Bukit Tinggi Percutian Romantik Setiap Masa ! | Julia Johari

Bukit Tinggi Percutian Romantik Setiap Masa !

Sabtu lepas 14 Januari 2017, bukan trip di rancang, tapi trip plan lepas masak makan pagi suami tanya nak pi jalan Bukit Tinggi tak? Perghh 5 tahun lebih julia tak jejak sini, pi sini masa baru-baru lepas kahwin, masa tu berdua, sekarang dah bertiga. 

So trip santai kali ini kami bersetuju nak pi Bukit Tinggi Colmar Tropicale kali kedua khas untuk orang ketiga dalam hidup kami siapa lagi kalau bukan abam Qi.

Hujan renyai jam 2 tengahari, hmmm suasana dingin, nyaman dan  berkabus dirasakan tika sampai di puncak Bukit Tinggi ni, dari KL ke Bukit Tinggi tak sampai 2 jam perjalanan (kalau tak jem). Orang selalu tanya, best kah pi Bukit Tinggi, ada yang kata bosan, ada yang kata tak banyak pun port nak berjalan.

Aku tak indah bicara, hanya manusia yang mengagumi.
Kalau tanya julia, for sure kita tanya hati kita. Apa sebab tujuan kau ke sini selain selfie dengan bangunan ala-ala france. Jawapan julia, "Saya suka kepada kedamaian, suka alam flora dan fauna yang indah, jauh dari kesesakan kota, jauh dari mall, jauh dari segala hiruk pikuk jem di KL" itulah jawapan julia.

So kalau hati korang jenis suka kepada mall dan kawasan yang padat dengan life cities tempat ni mungkin korang rasa tak berbaloi....so tanya hati korang ye...jangan tanya hati orang, sebab yang datang ke sini akan bawa balik satu perasaan FREEDOM, suasana dingin dan rasa romantik sangat...best!

Perkampungan Bertemakan Perancis.

Julia sangat mengagumi kawasan peranginan ini bertemakan seni bina Perancis. Memang dari 5 tahun lepas julia datang sampai sekarang bangunan ini tetap utuh macam ini. Paling best tengok jalan ini semua dibina macam seakan kita berada di luar negara. 

Saje selfie depan ni, abadikan kenangan jalan-jalan pertama tahun 2017. Walaupun ia kali kedua, ia tetap dirasakan seperti pertama kali ke sini. 


Jemput klik short video julia rakam live tika berada di sana.




Memang abam Qi yang teruja sangat, maklumlah dia pertama kali ke sini, sebutan pertama dia tau apa dia cakap....wahhh macam RAJA LAH. Hahahhaha itulah dia dok ulang, macam NAK CARI HARTA KARUN lah umi. Mesti dia ingat betul-betul istana macam cerita kartun dia tu hehehe.
Entry ni banyak gambar julia selfie...so bertabah ye hahaha, lawa sungguh tak pernah tak lawa kat sini...serius weh cakap je Bukit Tinggi port ni memang wajib kena amik gambar walaupun ramai orang tak pernah reda! 

Yey gambar bertiga dapat jugak, terima kasih staf Colmar Tropicale sudi ambilkan. Nak letak tripod tengah-tengah jambatan ni kang orang nak lalu tak boleh pulak kan...hahhaha

Walid bersama abam Qi...esok dah dewasa kita datang lagi ambil gambar port yang sama mesti sama tinggi dengan walid.

Memang tak senang duduk budak ni, asyik nak tengok itik bawah kolam tu, kami tengok di jendela lobi hotel colmar tropicale.


Ratu cermin...pantang nampak mesti snap dlu sedas kehkehkeh. I nak bagi tahu, ini ruangan food & beverages Colmar Tropicale punya hotel. Cantik!

Tempat makan ni sangat romantik, disinilah port makan pagi sampai malam. Suasana macam ala-ala zaman dulu kala kan...unik dan sangat cosy.

