Monday, December 19, 2016

ShopBack Beri Pulangan Wang Tunai Selepas Melakukan Transaksi Shopping Online Wow!


Pernah terfikir tak sambil membeli sebarang belian online boleh perolehi Duit Ganjaran? Menarik bukan? ShopBack lah jawapannya yang julia nak kongsikan kepada korang semua hari ini. 

Di ShopBack, sambil kita nak beli apa sahaja barang yang kita kehendaki, wang yang korang beli tersebut akan di kira untuk dapat pulangan Cash Back dalam bentuk komisen woww teruja rasa. 

Lebih 500 outlet online!
Kedua, pernah alami tak dalam satu masa kita nak buat pelbagai tempahan online kita kena klik banyak browser (paparan baru) dan adakalanya website berkenaan loading dalam keadaan slow. 

Pernah kan, di ShopBack semuanya dalam 1 website. Terdapat lebih 500 outlet online yang boleh kita buat pilihan dan semuanya dalam satu rangkaian yang sama...ShopBack yey!


Tawaran pulangan tunai? Betul ke...

Julia pada mulanya terfikir dan tak percaya, betulkah website ini berkata begitu. Betul ke kita shopping online tapi boleh dapat pulangan tunai ‘Cashback’? 

Setelah julia buat penelitian dan baca pelbagai review di Google, ternyata ia betul! 

Bagaimana caranya nak daftar, haa dibawah julia sertakan tutorial cara dan beberapa langkah mudah untuk korang realisasikan impian korang sambil membeli dapat kumpul wang tunai yahoooo!



Daftar ShopBack / Signup

Selepas korang telah daftar akaun ShopBack, korang akan dapat melayari pelbagai saluran dari pelbagai kategori antaranya Fesyen, Perjalanan, Makanan & Minuman, elektronik, gaya hidup dan lain-lain. 


Bagaimana ShopBack berfungsi?

LANGKAH 1: Pilih dari lebih 500 peniaga dalam talian di ShopBack. Kemudian pilih dari banyak-banyak online stores tu korang nak survey yang mana satu. Kalau ditanya julia of course julia suka survey klik link AirAsia, Guardian, dan Booking.Com


Contoh gambar di bawah julia sendiri suka berjalan, sudah semestinya carian Booking.Com pertama dulu. Nak survey hotel murah 2017. Medium ini bukan setakat ada Booking.Com je tau, ada pelbagai rangkaian lain yang boleh digunakan untuk kita buat tinjauan perbandingan harga dan tarikh yang bersesuain dengan bajet semasa kita. Mudah, tak perlu buka banyak website, hanya ShopBack semua ada dalam satu website.





LANGKAH 2: Pembayaran ke web peniaga.
Sebaik sahaja anda telah memilih kedai online contoh macam gambar dibawah julia pilih saluran kedua LAZADA, kemudian lepas pilih barangan yang julia kehendaki, julia terus klik pada pautan "Beli Sekarang" dan pembelian tersebut akan membawa korang terus ke laman web rasmi kedai itu sahaja. Mudahkan.





LANGKAH 3: Dapatkan cashback.

Setelah pembayaran dibuat di laman web peniaga online, rebat tunai secara automatik akan dimasukkan ke dalam akaun ShopBack korang dalam masa beberapa hari sahaja tau.

Wang tunai (cash back) tersebut boleh bertukar menjadi "ditunaikan" melalui transfer ke akaun bank tempatan korang. Wah, sambil bayar sambil dapat komisen ! Siapa tak nak kan!


Kelebihan ShopBack

Sekarang ini dah tak perlu bersesak-sesak cari parking, berpanasan dan berhujanan cari barang, korang sedang bekerja tak ada masa nak belikan barang keperluan untuk keluarga atau punya orang tua yang perlu barang urgent dan berada dikawasan yang jauh dari korang pun tak menjadi masalah, ShopBack kan ada.

 Sambil bekerja, bercuti dan dimana sahaja pun korang berada semua masalah korang boleh diselesaikan dengan klik  ShopBack

Jom Shopping Sekarang, Jangan Lepaskan Peluang Keemasan Ini !

13 comments:

  1. saper yg slalu shopping online , mmg syok ni...bole dpt duit blk kn...mcm juju yg slalu stay otel pn syok gk dpt cashback juga

    ReplyDelete
  2. wahh untung kalo shopping online gini

    ReplyDelete
  3. Memang best. pernah buat entri pasal ni n dah cuba. boleh buat duit plak tu. hehehe. syiok

    ReplyDelete
  4. kita br teringat x cashback lg duit dr shopback...hihihi...ok2...nk click2 sat

    ReplyDelete
  5. wahhh menarik ni, dgn hanya shopping online boleh dpt cash. sangat berbaloi! skrg jugak nak daftar.

    ReplyDelete
  6. Akak dah daftar dan dah bershopping guna shopback dah pun. Bab online shopping je pantasss hahahha

    ReplyDelete
  7. selalu dengar.. tapi tak pernah try lagi. hehehe

    ReplyDelete
  8. Wah shopping..best ni..harga pun leh tahan murah lg best siap dapat cashback.

    Yanieyusuf.com

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)