Thursday, March 30, 2017

Tips Beli Belah Dalam Talian Online.

Thursday, March 30, 2017 15 Comments



Semua mudah, nak beli barang dapur rumah pun hanya klik, klik pilih masa dan tarikh barang tersebut sampai ke depan pintu rumah atau pejabat. Mudah sangat! Sekarang tak ada istilah tak ada masa nak buat pembelian, nak beli baju anak, nak beli hadiah sekali pun atau beli perabot rumah semua menggunakan website online yang semestinya dipercayai kan. 

Kedai E-Dagang Kegemaran Anda?
Julia suka EzBuy. Faktor utamanya sebab semua barangan yang dijual adalah murah dan barangan dijual termasuk plus size pun ada. Selain itu, julia tak perlu susah payah nak ke luar negara nak beli barang-barang buatan dari negara China sebab kebanyakkannya memang banyak disertakan dalam website berkenaan.

Kalau nak beli baju anak, cuma pilih umur dan jenis pakaian yang dikehendaki. Kebanyakkan kedai-kedai di luar pun banyak jual baju budak murah buatan China. So website ini memang kena dengan citarasa julia yang suka beli borong dengan harga tersangat murah.


Masalah yang dihadapi oleh online shoppers

#1. Kurang pendedahan
Masalah yang dihadapi adalah kurang promosi mengenai website terpilih. Macam Lazada kan global marketing dia, jikalau macam EzBuy lebih kepada kita sendiri kena Google dan baca review blogger dulu kan.

#2. Baca komen testimonial
Online shoppers macam julia sebelum nak buat pembelian barang, julia akan baca komen-komen pengguna terdahulu yang beli barang berkenaan, sama ada okey atau tidak. Kepuasan itu yang sangat dititik beratkan.

#3. Saingan harga. 
Kadang-kadang website letak harga berubah-ubah, hari ini harga lain, esok lusa berubah harga mahal. 

#4. Promosi perlu lebih jelas dan lama. 
Julia suka promosi murah dan barangan yang ditawarkan murah itu perlu dijaga kualitinya, rata-rata komen pengguna yang julia baca barangan promosi banyak tidak mencapai rating kepuasan sebab kualiti sangat rendah.

#5. Perkhidmatan penghantaran. 
Pihak kedai e-dagang perlu memilih pihak kurier yang boleh menghantar pesanan pelanggan tepat pada masa yang ditetapkan dan barangan yang dihantar tidak rosak dan bungkusan masih elok.



Cara nak selesai masalah diatas
Paling penting berbalik kepada kita sebagai pengguna, kena bijak pilih website yang beri perkhidmatan belian online yang ada ciri money back guarantee jika ada apa-apa masalah contoh terdekat seperti Zalora. Servis yang ditawarkan sangat beri kepuasan mendalam sebab disediakan sampul pemulangan barangan balik tanpa caj tersembunyi. Ini yang kami mahukan sebagai pengguna. 

Kajian dan tanya rakan yang pernah beli di website online berkenaan sama ada mereka pernah beli atau tidak untuk dapatkan review paling dekat.

Paparkan statistik atau carta kepuasan pelanggan di sidebar dan wujudkan rangkaian negara mana banyak buat pembelian online di website berkenaan. Ini boleh beri satu impak tinggi kepada mata pengguna bahawa website berkenaan sangat popular bagi pelanggan didalam negara termasuk luar negara. 

Seterusnya pihak kedai e-dagang perlu memaparkan kebenaran kerajaan menjual online contoh nombor lesen perniagaan untuk pihak pengguna berasa puas hati jika ada apa-apa masalah dikemudian hari. 

Bijak menilai, bijak buat pilihan beli belah dalam talian juga satu keselamatan utama kita perlu ambil berat. Semoga perkongsian ini bermanafaat. 

Happy Birthday Julia Johari !

Thursday, March 30, 2017 9 Comments


Apa ni, apa ni...umur tambah lagi hahahaha...siapa suruh beli kek, siapa suruh lahaiii...dah bagi tau awal-awal, dah mention awal-awal dekat my kesayangan, tak perlu apa-apa tahun ini sebab bulan ini Allah sudah kurnia rezeki dan ujian macam-macam dekat kami. Cukup sudah semua dah rasa, tengok abam Qi sihat kembali dari klik link penuh → ujian denggi 10 hari cukup sudah hadiah sihat paling aku nantikan tiba jua...perasaan mak-mak ni lain tau...anak sihat, suami sihat, keluarga keliling sihat dan ceria cukup sudah buat aku bahagia sampai ke syurga.

26 Mac 2017 Big Day!
Tapi...ada tapinya. Kesayangan cakap pagi hari jadi julia tu dia nak pergi pasar nak beli barang dapur. Nak top up siap-siap katanya senang kalau julia nak masak apa sahaja dalam peti ais sentiasa penuh stok-stok. Amboiiii berbunga la hati julia, tapi dia pergi sorang, tak bawa abam Qi...meraung la abam Qi tu hahahahhahaha. Pagi besday dah riuh satu rumah kahkahkah...pagi besday tu julia buat nasi lemak istimewa dekat diorang tau...suka sangat abam Qi makan...aku puas hati tengok anak makan selera bila aku masak...wehhhh itu la hadiah aku sebagai mak...sayu je hati beb. Huh baru aku tau cam ne perasaan mak aku rasa...sebab tu masa aku kecik-kecik apa aku mintak nak makan dia buat. Oh cam ni rupanya.......susahnya jadi mak...semua pasal anak aku nak sebak...tengok dia tidur pun aku sebak...kesian.

