Julia Johari: January 2017

Bangun Pagi Gosok Gigi !



Bulan lepas, suami tetiba belikan berus dan ubat gigi set baru ni...MINION! Wahhhh terus maknya pulak semangat nak jugak berus gigi minion hahaha mana aci bebudak punya cecantik. Selalu beli Kodomo Lion je...sekarang suami cakap kita tukar colgate lah...try untuk abam Qi...

Tak sangka colgate pun ada jual set bebudak ye...ke maknya tak nampak kat kedai hahaha...mak nampak LION aje...muka pun kembang cam lion asyik nak menyinga aje dengan abam Qi...semalam dah kena marah...orang sembang dengan apaknya jangan jerit belakang tadbir...haaaaaa sekali mak dia tempek...merah padam muka...nangissss...tu la keje abam Qi hahahha hati tisu sangat!


Ini butiran kat belakang kertas...sesuai untuk umur 2-5 tahun...patutlah kali ini gigi abam Qi nampak shining lebih, nampak sebutir2 gigi dia...tanjat mak...sebab guna LION tak lah shining gitu....minion tu comel lah gerammm!


Bagus ada arahan...guna 2 kali sehari gosok gigi...pagi gosok sebelum pi sekolah...lepas balik sekolah sebelum tidur malam berus gigi lagi...sekarang abam Qi dah pandai gosok gigi...kadang2 kena marah gak dia memain tau...grrrrrr dalam bilik air kat rumah tu kalau mak dia tak menyinga kes anak 10 tak gosok gigi tau kahkahkah...mak sgt particular bab gigi anak...ini serius!

Rasa pun sedap, sebagai mak mestilah julia rasa dulu...dia rasa macam light mint macam gel lembut je...sedaplah...rasa fresh je...patutlah abam Qi suka.

Beli kat farmasi RM6 lebih gak la (mahal gak kan dah suami beli ko syukur jelah haha)...kat kedai biasa ada kot cuma kena tengok betul-betul...try la brand ni pulak...asyik kita je colgate bebudak pun colgate gak...tapi colgate memang fresh je kan...

Sekian celoteh mak lion kali ini hahahha

Tajaan Travel #1: Suria Cherating Beach Resort Percutian Menarik Tepi Pantai !



Cherating, 21 Januari 2017 - Saat pertama kali menjejakkan kaki ke Suria Cherating Beach Resort, mata di jamu dengan panorama kehijauan di ruang jalan masuk utama ke sini. Nyaman je rasa mata, memang dah lama julia cari resort yang berhampiran dengan pantai, memang resort ini pilihan tepat sekali. 

Kami bertolak dari Kuala Lumpur ke Cherating makan masa lebih kurang dalam 3 jam sahaja, cuaca mendung dan tak panas memudahkan kami untuk teruskan trip santai kali ini. Setibanya di ruang legar lobi resort, julia terus check in dan dapatkan info lanjut kemudahan yang ada sekitar resort ini. Sambutan senyuman mesra oleh pegawai dan staf Suria Cherating Beach Resort julia nak puji, ramah dan tidak sombong, alhamdulilah urusan di lobi cepat. 

Pelbagai pilihan tempahan bilik
Mesti anda nak tahu kan resort ini menyediakan kemudahan bilik hotel mengikut kategori bagaimana. Anda boleh layari website Suria Resorts disitu ada dinyatakan pelbagai pilihan kriteria bilik yang boleh anda tempah mengikut hari dan kekosongan bilik yang ada. 

Sudah semestinya pilihan julia mestilah mengadap pantai kan, tapi hari yang dipilih penuh maka julia pilih Terrace Garden View. Nice tau bilik hotel jenis terrace, sebab di luar bilik ada 2 kerusi rehat dan coffee corner untuk kita beriadah sambil minum kopi. 

Pilihan bilik yang boleh dipilih:
  1. Superior Garden View
  2. Deluxe Sea View
  3. Terrace Sea View
  4. Terrace Garden View
  5. Suria Suite
  6. Pakages (kalau honeymoon pilihan ini lebih menarik)


Harga Penginapan
Paling dinantikan oleh anda semua pasti nak tahu berapa harga anggaran harga penginapan disini betul tak...range harga untuk bilik-bilik disini anda boleh rujuk jadual dibawah yang julia print skrin di website Suria Resorts.

