Assalamualikum, apa khabar semua. Sihat? Lama tak update blog genre serius + berapa kali mau ulang...Lama tak bebel, rasanya hari ini nak bebel pasal kisah tua...

Tua, apa yang korang tahu tentang episod tua?
Tua adalah yang macam mana korang faham...ini julia search di Dewan Bahasa dan Pustaka...inilah sebenar-benarnya maksud TUA.



Paling buat julia nak ketawa baca lah para di atas "Makin tua makin baik" nak jumpa orang-orang tua macam ini kira emas lah...sebab susah, makin lama cari makin susah nak cari orang tua makin tua makin baik...

Jangan bila dah tua-tua, makin tua, mulut tak baik, suka tanya privacy orang dengan cara yang tidak beradab, cara tanya pun kena bijak wahai orang-orang tua. Kalau korang dikalangan manusia yang beradab, entry ini korang tak rasa apa-apa...kecuali mereka yang sebaliknya.

Orang muda, memang banyak tak terlepas dari kisah mulut lepas, cepat naik marah, segalanya cepat meledak...sabarnya kurang...bukan apa, terkadang orang muda ini banyak dahagakan motivasi...susun kata orang-orang tua yang berpengalaman lah tempat mereka buat rujukan secara tidak langsung...bukannya bertanya soalan seperti dia ada jawapan walhal jawapan tu semua HANYA TUHAN YANG TAHU.

Ya, betul orang selalu kata jangan ambil hati...jangan kisahkan apa orang cakap...manusia ni dia macam span...memula sekali dua ketiga kena dia cuba tak ambil sangat kisah orang tua yang suka berkata-kata pedas...tapi lama kelama-lamaan...mereka yang kita hormati sebagai orang tua ini perlu insaf menyusun kata....mereka hadir untuk erat silaturrahim....nasihat yang berpada...tapi jangan paksa mereka untuk sesuatu yang diluar bidang kuasa mereka.

Terkadang kita sebagai orang tua melihat mereka tidak usaha apa-apa, lihat enjoy setiap masa, terkadang kegembiraan yang dipampangkan oleh mereka itu adalah pengubat duka lara...walaupun kita orang tua, kita nak mendekati mereka kan? Caranya jadilah seperti orang muda di tempat mereka...anda orang tua pernah menjadi muda...pernah merasa apa mereka rasa...maka...jagalah tutur kata...jangan mereka hilang terus menerus hilang di depan mata...ingatlah.

Nak benih cantik...cantikkanlah tutur kata terlebih dahulu...sebab benih bila dah besar nanti dia akan kahwin juga...punya keluarga sendiri...kita sebagai orang tua...jangan pernah serik mendoakan mereka...menasihati cara paling bijak...tidak direct teguran di depan khalayak...bila hatinya rapuh...semuanya dia lihat tak baik.

Kita selalu menyalahkan orang muda...kenapa kurang ajar...kenapa dia begitu...kenapa dia jauh dari orang tua...pernahkah kita terfikir untuk mengambil hati mereka...hati mereka terlalu lembut...sentuhlah hatinya...hati orang muda tersangat segar...tersangat jauh sayangnya...cuma jangan dipaksa...diherdik tak tentu hala...salah mereka tangani dengan tenang...pujuk dan terus beri motivasi...

Bila mereka rasa dihargai...mereka akan fikir berjuta kali untuk lakukan kesalahan...mereka sentiasa ingat orang-orang tua mereka...kerana merekalah tempat mengadu paling utama selain Allah yang satu.

Julia rasa terpanggil untuk coretkan kisah ini...manusia selalu menyalahi anak-anak muda...tapi contoh anak muda sebarkan adalah dari contoh mana dulu?

Yang tua semakin baik...amalkanlah...jangan kekalkan konsep banding membanding....jauh mereka bertambah jauh...kelak kita si orang tua sujud pada yang satu mesti menangis bertanya kenapa mereka jauh....jawapan ada pada diri kita.

Semoga doa julia tahun ini dan tahun akan datang...apa jua ujian dan rezeki yang datang...kita cuba kuat tahan...dilempar nista...kita lempar positif...memang negatif agak susah nak terima positif...tapi percayalah...akan sampai satu masa positif akan sentiasa timbul dan disenangi ramai...sabar bukan senang nak diamalkan...sabarlah paling susah nak dilaksanakan...tapi cuba didik hati...cubalah ya...sebut Allah...dia datang sejukkan hati...cubalah, bukan senang nak jadi manusia, itu pun dah ujian.

15 Comments

  1. org muda zaman skrg kena gunakan kekdah halus ... tak mcm zaman dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kepada jadikan kawan baik...bukan orang suruhan...kata2 pun kena sopan dan santunnya lebih...mudah jadi ikutan dan idola...

      Delete
  2. Biasanya org kata anak muda darah panas
    So sepatutnya yg tua dah selayaknya tak bolehlah ikut rentak masa muda lagi
    Walaupun mati tak kira tua muda tapi lumrahnya kalau dah tua tu mati dah dekat dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu kena beringat selalu kan kak zakie...baik tua mahu pun muda...beralas tiap butir bicara agar kedua2nya tidak berdendam

      Delete
  3. org muda mmg darah panas,, tersilap ckp sikit dah sentap.. jadinya harus menggunakan cara yang berhemah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes zmn skrg...tp kena ingat zmn dlu dgn zmn skrg sgt lain...berbeza sgt2...tu yg kena guna cara berhemah...work smart do it smart

      Delete
  4. Susah nak cakap.

    Cakap dan nasihat lemah lembutpun tak jalan jugak.
    Habis tu nak cakap macam mana lagi?
    Apabila cakap dengan nada sinis, kata menyindir pulak.
    Apabila cakap secara terus terang, habis ditentang dan dibangkang. Sentap tak habis-habis.
    Habis tu macam mana?
    Kadang-kadang penat melayan orang muda macam ni. Mungkin dorang rasa dorang je yang betul dan very perfect. Atau mungkin dorang rasa dorang dah terpelajar sangat dah sampai tak boleh ditegur langsung. Entah la.

    Ada orang, dia boleh terima teguran yang kasar dan ada orang, langsung tak boleh berkasar dengan dia. Jenuh la kita nak mengkaji perangai orang. :D

    Cakap, salah. Tak cakap, salah. Jadi semua serba salah. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berlemah lembut dalam menasihati...tu je yang buat mereka mudah mendekati dan didekati...konsep yang sama kita suka bila orang santun dalam bicara lebih padu penerimaannya...

      Delete
  5. Tak kira tua atau muda..
    Kena baik akhlak ..
    Baru semua orang sayang ye Ju..

    ReplyDelete
  6. Tak kira tua atau muda...
    Kena cakap yg baik2...
    Baru org boleh hormat kan

    ReplyDelete
  7. tak kira tua muda miskin kaya akhlak kene sentiasa mulia, kene sentiasa merendahkan hati dan jiwa..kan dik..

    ReplyDelete
  8. skang ni tua muda da sama level.
    pengalaman.
    pengetahuan.
    semua amik kira Ju.
    tapi yes. bagi aida patutnya semakin tua semakin bagus :)

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)