Okey dah janji lepas sembuh denggi abam Qi tak mau citer sedih-sedih dalam blog....eh korang sambung citer awal tadi...hahahha lepas aku dah siap nasi lemak ayam goreng sambal sedap2...aku mandi dan siapkan anak...kata suami lepas dia beli barang dapur nak bawa kami tempat surprise la waktu petang...aku bukan boleh dengar suami kata nak bawa jalan...akuuuuuuuuuuuuuuuuuu laju pi siap-siap bahahhahahahhaha. Korang kenal aku kan camne...fantang fantang ceq dengaq nak pi jenjalan hehe.


SURPRISE !!!!!!!
Aku kat bilik tidur masa ini, dok sibuk nak tempek makeup pastu dengan abam Qi jerit.....Umiiiiiiiii....walid beli kek hari jadi hahahhaha aku cakap WHAT!! Terus keluar...terus bebel kan dah cakap tak perlu beli apa-apa...suami senyum je hulur 2 hadiah...satu kat abam Qi...satu kat umi...surprise sangat!!! Agaknya husband tak sampai hati kot nak biarkan tahun besday wife dia tanpa sebarang keraian...alololololo baik sangat dia.

Barang dapur tu alasannnnnn dia je kata nak keluar...ropernyaaaaaaa ada kek di sebalik hadiah bahahahhaha dia pi hunting kek hari jadi wife dia alolololo...dah tu mana barang dapur dijanjikan...aku nak tergelak dah ni hehe

Hadiah apa aku dapat biarlah RAHSIA...x yah nak tunjuk sangat la...sebab ia sangat-sangat buat aku happy sebenarnya. Cukup anak beranak yang tau.

Alahaiii dah kenapa abam Qi pun ada hadiah hari jadi...hahahhahahahhaha jelessssssssss....suami gitulah...hati dia sangat sama adil...kalau dia beli apa-apa mesti sama adil. So best lah abam Qi...semua besday dia ada hadiah...hahahhaha korang tengok lah muka abam Qi kat bawah ni...happy sangat wajah dia kan...bestnya tengok anak gembira cam ni weh...tak terkira rasa itu!


Kena tiup lilin alahai !
Siapa kata aku tua siap nak asah pisauuuuuu pancung kang hahahaha (gurau kasar), well abam Qi la ni paksa suh buh lilin, paksa umi tiup lilin...ewahhhh ko dik, terbayang rasa macam kecik-kecik hahaha...siap husband dan abam Qi nyanyi kuat2 lagu besday...malu tauuuuuuuuuuuuu kahkahkahkah....pastu lepas aku tiup semua lilin tu dia suh aku nyalakan balik...dia plak nak tiup lilin hahahhahahha pitam aku weh...memacam perangai abam Qi...layan jelah budak bijak ni.

Terpancar wajah aku happy sangat, anak aku dah sembuh.


SURPRISE LAGI !
Dah la bedal nasi lemak homemade aku masak satu family, gila aku pi masak nasi lemak, mata pun kuyu je kahkahkah...petang tu suami bawa tempat SURPRISE ! 

Wahhhhhhhhh steamboat & grill di bakar-bakar kawasan Bangi, KL. Terus celik mata aku beb, kata suami dari tahun lepas lagi dia nak bawa makan sini tapi asyik terlupa je hahaha yeyyyyyyy...tapi masa sampai hujan selebat-lebatnya...fuhhh acaner nak keluar. Suami bawa pi Econsave dulu jenjalan lagi, lepas hujan reda baru masuk sini. 


Luas kawasan kedai ni, rupanya table sudah direserve oleh suami tercinta...u make me cry la bro...hahaha nama pun steamboat & grill apa lagi sila layan diri ambil bahan mentah yang telah di sediakan...memang banyak sungguh seafood kat sini, puas hati aku melantak dari awal masuk...berpinggan-pinggan...NASI? 

Oh ada je...tapi aku tak makan la...nak bedal lauk je puas-puas hoooreyyy!


Menariknya, kuah tomyam dan kuah ayam untuk steambot disediakan kiri dan kanan meja...korang just touch on/off butang 1-3 untuk adjust kepanasan. Aku puji kuah tomyam dia best gila...abam Qi pun suka kuah tomyam. Laju diorang makan.

Queen of the day !
Oh yeah, hari paling best adalah hari jadi, cakap la terasa nak makan apa mesti dapat hahahahhaaha aku kan suka makan...tu yang suami buat surprise kat sini...gila tak suka...sampai aku makan tak henti-henti hahaha. Suami & abam Qi grill kemain...suka sangat sebab kat sini buat kami boleh family bonding puas-puas !

Video Live Grill & Steamboat...memang besar plate grill tu aku suka sesangat, campak je masak, campak je berasap berkepul-kepul...perghhhh port tempat grill pun win husband pilih. Nyaman tok!


Abam Qi peminat mee sup tomyam, kat sini ada pelbagai jenis mee, yee mee keras tu tau, korang just pilih je dalam balang mana korang nak...pastu pi reneh sendiri dalam kuah mana. Aku masukkan dalam kuah tomyam steamboat tu...tengok abam Qi laju makan...bukan maggi tau...tapi spesis mee tomyam.

Gambar paling cantik di hari jadi julia tahun 2017 !
Sayang korang sampai syurga ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Harga?
Abam Qi umur 5 tahun FREE of CHARGE terbaikk
Dua dewasa tak sampai 100 pun, murah kan?
Haaa makan lah kau sampai muntah, aiskrim, popcorn, buah-buahan, apa lagi eh memacam lah...sushi pun ada, koktail pun ada...i told you, restoren ni best gila...nanti nak datang lagi bawa abah mama plak makan ramai-ramai.

Bangun awal pagi tengok FB berduyun kawan-kawan ucap selamat hari jadi. Seronoknya dapat kawan-kawan macam korang. 

Aku syukur sangat, walaupun abam Qi semakin kurus...tengok dia ceria dan sihat macam ini...aku sujud syukur dah...mujur masa hari jadi aku dia sihat sepenuhnya. Lega!

