Friday, April 29, 2016

HOT SUNGGUH Majlis Makan Malam "Ladies Nite" Namaste Bollywood Puspanita 2016

Friday, April 29, 2016 8 Comments

Memang happening! Memang kerlas! Memang woww! Memang kebaboom! Terasa bahang tu sejak menjejakkan kaki di depan bangunan gah De' Seri Endon Puspanita Putrajaya. Korang dah baca kan tema kat atas tu, boom lagi sekali! Tema Namaste Bollywood you ols hehe. Bestnya parlimen malaysia book satu table terdiri dari 10 orang ahli Puspanita table No. G15.

Costume Bollywood?
Haa jangan main-main, ahli Puspanita Parlimen Malaysia pun hebat-hebat tau mengayakan kostum tema Bollywood, cayalah...kecuali julia sebab julia pakai je apa yang ada dalam almari, just add on gelang dan pottu atas dahi hehe nak jimat kan, janji my friends turut serta memeriahkan lagi suasana malam tu.


juju pakai lari tema...janji dalam hati namaste hihi enjoy ladies!

amacam pottu kat dahi tu macam kajol tak haha itu jelah ada nampak bollywood sikit, makeup aku bedal je janji lain sikit


Pembuka tirai yang sangat kerlas!
Aku ni paling susah nak rasa puas hati, sebab kena melalui pengalaman banyak kali baru dapat feel puas ke idok. Ladies night pembuka tirai disajikan dengan colourfull lighthing, sound effect yang sangat menusuk kalbu dan dekorasi yang sangat memukau yes sangat cantik! Berwarna warni! 

Tu sebab kalau ada jemputan dari Puspanita cepat-cepat korang booking, jangan tertinggal keretapi sebab selalu full house je jemputan, memang kerlas event diorang, bukan cikai2 ye, memang superwomen lah event kali ini.

Memang tak puas mata memandang, bijak diorang deco, lagi satu pembuka tirai paling kerlas ialah dancers didatangkan khas dari istana budaya wowww mengiringi vip ke dewan, kerlasss! Memang memukau pandangan melihat sepersalinan bollywood dari istana budaya tau, ada dancers lelaki juga.


Persembahan dari Kementerian Dalam Negeri ni memang havoc habis, gelek diorang memang HOTTTTTTT sangat! aku yang duduk dekat kerusi pun rasa nak bergelek gerudi sama atas pentas amboiiiiiiiiii sangat ko juju hahahha. 

Rugi tak amik video diorang bertanding bollywood tau, rasa dalam 7 kementerian bertanding...fuhhh semua pun best2


Yes! Full board, bergambar kenangan dengan YBhg Datin Che Norshina, Pengerusi Puspanita Parlimen Malaysia.

Jom layan kerenah julia dan kawan-kawan sepejabat bergaya, tak ketinggalan gambar dengan YBhg Datuk, Datin ewahhhhh!




Tak sedar kena snap, makan fokus okey, rezeki depan mata baik jangan sia siakan hehe.

Nombor tak bertuah tapi best dapat gift pashmina sorang satu tau dan table kami menang untuk kategori cabutan bertuah, so semua dapat hadiah dumb bell sorang satu hehehhe comel!

Bergambar kenangan dengan YBhg. Datin Che Norshina Pengerusi Puspanita Parlimen Malaysia dan bersama Fatin rakan AJK Puspanita. Awet muda kan datin tu, adore sangat sebab dia sangat cantik!


Table G15 Parlimen Malaysia, meriah!

Bila masing-masing naik syeikh haaaaa berjoget lambak depan pentas u olss...joget bollywood tanpa henti hehhee, aku tak join la beb, dok perhati diorang menari je dari jauh hehe

Happening sangat our group menari ramai2 bersama datin dan kementerian lain. HAVOC!


Tudiaaaaaa! Bollywood! jangan memain oooooo terbaikkk sporting habis Datuk Datin semua 

Rakan kami menang kategori Most Outstanding Lady of The Nite tau...congrates Syaza!

Diorang berjoget kat depan, kami dok selfiaq tak habis2 hehe

Tengok gelang tu hahaha ko macam mami jarum tak hahahaha, penat tau nak pakai gelang ni banyak sungguh, nanti raya nak pakai balik kikiki sayang tau cantik!



