Julia Johari: March 2016
Booking.com

Awak Terima Kasih! Nah Bunga!


Awak, bunga ni cantik kan? Cantik macam kawan-kawan julia tengah baca ni, awak tahu tak, awak semua sangat berharga bagi julia, tak kira siapa pun awak, blogger ke, silent reader ke, stalker ke, apa-apa je lah, selagi awak setia baca blog saya, nah saya hadiahkan bunga ni kat awak! Amiklah...

Bunga Kekwa ni fresh from Taman Lavender Genting Strawberry Park tau, bukan bunga tipu2, ni sungguh2 ada kat sana, cantikkan awak! Awak saya suka tgk bunga, macam-macam kaler kat sini, itulah simbolik dalam persahabatan, ada macam2 kaler dalam persahabatan pun tak kisahlah walaupun kita tak pernah berjumpa, saya selalu hargai awak2 semua... :D

Gambar frame ni julia snap dalam sebuah kedai gambar di Genting Highland, cantik kata-kata ni kan...rasa lega je bila baca dan bayangkan...macam tu lah saya gembira dengan korang yang setia komen dan baca cerita saya... ^___^



Awak semua, khas untuk persahabatan rakan-rakan gegirl dalam alam maya julia hadiahkan bunga ni semua kat awak, amiklah...sebenarnya kita tak sabar nak update entry kisah holiday di Genting Highland dan Genting Highland Strawberry Park!

Itu sebab saya kutip bunga ni nak kasi korang semua lah, cepat baris! hehehe

Kacang Pool Haji Larkin Johor Bahru Tak Sedar Aku Menambah Lagi !


Cerita episod makan hari ini, perghh kalau cerita bab makan paling laju menaip si julia tu lah, ye selain minat aku suka travel, suka explore hotel bajet seluruh Malaysia, perkara ketiga aku minat ialah MAKAN ! Aku punya peel ni jenis suka cari restoren asal, kalau dipaksa suruh makan restoren cawangan aku mula lengah-lengahkan hahaha tau sebab apa? Sebab aku suka test food pertama kali di tempat asal, so kalau di tempat asal tu sedap, aku leh nilai pi makan kat cawangan dia pada masa akan datang, lagi pun ramai cakap semua dah ada kt KL, Putrajaya kan...

Pertama Kalinya...
Yes, awal bulan Januari 2016 aku ada ikut suami outstation perihal perniagaan bas persiaran dialah, itu aku suka membontoti, eh betul ke ayat aku tu hahaha maksudnya mengekor la suami kat mana-mana time weekend...ke Johor Bahru, bangun pagi, terus aku cakap kat suami nak makan Kacang Pool, nak jugak! Tak mau cawangan2 hahahha cis susah siapa kawan dengan aku ni jenis memang kalau nak, mesti nak sampai, tapi tak ada lah menyusahkan orang.

Nak ke sini senang je, korang pasang Google Maps, atau waze, mudah je. Masa ni waktu pagi jam 10 rasa, orang dah penuh, semua penuh! 


Cawangan di area Larkin JB juga, kami survey yang cawangan punya tak ada orang, orang semua pi dekat restoren asal, see nampak tak taring kedai asal, memang ramai yang suka gerai asal, aku tak pernah makan cawangan, next time lah ye

Taktik!
Aku cakap sabar, kita turun dulu buat usya2 tempat, sebenornya ramai yang dah habis makan tapi boraknya sampai esok tak mau balik, ish ish, so suami dah berbaris order set kacang pool sama roti benggali besaq tu, aku dengan pakcik suami dan Qi serang tempat duduk geng borak hahhahahha aah aku tak malu nak tanya, lepas ni korang nak order lagi ke, kalau tak nak cop duk sini...dan dan belahhhhhh hahahhahaa...see!

So dapatlah port depan gerai pakcik haji kacang pool, serius aku dah terbau roti bakar benggali tu dari jauh, dan selama aku hidup ni TAK PERNAH MAKAN KACANG POOL, SO AKU TAK TAU NAK NILAI !
Nampak tak Pak Haji Kacang Pool belakang suami julia tu, alaa yg pakai kopiah berbaju belang biru oren, itulah dia, peramah wehh, pak haji tu rajin sapu meja kami sambil senyum je, cair aku tau tauke kedai sanggup turun sapu meja depan restoren dia, perghh terus aku tunduk hormat kat dia...cayalah!