Lihat ratusan like dan komen...terasa sangat dihargai...korang, julia doakan korang semua dimurahkan rezeki dan dirahmati Tuhan selalu ya. Korang memang 1st class lah sahabat !

Berjalan sampai ke tengah malam haaaaa...kemain tak lekat rumah dah, sempat menyinggah kedai buku, julia dengan kedai buku memang sekawan, aku tak boleh sangat nampak kedai buku...aku akan ke kawasan rak motivasi...aku telek rak demi rak...aku cari mentor aku. 

Prof. Dr. Muhaya, keluaran buku terbaru beliau. Alhamdulilah berjaya hunting buku motivasi di hari jadi yang bersejarah.

Macam-macam nikmat rezeki, ujian aku rasa awal tahun 2017 sehingga lah sekarang. Julia doakan hari-hari mendatang Allah atur hidup kita semua sentiasa terpelihara dalam lindungan dia. Hidup perlu motivasi, baru rencah hidup ini harmoni, nanti ada masa julia kongsikan sikit apa intipati dalam buku motivasi jom audit diatas ye. 

Take care semua!

Tuesday, March 28, 2017

Bukan Senang Nak Jadi Founder dan Maintain...

Tuesday, March 28, 2017 13 Comments

Semua orang punya impian nak jadi bos...nak jadi founder produk...nak jadi itu dan ini.
Tapi tanya hati korang sebenarnya kuat tak dilambung ombak ujian dan panahan demi panahan kataan, cacian dan haters sana sini...tahan tak?

Kalau tanya julia sendiri, oh aku jenis cepat gak melenting...nak cool pun esok hari haaaa dah caner nak tahan jadi bos, jadi founder? 

Kena belajar....kena hayati dan selami diri sendiri dulu. Jika ada group bagaimana nak jadi founder contoh kepada group.

Aku pernah join beberapa group blogger sebelum ini...satu pengalaman lama yang aku rasakan...bila ada satu kepuakan wujud, pasti group itu tak bertahan lama, berkecai, roboh dan masing-masing mulai menyalahi tanpa bukti yang nyata...kisah lama. 

Tapi sejak sertai group Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA), julia rasakan kelainan sungguh! Kami bergerak secara 1 team, banyak yang aku belajar melalui team ni tau. Semangat kerja berpasukan! 


Aku masuk group blogger KBBA atas restu suami, sebab bila sertai group kadang-kadang ada anjuran family day, dan bermacam event. Terkadang suami dan anak perlu hadir bersama untuk menyokong julia dalam arena blogger bersama blogger-blogger lain. 

Sebenarnya jauh dirasakan diri tidak layak untuk berada sebaris dengan mereka, blogger-blogger yang disegani, rata-rata mereka 100% jana pendapatan melalui blog tau. Tapi mereka jadikan blog itu sebagai satu passion, kepuasan berblogging membuatkan mereka jauh menapak dan kekal lama...dengan adanya satu standard "Keep & Maintain" dengan apa yang mereka sudah mulakan.

Kan...betul tak...kadang2 kita pandai merancang itu dan ini...tapi nak maintain dalam baris berkenaan bukannya senang...kena rasa badai ombak...kena rasa halangan...semua-semua itu dirangkumi dalam satu kata KERAJINAN, PENGORBANAN di situ ada JALAN.

Lagi satu aku nampak founder KBBA ini, tak sombong dan tak lokek ilmu, tak lokek untuk beri peluang kepada orang baru yang jadi blogger join team blogger KBBA. Serius! Aku bukan puji bersebab...tapi cara dia suami aku pun respect. Dia pun lihat.



Almost dah 2 tahun lebih dengan team ini, alhamdulilah. Belajar dan terus belajar untuk faham nilai erti satu pasukan.

Nak tahu bagaimana team ini bergerak sehingga pencapaian mana...sila baca ramai-ramai entry ini → Rezeki Dunia Blogging

Monday, March 27, 2017

Minyak Tok Mudim Migraine Penawar Sakit Kepala Teruk !

Monday, March 27, 2017 19 Comments

Setiap hari, kehidupan kita tak lepas dari tekanan. Malah ia boleh berlarutan dari hari ke hari jika tak diselesaikan dengan cara yang berhemah. Cara pemakanan kita yang tak konsisten, ada kala makan bila teringat, makan apa sahaja depan mata tanpa memikirkan nutrisi seimbang juga merupakan penyumbang faktor utama terjadinya MIGRAINE. Anda pernah sakit kepala?

Migraine Itu Apa?
Pasti pernah kan. Pening biasa dengan pening berlarutan berjam-jam lamanya ia bukan normal ya. Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya.

Ya benar, julia pernah dapat migraine. Walaupun bukan selalu, tapi pernah tahun-tahun dulu berubat dengan orang kampung di Pantai Timur tau kerana faktor sakit kepala menyebabkan julia nak tolehkan kepala kiri ke kanan agak sangat menyakitkan sehinggakan nak tidur pun telinga julia bergegar kalau kepala di gerakkan sikit. Parah!

Ubatan seperti panadol seperti tidak beri apa-apa efek dan buat kepala julia lagi bertambah panas malah bila berjumpa dengan doktor, katanya julia perlu memakai cermin mata. Tapi tak semua orang suka pakai spek mata, dan julia fikir ia bukan penyebab utama. Sebab ia terjadi tiba-tiba!

Kes 1 : Tumpuan bekerja di pejabat
Faktor mata tumpu di komputer semasa bekerja juga penyumbang utama terjadinya migraine. Kurang pergerakan fizikal, duduk berjam-jam lamanya untuk menyiapkan tugasan beri kesan kepala pening berpanjangan. Bersenam apatah lagi...kadang-kadang sapu minyak angin biasa pun tak beri kesan mendalam. Minyak Tok Mudim Migraine beri kesan pantas sehinggakan boleh buat tugasan lain dalam keadaan gembira!