Boleh tahan harganya, tapi kalau bijak ambil salah satu pakej buffet at least kan boleh meraikan sesuatu yang dihajati disini lebih bawa makna, jimat pun kena ada gaya...yang lain kita bawa bekal sendiri jimat sikit. 

Port nak makan dessert, halal. Best port ni, bermacam aneka jenis pencuci mulut ada macam kek, pastry, minuman dan yang ringan-ringan la.

Woahhh, sedap-sedap tengok kek ni weh...harga standard RM8-RM10 gitu one slice...okey tau sebab sedap!

Kami rehat dan cuci mata, sambil borak-borak kisah masa depan, tajuk perbincangan for sure pasal tabungan dan kisah sekolah abam Qi...memang menarik bila makan-makan ringan dan bincang soal keluarga jauh dari tempat asal...at least tak stress dan terbuka minda. 


Serius sangat sedap! 
Berebut dengan abam Qi...hahhahaha gaduh aje anak beranak ni kan...asal umi punya je abam Qi mesti kata dia punya...adoiiiii 

Hehehe, hero-hero julia yang mencuit hati...tanpa mereka aku tak punya apa-apa selain Allah...

Gaya makan, gaya duduk dah macam orang kaya dik Qi...tapi kek tu kongsi lah dengan umi sian tau umi terliur hahhahaha umi punnnnnnnn

Haaaaa ko!
Terkeluar perangai sebenar kan masa makan hahaha, husband snap dendiam, rupanya kami dok usya geng mat saleh datang sini kiki...tak sedor teman di intip macam ni kahkahkah

Aku terkejut, setahu julia 5 tahun lepas tak bayar kan tiket masuk sini, tapi this year kami nak dekat sampai Bukit Tinggi ada nampak signboard besar cakap harga tiket...hahahhaha...cuak gila. Yelah seingat julia tak ada kot 5 tahun lepas...so inilah harga tercatat dibawah.

Dewasa RM15
Kanak-kanak RM8

Okeylah masih boleh lagi bayar...cuma nak datang kali ketiga kena fikir banyak kali hahahahha

Banyak aktiviti korang boleh join disini tau apa-apa korang sampai sana dapatkan detail jelas di kaunter hotel ye. 

Ada group buat teambuilding sini pun ramai, syok yer.
  1. Japanese Village
  2. Animal Park
  3. Horse Trails
  4. Botanical Garden
  5. Flying Fox
  6. Golf



Itu sahaja kembara julia minggu lepas, minggu ini akan ke Pantai Timur juga insyaAllah, destinasinya dimana...tungggguuuuuuuuuuu :)

COLMAR TROPICALE, BERJAYA HILLS
KM48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak
28750 Bukit Tinggi, Bentong, Pahang
Malaysia

10 comments:

  1. Salah satu tempat yg menarik
    Cuma betul dulu tak bayar tapi sekarang dah kena bayar ye - kakak pun tak tahu.
    Qi tu nampak enjoy sangat:)

    ReplyDelete
  2. bestnya dear. Cici teringin nak pergi Japanese Village tu, teringin pakai kimono. hehehe

    ReplyDelete
  3. bila masuk tempat ni terus rasa macam kat obersea kan...hik3...

    ReplyDelete
  4. dlu2 tkde byr....skarang dh kena byr...nmpk sgt lama dh juju tk dtg kn...tp makanan atas tu mhl..kena pandai2 la

    ReplyDelete
  5. bestnya.. bila la cik nor nak sampai sini jgk..:)

    ReplyDelete
  6. bilik sini pun best gila... pernah tidur sana seronok.. ada swimming pool juga even sejuk2 tu.. hahahha

    ReplyDelete
  7. Mila tak pernah jejak kaki lagi nanti nak dtg lah.

    ReplyDelete
  8. Tak pernah pi lagi..mayb nx time boleh ke sini

    ReplyDelete
  9. aida x pernah fikir lagi nak ke sini tau.
    tak masuk dlm plan.
    bila baca ni baru teringat kat bukit tinggi.
    nice jugak tempat nyer ekk.

    ReplyDelete
  10. teringin nak pergi sini..tapi tak tau bila

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...