Harga Satu Set Berapa?
Presentation sangat win, oh rupanya ada telur mata atas set hidangan ni kan, harga tak mahal tau, 1 set ni RM6 sahaja,  roti tu kalau nak add on sekeping RM1.50 sahaja murah kan dah la tebal...bagi aku tak kenyang sekeping roti tebal tu hahaha

Perah limau nipis tu dalam hidangan, gigit cili hijau tu dalam kuah kacang pool, aku rasa dah terbang dekat Delhi, dah terbang kat India, hahahaa aku tak tau kenapa rasa terus terbang ke sana bila makan, sebab sejarah asal kacang pool ni pun aku tak tau dari mana, tapi firasat aku mengatakan mesti asal dari makanan orang sana...rasanyalah!

Suami dan Qaiser ilman, Qaiser ilman dan Walidnya kami bertiga memang sama2 tak pernah rasa kacang pool haji ni, so Qaiser ilman tu suka telur mata, itu je yang di makan hahahha

Pakcik suami dan Qaiser ilman, kemahen Qi kan muncung tengok nasi lemak depan mata, dia memang perut orang melayu, mesti nak nasi tak kira masa, bagi roti boolayan hahahha

Tudiaaaaaaa, sekali colek yang ke berapa kali dah ni, rasa kuah pekat, rasa kuah kacang pool tu nikmat tak terkata, memang bagi 10 bintang tau, satu set ni kenyang sampai tengahari makan, pua shati dapat gigit cili hijau tu dengan telur mata, arghhhhhhhhhhhhh sekarang masa menaip rindu nak makan asal Johor punya.



Lihatlah dunia, ada orang tu kan segan nak pi beli roti benggali kedua, bangun pelan2 dari tempat duduk pi beratur beli roti kedua sebab nak habiskan kuah kacang pool yang berbaki sayang....hahhaha licin, ni tandanya sedap tak terperi! Syok!

Kedai Kacang Pool Haji 
No. 3, Medan Selera Larkin Bomba, Susur 5 Jalan Tun Abdul Razak
80350 Larkin, Johor, Malaysia

KETAHUI 10 KESAN EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM BERI EFEK KILAUAN BERCAHAYA PADA WAJAH SAYA !



Dengar sahaja EPHYRA, memang terkenal di media sosial dan di media cetak waktu kini. Di billboard utama hiway Utara - Selatan sekarang ini pun julia selalu perhatikan iklan EPHYRA ini semakin gah di mana sahaja. EPHYRA, korang pun tahu kan julia dah amalkan produk ephyra sejak setahun yang lalu. 

Start bulan Mac 2015 sehingga Mac 2016, setahun sudah ulang tahun pertama julia bersama EPHYRA, dan menariknya baru-baru ini pihak Oceanlife2u telah melancarkan produk terbarunya Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum iaitu serum pertama keluaran Oceanlife Marketing Sdn Bhd dibawah jenama Ephyra. 

APA BEZANYA SERUM EPHYRA DENGAN SERUM DI PASARAN?

Korang pasti tertanya-tanya, apa istimewanya serum ephyra? Ephyra Skin Nano menggunakan Teknologi Nano yang dipatenkan di Switzerland, serum ini telah teruji dan terbukti secara klinikal dapat memulihkan kulit yang rosak dan mengembalikan kulit yang cantik berseri. Haa, bukan calang-calang serum ini dihasilkan.

BEBAS dari sebarang bahan kimia, merkuri dan hydroquinone serum ini sangat senang meresap sehingga ke lapisan paling dalam kulit dan tidak berminyak. Gabungan formulasi bahan antioksida iaitu Arbutin Semulajadi, Gluthathione, Vitamin C dan E mampu mencerah dan menaikkan seri wajah. 


BAGAIMANA TEKNOLOGI NANO BERI KESAN KEPADA KULIT ANDA!

Teknologi Nano adalah teknologi terkini dan sangat popular dalam bidang kecantikan. Teknologi ini menjadikan partikel serum Ephyra sangat kecil sehingga mudah meresap untuk masuk ke lapisan kulit yang paling dalam. 

Partikel serum yang telah meresap akan memulihkan struktur dalaman kulit dan menjadikan permukaannya anjal dan tidak berminyak. Ini yang julia rasakan sewaktu seminggu pertama amalkan serum nano ephyra. 

Manfaat kepada kulit :

MEMULIHKAN: Mengembalikan dan memulihkan keanjalan kulit secara luaran dan dalaman bagi menghasilkan kulit wajah yang lembut, cerah dan sihat berkilau serta bersinar. Ia turut memperbaiki kulit wajah agar tampil lebih bersih, tegang & muda. 