Punca Migraine
Menurut kajian, migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain saluran darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut [Dr. Zubaidi].

Tanda-tanda Migraine
  1. Loya - Nak muntah
  2. Tak ada selera makan - lemau
  3. Sensitif cahaya terang - sakit mata atau silau
  4. Bunyi bising - rasa tertekan bila bunyi bising melampau
  5. Terlihat bintik-bintik, gelombang cahaya atau pancaran cahaya di depan mata
  6. Tangan, bahu dan muka menjadi kebas.
Kes 2 : Kesesakan Jalan Raya mengundang sakit kepala berpanjangan, tertekan!
Selepas balik kerja atau pergi kerja adalah poin utama julia mudah terkena migraine, kadang-kadang boleh mencetuskan kemarahan melampau lagi-lagi bila dalam keadaan cuaca panas terik. Huh! Jangan main-main ya, tingkah laku tersebut mungkin di luar tindakan kita jika tak ditangani segera melalui kaedah alami. 

Itu sebab julia pilih Minyak Tok Mudim Migraine, mudah digunakan dimana sahaja. Yang pastinya didalam hand beg mesti standby.


Kesan Pantas & Sedap Baunya Menyegarkan seakan bauan Aromaterapi !
Julia selalu berada dalam kereta, kerap berjalan ke sana ke mari, video julia memakai Minyak Tok Mudim Migraine bersama anak, my son pun bau minyak migraine ni bau sedap!

KLIK VIDEO !


Kes 3 : Di Rumah
Kadang-kadang bukan julia sahaja kena sakit kepala berpanjangan. Suami julia kerja tak tentu masa, kerja luar daerah, balik malam, makan tak menentu, selalu sakit belakang. Julia standby siap-siap Minyak Tok Mudim Migraine ini di dalam rumah. 

Selepas dia mandi, julia urut sikit di belakang telinga dan kepalanya serta bahu dengan guna mintak tok mudim migraine ni. Memang suami pun cakap lega dan boleh tidur dengan lena.

Tahukah anda !
Bahan-bahan yang terkandung dalam Minyak Tok Mudim Migraine adalah berasaskan bahan semula jadi (Essential Oil):
  1. Green Apple 
  2. Tea Tree 
  3. Peppermint
  4. Eucalyptus
  5. Lemon
Cara Penggunaan:
Cara 1: Senang sahaja, pertama sekali ambil beberapa titis minyak tok mudim migraine. Sapu ke bahagian tepi dahi, belakang tengkuk dan telinga dengan urutan lembut.

Cara 2: Ambil 1-3 titis minyak atas tapak tangan, kemudian gosok kedua-dua tapak tangan ke bahagian hidung dan bau aroma minyak ini selama 6-10 saat. Tarik nafas dalam-dalam. Anda akan rasa kelegaan secara segera.



Apa kata  mereka?
Banyak testimonial yang julia baca mengenai produk keluaran Bumiputera ini. Macam-macam diperkatakan mengenai keberkesanan minyak tok mudim migraine.  





Harga pasaran RM35 
tidak termasuk kos pos laju.

Pengidap migraine memang akan lakukan apa sahaja untuk hilangkan sakit kepala yang berpanjangan. Harganya yang murah sangat berbaloi untuk di gunakan seisi keluarga. Berubahlah kepada cara ubatan natural, kesannya jangka panjang kita bebas dari di belenggu kesan kimia setiap hari. 

Info lanjut:
Instagram: tokmudim_minyakmigr
Tempahan WhatApps: 018-2624992

Friday, March 24, 2017

Hidup Satu Pilihan atau Paksaan?

Friday, March 24, 2017 8 Comments

Julia tahu, anda bijak memilih!
Money + Time + Future 
Ketiga-tiga diatas pasti setiap insan nak bukan?

Allah
Yes hanya ingat dia sambil usaha tak putus-putus Allah beri semua ketiga-tiga diatas.
Sungguh...berdirilah korang dimana sekalipun...
Rasa sakit, sihat sekalipun....Allah, Allah, Allah...

Semakin kita berdoa pada dia...
semakin kita berusaha ke arah matlamat yang kita hendak sangat capai...
Suatu hari itu...akan sampai.

Julia tak pernah membayangkan satu matlamat ini yang julia nak sangat akan tercapai awal tahun 2017. Ya tak sangka sebenarnya...sudah bertahun-tahun julia push diri untuk capai matlamat itu tapi semua tak kesampaian...tapi Allah makbulkan di tahun ini tanpa di sangka.

Semuanya hasil doa yang kita tabur beberapa tahun lepas...baja doa itulah Allah lihat, hisab dan telek sama ada kita layak atau tak menerimanya, malah rezeki tanpa di sangka kita akan dapat dengan semudah itu.

Ada kala kita cuba usaha dan berdoa...ada yang Allah belum makbulkan...ketahuilah...Allah maha mengetahui...kita jangan putus asa...julia pun tak nak putus asa...julia nak teruskan berdoa...agar Allah perkenankan usaha kami...

Ya Allah...
luaskan rezeki kami, sihatkanlah kami selalu, jaga aib kami, peliharalah kami agar semua insan dalam dunia ini sentiasa kasih kepada kami...peliharalah lidah kami dari bercakap yang tak elok...jadikan kami pemimpin yang disayangi...dihormati...diberkati.

Agar anak cucu cicit kita dijaga oleh Allah selalu.
Ingat....satu je, julia percaya, jika di dunia Allah beri ujian itu...dan kita masih mengharapkan padanya...insyaAllah, tidak didunia, di akhirat Allah pasti balas...dia sayang kita...kita sayang Allah.