Berbaloi dan harga sangat murah kan...lets say anda nak menginap superior garden harga semasa yang tercatat hanya RM130 sahaja...lihat harga asal tu. 

Beza banyak diskaun kan...jadi anda kena rajinlah buat semakan semasa untuk lakukan perbandingan, mana tahu rezeki anda dapat harga promosi.

Inilah ruang ketibaan di lobi Suria Cherating Beach Resort, sampai je depan ni terus staf suria bantu kami ambil beg di but kereta bawa ke atas, layanan yang sungguh mesra dirasakan.

Mata tak henti-henti memandang ruang sekitar lobi Suria Cherating, wahhhhhh luasnya, sudut dekonya simple dan perabot yang digunakan sangat selesa. Anak julia si Qaiser ilman suka lah menerawang sekitar resort ini, ada sahaja yang dia tanya terutama anak tangga tu.

Menarik framenya, sekali pandang nampak fresh dan segar. Dekorasi moden dengan lighthing menampakkan ruang ini jadi luas dan tenang je. Jom kita site visit keseluruhan isi resort ini.    

Ruang riadah


Kolam renang berhadapan resort dan pantai. Tak sabar nak splashing sambil menikmati suasana menarik disini. 


Free breakfast, welcome drink dan kunci bilik diatas G. So apa lagi jom kita terjah bilik sekarang. 


Terrace Garden View
Katil yang empuk dengan suasana bilik yang luas buat rasa diri tak nak keluar dari bilik dah hehe. Hasil penelitian julia, perabot yang disediakan cukup selesa dan dapat memuatkan keluarga lebih kurang 3-4 orang dalam satu masa. Jika anak ramai masih ada lagi ruang kawasan untuk dibentangkan katil tambahan. Boleh call operator untuk tambahan katil ya.


Inilah sudut garden view, sambil menikmati keindahan diluar taman, boleh bancuh kopi atau teh sembang disini, udara sejuk dan nyaman menerawang segenap diri.

Kemudahan yang disediakan:
  • Open Free WiFi. 
  • TV LCD dengan pelbagai siaran jelas.
  • Peti ais berfungsi dengan baik.
  • Seterika dan sejadah disediakan terus dalam almari (tak perlu request).
  • Bilik kondusif
  • Penanda kiblat


Bantal tambahan pun disediakan oleh pihak resort, memang betul-betul kondusif dan selesa. Lagi-lagi bab seterika itu lah paling penting buat kaum wanita nak seterika tudunglah, bajulah betul tak hehe.
 
My son Qaiser ilman, seronok dia tau. Lama umi dia tak bawa jalan itu yang tak senang duduk tu.

Makanan yang disediakan oleh Suria Cherating Beach Resorts
Kalau nak dinner, pilihan di sini pun sangat meriah, harga berbaloi dengan portion makanan yang disediakan ya. Kalau nak walk in makan di cafe pun boleh atau paling senang buat panggilan telefon operator resort order menu dari bilik. Pilihan menu memang siap sedia ada di bilik so boleh buat pilihan mengikut citarasa anda.

Kami nak bersenang lenang je kat bilik, so kami order Chicken Chops dan Nasi Goreng dengan air teh o ais. 

Nak dinner di cafe suria cherating pun boleh, luas dan banyak kemudahan meja dan kerusi di sediakan.

Selamat Pagi !
Jom Sarapan 
Lihatlah permandangan pagi yang indah dan sejuk digambar ini, wahhhh tenang je dirasai, hilang terus tekanan. Makin rasa semangat untuk terus melangkah ke cafe menikmati sarapan.

Jemput klik video dibawah, live view julia rekod semasa on the way ke cafe bersama anak dan suami tercinta.



Disinilah kami menikmati sarapan kami, luas betul cafe yang berhadapan betul-betul dengan Pantai Cherating, membuak-buak rasa nak book tempat makan depan pantai...jom korang!

