Anak oh anak, julia dan ibu bapa diluar sana pasti rasa beruntung paling tidak ada seorang anak yang memberi suntikan gembira saban hari...bagi julia walaupun masih rezeki seorang anak tak pernah rasa kekurangan malah dengan adanya dia julia rasa sangat bahagia dan rasa kecukupan rezeki Allah itu melimpah ruah, sampai tak tahu nak buat apa rezeki lebihan tu tau. Syukur, alhamdulilah.

Memang ada kala manusia suka bertanya soalan bab menambah, siapa tak mahu betul tak. Tapi Allah maha kuasa, dia tahu yang mana lebih dan kurang perlu diberi. Kerja kita berdoa dan terus berdoa...hiduplah dalam bahagia...jangan hidup derita kerana desakan manusia semata. Seronok dengan amanah yang satu ini, tak jemu jemu melayan pertanyaan dia.

Semalam dalam kereta lepas habis shooting selama 2 hari di lokasi (nanti julia cerita entry lain part ni ye) Qaiser ilman tanya soalan...

Umi, Allah ada dua kan...satu kat kapal angkasa, satu kat kita kan...
Qaiser ilman, Allah hanya ada satu...dimana sahaja dia nak berada, mana tahu sekarang Allah sebelah Qaiser...amin.

Bulat mata dia dengar jawapan julia...dia suka bertanya, suka sembang...memang suka sembang hehehe rasanya bila besar dia lagi peramah dari julia ni...mudah sangat berkawan dan suka berkawan.

Tengoklah perangai dia...saban hari ada aje perangai lucu...dia tahu umi dia nak ambil gambar...tu saje buat gambar dengan aksi nak buat umi dia marah hahahahha...layankan aje !


Korang nampak dia seorang kan, sebenarnya tidak. Dia dikelilingi ramai dengan kawan-kawan dan sedara mara yang penuh sepupu kecilnya...serius mana sempat nak rasa sunyi dia tanpa ada beradik...suasana penuh gelak ketawa.


Tengok aksinya, suka menyakat umi...photobomb gambar umi selalu...tu lah keje dia hahaha si pelawak !

Kalau jumpa lego, jangan harap suruh dia balik...memang moment menangis anak manja ni buat kita kena sabar...dia memang peminat lego...suka reka lego dan suka berkawan dengan anak-anak Cina, dia suka berlumba-lumba dengan rakan sebayanya kalau aksi lego...teringat kisahnya di Legoland...bersusah payah dia reka lego ke bentuk kereta dan masuk pertandingan untuk uji kelajuan kereta lego...masa tu umur dia 4 tahun.


Sekolah tadika & taska, ramai kawan-kawan dia tanya Qaiser ilman kalau tak sihat mereka tanya kenapa Qaiser tak datang sekolah...ramai kawan-kawan dia sayang dia rupanya...Allahuakbar, tak pernah rasa sunyi julia rasakan...kecukupan rezeki Allah ini julia rasa tak terhingga.

Cuma itulah, manusia tetap manusia, akan sentiasa tanya dan tanya tentang urusan  Allah...senyum dan biarkan mereka berteka teki...apa yang kami tahu, kami bersyukur dan lapang sangat rasa bahagia tak terucap...

Bahagia itu luas...fikirkanlah.

8 Comments

  1. Bgs qi suka tanya mcm2.. Kdg2 ank2 ni nk perhatian kn.. Kdg kita sibuk.. Kdg soklan xterjwb hehe

    ReplyDelete
  2. Bgs qi suka tanya mcm2.. Kdg2 ank2 ni nk perhatian kn.. Kdg kita sibuk.. Kdg soklan xterjwb hehe

    ReplyDelete
  3. abg qy nampak kurus skit sjak sekolah..:)

    ReplyDelete
  4. Fitrah anak anak kecilkan mesti suka tanya macam macam soalan. Kadang kadang sampai tak tahu nak explain macam mana. Hahah!

    ReplyDelete
  5. anak2 ni marah kejap je, memang takleh lama2. hihi

    ReplyDelete
  6. telatah ank ni membuatkan kita tak kering gusi, dah pegang rotan nak rotan, tak jadi rotan, buat muka chipsmunk acanerr nak rotan..hihii

    ReplyDelete
  7. comelnyaa dia. yelah baya macam ni memang nak bertanya je kan. Lihin selalu cakap pergi masjid nak jumpa Allah >,<

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)