lah nak ikut alaa Kuala Selangor je kah, tak ada tempat lain ke gituu...orang sombong gitu la cakap malas aje haha...

Suami yang cadangkan dan ajak julia ke sini, katanya hotel yang dicanang-canangnya itu dah siap...siap cakap hotel bajet tu ada kolam...hmmm yeke? Nampak bukti kat gambar atas? Haaaaaa merelip-relip mata juju tengok! Lawa!

Ranking Hotel ke-40 klik SINI

Kalau lihat dari atas bilik lagi cun! Kolam kebiruan dari atas, syok berenang port baru ni beb, puas hati, air pun bersih, siap ada shower lagi...sebelah kolam ni ada dewan keraian yang sungguh besar...kalau nak kahwin atau sambut apa sahaja leh adakan kat sini...untung lah!


Duduk mewah, menginap harga bajet !
Kediaman hotel ini julia memang puji melangit...siapa sangka ia nampak sangat elegan dan romantik. Kalau nak tempah setakat ini kami walk in je, dekat FB korang boleh search ada info pasal hotel ni. Ada pelbagai rangkaian jenis bilik antaranya:
  1. Single
  2. King
  3. Executive (honeymoon)

Harga bermula RM128 ke RM200 ke bawah untuk setiap bilik...wahhh murah kan...sebenarnya banyak aktiviti kekeluargaan korang boleh lakukan disini sambil menginap. 

Nak tahu klik SINI.



Kalau tanya kemudahan, pertama sekali aku nak habaq. Tang parking pun dah win! Banyak betul port parking depan hotel ni...selain itu julia highlight...

Kelebihan Hotel VI Kuala Selangor !
  • Akses lif
  • Kod keselamatan setiap tingkat untuk akses (so orang luar tak boleh masuk sesuka hati) terasa sangat selamat !
  • WiFi - hotel masih baru lagi belum lagi ada...akan datang kot
  • Dekat bandar Kuala Selangor, senang cari port makan dekat.
  • Staf yang peramah
  • Bilik selesa, tuala besar, bilik besar, best!
  • Katil sangat empuk...tenggelam aku lagi haha
  • Permandangan setiap bilik berbeza ada tema
  • Bilik honeymoon banyak boleh request
  • Shower ada air panas.
  • Kalau ada baby best boleh mandikan dia di sinki yang dalam, selamat!
  • Indoor play room...ye ada tapi aku lupa snap gambar adoiiiyai...haha


Cantikkan bilik ni! Wahhhhh ni kira bilik Executive tau. Cun!

Bilik ini bilik honeymoon rasalah...harga pun tak mahal mana sebab kata owner hotel ini harga pengenalan masih berjalan.

Bilik pilihan kami, tema sawah padi !
Wahhhhhh besar betul gambar wall paper sawah padi...terus rasa sejuk je mata melihatnya.
Katil King selesa tidur...bantal empuk, cadar dan katil sangat best...benda baru haha....plug pun banyak tau...puas hati leh caj hp byk2.

Jom scroll...korang pasti tertawan melihat dekorasi hotel ini. Mewah tapi harga bajet !




Kawasan lepak minum petang pun ada dalam bilik...sempoi!


Penat golek-golek dalam bilik...jom lah makan dulu. Kami pilih kedai Mee Udang Banjir...sedap lah tapi banyak sangat...kalau tau order 1 je share dengan suami...udang banyak!

Balik hotel haaaaaa abam Qi lenjan sorang-sorang...tak ramai visitors lagi sebab hotel masih baru di buka...kira kami cuci kaki dulu lah merasmikan hahaha...jom mandi !


Seronok dia !
Korang cuti ni pi la terjah Kuala Selangor...dekat dan menjimatkan !
Boleh naik boat tengok eagle feeding macam di Langkawi, kini kat Selangor pun ada, best kan.

Rating:
Dari 5 bintang julia bagi 4 bintang, walaupun belum ada WiFi, julia puas hati menginap sini...Selesa carta nombor 1.

VI Boutique Hotel Kuala Selangor 
No 1, Jalan Sri Penambang 1,
Taman Sri Penambang,
45000 Kuala Selangor Darul Ehsan.

Pengumuman Dua Pemenang Bertuah Giveaway RockStar Gym Malaysia ! Jeng Jeng Jeng...