Sunset....Ya Allah, tak terkata melihatnya, sambil menikmati sarapan, lihat permandangan seperti ini alangkah beruntungnya rasa dihati...serius, memang jatuh cinta!



Bihun goreng, nasi lemak, roti, sosej, air mango, tembikai dan pelbagai lagi jenis hidangan disediakan disini. Nasi lemak pun sedap, jemput makan ya.

Selesai sarapan pagi, kami terus lakukan aktiviti santai depan Suria Cherating Beach Resort, kami nak main pasir tepi pantai, my son nak buat istana pasir katanya hehe, julia apa lagi nak selfie dan menikmati panorama indah puas-puas bersama suami tercinta. Ramai yang hadir ke resort ini ya, ada yang buat team building dan family day, bas pun banyak. So resort ini memang meriah dengan kehadiran mereka semua. Sedikit sebanyak boleh tambah kenalan baru kan.


Permandangan pantai depan cafe Suria Cherating...nikmat tak terkata melihat pantai dan ombak membelah pantai. Jom buat istana pasir !

Kalau korang nak main aktiviti bola pantai, disini disediakan gelanggang untuk korang bermain. Luas dan selesa.


Bonus buat anak-anak kecil, disediakan tempat playground untuk mereka bermain, suka lah my son dapat main berulang kali disini.

Apa lagi, inilah moment paling dinantikan jom mandi kolam puas-puas.

Hasil kepuasan:
Dari keseluruhan tinjauan julia berikan 4 bintang dari 5 bintang untuk resort ini, ternyata staf Suria Resort banyak menyumbang kepuasan julia menginap disini, layanan mereka A class, call pun cepat diangkat, tanya secara berdepan pun disulami dengan senyuman, memang puas hati.


Rasa nak ulang semula menginap disini pada masa akan datang, bagi anda berminat nak rancang percutian disini, boleh dapatkan info lanjut seperti dibawah. Selamat travel !

Info Lanjut:
Website: Suria Resort

Alamat: 
Suria Cherating Beach Resort
KM32.5, Jalan Kuantan/Kemaman,
26080 Cherating, Pahang
Tel : +609-581 9898
Fax : +609-581 9797

Semakin tua patutnya semakin...




Assalamualikum, apa khabar semua. Sihat? Lama tak update blog genre serius + berapa kali mau ulang...Lama tak bebel, rasanya hari ini nak bebel pasal kisah tua...

Tua, apa yang korang tahu tentang episod tua?
Tua adalah yang macam mana korang faham...ini julia search di Dewan Bahasa dan Pustaka...inilah sebenar-benarnya maksud TUA.



Paling buat julia nak ketawa baca lah para di atas "Makin tua makin baik" nak jumpa orang-orang tua macam ini kira emas lah...sebab susah, makin lama cari makin susah nak cari orang tua makin tua makin baik...

Jangan bila dah tua-tua, makin tua, mulut tak baik, suka tanya privacy orang dengan cara yang tidak beradab, cara tanya pun kena bijak wahai orang-orang tua. Kalau korang dikalangan manusia yang beradab, entry ini korang tak rasa apa-apa...kecuali mereka yang sebaliknya.

Orang muda, memang banyak tak terlepas dari kisah mulut lepas, cepat naik marah, segalanya cepat meledak...sabarnya kurang...bukan apa, terkadang orang muda ini banyak dahagakan motivasi...susun kata orang-orang tua yang berpengalaman lah tempat mereka buat rujukan secara tidak langsung...bukannya bertanya soalan seperti dia ada jawapan walhal jawapan tu semua HANYA TUHAN YANG TAHU.

Ya, betul orang selalu kata jangan ambil hati...jangan kisahkan apa orang cakap...manusia ni dia macam span...memula sekali dua ketiga kena dia cuba tak ambil sangat kisah orang tua yang suka berkata-kata pedas...tapi lama kelama-lamaan...mereka yang kita hormati sebagai orang tua ini perlu insaf menyusun kata....mereka hadir untuk erat silaturrahim....nasihat yang berpada...tapi jangan paksa mereka untuk sesuatu yang diluar bidang kuasa mereka.