Semoga hari Jumaat yang barakah ini...kita saling sebarkan aura kasih sayang!

Thursday, March 23, 2017

Macam Mana Nak Jadi Yakin (Confident)

Thursday, March 23, 2017 18 Comments
Pertanyaan dari Cik Innanie Ariffin semalam soalan pertama terus julia teruja nak kupas. Apakah YAKIN? Yakin lawannya Ragu-ragu. Yakin bersamaan tenang. Fokus kita pada siapa? Allah. Bila kita fokus bangun pagi, lihat diri siapa beri kita nafas hari ini? Beri kesihatan baik hari ini dan segala-gala rezeki ini siapa beri? 

Allah....bila kita kenal Allah, kita yakin Allah, bukan mengharap pujian manusia, bukan menunggu penghargaan manusia, apa kita lakukan dimana sahaja hanya kerana Allah...maka YAKIN itu akan lahir kekal dalam diri anda. Itulah julia cuba tanamkan dalam hati dan otak...semua kerana Allah.
Orang Yakin Diri
  • Muka sentiasa tersenyum (contoh julia sendiri, julia memang suka jumpa orang yang memulakan senyuman terlebih dahulu, tapi tak bermaksud julia tak memulakan, tapi sangat unik pada yang memulakan dan kita sambut sambutan senyuman itu dengan baik sekali, indahnya dunia)
  • Suka menghargai orang (orang yang suka menghargai diri orang dia punya harga diri yang tinggi, orang yang punya harga diri yang tinggi suka menghargai) ini diri julia jika anda pernah jumpa julia, julia suka hargai diri anda dan siapa diri anda sekalipun.)
  • Dia suka menghargai dan tidak suka di puji
  • Mereka suka ditegur dan tak takut ditegur
  • Orang yang suka imej positif ini suka menambah baik diri dia, so bila orang tegur dia SUKA sebab dia boleh ditambah baik
  • Orang Yakin Diri ni tahu apa dia buat silap, dia perbaiki
  • Orang Yakin dia bercakap bersederhana, bukan cakap meninggi diri
  • Penampilan dia jaga, apa dia pakai dia jaga, kesihatan dijaga.
Orang Kurang Yakin Diri
  • Tegur sikit melenting (pasal imej diri dia sangat negatif bila orang sentuh sedikit dia melenting)
  • Over confident - mereka sedang memakai topeng bercakap kuat-kuat (kita jangan herdik orang ni ye, kita doakan dia, senyum sahaja, iyakan sahaja kata orang sebegini, dalam hati kita doakan)
  • Mula cipta cerita tidak benar dari yang benar
  • Rasa tidak puas hati berpanjangan sehingga berdendam
  • Orang Tak Yakin Diri ini dia tak tahu dia buat silap, berterusan dalam tidak betul
  • Rawatlah hati anda.......

Yakin tapi Cakap Tak Serupa Bikin bagaimana pula?
Dia yakin, posture bercakap dengan kita sangat yakin tapi bila dia diuji dengan PROVOKE...mula dia terus nak melenting...haaaaaaa kita boleh nampak ciri-ciri tu. 

Orang yakin ni datanglah apa segala badai menimpa, air mukanya tenang kerana Allah...see bila kita bergantung pengharapan dari Allah, Allah atur molek perjalanan kita. Bahkan rezeki yang tak disangka-sangka!!!!

Julia bukan bercakap berdasarkan pengalaman sahaja, tapi rujuk pada slot radio ceramah Prof Dr. Muhaya ye kawan-kawan, rujukan dari sumber ini julia percayai sebab ia sangat-sangat menyakinkan julia untuk turut sama yakin ingat Allah dimana sahaja kita nak buat.


Kritikan kepada anak-anak merupakan racun yang masuk ke dalam diri
Banyak sekarang orang tak yakin pada diri dia mungkin masa kecil contoh ya mungkin pernah dikutuk oleh mak dia atau dibandingkan dengan adik beradik dia, dimarahi cikgu so banyak faktor luaran.


Siapa yang yakin pada Allah akan YAKIN pada diri. 
Yakin bahawa kita adalah ciptaan Allah yang paling tinggi. Masa adalah emosi dan emosi menentukan interpretasi kita kepada masa. Fokus kepada mencari redha Allah dan bukan fokus kepada mencari benda yang tidak betul dan tidak mengharap penghargaan manusia kita akan yakin.

Keyakinan Diri Nak Mencari Jodoh ada diperjelaskan disini, Malah yang sudah berkahwin pun harus apply tips ini. 
Click Video.

Seronok dengar penjelasan Orang Yakin dari Prof Dr. Muhaya Mohamad, sambil buat kerja, pasangkan earphone di telinga anda, dengarlah slot ini. 

Anda pasti akan jadi Orang Yakin!!!!!!!

Wednesday, March 22, 2017

Nak update tapi....

Wednesday, March 22, 2017 6 Comments
Mood semakin menjunam...

Nak hilangkan stress terbungkam dalam hati...

Mungkin...kena pergi jauh dari sini.

Buat sementara waktu.

Nak rehatkan otak.

Penat...tiada siapa mengerti.

Hanya tahu soal...tidak mendalami.

Monday, March 20, 2017

Anak Demam Panas Berpanjangan Rupanya... DENGGI !

Monday, March 20, 2017 19 Comments


Kejadian ini akan aku ingat sampai bila-bila. Tanggal 13 Mac 2017 hari Isnin, macam biasa aku sebagai mak bekerja akan bertugas, ada kala sehingga malam ikut tugasan yang diberi. Sambil buat kerja waktu malam, tetiba suami call bertubi-tubi...masa tu lah kau sibuk sana sini tak perasan hp bunyi sebab silent kan...pelik...terus call kembali. 