MEMPERBAHARUI: Menyerap jauh ke dalam sel kulit dan menjadikan proses pembaharuan sel kepada tahap maksima. Untuk hasil kulit yang anjal, lembut, dan tampak bermaya. Kulit akan menjadi lebih cantik, cerah dan sempurna.

MELINDUNGI: Melindungi kulit wajah dari kerosakan akibat sinaran radiasi UV dengan cara meneutralisasi proses antioksida. Serum ini turut mengurangkan radikal bebas dan melawan tanda penuaan dengan menjadi agen anti-oksida yang sangat berkesan. Ia mampu mengembalikan Vitamin E kepada kulit.



Julia SEBELUM & SELEPAS
1 MAC 2016 - 16 MAC 2016!
(16 hari)


10 KESAN NYATA EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM PADA WAJAH JULIA SELEPAS GENAP 1 BULAN PENGGUNAAN!

1. Mengecutkan jerawat - cuaca kering, julia pun tak terlepas dari jerawat halus dan besar waktu time period, muka jenis oily selalu basuh dengan ephyraskinbar, pelembab jarang guna sebab guna bio oil je ganti kulit kering, sekarang guna serum ni 2 in10 faedah julia dapat melembab dan penghapus jerawat dari naik besar!

2. Menghilangkan parut jerawat & jeragat - siapa cakap kulit muda tak ada parut jerawat, ada lah, tak kira yang suka makeup ke tak suka makeup ke, parut ni memang nampak kesan pudarnya bila julia guna almost sebulan.



3. Menganjalkan & menegangkan kulit wajah yang kendur - SERIUS! Julia pertama kali sapu serum nano ephyra ni, bangun pagi je wajah rasa anjal dan rasa licin je tu yang belek cermin lama-lama hahaha


4. Menghilangkan bintik – bintik hitam - siapa rajin guna rangkaian ephyraskinbar dan guna sama dengan serum ni pasti rasa kagum tengok sekitar wajah bintik hitam mulai pudar. Julia dulu banyak bintik hitam dan putih atas hidung, sekarang tak ada lagi!


5. Mencerahkan kulit kusam - Betul! Serum nano ni memang seimbangkan tona kulit yang kusam, bila julia guna almost 1 bulan, perghhh nak makeup pun tak payah tebal tau, hanya guna compact powder, lipstik dan eye liner sahaja untuk dapat efek seakan makeup flawless awwwww!


6. Memperbaiki tona kulit tidak sekata - Musim Panas Ekstrim! Sekarang ni cuaca panas sangat, efek kepada wajah tu semakin dirasai, bila sapu serum ni dia leh lindungi wajah secara alami tau.




7. Mengekalkan kelembapan wajah - SERUM PALING LEMBAB! Wajah julia ni selalu ikut hormon, terkadang mai hormon tak menentu terkadang kulit terlampau kering dan terlampau berminyak, ini julia selalu hadapi bila cuaca dan hormon mood yang kurang stabil, terkadang guna bio oil untuk elak kering, tapi sekarang tidak lagi, hanya amal serum nano ephyra ni julia dapat kelembapan yang diinginkan!


8. Menghilangkan lebam bawah mata - Selalu sangat tau dapat PANDA EYE, bengkak bawah mata tu dah mcm sejak azali macam tu, at least bila sapu serum nano ephyra ni nampak kesan tu lately ada perubahan sikit demi sedikit.


9. Merawat kulit terbakar (sunburn) - Melindungi dari kesan sunburn terlampau...baik guna sebelum sebarang aktiviti outdoor ye kawan-kawan.


10. Memberikan efek kilauan pada wajah - Hahahaha kalau julia cakap YA korang PERCAYA TAK? Haaaa efek kilau tu kita leh nampak bila kita dah amal secara rutin serum ni, maksud kilau tu adalah efek yang orang nampak natural dari dekat dan jauh, itu yang dikatakan kilauan, nampak bersih dan licin, tu yang berkilau2 tu bukan kilau kulit berminyak ye....contohnya macam gambar julia kat bawah....kilauuuuuuuuu tak kawan-kawan hahhaha.