Jeng-jeng-jeng! Berdebar nak umum pemenang Giveaway (GA) yang anda sertai minggu lepas jejak entry klik link di SINI. Haaa, ramai yang komen, semua komen best-best, tapi julia pilih berdasarkan point yang wowww, wowwww. 

Pemilihan sangat ketat mengikut spesifikasi jawapan yang menarik sebab hadiah tajaan GA kali ini paling mahal yang di sponsor penuh oleh RockStar Gym Malaysia. Terima kasih pihak penaja kerana sponsor hadiah membership berjumlah RM2,000 kepada followers julia yang terpilih. 

Sekarang julia nak umumkan [2] pemenang pertandingan:

"GIVEAWAY: RockStar Gym Kids & Teen 
anjuran 
Blogger Julia Johari Dot Com"

Tahniah! 
Anda dan anak sangat bertuah!
Kepada yang terpilih sila email segera: juliajohari84@gmail.com

Nama Penuh:
No Kad Pengenalan:
Email Adress:
No Telefon:

Kepada yang lain,terima kasih menyertai GA anjuran Julia Johari. Lain kali ada GA sertai laju-laju ya. Selamat RockStar Gym Malaysia !

Percaya kepada Tuhan, apa tandanya kau percaya?

Apa khabar semua, ke mana anda sekali pun masa bercuti hargailah hidup yang tak ternilai ini. Sekarang Tuhan beri kita dan keluarga semua sihat, esok lusa dan masa depan Allah tetap uji hati kita, sama ada kita masih ingat dia masa senang sahaja kah, atau masa susah baru cari dia.

Oh manusia, oh aku sendiri, tolong jangan sombong denganNya. Kata percaya kepada Tuhan, tapi hati kita masih mendambakan pujian melangit manusia, berpegang kepada persepsi manusia, tapi adakah kita tersedar untuk kita tahu, apakah persepsi Allah terhadap kita?

MasyaAllah...malunya! 
Jahil sejahilnya kita yang tahu...

Perkongsian sahabat di pagi hari mengenai hidup...apa sebenarnya matlamat kita dijadikan di muka bumi ini oleh Tuhan?

Cepat fikir...apa sahaja yang kita lalui dalam susah, kesempitan, kesakitan, kesengsaraan, cacian, makian, umpatan...adakah semuanya kerana mahu mengubah persepsi atau pandangan manusia terhadap kita?

Ya, dulu aku begitu...kerana desakan manusia bertanya...julia bila? julia kenapa? julia kenapa kau tak? julia julia julia...ya mereka suka membandingkan...tapi kau sedut kata-kata mereka kerana kau rasa usaha kau tak cukup kuat...tak cukup hebat di mata mereka...ohhh sedarlah !

Percaya kepada Tuhan, yakni masing-masing walaupun berlainan agama semua ada Tuhan. Kita hidup di muka bumi ini meraih apa? Ya semua orang tau cakap meraih pahala dan kredit amalan yang baik- baik...sejauh mana kita jadi pelakon yang baik di bumi ini semuanya bermula dari HATI.

Ada sahabat berkata, kita sambil makan dan berborak ni pun hati kita boleh berzikir, boleh berdoa kepada Tuhan, perlu kah kita berborak doa dengan tuhan hanya dalam solat sahaja, oh lepas solat terputus hubungan dengan Allah...

Tak best kan...jom selalu-selalu borak dengan Tuhan kita, dia tahu keupayaan kita sejauh mana kita boleh...tanpa sedar...kita borak dengan dia melalui zikir, melalui doa setiap saat dan ketika melalui hati...kita hampir dengan DIA secara tak langsung...menitis air mata ku bila sahabat berkongsi motivasi hari ini...tersentak ! 

Berborak dengan Allah melalui hati...
MenghargaiNya tika kita sedang bahagia, tenang, dikala susah baru mencariNya ibarat menagih simpati 'Ya Allah, tenangkan aku, ya Allah berada disamping ku, aku perlukan Allah, Allah, Allah' kalau nak menangis...menangis kerana Allah...ada sebab ujian kita perlu rasa...di masa susah kita nak menunding jari kenapa itu dan ini...rasa tidak adil dirasai...ketahuilah...dimana kita masa senang ingat padaNya atau tidak...Allah! 

Dalam rukun iman sendiri meletakkan aras pertama sekali 'Percaya kepada Allah' percaya kepadanya...ada sebab kita di utuskan Allah berada di bumi...berbaktilah selagi ada...berkongsilah yang baik-baik...nescaya kita tak akan percaya, Allah atur rezeki setiap insannya sangat tidak di sangka-sangka...