Suami cakap Qaiser ilman demam, makan je muntah, minum je muntah...balik awal boleh tak? Umur dia tika ini baru 4 tahun 7 bulan...teruskan membaca sebab entry ini tersangat panjang.

Day 1-2 Fever 13-14 Mac 2017 Isnin-Selasa (Klinik biasa)
Aku cubalah sedaya upaya bagi suami aku cool down...kalau dia boleh handle dlu bawa gi klinik harap sangat dia bawa...sebab aku kena habiskan tugasan dulu...kalau postpone esok apa-apa jadi susah. Nenek Qi dengan suami kejar ke klinik dulu...doktor beri ubat demam macam biasa la kat Qi...alaaa budak-budak demam biasa la kata aku...tapi seingat aku hampir setiap bulan dia demam...start mula sekolah tadika tahun ni baru 3 bulan sekolah...tiap 2 minggu ada je demam dia...itulah inilah...yang paling mendadak dia kurang makan kat sekolah...aduiyaiii kenapa abam Qi x nak makan ni...dengar cikgu citer menu semua sedap-sedap...diorang masak sendiri bagi anak murid makan...terkedu dengar. Baiknya cikgu sekolah Qi.

Malam tu aku siap kerja, balik laju-laju. (Masa aku taip ni anak tengah tidur zass kejap menaip selagi aku ingat). Sampai rumah terus tengok abam Qi melepek macam orang dah demam lama...merengek sepanjang malam tu tok sah cakap la ye...aku bangun pagi nak pi kerja susah hati...terus ajak suami pi klinik lagi tanya...

Doktor bagi antibiotik terus buat tambahan ubatan lain selain ubat demam. Akur! Terus bagi makan kat abam Qi tapi cam biasa tak mau...ubat kena bagi...aku pas pada nenek Qi untuk tengokkan dia. Sebab aku rasa...alaaaa abam Qi manja sangat...sikit-sikit itu ini tak nak...aku ni malas nak layan budak manja sangat...yelah mak garang kan...tu aku cakap kat nenek Qi kalau ada apa-apa mama call julia ye...mujur nenek Qi yang willing nak jaga kan Qi masa aku tengah sibuk dengan kerja...masa ini ntah lah kenapa aku pentingkan kerja. 

Day 3 Fever 15 Mac 2017 Rabu
Masih tak mau makan...minum semua tak nak...nenek Qi bagi tahu abam Qi sakit perut...selsema...batuk...badan panas teruk dari semalam.

Aku masih ditempat kerja, masih fikir hmmm budak-budak demam...nak pandai apa lah gamaknya ni...masih play safe.

Day 4 Fever 16 Mac 2017 Khamis (Klinik Pakar Kanak-kanak)
Suami off day...jaga abam Qi seharian suntuk dari pagi sampai petang. Mujur aku boleh balik awal selesaikan tugas. Balik-balik tengok abam Qi melepekkkkkkkkk dengan suhu badan panas yang amat lagi...aku pelik suami cakap dah bagi hari-hari ubat antibiotik dan semua...punnn masih tak kebah...dah mandi banyak kali pun sama....risau...risau...aku check temperature 38.8 bising penyukat suhu sebab suhu naik...

Petang tu jugak kami bawa abam Qi melilau cari klinik pakar kanak-kanak sekitar rumah...korang tau tak kami ingat kat area belah-belah Kepong tu ada...rupanya dah tutup Klinik tu...apa lagi on Google Maps cari klinik pakar berdekatan...rupanya di jalan Genting Klang KL ada...

Perghhhh penuh dengan lautan ibu bapa dengan anak-anak kecil berbilang bangsa...terus daftar juga lah...niat nak minta doktor pakar ni buat ujian darah...nombor ke 16...tunggu dalam sejam lebih...tapi masa tu kami tak rasa bosan...sebab ramai anak-anak orang lain comel-comel kat sini...abam Qi gitulah melepek kat walidnya seharian...dengan umi dia kurang sikit manja...walid dia mmg best friend forever.

Lepas umi cakap...walid cakap...tapi walid dia lah banyak cakap dari umi dekat doktor...sampai doktor pun tak tahu nak dengar mana satu...yelah mak bapak mana dalam dunia ni nak tengok anak sakit kan...

Petanda pertama yang muncul pelik dekat badan Abam Qi ialah kedua-dua telinganya MERAH. Ya merah macam kena bakar...aku pelik...doktor pelik...doktor pakar kanak-kanak situ belek habisssss telinga abam Qi...dia cakap tak ada apa-apa. Mungkin panas dalam...lagi satu kulit dia putih, mudah nampak merah. Okey kami lega dengan jawapan tu.

Tapi dalam hati pelik masih menguasai.
Aku bawa semua ubat dari klinik biasa yang dirujuk...katanya antibiotik jangan teruskan...mungkin sebab itu dia ngadu sakit perut...saya gantikan dengan bakteria usus baik untuk abam Qi...alhamdulilah, inilah dia probiotics & prebiotics yang jaga usus besar dan usus kecil abam Qi...malam tu jugak stop antibiotik...terus bagi suplimen yang kena berada dalam suhu sejuk. Perisa strawberi.

Kata nurse dikaunter ambil ubat, ramai parents beli paket ini setiap bulan untuk jaga usus anak mereka...bagus amal dari awal...kalau anak tak mau minum susu jangan paksa ya, itu boleh menyebabkan dia cirit birit.

Huhh lega jumpa doktor pakar kanak-kanak dan nurse yang sangat prihatin...walhal mereka semua Cina...tapi treat anak kita macam anak diorang...harga pun tak mahal...macam bayar klinik harga biasa je...100 lebih gak.

