Hidup Satu Pilihan atau Paksaan? | Julia Johari

Hidup Satu Pilihan atau Paksaan?


Julia tahu, anda bijak memilih!
Money + Time + Future 
Ketiga-tiga diatas pasti setiap insan nak bukan?

Allah
Yes hanya ingat dia sambil usaha tak putus-putus Allah beri semua ketiga-tiga diatas.
Sungguh...berdirilah korang dimana sekalipun...
Rasa sakit, sihat sekalipun....Allah, Allah, Allah...

Semakin kita berdoa pada dia...
semakin kita berusaha ke arah matlamat yang kita hendak sangat capai...
Suatu hari itu...akan sampai.

Julia tak pernah membayangkan satu matlamat ini yang julia nak sangat akan tercapai awal tahun 2017. Ya tak sangka sebenarnya...sudah bertahun-tahun julia push diri untuk capai matlamat itu tapi semua tak kesampaian...tapi Allah makbulkan di tahun ini tanpa di sangka.

Semuanya hasil doa yang kita tabur beberapa tahun lepas...baja doa itulah Allah lihat, hisab dan telek sama ada kita layak atau tak menerimanya, malah rezeki tanpa di sangka kita akan dapat dengan semudah itu.

Ada kala kita cuba usaha dan berdoa...ada yang Allah belum makbulkan...ketahuilah...Allah maha mengetahui...kita jangan putus asa...julia pun tak nak putus asa...julia nak teruskan berdoa...agar Allah perkenankan usaha kami...

Ya Allah...
luaskan rezeki kami, sihatkanlah kami selalu, jaga aib kami, peliharalah kami agar semua insan dalam dunia ini sentiasa kasih kepada kami...peliharalah lidah kami dari bercakap yang tak elok...jadikan kami pemimpin yang disayangi...dihormati...diberkati.

Agar anak cucu cicit kita dijaga oleh Allah selalu.
Ingat....satu je, julia percaya, jika di dunia Allah beri ujian itu...dan kita masih mengharapkan padanya...insyaAllah, tidak didunia, di akhirat Allah pasti balas...dia sayang kita...kita sayang Allah.

Semoga hari Jumaat yang barakah ini...kita saling sebarkan aura kasih sayang!

8 comments:

  1. InshaAllah moga dimurahkan rezeki kita semua dan dipermudahkan segala urusan. Yang penting matlamat hidup kita yg utama ialah untuk mencapai keredhaan Allah.

    ReplyDelete
  2. Stiap ujian yg kita trima, insya allah dlm kemampuan kita sbb tu kita diuji kn

    ReplyDelete
  3. Stiap ujian yg kita trima, insya allah dlm kemampuan kita sbb tu kita diuji kn

    ReplyDelete
  4. Aminnnn,nice sharing tq,apa yang penting dalam hidup ni kita tahu meletakkan diri kita di mana dan bagaimana jalan hidup kita ,kita yang pilih.

    ReplyDelete
  5. Tak kesahlah bagaimana cara kita berfikir dalam hidup ni, samada kita hidup kerana kehidupan atau paksaan. Yang penting kita membuat keputusan sendiri. Fikirlah bagai mana cara nak berfikir supaya kita tidak jadi macam orang lain yg tak tau nak berfikir. Fikir2kan lah.

    ReplyDelete
  6. semua guna tok mudim ni .. kne ada stok kat rumah satu

    ReplyDelete
  7. "Julia tak pernah membayangkan satu matlamat ini yang julia nak sangat akan tercapai awal tahun 2017. Ya tak sangka sebenarnya...sudah bertahun-tahun julia push diri untuk capai matlamat itu tapi semua tak kesampaian...tapi Allah makbulkan di tahun ini tanpa di sangka."

    Perenggan kat atas tu saya baca dua kali. Begitu juga yg lain tapi saya tak nampak apa dia yg julia dah dapat (Allah makbulkan) pada tahun ni. Adakah itu rahsia?

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)