Mai lah tonton sikit sedutan video yang julia amik semasa berada di Majlis Makan Malam Namaste Bollywood...meriahhhh sangat! Tahun depan kalau ada rezeki nak pi lah...sebab seronokkkk oiiii hehhehe

Hasilnyaa...yes kami semua enjoy tahap maksima, relaks dari kesibukan kerja yang tak pernah sudah, bila semua ladies bergabung memang mantop sangat, terbaik lah! Tahniah Puspanita Kebangsaan diatas penganjuran makan malam yang sangat HAVOC!

Tak puas la julia nak tengok gambar lagi pleaseeeee!

Mai usya album PUSPANITA Parlimen Malaysia pastu follow page ini dengan LIKE,TQ
Click HERE

Thursday, April 28, 2016

Bagaimana Kasih Anak Pada Mereka?

Thursday, April 28, 2016 10 Comments



Anak: Ayah…ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm….nak tanya apa?

Anak: Ayah…berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah:
Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu… ayah… Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih…!!” 

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.
Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.
“Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni” Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. “Terima kasih banyaklah ayah!” Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. “Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??” Amin tunduk… tak berani dia merenung ayahnya.
Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan…..”Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit…” “Tak cukup duit nak beli apa??”Jerkah ayahnya lagi. “Ayah…. sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah..” Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya.
(Sumber: Google)

Korang, nak tisu lagi boleh tak, dah banyak kali menangis depan skrin opis ni, setiap kali baca dan tonton video dekat bawah ni aku rasa aku lemas, tak bernyawa, rasa macam aku dipukul dan direjam dengan sekuatnya, tetiba aku flashback semasa membesar kan Qaiser ilman, dari baby, sehingga merangkak, sehingga bertatih berjalan dan sekarang dia sudah pandai berjalan berlari dan bercakap dengan lajunya sehingga kini - 4 tahun.

Ya, aku takut-takutt dengan bayang2 cerita ini, sudah semestinya cerita ini memang benar, dan aku rasa semua ibu bapa dekat luar sana termasuk kalian yang tengah baca ni mesti rasa apa yang aku rasa sekarang, rasa sedih, rasa sayang pada anak lebih dari menyayangi diri kita sendiri....tapi Allah maha mengetahui, apa yang disebaliknya tak perlu kita fikir, ada hikmah Allah simpan untuk hari ini kita sedar....

Mohon tonton ye, harap sangat kalian dapat tonton 2 video dibawah, sangat meruntun hati...dan banyak perlu ditangisi...supaya kita ingat pada mereka.






Sebenarnya bukan Mata itu buta, tetapi yang Buta ialah HATI yang ada didalam DADA!

Breakfast Ideas For The Busy Momma !

Thursday, April 28, 2016 14 Comments

Ya aku suka masak, titik! Hahaha kalau balik awal kerja boleh ar ko nak melagha dekat kedai usya barang apa nak masak, ye aku ni kekadang jenis suka beli ad hoc, itu lagi semangat nak masak dari buat beli borong simpan banyak-banyak dekat rumah. Kalau balik lewat aku ni penat weh, nak masuk dapur nak masak seakan mati mood tu, yelah penat kan, kadang2 aku kesian dekat suami, asyik2 makan luar dari pagi sampai petang, dah tu malam takkan nak makan tapau lagi, rasa nak muntah kan...at least masak simple2 macam sardin dengan telur mata je pun suami makan sungguh2...kesian tau...orang lelaki ni kena jaga, dia rindu masakan isteri, jangan jarang sangat tak masak, nanti air kasih sayang yang mengalir dari tangan kita tu tak sekata pulak...sebab itu kena rajin memasak.
Perangai!
Pastu jenis aku suka buka tutup buka tutup peti ais pastu bengong tak tau nak masak apa sudahnya jadi batu kematu semua barang dalam peti ais tak berusik gituuuu...sebenarnya aku ni banyak menyusahkan diri, yelah perangai suka lepak kedai macam 99 Speedmart ke, Mydin ke usya barang2 pastu baru dapat idea nak masak hahaha *pesen suka jamu mata tengok barang kedai tu pelega sangat hahaha*