Bersahabatlah dengan Allah.
Seronokkan hidup di kelilingi kasih sayang tak berbelah bahagi dari Allah...tak terucap perasaan itu. 

Berserahlah pada takdir, usaha kerana Allah...

Allah yang hitung, bukannya manusia, tapi berbaik-baiklah sesama manusia, yang tak berapa nak elok tu baik dijauhi supaya hati dan perasaan kita terus menerus mendaki mengapai matlamat kerana meraih perhatian Allah! Ya, Perhatian ALLAH. 

Terima kasih sahabat, anda tahu siapa diri anda.
Terima kasih mengikuti perkembangan semasa julia, perkongsian di blog tujuan utama sekali bukan meraih populariti, niat untuk berkongsi pengalaman dan meraih pahala dari Nya. Kelak hobi menulis ini boleh beri suntikan dan semangat pada pembaca lain juga untuk turut sama-sama senantiasa maintain di landasan POSITIVE MIND. 

Korang boleh, sebab Allah jadikan anda sangat ISTIMEWA di matanya. 


"Jadi teruslah berdoa, kerana berdoa itu adalah tanda hamba yang taat kepada Allah, kerana berdoa itu juga akan mengirimkan kita hadiah bahagia walaupun kita lupa memintanya" Prof Dr. Muhaya
(cebisan kata-kata motivasi dari buku Jom Audit yang julia baca hari ini)

Pengumuman Tarikh Rancangan Tumit Tinggi Segmen 'Bersama Blogger Julia Johari'


Hari ini, Penerbit RTM telah uar-uarkan pada julia. Tarikh keramat yang dinantikan sudah kunjung tiba. Dup dap dup dap huhh debaran mula balik, hati dah berkoncang. Bagi kalian yang tertunggu-tunggu inilah tarikh sebenarnya.

Rancangan Tumit Tinggi 
'Segmen Bersama Blogger'

Ahad 23 April 2017
12.00 tengahari
Hanya di TV1 

Jejak entry teaser lepas klik SINI

Save the date ye pembaca dan followers julia yang dihormati. Bagi julia, ini merupakan penghormatan kali ketiga julia ke udara di stesen televisyen. Ibaratnya julia membawa satu tanggungjawab blogger ke mata masyarakat, bukan untuk diri julia, tetapi lebih kepada pendedahan masyarakat bahawasanya menjadi blogger bukannya mengejar glamour, tetapi lebih kepada mengejar pendedahan kepada masyarakat di luar sana betapa pentingnya berkongsi ilmu dan pengalaman yang baik-baik.

Yang kurang elok, kita cuba beri idea dan jawapan yang boleh beri ia hasil yang baik pada masa akan datang. Tetapi dengan syarat, berkongsi ilmu kerana Allah...baru kita tahu landasan sebenar tujuan kita berblogging.

Rezeki seperti ini julia anggap sebagai satu simbol dan wakil kepada masyarakat banyak kelebihan menjadi blogger dengan menjadi Diri Sendiri.

Mari saksikan video klip rancangan minggu ini...debaran semakin dirasai...nanti kalau free korang snap la gambar dan tag julia di FB atau IG. Semua tag anda julia akan snapshoot masukkan di blog plus kreditkan nama anda disini.

Alhamdulilah.



[Nota kaki] → Jangan klik lagi siaran ulangan tau belum disiarkan lagi haha saje beri link awal kot korang sibuk masa tu leh la klik siaran ulangan di http://myklik.rtm.gov.my/

RockStar Gym Kids & Teens Tempat Cungkil Semua Bakat Anak-anak !

[ GA Sticky Post until 25 April 2017, scroll new entry ]

Bila ada anak, mula terfikir berangan nak mahirkan anak-anak dengan kegiatan yang selari serta sesuai dengan umurnya. Selalu julia berangan nak hantar anak pergi kelas berenang, nak hantar kelas taekwando lah, kelas bola jaring, kelas macam-macam kelas lah, tapi kekangan dari sudut tempat yang jauh serta hari bekerja waktu berkenaan membuatkan angan-angan julia terbantut nak bawa anak sertai kegiatan tersebut.