Cara bagi makan anak yang sakit!
Aku el kerja...start mula demam kan dia tak mau makan...aku guna kaedah syringe. Semua makanan bentuk cecair masuk dalam syringe. Simptom 4 hari ni langsung dia x makan apa sangat, asal makan, luak balik yang pejal...nampak sudu dan mangkuk makan pun terpa lari tak mauuu...meraung x nak makan...maka nya...nak suap ubat guna syringe ๐Ÿ’‰ jugalah guna alat yang sama untuk suap makanan.

Mak dapat akal baru camne nak bagi anak makan tanpa tunjuk sudu dan mangkuk sbb dia reject time sakit...telur setengah masak...racik lumat...guna syringe masukkan dalam mulut abam Qi sambil sebut 'Vitamin KUAT' kuattt ubat ni Qaiser...serius nanti dah makan bertenagaaaaa cam roket hahahaha terus abam Qi nganga mulut...6 kali syringe half boil oil egg settle...huh lega dan tak muntah dah.



Leh guna tips lain:

- aiskrim yang telah dicairkan dalam 4 sudu makan dan 1 kotak air milo.


Nyenyak tido dah. Memang org fikir eeeee geli suap makan anak guna cara cm tu....tapi depa tak tau hati mak mak gembira bukan kepalang bila 1 suapan makanan berjaya dlm perut anak...serius!!! Sebiji telur bernilai dalam perut anak. Macam dapat telur emas haha....Nanti ada rezeki korang jadi title mak baru tau feeling tu camne...



Kalau anak korang todler xmau makan masa sakit...try cara juju dok pikir berbaloi rasa sebiji telur berjaya dalam perut si anak...huhhh gembira!!!!

Tengahari tu nak masak sup ayam ubi kentang...pastu nak racik sup dgn kentang jd halus masukkan dalam syringe. Jgn lupa setiap kali gunakan syringe rendam dgn air suam utk elak infection.

Lekas sembuh abam Qi, suhu still 37.8 huh...askar askar dalam badan abam Qi tgh berjuang di medan peperangan...kali ni 5 hari askar dok bertarung jiwa raga nak serang virus berlagak diva tu haha...go go go bangkit perangggg virus sampai licin. You can do it la abam Qi tewaskan segera hooyehh, doa semoga anak kalian semua sihat sejahtera

Day 5 Fever 17 Mac 2017 Jumaat  (Hospital)
Pagi tu aku nak bagi dia makan jam 7 pagi gerak nak syringe dia dengan telur. Dah tu je aku rasa dia leh telan...nak suap ubat demam...dia luakkan balik semua makanan tadi atas katil...aku stress...dia melepek balik atas katil hari kelima...aku stress gila! Terus suami cakap dah kita pi hospital terus.

Rujuk Fever Centre. Amik nombor bagai...doktor cakap kena amik darah...berat 20kg...dulu masa sihat 25kg hmmmm cengkung macam rangka berjalan...kalau korang tengok muka dan badan dia masa tu pucat lesi habisssssssss...dia kan putih...lagi putih macam apa ntah.


Muka dia nampak tengah khayal...mata pun tak berapa nak fokus...tangan melepek atas meja...aku tahu anak aku bukan demam panas biasa ada sesuatu aku rasa yang aku nak doktor buat pemeriksaan darah segera...

Aku dah fikir macam-macam...nak kena campak kot...nak kena keracunan makanan kot...nak kena ehhhh apa aku fikir ni...sampai ke talasemia aku fikir...huhhhh sampai aku rasa aku ni mak apa lah...nak tidur pun aku termimpi penyakit...sampai cam tu sekali.


Keputusan hasil darah abam Qi? 
Platlet 131 which is low than 150...esok jam 9 pagi kena ambil lagi ujian darah. Hari pertama amik darah pun sudah ada 2 bekas suntikan. 1 ujian menyeluruh, satu ujian denggi...dua jenis darah berlainan diambil, tak boleh ambil satu suntikan. Kena dua...huh!

Bukan senang nak cari urat abam Qi
Abam Qi, abam Qi hmmm ujian kamu dik... kena blood test lagi, urat malu betul nak muncul kat abam Qi... jenis pesen mak dia gak la kena tepuk2, tenyeh bius pun sakan nak tggu urat timbul lama...part jerit satu hospital dgr tu abam Qi win ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ 3 org tenaga lelaki 1 mak budak dok pegang dia hari2 semata nak amik darah. Kuat nau budak ni tendang weh hahaha...


Apa itu platlet?
Kekurangan platelet juga dikenali sebagai Thrombocytopenia. Bacaan platlet normal adalah 150 000 - 450 000 per mikroliter. Sekiranya kurang dari 150 000 bermakna pesakit mengalami Trhombocytopenia. Jika bilangannya berkurangan, dikhuatiri akan menyebabkan pendarahan dalaman dan luaran yang tidak berhenti dan menyebabkan kematian terutama apabila bilangan platlet kurang dari 15000. (Sumber Google)




KEMUNCAK

Day 6-7 Fever 18 - 19 Mac 2017 Sabtu-Ahad ( Ulang alik Hospital)

Lihat kondisi platlet abam Qi...menjunam dari angka 131 hingga 94. Terus aku pandang muka doktor...kenapa?


Katanya...inilah DENGGI...denggi memang lambat efeknya...makan masa...habis doktor temuduga kami berdua...anak sekolah mana...tinggal mana...rumah nenek kat mana...paling lama duduk dimana...huhhhhhh semua suami jawab...aku mampu diam...sambil lihat nombor lain-lain dalam rekod...sepatah haram aku tak faham.

Doktor cakap...bila demam dia kebah?
Start semalam doktor nampak dah kebah sikit.
Pukul berapa?
Dalam pukul 3 petang doktor.
Sekarang tak boleh bagi jawapan lagi...kena 24 jam. Demam masa kebah ni lah paling saya tunggu...apa sahaja boleh jadi...