Pagi ni aku rajin sikit je...alahh kekadang aku malas ko nampak lah muka aku menapau dan makan kat cafe, kalau rajin baru lah nak buat memacam, sampai penat kerja pun sanggup ko nak uli periuk hitam karat tu semata goreng ikan masin heeeeeeee :p

Kemain dok buat roti bakaq, sapu tuna buat sandwich, yummm, bila beli roti sebuku besar tu nak tak nak kena habis kan jugak, berbaloi waktu pagi makan jimat macam ni sekali sekala kan. 

Makan tengahari ni dia, lauk nasi goreng cina dengan ikan melentang rapat hahaha, aku buat nasi goreng so bawa pi opis untuk makan tengahari jap lagi, aku guna periuk doraemon je panaskan lauk ni, mudah dan terjamin nutrien dia tak hilang sebab guna kaedah stim kan.


Ini time rajin, kalau time pemalassssss Allahuakbar, rasa nak tampo muka sendiri, malas tu kadang2 hinggap jugak time mood tak berapa cun, haishhh susah betul nak jaga mood jadi cantik dan mood elok hari2 kan, orang pompuan ni banyak sangat mood swing dia kan, aku tak larat nak layan orang sebab perangai mood sendiri pun aku rasa sangat mengajah sangat...syuhhh syuhhhhhh....


Capati Sandwich Tuna Homemade 

So Surprise!!!
Last weekend my husband bersemangat waja making some breakfast woahhh...Capati Tuna Homemade by TC Boy Malaysia ...seriusly julia tak tolong dia langsung so ini memang air tangan from my hubs...dan rasa dia...wauu crunchy and yummy!!! Well done hubs...so ini resepi julia cungkil dari dia.
Bahan: 

3 keping capati frozen
1 tuna TC Boy Malaysia
4 biji cili padi potong halus
2 sudu besar mayonis
2 biji kecil limau nipis
1 biji bawang besar mayang nipis
secubit garam

Capati perlu di lempengkan dalam kuali api perlahan sehingga kekuningan. Angkat letak dalam pinggan. Bahan ke semua tadi disatukan sampai sebati. Kemudian masukkan dalam capati tadi. Done.

Wallaaaaa happy breakfast you olls....I'm so happy! Happy tummy yey.

ehh x lama lagi cuti hari pekerja kan...weeeeeee best yer...korang ada plan pi mana-mana ke weh, aku ingat nak pi Warehouz Sale kat Puchong, dengar kata ada sale 80% untuk barang2 rumah weeeeeee, nak window sopink la. Harap ada yang murah sampai buat aku tak percaya ye...kalau tak, tak ingin nak review kat sini hehehe..bye!

Wednesday, April 27, 2016

Dahaga Sebuah Motivasi...

Wednesday, April 27, 2016 5 Comments


Ibu bapa bekerja dan balik tak tentu masa...ketahuilah, setiap pekerjaan halal itu adalah ibadah kita kepadaNya, di catit setiap langkah itu pahala kerana jihad mencari rezeki utk anak2...duit dan rezeki yang mengalir dalam badan si anak hasil punca rezeki kita yang halal insyaAllah, anak sangat memahami kedua ibu dan bapanya dan cpt matang serta berdikari...

Sebab itu julia percaya semua ibu bapa diluar sana sebelum keluar ke pejabat, sebelum melambai dan melihat anak-anak dengan pandangan kasih sayang, telah bisik kata-kata motivasi secara halus di telinganya saban hari, sudah pasti kata-kata cinta itu senantiasa terngiang-ngiang di hatinya...cinta ibu dan ayah...itu yang lebih terbaik.


Betul juga tu, kadang-kadang kita sendiri alpa, ingat khusyuk tunaikan puasa dan solat hari-hari, rupanya adalah celah-celah dosa kita tu masih tak bersih, caranya bersusah payah dalam mencari nafkah. Wah, ini kata-kata motivasi yang julia baru gali di google tadi, rupanya dengan penat lelah bekerja mengumpul nafkah pun dikira salah satu medium penghapus dosa-dosa.