Inilah rahsia julia yang perlu anda ketahui!
EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM 
beri efek kilauan pada wajah saya!
20 Mac 2016
(20 hari)



Terkini
30 Mac 2016
(30 hari)
(Makluman: Semua gambar di atas tiada unsur editing gambar dibuat, semuanya 100% asli dengan menggunakan pencahayaan dalam bangunan dan luar bangunan serta di upload secara jujur, alhamdulilah)

Komen julia, tekstur dalam serum ni sangat cepat meresap, dan praktikal dibawa ke mana sahaja sebab ia kecil untuk di semat dalam handbag. Lepas waktu solat boleh apply bila-bila masa dirasakan perlu dan hanya solekan tipis sahaja sudah memadai untuk nampak lebih anggun, time cuaca kering atau lembab, atau banyak melakukan aktiviti outdoor lepas ni tak payah ragu lagi, ada Serum Nano yang melindungi kita dari akar umbi lagi ! Yeay!

Nak beli, apa lagi grab harga promosi sekarang...murah berbanding harga asal. Butiran lanjut dibawah:

EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM
15ml

Harga Asal:
RM 88 (Sem.Malaysia)
RM 92 (Sabah/Sarawak)


Harga Promosi:
RM 68 (Sem. Malaysia)
RM 72 (Sabah/Sarawak)

Sesuai untuk semua jenis kulit.

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum boleh dibeli secara online melalui www.oceanlife2u.com 

Juga boleh didapati di semua rangkaian pengedar sah Ephyra termasuk Brunei dan Singapura dan terdapat juga dia farmasi terpilih serta kedai/took jamu.

Facebook : www.facebook.com/oceanlife2u
Website : www.oceanlife2u.com
Instagram : @ephyra2u

Whatsapp ke HOTLINE :  

013 - 6327333

Apa Hadiah Birthday Surprise Girl 26 Mac 2016?


Apa Hadiah Birthday Surprise Girl 26 Mac 2016? Eh sebelum aku bebel panjang, julia nak ucap jutaan terima kasih yang wish my birthday dalam FB, IG, Twitter dan dalam Blog ni haaa, tak sempat aku nak reply satu2, terima kasih tau, aku baca aku terharu korang wish.

Haaa sehari sebelum 26 Mac tu suami dah bagi hadiah, dia plak teruja nak kasi, aku kan suka nyakat siap tanya pe la hadiah besday wife dia tu kan, muahahhaaha aku memang suka nyakat, tapi aku bukan maksudkan pun nak! Nyakat cara aku mcm suka gurau kasar kan, kalau sehari tak gurau bukan julia le tu, kalau moody aku tak suka buat sehari, aku main jam je, cukup moody aku tamat dah esok tak sambung, jenis happy go lucky cam aku suka cari port yang boleh mengembirakan hati, macam update blog pun sama.

Aku tau, hadiah bukan tandanya kita semua bersikap meminta atau materialistik, tapi lebih kepada satu penghargaan bagi sang penerima, bila tetiba terima gift cam ni, apa ko rasa? Surelah kembang manjang senyuma tu yek hahahhaa, aku up entry ni bukan KES nak MENUNJUK...tp lebih kepada penghargaan dari suami sebenarnya.

At least, selain ucap jutaan terima kasih, aku buat tanda dalam blog ni supaya satu hari nanti kot2 aku dah tak ada, anak atau suami leh baca balik betapa aku menghargai mereka apa sahaja.



Alhamdulilah, rezeki, purse besar mendalam maksudnya, berbelanjalah dengan cermat hahahaaahhaha faham ke idok? Haaaa simpan elok2, guna elok2, anggap hadiah ini satu pelaburan juga untuk masa depan, Terima kasih segalanya Encik Hubby! ;)

48 Hour's Julia Travel Again Yey!





Seriusly, I cant KEEP CALM hahahha lagi 10 minit nak bertolak ke destinasi, esok my birthday 26 Mac 2016, semoga dipermudahkan. Terima kasih wish my birthday! Nak tau dimana destinasi dekat percutian sempena birthday julia kali ini, dont forget stalk in ig and fb...bye!
Mmmmuahhh!

PAY DAY! PAY DAY! PAY DAY! PAY DAY! PAY DAY! EPHYRA Party!

Inilah rahsia tuan tanah setelah genap setahun setia dengan Ephyra. Helluuu i tak edit gambor ni beauty apps ke, cantik apps ke, ni original amik kat tepi tingkap, so pencahayaan semulajadi di pagi hari...tak baik mentipu edit2...kang orang jupe ko depan2 tak ke malu...not me la...

Haaa jangan ketinggalan, hari ini ulang tahun pertama julia setelah genap 1 tahun dengan jayanya amalkan produk Ephyra. So julia nak belanja korang kasi harga combo set nak tak?