Terkadang kita sebagai orang tua melihat mereka tidak usaha apa-apa, lihat enjoy setiap masa, terkadang kegembiraan yang dipampangkan oleh mereka itu adalah pengubat duka lara...walaupun kita orang tua, kita nak mendekati mereka kan? Caranya jadilah seperti orang muda di tempat mereka...anda orang tua pernah menjadi muda...pernah merasa apa mereka rasa...maka...jagalah tutur kata...jangan mereka hilang terus menerus hilang di depan mata...ingatlah.

Nak benih cantik...cantikkanlah tutur kata terlebih dahulu...sebab benih bila dah besar nanti dia akan kahwin juga...punya keluarga sendiri...kita sebagai orang tua...jangan pernah serik mendoakan mereka...menasihati cara paling bijak...tidak direct teguran di depan khalayak...bila hatinya rapuh...semuanya dia lihat tak baik.

Kita selalu menyalahkan orang muda...kenapa kurang ajar...kenapa dia begitu...kenapa dia jauh dari orang tua...pernahkah kita terfikir untuk mengambil hati mereka...hati mereka terlalu lembut...sentuhlah hatinya...hati orang muda tersangat segar...tersangat jauh sayangnya...cuma jangan dipaksa...diherdik tak tentu hala...salah mereka tangani dengan tenang...pujuk dan terus beri motivasi...

Bila mereka rasa dihargai...mereka akan fikir berjuta kali untuk lakukan kesalahan...mereka sentiasa ingat orang-orang tua mereka...kerana merekalah tempat mengadu paling utama selain Allah yang satu.

Julia rasa terpanggil untuk coretkan kisah ini...manusia selalu menyalahi anak-anak muda...tapi contoh anak muda sebarkan adalah dari contoh mana dulu?

Yang tua semakin baik...amalkanlah...jangan kekalkan konsep banding membanding....jauh mereka bertambah jauh...kelak kita si orang tua sujud pada yang satu mesti menangis bertanya kenapa mereka jauh....jawapan ada pada diri kita.

Semoga doa julia tahun ini dan tahun akan datang...apa jua ujian dan rezeki yang datang...kita cuba kuat tahan...dilempar nista...kita lempar positif...memang negatif agak susah nak terima positif...tapi percayalah...akan sampai satu masa positif akan sentiasa timbul dan disenangi ramai...sabar bukan senang nak diamalkan...sabarlah paling susah nak dilaksanakan...tapi cuba didik hati...cubalah ya...sebut Allah...dia datang sejukkan hati...cubalah, bukan senang nak jadi manusia, itu pun dah ujian.

Alirkan caj menarik, rezeki murah!

Tahun 2017 ini didoakan kita semua lebih ke arah mengalirkan caj-caj menarik seperti diatas, bila kita hendakkan matlamat tersebut...kita go for it. Kita tumpu betul-betul, kita doa betul-betul, pohon agar Allah pandu kita, yes, julia nak tahun ini nak pelbagaikan pembelajaran bidang niaga, sambil bawa kereta pun fikir, apa sahaja dalam fikiran fikir untuk apa lagi aku pecahkan zon selesa selain niaga yang sedia ada.

Terkadang kita rasa nak cuba sesuatu yang baru, mungkin kena banyak bahan kajian yang benar lagi menarik. Suka dengan lautan niaga yang terbentang luas, tapi nak cari yang minat tu bukan senang...kena kesungguhan yang tinggi nak biasakan...macam memula daku terjebak dengan ephyra, secara tak langsung dari review atas blog, guna dan semakin suka sampai boleh jadi satu kerjaya sampingan aku sehingga kini...dekat 2 tahun lebih dah sebagai pengedar ephyra, until now ia penyumbang besar ke arah untuk aku capai matlamat yang dah lama aku idamkan.