Aku cuak! Apa maksud doktor boleh jadi?
Doktor cakap macam-macam boleh jadi...
Aku?

Ntah...losttttttttttttttttt jauh.

Aku ingat demam dah kebah tu petanda bagus...buat aku lega...buat suami aku lega maybe platlet naik...tapi sebaliknya!

Keluar dari bilik doktor...aku masih lost! Aku masih tahan....tapiiiiii....air mata mak jatuh kat parking kereta, ada beberapa pakcik melihat wajah aku sugul...tapi aku tundukkan wajah...masuk dalam kereta panas-panas...aku tak peduli orang kata apa...huhhh tak tahan beb! Husben pun sama sebak. Hati konon kental...Nangis teresak2 cm budak gak aku rupanya huh...


Day 7 Fever 20 Mac 2017 Isnin (Hospital)
Aku EL lagi rini. Masih mengharapkan platlet naik...kena amik darah macam biasa lagi...hari hari berjanji tipu dekat abam Qi kalau makan esok tak pi hospital amik darah dah...dia makan sup ketam, jus buah jambu batu, air kelapa...semua cecair...doktor cakap selagi boleh minum paksa dia minum...itu yang boleh naikkan platlet.

Maafkan umi dan walid...kena main tipu sikit kalau tak dia tak mau consume semua yang kat bawah.

Tadi pagi bawa di fever centre, doktor cek demam dia dah fully kebah. 36.4 huh lega aku...blood pressure pun elok. Yang masih tak elok dia punya kulit tau...nampak jelas butiran halus bintik-bintik merah mula menonjolkan diri...bintik tu menyorok di sebalik kulit abam Qi tau kena tekannnnnnn kulit tu dalam-dalam memang nampak bintik denggi tu ada.

Alhamdulilah, hari ini naik banding semalam. Lega aku...walaupun masih belum normal 150 ke atas...tapi cukup buat aku yakin, air rebusan ketam, air jus jambu batu dan air kelapa yang bantu platlet ni naik...aku ucap terima kasih kat korang semua sebab ramai pm bagi tips dan dalam FB pun ramai bagi tips...ramai tanya abam Qi mesej personal...korang memang sahabat dan saudara yang dirahmati Allah...terima kasih.

Masih tak boleh happy sangat lagi...tapi esok dah kena kerja balik...petang baru check darah lagi...harap terus naik lah hendaknya. 

Lupa nak mention, semalam juga doktor cakap abam Qi punya kondisi darah masih pekat walaupun naik sikit platlet...hmmm

Hari ke-7 DENGGI nampak dah belang denggi....bintik-bintik merah satu badan mulai menonjol sekali. Demam dah kebah...cuma tu la kan ambil masa sikit nak sembuh sepenuhnya.

Sepanjang aku ni dok ulang alik hospital, semua board aku baca...semua kisah denggi...yelah fever centre apa lagi nak tampal kalau bukan SARS, DENGGI, H5N1 dan bermacam lagi. Rupanya aku syukur, denggi dan bukan kes yang lagi berat macam aku cakap tu...yang tu semua fuhhhhhh lagi cepat efeknya kan...terus koma dan mati dalam masa 24 jam...lagi la seram.

Kenapa abam Qi tak warded?
Ramai komen dan pm julia kenapa anak tak warded sebab serius DENGGI dah. Untuk makluman korang, aku dulu pernah kena DENGGI masa tu umur 18 tahun. Seminggu kena warded...mak aku lah ulang alik hospital bawa makanan...masa tu wad dah penuh...aku dok kelas ketiga...memang ramai kawan...rambut aku kelumumur terukkkkk...habis satu badan naik bintik merah...tulang sakit Allah yang tahu...malam demam seram sejuk...panas...sejuk...panas sejuk...huhh...ubat?

Tak ada pun...cuma minum air masak bergelen-gelen...seminggu gak kena tahan...hari-hari amik darah...pukul 1 pagi nurse gerak amik darah...kira kerap darah diambil...hmmm tu dulu bukan zaman anak aku yang 4 tahun 7 bulan tau.

Kira tuff la zaman sekarang. Laa ni kalau rujuk hospital kerajaan rekod pemantauan pesakit denggi dan panduan diberi untuk kita sendiri sebagai penjaga amal di rumah untuk mereka yang kena denggi.

Lagi kukuh kata-kata sahabat ini pada julia yang merupakan seorang doktor. 


Maka nya sekarang tempoh paling BERHATI-HATI DEMAM KEBAH ---> DENGGI...apa sahaja akan muncul simptom lain....aku doakan tak.

Aku ada highlight merah tu tanda yang abam Qi sudah lalui...


Panduan jaga pesakit denggi di rumah
Patutlah bagi antibiotik memula demam tak kebah...rupanya itu petanda awal DENGGI. Memang tak lut sebarang ubat...

Mudah je nak jaga orang kena denggi ni...tak ada ubat...hanya air dan air...dan apa sahaja yang tips kawan bagi kita cubalah ya...tips orang2 tua bagi pun kita try juga mana tahu banyak-banyak tu semua mujarab untuk naikkan platlet.

Klik ↓
Info Lanjut Bahayanya DENGGI
Jika penyakit tidak dirawat dengan baik pada ketika ini, pesakit boleh terenjat dan seterusnya mati.

Panjang kan entry...ini last aku nak story kisah sedih 10 hari DENGGI bersama abam Qi dengan suami...lepas ini nak karang entry ceria dan best-best je...harap abam Qi segera pulih dan terus naikkan platlet. Doakan sama-sama ye korang...terima kasih kerana anda senantiasa ada disisi julia tika julia memerlukan sokongan motivasi...sayang korang semua. Mmmuahh!