Harga Biasa RM88 
Harga Promo RM68 
+



Ephyra Skin Nano + Ephyra Skin Bar ONLY RM107 sahaja!
FREE POSTAGE!!! Ulang suara FREE POSTAGE!!! 
Julia belanja POSTAGE hehe 

TAPI....NAK LAGI BERBALOI !!!! NAK LAGI MURAH KAW KAW MURAH!
Ajak kawan ke, mak ke, saudara ke, sepupu ke, bos ke, mertua ke, adik beradik ke beli sama combo ini, korang dan partner korang hanya bayar only RM100 sahaja...RM100 sahaja untuk set combo ini sekali FREE POSTAGE. Whoaaaaaaaa!

Contoh senang faham:
Beli individu - RM107 (FREE POSTAGE)

Ajak Kawan - RM100 (FREE POSTAGE)
Diri Sendiri - RM100 (FREE POSTAGE)
Kos tanggungan julia RM13 setiap seorang KIRA DISKAUN!

Next month kalau nak repeat dengan julia, aku ikat harga mati ni khas HARGA TETAP RM100 sahaja bagi mereka yang order hari ini sahaja!!!

Order esok yilekk....hoorayyy julia belanja RM13 tu khas !

Open order untuk hari ini sahaja! esok lusa minggu depan harga back to normal exclude postage tau....pm 013-6327 333 @ pm inbox FB. Thank you!

Elle Zada x Sam Syatilla Projek Kolaborasi Raya 2016 | Ini Barulah Champion !


ELLE ZADA! Woww, sebuah nama yang sedang gah dipersada arena media sosial sekarang. Kualiti premium tapi harga mampu milik membuatkan ramai yang ternanti-nanti apakah Projek Raya Elle Zada x Sam Syatilla 2016 nak uar-uarkan? Haaa jangan tak tahu Butik Elle Zada ada rekaan untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak dan kebetulan julia terima jemputan melalui KBBA untuk melihat sendiri busana yang digayakan oleh CEO ELLE ZADA dan duta SAM SYATILLA pada 20 Mac 2016 yang berlangsung di Ballroom Grand Milennium Hotel Kuala Lumpur.  

Projek Kolaborasi Elle Zada dan Sam Syatilla Khas Buat Anda!

Ya anda yang sedang baca ni.... untuk pengetahuan kalian semua, dalam projek raya tahun 2016 ini ELLE ZADA dan Sam Syatilla membuka kolaborasi kepada masyarakat umum untuk bersama menjayakan kempen pemasaran "KELUARGA BISNES" dengan menawarkan pulangan keuntungan sebanyak 20% dengan bermodal sebanyak RM150 sahaja! 

Gila murah tawaran ni, nak jadi bisnes women, bisnes men ke sekarang tak susah dah, only join kolaborasi ini kita leh dapat banyak benefit secara tak langsung waaaaaaa.

Paling julia terkejut bila mengetahui projek ini menerima lebih daripada 6,000 permintaan menjadi keluarga bisnes dengan lebih 1,200 daripadanya sudah berjaya mendaftar. Wahhh! Laris sehingga sekarang!

7 SEBAB MENGAPA ANDA WAJIB SERTAI KOLABORASI INI?
  1. Kolaborasi jenama fesyen paling hangat antara ELLE ZADA dengan Shaheizy Sam & Syatilla Melvin!
  2. 50 billboards bakal mengaum seluruh Malaysia! Anda tinggal nak menjual sahaja! Brand awareness dah power.
  3. Liputan besar-besaran satu negara di TV, Majalah, Newspaper dan Radio!
  4. Kami menyediakan training bisnes PERCUMA
  5. Support sistem yang teratur & efektif!
  6. Banyak event menarik diatur & anda akan dijemput khas!
  7. Pengalaman & peluang yang sangat hebat! Rugi kalau tak sertai!
KELEBIHAN PRE ORDER
Semasa tempoh pre-order, semua item yang dipromosikan layak mendapat potongan RM20 dari harga asal. Produk memang pasti akan dapat, kalau tungu masa puasa baru nak beli memang boleh tak dapat beli sbb sold out.

Syarat untuk dapatkan potongan adalah melakukan pembelian melalui agen.