Now, julia suka kalau pembaca julia sendiri alirkan caj-caj menarik diatas untuk kita terus berdiskusi bincang apakah niaga yang boleh ditembusi, berkata tentang modal, banyak aje bidang niaga yang perlukan marketing dan modal di tanggung pengusaha...(itulah kaedah dropship) kalau korang nak jadi agen ephyra boleh hubungi julia...will explain to you all the tips. 

Jumaat yang indah, now live nak travel ke Pantai Timur...2 jenis hotel akan kami menginap, satu di bandar dan satu lagi di kawasan pantai....cant wait, doakan julia sekeluarga sampai ye....take care everyone, ingat semat dalam hati "Good Vibes Only".


Cuti Sekolah 2017


Awal tahun 2017, ramai yang tercari-cari jadual sah cuti sekolah. Nak rancang percutian tapi tak ada idea, jangan risau. Julia dah review pelbagai hotel dan tempat menarik sekitar dalam Malaysia dengan bajet percutian yang sangat murah dan berbaloi seisi keluarga mahupun percutian baru kahwin.

Jadual cuti diatas julia ambil dari sumber Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE) yang sah. Dari jadual diatas kita sebagai ibu dan bapa boleh merancang sebaik mungkin jadual cuti dengan baik agar tidak terlalu banyak anak-anak ponteng sekolah kerana nak merealisasikan niat kita yang suka bercuti.

Maka rancang-rancanglah elok-elok. Pastikan bajet percutian sekolah tidak menganggu bekalan anak-anak ke sekolah nanti bila lepas cuti panjang.

Nak cuti murah dan tempat menarik?


Sumber: http://www.moe.gov.my

Bukit Tinggi Percutian Romantik Setiap Masa !

Sabtu lepas 14 Januari 2017, bukan trip di rancang, tapi trip plan lepas masak makan pagi suami tanya nak pi jalan Bukit Tinggi tak? Perghh 5 tahun lebih julia tak jejak sini, pi sini masa baru-baru lepas kahwin, masa tu berdua, sekarang dah bertiga. 

So trip santai kali ini kami bersetuju nak pi Bukit Tinggi Colmar Tropicale kali kedua khas untuk orang ketiga dalam hidup kami siapa lagi kalau bukan abam Qi.

Hujan renyai jam 2 tengahari, hmmm suasana dingin, nyaman dan  berkabus dirasakan tika sampai di puncak Bukit Tinggi ni, dari KL ke Bukit Tinggi tak sampai 2 jam perjalanan (kalau tak jem). Orang selalu tanya, best kah pi Bukit Tinggi, ada yang kata bosan, ada yang kata tak banyak pun port nak berjalan.

Aku tak indah bicara, hanya manusia yang mengagumi.
Kalau tanya julia, for sure kita tanya hati kita. Apa sebab tujuan kau ke sini selain selfie dengan bangunan ala-ala france. Jawapan julia, "Saya suka kepada kedamaian, suka alam flora dan fauna yang indah, jauh dari kesesakan kota, jauh dari mall, jauh dari segala hiruk pikuk jem di KL" itulah jawapan julia.

So kalau hati korang jenis suka kepada mall dan kawasan yang padat dengan life cities tempat ni mungkin korang rasa tak berbaloi....so tanya hati korang ye...jangan tanya hati orang, sebab yang datang ke sini akan bawa balik satu perasaan FREEDOM, suasana dingin dan rasa romantik sangat...best!

Perkampungan Bertemakan Perancis.

Julia sangat mengagumi kawasan peranginan ini bertemakan seni bina Perancis. Memang dari 5 tahun lepas julia datang sampai sekarang bangunan ini tetap utuh macam ini. Paling best tengok jalan ini semua dibina macam seakan kita berada di luar negara. 

Saje selfie depan ni, abadikan kenangan jalan-jalan pertama tahun 2017. Walaupun ia kali kedua, ia tetap dirasakan seperti pertama kali ke sini. 


Jemput klik short video julia rakam live tika berada di sana.




