Sampai dah parcel yang julia beli online dari Lazada Malaysia. Sebenarnya dah sampai hari Jumaat lepas, hari ini baru ambil parcel kat pejabat. Alhamdulilah cepat betul sampai, baru order minggu yang sama, minggu tu juga sampai, cayalah Lazada ! By the way ramai yang dah tau kan #periukdoraemon julia yang dulu dah rosak, lampu tu tak boleh on off, so dah try dua ke tiga kali tetap lampu tu blow, sedih gak la, tapi apa nak buat kan barang elektrik ni kalau dah guna 3 tahun ke atas biasanya gini lah pengakhirannya...sayang memang sayang sebab yang dulu banyak jasanya sejak Qaiser ilman baby lagi guna sampailah umurnya dah masuk 4 tahun lebih.



Harga... 
Murah bagi julia la, RM45.90 harga asal, tapi dapat diskaun kawan pejabat bagi voucher so tebus dapat lah harga RM34.90. Jimat betul tau alhamdulilah ni lah nama yer rezeki.

Besar ke kecik
Besar tau...1.3 liter dia tulis kat kotak tu, memula buat pemilihan banyak kriteria gak lah tengok...sekali sampai haaaaaa molek bulat dan dalam periuk doraemon kali ini. Tapi size dia di luar tak adalah besar sangat just nice dan comel sangat.

Warna purple, aku suka warna ni, nampak sejuk di mata.


Inilah barang-barang yang disediakan dalam periuk ni, 2 layer. Dalam tau periuk tu, kalau nak masak sup lebih buat makan tengahari dan malam mudah lah sekarang kalau kerja lebih masa kan...kadang-kadang jer rajin on periuk doraemon...bukan selalu hehe.

Gambar ihsan dari Lazada Malaysia

Periuk ni memang asal Made in China, bagi julia yang dah guna buatan China ni not bad juga ketahanannya, janji kita kena rajin lah guna cermat, mesti tahan lama 3 tahun lebih tu dah kira terbaiklah. 

Yang dulu agak segi empat, sekarang bulat dan tinggi...warna dark purple...tetap ungu dimata hehe

Keistimewaan kali ini yang julia suka pada periuk doraemon ni sebab ada tingkap cermin ni, haaa masa nak masak nasi atau lauk dah tak perlu buka dah penutup tu, just intai je tengah2 tudung ni...yeyyy memudahkan kerja.

Besar tau isi padu periuk doraemon julia kali ini, ibarat macam boleh makan ramai kalau setakat 2-3 orang tu masak lauk atau panaskan lauk kan.

Ada dua pilihan warna...mata julia suka warna terang dan galak...so purple pilihan hati.


Julia dah cuba on semua condition ok, bunyi tak kuat pun tau sama macam periuk doraemon julia dulu dan sekarang live ni sedang steril semua perkakas dalam tu, sangat penting sebelum nak guna pastikan korang steril dua dalam 2 kali dengan air biasa. Biar dalam 15-20 minit. Lepas dah steril semua baru boleh cuba masak ye.

Masak guna #periukdoraemon sekali sekala beri kepuasan pada julia sebenarnya...menu ringkas dan mudah janji kenyang, mudah bawa travel dan dimana sahaja. Oh lagi satu kepala plug tu 2 pin ye korang kena pakai plug socket macam gambar diatas.

Okey nak beli, mudah je klik Lazada Malaysia
TAIP ruangan search
'SmartDevices 2 Layer Multi-functional Electric Stainless Steel Lunch Box(Purple)'
Kemudian ikut arahan untuk buat pembelian online, mudah dan sangat cepat terima tau. 
Okey esok nak masak apa ye hmmm tungguuu :)

PREVIOS ENTRY↓↓↓↓↓
  1. Part 1: Mula Terjebak Beli Periuk Doraemon Setelah Menonton Video
  2. Part 2: Percubaan Masak Sendiri Di Pejabat Menggunakan Periuk Doraemon
  3. Part 3: Mudahnya Memasak Dimana Sahaja Dengan Multifunctional Mini Electric Cooker/Steamer
  4. Part 4: 11 Menu Mudah dan Panduan Penyimpanan Bahan Mentah ke Pejabat untuk Stok Seminggu (4x sebulan)
  5. Part 5: Umpatan Positif Periuk Doraemon
  6. Part 6: Kenapa Reka Nama Periuk Doraemon

17 Comments

  1. tercari cari gak..sebab kt kedai lektrik takdak. tenkiu kak juju ! nak belliiii

    ReplyDelete
  2. kak, update resepi baru kak. saya ada guna jugak masak kat office tapi kadang2 tak ada idea nak masak apa dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dik...rujuk link previous entry kat atas...sis dah sertakan pelbagai resepi guna periuk doraemon ye.

      Delete
    2. memang resepi akk ni jadi reference. semua da cuba da kak.. hehe

      Delete
  3. fobia hari tu tak habis lagi ju..hehehe.. tapi memang lama dah dok berkenan nak beli seketoi..heee

    ReplyDelete
  4. Kita beli pun dulu sebab tgk kat blog kak juju...mcm best ja

    ReplyDelete
  5. Agak2 bole ke bawa g oversea ehh. Ermm kalau bole mesti bole dptkn satu nii.

    ReplyDelete
  6. dpt rege murah tu mmg sesuai sgt juju bli

    ReplyDelete
  7. wowww..dh ade periuk doremon baru la..dpt beli murah plak tu..xsbr ni nk tggu resepi2 dr periuk doremon ju lg

    ReplyDelete
  8. tu diaaa, periuk doremon juju dah mai, ari ni masak pe? sat gi zie dtg jln kaki opis jue..hahah

    ReplyDelete
  9. Lama dah teringin nak beli.. asyik x terbeli jee.. huhu

    ReplyDelete
  10. saya pun dah beli kat lazada dalam pertengahan tahun..saiz 1.3L..sangat berguna
    http://jnjikita.blogspot.my/2016/06/kepentingan-lunch-box-untuk-para-ibu.html

    ReplyDelete
  11. Juju. Akak singgah sini.
    Points maybank nak expired.
    Tgh scroll what ti redeem, jumpa food steamer ala mangkuk doraemon Ju.
    Tu yg ke entry Ju ni hi hi...

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)