Hari demi hari, waktu silih berganti, julia kan suka membaca perkembangan terbaru rakan-rakan blogger di media massa. Ada rakan julia bercerita di blog, mereka bawa anak-anak mereka sertai RockStar Gym yang berada di Mines Resort City, Seri Kembangan Selangor. 

RockStar Gym Kids & Teens?
Mula-mula terfikir, apa yang ada dekat RockStar Gym ni? Indoor games kah, pusat gym kah, ehhh baca lagi rupanya anak-anak mereka sertai kelas dance, kelas gymnastik, kelas renang, kelas martial art, kelas yoga amboi dan banyak lagi. 

Haaaaa, bestnya satu pusat ada semua aktiviti yang julia angankan untuk anak sertai suatu masa dulu.  


Wah! Menariknya! Terus berbunga je hati tau, terus nak tahu apa lagi yang ada dalam pusat ini. Melalui website rasmi klik RockStar Gym, hasil bacaan julia, ada tenaga pengajar terlatih yang akan pimpin anak kita mengikuti kelas dan jadual yang ditetapkan mengikut usia seawal 6 bulan sehingga 16 tahun.

Seawal umur 6 bulan? 
Betul ! Jangan tak percaya, baby pun boleh beraktiviti di sini mengikut kelas dan masa yang tertentu. Apa lagi, hari Sabtu lepas julia terjah ke RockStar Gym yang bertempat di Mines Resort Seri Kembangan Selangor bersama anak dan suami untuk daftarkan membership anak di sini terus 3 bulan.

Anak julia lah paling tak sabar sekali bila bagi tahu dia boleh belajar menari, berenang dan belajar martial art, dia kan suka melompat-lompat main pedang-pedang haaaaa bawa sini terus buat kad membership.

Lihat wajah anak julia, berbaju kuning tulisan Rock. Kemain beli baju baru sesuai dengan tema RockStar Gym hehe. lagi bertambah semangat untuk beraktiviti.

Sebelum terlupa, harga untuk membership disini dalam lingkungan 200 ke atas untuk 1 bulan. Tapi kata branch manager harga tersebut berubah-ubah mengikut musim. Nak tahu promosi di RockStar Gym, rajin-rajinlah survey website rasmi selalu.



Hari Sabtu & Ahad, kelas umur 4-6 tahun.
Lepas daftar jadi membership terus untuk 3 bulan, julia di beri satu jadual khas oleh pembantu RockStar Gym di Mines Seri Kembangan. Disebabkan anak dan kami berdua bekerja, maka hari Sabtu dan hari Ahad adalah hari yang dinantikan untuk bawa anak ke sini.

Mujur hari Sabtu padat dengan aktiviti. Nak tahu apa aktiviti anak julia sertai pada hari Sabtu...lihat jadual dibawah.

Sabtu
1.00 - Gym / Dance
2.00 - Yoga
3.00 - Dance
4.00 - Swimming
5.00 - Rock Jam

Ahad
11.00 - Martial Art
2.00  - Dance / Swimming
5.00  - Gym / Rock Jam

Padat kan? Tak sangka akhirnya impian kami sebagai ibu bapa berangan nak lihat anak sertai bermacam kelas terlaksana jua, berbaloi-baloi wang dilaburkan. Masa anak beraktiviti ibu dan bapa boleh tunggu di luar studio, ada kerusi dan meja disediakan, boleh bawa bekal makanan dan minuman tau, so sambil anak beraktiviti julia dan suami boleh dating sembang-sembang pasal kami...gitu.

Mari lihat anak julia beraktiviti sakan di sini. 

DANCE 
Mari Menari ! DANCE! Mula-mula biasalah dia nak biasakan diri agak pemalu sikit, tapi kelas ini julia tertarik betul. Lihat lah private studio ini bersih dan banyak cermin besar dan beraircond. 

Sambil anak sedang rancak melompat-lompat menari ke sana ke mari mengikut instructor, mereka akan mendengar pelbagai lagu kanak-kanak yang menghiburkan. Alahai rasa macam nak join sama dengan mereka tau. 
  