Memang abam Qi yang teruja sangat, maklumlah dia pertama kali ke sini, sebutan pertama dia tau apa dia cakap....wahhh macam RAJA LAH. Hahahhaha itulah dia dok ulang, macam NAK CARI HARTA KARUN lah umi. Mesti dia ingat betul-betul istana macam cerita kartun dia tu hehehe.
Entry ni banyak gambar julia selfie...so bertabah ye hahaha, lawa sungguh tak pernah tak lawa kat sini...serius weh cakap je Bukit Tinggi port ni memang wajib kena amik gambar walaupun ramai orang tak pernah reda! 

Yey gambar bertiga dapat jugak, terima kasih staf Colmar Tropicale sudi ambilkan. Nak letak tripod tengah-tengah jambatan ni kang orang nak lalu tak boleh pulak kan...hahhaha

Walid bersama abam Qi...esok dah dewasa kita datang lagi ambil gambar port yang sama mesti sama tinggi dengan walid.

Memang tak senang duduk budak ni, asyik nak tengok itik bawah kolam tu, kami tengok di jendela lobi hotel colmar tropicale.


Ratu cermin...pantang nampak mesti snap dlu sedas kehkehkeh. I nak bagi tahu, ini ruangan food & beverages Colmar Tropicale punya hotel. Cantik!

Tempat makan ni sangat romantik, disinilah port makan pagi sampai malam. Suasana macam ala-ala zaman dulu kala kan...unik dan sangat cosy.

Boleh tahan harganya, tapi kalau bijak ambil salah satu pakej buffet at least kan boleh meraikan sesuatu yang dihajati disini lebih bawa makna, jimat pun kena ada gaya...yang lain kita bawa bekal sendiri jimat sikit. 

Port nak makan dessert, halal. Best port ni, bermacam aneka jenis pencuci mulut ada macam kek, pastry, minuman dan yang ringan-ringan la.

Woahhh, sedap-sedap tengok kek ni weh...harga standard RM8-RM10 gitu one slice...okey tau sebab sedap!

Kami rehat dan cuci mata, sambil borak-borak kisah masa depan, tajuk perbincangan for sure pasal tabungan dan kisah sekolah abam Qi...memang menarik bila makan-makan ringan dan bincang soal keluarga jauh dari tempat asal...at least tak stress dan terbuka minda. 


Serius sangat sedap! 
Berebut dengan abam Qi...hahhahaha gaduh aje anak beranak ni kan...asal umi punya je abam Qi mesti kata dia punya...adoiiiii 

Hehehe, hero-hero julia yang mencuit hati...tanpa mereka aku tak punya apa-apa selain Allah...

Gaya makan, gaya duduk dah macam orang kaya dik Qi...tapi kek tu kongsi lah dengan umi sian tau umi terliur hahhahaha umi punnnnnnnn

Haaaaa ko!
Terkeluar perangai sebenar kan masa makan hahaha, husband snap dendiam, rupanya kami dok usya geng mat saleh datang sini kiki...tak sedor teman di intip macam ni kahkahkah

Aku terkejut, setahu julia 5 tahun lepas tak bayar kan tiket masuk sini, tapi this year kami nak dekat sampai Bukit Tinggi ada nampak signboard besar cakap harga tiket...hahahhaha...cuak gila. Yelah seingat julia tak ada kot 5 tahun lepas...so inilah harga tercatat dibawah.

Dewasa RM15
Kanak-kanak RM8

Okeylah masih boleh lagi bayar...cuma nak datang kali ketiga kena fikir banyak kali hahahahha

Banyak aktiviti korang boleh join disini tau apa-apa korang sampai sana dapatkan detail jelas di kaunter hotel ye. 

Ada group buat teambuilding sini pun ramai, syok yer.
  1. Japanese Village
  2. Animal Park
  3. Horse Trails
  4. Botanical Garden
  5. Flying Fox
  6. Golf



Itu sahaja kembara julia minggu lepas, minggu ini akan ke Pantai Timur juga insyaAllah, destinasinya dimana...tungggguuuuuuuuuuu :)

COLMAR TROPICALE, BERJAYA HILLS
KM48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak
28750 Bukit Tinggi, Bentong, Pahang
Malaysia