Ya, do it. Kadang-kadang orang banyak bagi penilaian pada diri kita kan, hmmm termasuk julia pun tak terlepas, kadang-kadang susah nak kawal emosi amarah, nak lepas je tanpa henti, tapi kan lagi kita marah lagi merudum perasaan yang awal-awal tadi elok je, not nice kan. Lepas ni kita DO IT je. Forget it about people yang hipokrit dan amik kesempatan, serah je pada Allah, okey-okey tang ni aku kena cuba walaupun hati sakit dengan ketidakadilan berlaku depan mata.

Yes, exactly !
Kadang-kadang kita ni terlalu mencari kesempurnaan, terkadang aku fikir, ada sebab kenapa banyak kali kita gagal. Penyudah cerita adalah usaha tanpa jemu, yes itu sahaja. Sebab itu aku kalau berjumpa dengan orang, aku tak pandang pada tingginya dia belajar, tingginya pangkat dia kerja, tingginya gaji dia, tingginya kuasa dia....

Tapi aku pandang bagaimana sapaan pertama kali orang itu kepada kita, tak perlu cerita tentang kebaikan yang kita ada, tapi dengan sapaan yang bukan hipokrit, yang jujur dan ikhlas dari hati akan terbit di wajah secara alami...serius betul ni...

Dari situlah baru kita dapat nilai baik budi pekertinya dengan apa yang dia miliki, memang berbaloi sangat kalau anda berjumpa dengan insan sebegini. Julia tak terkata dan rasa seakan tak mau balik untuk mendengar bait-bait kata yang bersifat sangat adil dan lemah lembut.

So be happy, lets get along with people yang sangat humble, dengan mereka yang senantiasa hadir beri motivasi tanpa disuruh...

Julia ada kawan-kawan macam tu, bukan teman sepejabat, tapi teman alam maya yang jarang bersua...merekalah yang senantiasa hadir beri kata-kata semangat, tanya khabar, tanya apa sahaja dengan niat untuk erat silaturrahim...alangkah indahnya persahabatan itu.



Monday, April 25, 2016

Belek-belek Tutorial Makeup Suka Sangat!

Monday, April 25, 2016 6 Comments
Aah aku gila makeup, tapi aku tak gila beli kalau harga dia maut...sian kan orang keder macam aku ni, adalah ari tu aku pi KLCC, Sephora ada buat jualan diskaun gila-gila lah, tapi pandangan mata aku harga tu masih mahal bagi aku hmmm

Memang ramai pompuan dalam tu berebut2 tengok, lipstik Nyx tu pun murah sangat dah tapi tak beli sebab dok pikir banyak lagi kat dalam beg makeup...apaa ko ada beg makeup ke julia?

Aah ada, tapi semua set murah2 hahahha, aku teringin weh nak set makeup mcm basic MUA tu pun jadilah, kalau lah dapat, yelah bukan selalu aku suka makeup, sometimes kalau ada majlis grand atau hari raya nak gak jimat makeup hot sikittt kan, tak ada lah nampak layuuu je.

Dan aku memang suka tengok tutorial makeup dekat YouTube, memang suka!
Yang paling best aku suka tengok makeup dari Yatie Sendayu Tinggi...huhh memang kaw-kaw best sebab yatie tu buat tutorial makeup dari produk Sendayu Tinggi memang best, ada masa aku nak pi kedai Sendayu Tinggi sebab makeup tu semua sangat affordable la dengan kemampuan julia yang suka dengan makeup light weight but looks natural in the way.

Ni aku ternampak dalam You Tube, memang gila lah foundation ni, dia punya coverage memang in sangat, tetiba plak rasa macam okey ini memang best, kena ke Sephora gak ke huwaaaaa
Just calit kat muka, and then pakai brush khas untuk foundation, walllaaaaaaaa terus macam natural beauty dah, bekas2 jerawat ke semua tutup baik dan tak nampak macam kau pakai makeup weeeee

Semua gambar ni aku copy dari Google je, mohon copy ye...nak buat rujukan sendiri, haaa ni dia punya jenis, aku rasa aku kena beli LIGHT...so baru tak nampak macam kulit so kusam plak kalau amik medium kan.

aku terpikat dengan si LEENA ni lah, dah la cantik kulit dia, dia pakai foundation tu terus aku google...aduyaiiiii masalah lah. Kalau mahal tak pe aku tak risau sebab aku takkan beli...kalau murah okey kot hahaha.

