Semua mudah, nak beli barang dapur rumah pun hanya klik, klik pilih masa dan tarikh barang tersebut sampai ke depan pintu rumah atau pejabat. Mudah sangat! Sekarang tak ada istilah tak ada masa nak buat pembelian, nak beli baju anak, nak beli hadiah sekali pun atau beli perabot rumah semua menggunakan website online yang semestinya dipercayai kan. 

Kedai E-Dagang Kegemaran Anda?
Julia suka EzBuy. Faktor utamanya sebab semua barangan yang dijual adalah murah dan barangan dijual termasuk plus size pun ada. Selain itu, julia tak perlu susah payah nak ke luar negara nak beli barang-barang buatan dari negara China sebab kebanyakkannya memang banyak disertakan dalam website berkenaan.

Kalau nak beli baju anak, cuma pilih umur dan jenis pakaian yang dikehendaki. Kebanyakkan kedai-kedai di luar pun banyak jual baju budak murah buatan China. So website ini memang kena dengan citarasa julia yang suka beli borong dengan harga tersangat murah.


Masalah yang dihadapi oleh online shoppers

#1. Kurang pendedahan
Masalah yang dihadapi adalah kurang promosi mengenai website terpilih. Macam Lazada kan global marketing dia, jikalau macam EzBuy lebih kepada kita sendiri kena Google dan baca review blogger dulu kan.

#2. Baca komen testimonial
Online shoppers macam julia sebelum nak buat pembelian barang, julia akan baca komen-komen pengguna terdahulu yang beli barang berkenaan, sama ada okey atau tidak. Kepuasan itu yang sangat dititik beratkan.

#3. Saingan harga. 
Kadang-kadang website letak harga berubah-ubah, hari ini harga lain, esok lusa berubah harga mahal. 

#4. Promosi perlu lebih jelas dan lama. 
Julia suka promosi murah dan barangan yang ditawarkan murah itu perlu dijaga kualitinya, rata-rata komen pengguna yang julia baca barangan promosi banyak tidak mencapai rating kepuasan sebab kualiti sangat rendah.

#5. Perkhidmatan penghantaran. 
Pihak kedai e-dagang perlu memilih pihak kurier yang boleh menghantar pesanan pelanggan tepat pada masa yang ditetapkan dan barangan yang dihantar tidak rosak dan bungkusan masih elok.



Cara nak selesai masalah diatas
Paling penting berbalik kepada kita sebagai pengguna, kena bijak pilih website yang beri perkhidmatan belian online yang ada ciri money back guarantee jika ada apa-apa masalah contoh terdekat seperti Zalora. Servis yang ditawarkan sangat beri kepuasan mendalam sebab disediakan sampul pemulangan barangan balik tanpa caj tersembunyi. Ini yang kami mahukan sebagai pengguna. 

Kajian dan tanya rakan yang pernah beli di website online berkenaan sama ada mereka pernah beli atau tidak untuk dapatkan review paling dekat.

Paparkan statistik atau carta kepuasan pelanggan di sidebar dan wujudkan rangkaian negara mana banyak buat pembelian online di website berkenaan. Ini boleh beri satu impak tinggi kepada mata pengguna bahawa website berkenaan sangat popular bagi pelanggan didalam negara termasuk luar negara. 

Seterusnya pihak kedai e-dagang perlu memaparkan kebenaran kerajaan menjual online contoh nombor lesen perniagaan untuk pihak pengguna berasa puas hati jika ada apa-apa masalah dikemudian hari. 

Bijak menilai, bijak buat pilihan beli belah dalam talian juga satu keselamatan utama kita perlu ambil berat. Semoga perkongsian ini bermanafaat. 

15 Comments

  1. good sharing juju. ss pn dh jarang shop on9 sbb kualiti x bgus. tp dh ada tips ni sgt mmbntu

    ReplyDelete
  2. kdg2 beli gak brg2 dari lazada. biasanya ok je kualitinya..

    ReplyDelete
  3. Good sharing Juju.. sekarang nie semua dihujung jari, kita sebagai pengguna kena bijak memilih kan.. :)

    ReplyDelete
  4. Good tips... skrg ni smue online jer senang tp nak shoping kena ade ilmu gak... kalau tak sendiri yg rugi...

    ReplyDelete
  5. bagus tips ni...nak beli barangan online kena tengok2 jugak kan..tak boleh main beli je
    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  6. skarang ni smua di hujung jari...siap duit je dlm bank...hehe tp akak kdg2 tgk juga nk shopping online ni..riso kot kena tipu...smoga kita dijauhkan

    ReplyDelete
  7. Saya memang belum pernah beli online. Ada sebabnya. Nanti saya baca ni sekali lagi, kalau ok, boleh dipertimbangkan.

    Thanks.

    ReplyDelete
  8. dah pernah shoping dekat ezbuy juga..barang kecik2 je

    ReplyDelete
  9. Jarang beli online. Prefer tengok depan mata Baru bayar. Old school kann....
    Lantak laaa.. haha

    ReplyDelete
  10. Bunda ngan anak selalu gak beli barangan online.. so far ok ..

    ReplyDelete
  11. Bunda ngan anak selalu gak beli barangan online.. so far ok ..

    ReplyDelete
  12. Ringkas dan padat tips yang akak berikan ni! good luck kak! :)

    ReplyDelete
  13. selalu beli online tapi kena pastikan betul2 seller tu ok ke tak

    ReplyDelete
  14. Good tips juju. Baru jer shopping online dengan 11 street ☺☺

    ReplyDelete
  15. selalu jgk beli online. so far ok je

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)