Harga Pakaian Lelaki
NO
KOLEKSI
HARGA ASAL
HARGA PRE-ORDER
1.
Baju Melayu
RM189
RM169
2.
Jubah
RM189
RM169
3.
Kurta
RM129
RM109

* Baju Melayu tidak termasuk kain songket & butang baju Melayu
* Jubah tidak termasuk butang

Harga Pakaian Perempuan
NO
KOLEKSI
HARGA ASAL
HARGA PRE-ORDER
1.
Baju Kurong
RM209
RM189
2.
Jubah
RM199
RM179
3.
Abaya
RM229
RM209

Majlis kolaborasi ini dihoskan oleh Heliza Helmi dan Nik...siapa tak kenal kan penyanyi muslimah Heliza tu, julia pertama kali jumpa beliau depan-depan dan melihat dia sendiri mengayakan busana dari ELLE ZADA bersama temannya Nik sungguh menawan, mata julia tengok tang lengan tu haishhh lawa sungguh!

Dirasmikan oleh....
Majlis ini dirasmikan oleh Dato' Normaziah & Dato' Zaini Tahar yang memberikan ucapan sepatah dua kata, paling terkesan ucapan beliau ialah "Saya suka akan MASALAH, MASALAH adalah satu PELUANG"

See! Betapa semangatnya mendengar ucapan dari usahawan berjaya ini...


Persembahan Montaj, KLIK VIDEO!



Persembahan Gimik dari 
Kumpulan Bar-risan!

Julia duduk betul-betul depan kumpulan ini, mereka semua mengayakan baju raya keluaran Elle Zada x Sam Syatila 2016, tujuan utama nak pertontonkan bahawa baju raya Elle Zada ini tahan lasak dan tidak mudah koyak! 

Serius tak ada satu pun ternampak koyakkan setelah kumpulan ini buat macam-macam persembahan atas palang ni tau, huh hebat material baju ni!

Sesi sidang media dan preview koleksi 
"Projek Raya Elle Zada x Sam Syatilla 2016"

KLIK untuk full sidang media dari CEO ELLE ZADA x SAM SYATILLA

Jom saksikan Koleksi Raya Elle Zada 2016 dari Sam Syatilla, semua menarik!

Harga yang ditawarkan juga adalah sangat berpatutan yang mana koleksi premium bermula dari RM150-RM250 mana koleksi premium ekslusif dari harga RM299-RM599. Koleksi yang bakal dikeluarkan ini adalah dari fabrik yang sangat berkualiti dan premium. 

Elle Zada x Sam Syatilla - Couple Set


Elle Zada - Shaheizy Sam

Elle Zada - Syatilla Melvin

'Sediakan pakaian kemenangan, Fokus Ibadah Ramadhan' 
Design yang diadun antara Sam Syatilla bersama Elle Zada ini mempunyai keistimewaan tersendiri kerana dalam masa terdekat ini akan memasarkan lebih daripada 60 koleksi baju raya yang merangkumi baju kurung moden, abaya, baju melayu, kurta, jubah wanita dan lelaki dengan bertemakan  'Sediakan pakaian kemenangan, Fokus Ibadah Ramadhan' 


 Wahhhh kagum! Julia sendiri tak sabar nak miliki 1 ke dua pasang baju raya dari Elle Zada, lihat Sam Syatilla gayakan huhhh rasa macam tak sabar nak raya dah hahahha ini barulah champion!!!!!!


Ini barulah champion!!!
Kami dari Kelab Blogger Ben Ashaari tak putus-putus memuji koleksi raya Elle Zada x Sam Syatilla ni tau, masing-masing sudah ada warna dan design yang disebut-sebut tudiaa.

 Tak sabarnya nak raya dengan Elle Zada so sekarang julia dan korang semua dah boleh buat pre order mulai sekarang apa lagi jangan tunggu lama2, habis stok jangan cakap julia tak payung! Hehe

INGAT BELI DENGAN AGEN SAH SEKARANG DIBUKA UNTUK PRE-ORDER!
Tempoh Pre-order adalah mulai sekarang dari 
20 Mac 2016 sehingga 30 April 2016 sahaja.

Setiap item yang di-order akan mula di pos secara berperingkat bermula dari 1-8 Mei 2016, bergantung kepada kesediaan stok.

NAK DISKAUN!!!!

Maklumat lanjut hubungi....

ELLE ZADA PRINCIPLE BOUTIQUE
YOUR TUDUNG LABUH EXPERT!
No 12 & 12A Ground Floor Dataran Wangsa 1,
Dataran Wangsa Melawati, 53300, Kuala Lumpur.

Pendaftaran Kolaborasi Projek Raya ELLE ZADA x SAM SYATILLA 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com