Kebaikan Menari !
1. Perkembangan fizikal
Di bandingkan dengan aktiviti fizikal lain, menari lebih mencabar dan membabitkan lebih banyak jenis pergerakan, daya ketahanan fizikal, stamina dan koordinasi. Menari boleh memperbaiki ton otot, memperbetulkan postur yang kurang baik, meningkatkan imbangan dan memperbaiki kesihatan kardiovaskular.
Menariknya, seluruh tubuh digunakan sewaktu menari. Ini satu senaman yang sangat baik. Antara manfaat lain termasuklah kepadatan tulang yang lebih baik dan jantung serta paru-paru yang lebih sihat.
2. Kematangan emosi
Dengan memberi peluang kepada anak-anak kecil meluahkan emosi melalui tarian, mereka mendapat kesedaran diri, keyakinan dan harga diri. Ini membantu menggalakkan kesihatan psikologi yang lebih baik dan kematangan, selain ruang untuk melegakan fizikal mereka.
3. Set minda berdisiplin
Tarian sering memerlukan anak menghafal rutin yang rapi atau aturan pergerakan. Ini akan memperbaiki keseimbangan, kesedaran ruang dan paling penting, menggalakkan pemikiran yang berorientasikan keterperincian.
4. Kesedaran sosial
Kelas tarian memberi anak-anak kecil peluang untuk bertemu dan menari bersama rakan sebaya mereka. Keseronokan dan bekerja secara berkumpulan (yang menjadi aspek mencabar bagi kebanyakan kanak-kanak) akan memberi kebaikan kepada anak anda apabila dia belajar mengenai interaksi sosial dan kerjasama.
5. Perkembangan kognitif
Menari membantu meningkatkan kemahiran kognitif anak anda. Menari ialah aktiviti lasak yang membantu meningkatkan bekalan darah sekali gus memastikan otak berfungsi dengan baik. Sifat dinamik membuat keputusan (contohnya langkah tarian seterusnya yang perlu diambil) membantu memperbaiki fungsi otak, maka meningkatkan kapasiti mentalnya kerana tubuh dan proses kognitif juga akan bersenam.
Dengan begitu banyak faedah, anda harus mempertimbangkan aktiviti ini secara serius untuk anak anda. Ingat, faedahnya menjangkaui jantina - tidak kira lelaki atau perempuan, kedua-duanya akan mendapat manfaat daripada tarian.
Tiada sebab langsung untuk dia tidak menari! [Sumber]


Mari tonton video, nak tahu apa mereka belajar dalam kelas dance, ambil feel anak-anak di sini. Klik 2 video.






TENAGA PENGAJAR TERLATIH 
Tenaga pengajar RockStar Gym kebanyakkannya adalah dari luar negara, mereka menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium utama untuk melatih dan berinteraksi dengan anak-anak anda. 




GYMNASTIC
Banyak peralatan disediakan untuk aktiviti dalam studio Gym. Lihatlah anak-anak sedang menunggu arahan tenaga pengajar untuk menggunakan segala alatan gym di sini. Jangan risau, mereka di jaga rapi oleh mereka. 

Kita boleh lihat anak-anak sedang ber gym di cermin pintu kaca.


YOGA
Kelas Yoga ! Lepas anak penat Dance & Gym, terus masuk kelas Yoga. Kelas ini julia perhatikan lebih santai dan relaks.  


Kelas baru nak bermula, my son lapor diri pada cikgu barunya. Ramainya kawan-kawan...meriah aktiviti yoga kali ini.

Rasa macam nak sertai sekali kan. Ekslusif betul setiap studio di sini. Kawasan pun luas dan sangat selesa. 




MARTIAL ART 
(Seni Pertahanan Diri)

Hari Ahad, jadual anak julia ada martial art jam 11 pagi. Ada baju seragam disediakan. Anak-anak akan disarungkan baju khas seperti gambar dibawah. Tak perlu beli baju seragam disini, jadi membership semua disediakan. Mudah dan menjimatkan wang serta tak perlu bawa lebihan baju sukan.

Kelebihan martial art:
  1. Membentuk disiplin
  2. Membina semangat kerjasama
  3. Meningkatkan keyakinan diri
  4. Belajar untuk menetapkan matlamat
  5. Meningkatkan keupayaan fizikal (segi koordinasi, fleksibiliti, keseimbangan dan ketangkasan mental)
  6. Saling hormat-menghormati



BALLET
Kelebihan anak perempuan, boleh sertai kelas ballet ! Menarik bukan, sweet dan comel je. Banyak kelebihan kelas ballet tau. 

  1. Membentuk karakter anak-anak
  2. Balet membuat anak berfikiran kreatif 
  3. Meningkatkan rasa percaya diri anak-anak



BASKETBALL
Kelas Bola Jaring, berpagar dan kawasan lantainya sangat rapi dijaga. Tak risau untuk biarkan anak mengikuti kelas disini. 