Sunday, April 24, 2016

Sebut Gulai Siapa Datang Dulu?

Sunday, April 24, 2016 5 Comments

Sebut je gulai yang datang dulu siapa lagi si bujang Qaiser ilman tu lah hihi dia memang dari kecik umur 2 tahun julia yang suka gaul kuah gulai suap kat mulut dia...sampai sekarang memang dia pengemar gulai...tak kisah gulai apa janji nama gulai bertambah tambah nasi tau. Tak padan dengar umur!

Lately memamg gulai ni jadi makanan wajib kami tak kisah hujung minggu ke, cuti ke asalkan bau gulai menjelma automatik nafsu makan ada. Demam ke sakit ke gulai tetap jadi pujaan.

Lain orang lain favourite kan, bagi kami gulai ni kami x masukkan santan, hanya semata rempah yang dimasak pecah minyak dan masukkan asam jawa sudah. Tahan sampai 2 hari lauk ni...just panas ulang2.

Julia perasan, masak ikan jenahak jadi cantik jangan masukkan terlalu awal. Pastikan kuah gulai betul2 masak baru masukkan ikan jenis ni. Sebab ia mudah hancur.

Cerita pasal masak dengan dapur memang kesukaan aku...sampai esok pun tak habis layan ada je resepi2 simple campak2 aku nak story.


Friday, April 22, 2016

Pertama Kali Tempah Tiket Online Wayang GSC Sebab Nak Tonton Filem REDHA

Friday, April 22, 2016 9 Comments



Alhamdulilah, semalam julia tanya kawan-kawan pejabat siapa nak join together tengok filem Redha dekat GSC Quill City Mall...5 orang nak, so julia pertama kali book online, mudah rupanya book online ni daftar je terus leh beli tiket dan pilih seat hooreyyy....

Nampak kan geng 5 orang tu, julia highlight warna merah haa itulah seat kami. Betul-betul hadap depan layar wayang tak sabarnya nak tonton cerita KLIK>>> REDHA dengan lebih lanjut, yelah entry lepas kan julia pernah kata...tengok trailer pun dah nangis, cam mana la kalau tengok full kan.

Korang daftar je macam biasa dan pilih GSC mana korang nak pergi, kemudian pilih date dan cerita apa nak tengok.



Klik-klik terus pilih tempat duduk, pastu leh beli popcorn kalau nak kat situ senang, bayar guna online banking, Maybank2u, Cimb Click, semua bank tengok cam ada...mudahnya.


Yeyy confirm sudah 5 orang, wayang start jam 12.20 tengahari jap lagi, book seat kami satu roll senang...dengar kata hasil tontonan ini sebahagiannya akan disalurkan kepada badan-badan autism Malaysia, alhamdulilah, menonton sambil bersedekah. Jom korang tonton sama-sama.

Cerita full ni mesti lagi sedih...kena bawa tisu satu roll ni hehehe.

Wednesday, April 20, 2016

DIA ANAK AUTISME Inspirasi Kisah Benar REDHA

Wednesday, April 20, 2016 21 Comments

Banyak kali julia fikirkan, apakah cara pendekatan paling halus untuk kita kita ini yang belum pernah menghadapi situasi anak AUTISM, anak saudara AUTISM, anak kawan AUTISM, ya bila kita dengar AUTISM terus dalam fikiran...arghhh perlu ke aku ambil tahu sedangkan aku tak ada masalah pun, anak aku normal, biarkan mereka jelah yang ada masalah pergi tengok!

Tepuk Bahu Sendiri...
Aduhai kawan dan masyarakat sekalian...tidakkah kita ingat kita ini serumpun...satu masyarakat adalah family kita sendiri, rasa tahu tapi macam buat-buat tak tahuuuu, ya ramai yang tahu apa itu anak AUTISM, tapi banyak mendiamkan diri seolah-olah tak mahu ambil tahu...sebab tak kena pada diri sendiri...itulah kebanyakkan atau segelintir manusia bersikap sedemikian....hanya mahu jaga diri dan keluarga sendiri...tak mahu ambil tahu apa jadi dengan keadaan sekeliling...

Ter Google...jumpa dalam intrend.com.my...julia share disini ye sedikit pengalaman ibu dan bapa yang punya anak istimewa ini, rasa sangat sedih segelintir masyarakat mengherdik anak2 ini...

  • “Saya pernah rasa, anak saya merajuk... sekelip mata dia hilang. Ada yang nampak dia bawak beg, dia lari dari rumah. Ya Allah, hanya Tuhan saja yang tau macam nak luruh jantung…” -@Norlaila Dlaila Dlaila   

  • “Memang anak-anak ni minum air orang lain, kan? Anak saya pun macam tu. Saya kalau tak betul-betul, memang tak pi makan kat kedai. Tak mau mood down disebabkan masyarakat yang tak tahu apa itu autisme. Anak saya memang tak dok diam. Bila leka, dia akan pergi ke meja orang lain dan tarik air orang lain. Tak sanggup dengar orang tu herdik anak kita. Biarlah dia maki saya dari herdik anak saya…” -@Murnie Binti Ithnain 
  • “Sama, anak saya pernah makan makanan orang lain tanpa dipelawa, dan pernah main game orang lain. Lalu orang sound anak saya kurang ajar…” -@Siti Rohaya Mohd Shukor


Tapi julia tahu...ANDA YANG TENGAH BACA INI SANGAT PEKA DAN PRIHATIN untuk ambil tahu akan info anak AUTISM...TEPUK BAHU SENDIRI, TAHNIAH SEBAB ANDA AMBIL BERAT! 

REDHA - kisah sebuah cerita benar yang dilakonkan semula, babak yang julia sendiri saksikan menerusi trailer filem REDHA ini bukan sahaja terus padu menusuk ke hati hingga terbit air mata tak henti-henti...malah julia nak tonton filem ini hari Jumaat ini jika berkesempatan...memang nak sangat...dah rasa macam tak habis lagi menangis...itu baru scene trailer...

Mengenal Tanda AUTISM - KLIK SINI


Kagum julia sendiri melihat di online hasil tangan anak istimewa ni warna dan lukis hidupan di laut, ini cerdik namanya, memang kagum beliau dapat hasilkan lukisan yang sangat indah dimata kita semua....
HASIL SENI ANAK AUTISME
- From Yusra Haziq (8 Tahun). Hobi dia. 
[Sumber: Kelab Anak Autisme]

Usaha julia sedikit cuma uar-uarkan di Group Autisme Malaysia, alhamdulilah terkini sudah 28 orang shares, tujuan cuma satu, nak kita semua sama-sama ambil iktibar dan motivasi dari jalan cerita Filem REDHA ini di pawagam terdekat anda...

Baru tengok Trailer REDHA...dah berjujuran air mata pagi ini. "Anak kita ni tak normal! Tak sempurna lagu tu!" inspirasi dari kisah benar, redha bukan sahaja mengenai kisah autisme, tetapi mengenai kisah kekeluargaan... berderai air mata julia lagi sekali...


Jom tonton filem REDHA di GSC terdekat anda, hasil sebahagian dari kutipan itu akan disalurkan kepada pusat-pusat autism dan sebagai sokongan serta memberi semangat buat mereka. Moga tontonan sambil bersedekah ini dapat  memberi sokongan dan memberi semangat untuk teruskan lagi perjuangan dlm membesarkan insan istimewa.

Kata Tunku Mona Riza pada Julia melalui FB Chat: 
"Sayang sekali, masyarakat umum Tak Mahu ambil peduli mengenai autism , hanya segelintir Saja Yang nak Tonton. Kebanyakkan Yang pergi support adalah keluarga yg punya Anak autism sendiri .. Itu Tak mencukupi."
Redha akan berhenti tayangan pada Isnin akan datang...jom semua. Sokong filem ini !


Lihat cerita ini sambil teringat anak sendiri...Qaiser ilman