Walaupun anak julia masih dibawah umur dan tak belum lagi sesuai untuk mengikuti kelas bola jaring, tapi beliau boleh melihat kakak dan abang disini tengah berlatih secara langsung. Ia pun secara tidak langsung beri galakan positif untuk anak sertai pada masa akan datang.


Panjangnya court !







SWIMMING
Dari Amirul Mukminin, Umar al-Faruq ibn al –Khattab, Rasulullah SAW bersabda:
“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” (Riwayat Sahih Bukhari /Muslim)
Dalam didikan ajaran agama Islam pun dititikberatkan untuk kita ajar anak-anak salah satunya dengan berenang. Paling dinantikan oleh anak-anak sudah semestinya berenanglah, aktiviti santai yang paling menyeronokkan, kalau boleh nak berenang sampai tak mau balik. 


Anda perlu guna pakaian renang bersama dengan anak. Tak boleh guna pakaian t shirt biasa. Untuk langkah keselamatan anak anda akan di latih bersama-sama dengan ibu bapa masuk dalam kolam. 
Kelebihan Belajar Berenang! 
Kajian yang dilakukan oleh Prof. Robyn Jorgensen di Institut Kajian Pendidikan Griffith mendapati bahawa kanak-kanak yang belajar berenang memiliki kemampuan visual motorik seperti mana memotong kertas, mewarna, melukis, dan menyelesaikan masalah matematik dengan lebih pantas dan cergas.  Malah kalau pembaca semua nak tahu, cara didikan sebegini juga digalakkan di dalam Islam. [Sumber]



PLAYGROUND
Sambil menunggu masa atau selingan waktu kelas yang lain, bawa anak anda bermain playground turut disediakan. My son bersuka ria setiap saat disini, tak tinggal sikit pun masa terluang untuk dia berehat, semua dia nak cuba. Nampak semangat kesukanan tinggi dalam diri dia walaupun ia hari pertama buatnya.

Wajah yang penuh dengan semangat dan tak sabar nak masuk kelas seterusnya...disini anak-anak anda memang akan gunakan 100% aktiviti fizikal, mental dan emosi secara mendalam mencuba pelbagai aktiviti baru. 

Pasti ucapan terima kasih tak henti-henti diberikan kepada anda penghargaan terbaik untuk para ibu bapa. 



SURPRISE!
Nak Menang Hadiah Membership 3 Bulan di RockStar Gym? Nakkk ! Sertainya sekarang !

"GIVEAWAY: RockStar Gym Kids & Teen 
anjuran 
Blogger Julia Johari Dot Com"


2 pemenang terpilih layak memenangi...
# 1 x membership 'RockStar Gym Kids & Teen' selama 3 bulan secara PERCUMA
# Membership  'RockStar Gym Kids & Teen' bernilai RM1,000 secara PERCUMA

Syarat-syarat Giveaway:
Hanya mereka yang menetap di kawasan Selangor sahaja. 
Cawangan RockStar Kids & Teen berada dalam kawasan Selangor buat masa ini.
Terbuka untuk semua pembaca blog Julia Johari.

Cara penyertaan:
Like @ Follow RockStar Gym Malaysia 
Klik LINK ⇓
Like @ Follow  Blogger Julia Johari 
Klik LINK 

Soalan: 
1) Di manakah kawasan anak julia buat pertama kalinya sertai RockStar Gym Malaysia?
2) Nyatakan salah satu kebaikan Menari dan jelaskan mengikut pemahaman anda?
3) Berikan [2] sebab utama kenapa andalah paling layak memenangi GA RockStar Gym Kids & Teen?

Jawapan hanya perlu diberikan dalam kotak komen dibawah entry ini sahaja.

Senang kan? Mudah je, cepat hebahkan pada rakan-rakan lain untuk turut serta.

Bagi peserta yang tidak mengikuti syarat-syarat diatas, automatik penyertaan anda terbatal.
Rebut hadiah bernilai 1,000 membership RockStar Gym Kids & Teens untuk dihadiahkan kepada anak tersayang anda!

Tarikh Tutup Penyertaan: 
Sabtu, 22 April 2017

Tarikh Umum Pemenang:
Selasa, 25 April 2017

Sila sertakan diakhir jawapan butiran nama penuh dan email, pemenang julia akan hantar email rasmi.

Selamat mencuba dan selamat menang !