Keria Gula Melaka sekarang dah viral kat media. Makin ramai dah cuba buat, julia ni niat dah lama nak buat sendiri tapi faktor 'rajin' tu susah benor nak datang, maka nya suami julia dengan semangatnya beli ke semua bahan-bahan yang dikehendaki untuk merealisasikan keria gula melaka. 

Haaaaa, suami dah bersungguh tau...si isteri tu asyik lah bagi alasan, bang jap nak buat ini, bang jap nak masak nasi dulu...dah tuuuuu keria tu tak wujud-wujud lagi hahaha. 

Mudah je nak buat...
Sebenarnya tak susah pun nak buat Keria Gula Melaka ni, pejam mata anak kecik korang pun boleh join sekaki buat, mesti dia ingat umi tengah main playdoh di dapur hahahaha, yelah kena uli lenyek ubi keledek pastu bulatkan bentuk donut. 

Abang Qaiser ilman asyik lah dok puji dapur umi cantik la, dapur umi cantiklah...hahahha umi tauuuu puji ada makna...nak KERIA lah tuuu...okey-okey meh julia kongsikan resepi mudah ABC.

Tengoklah abang Qaiser ilman korang ni, rajin nak tolong umi nak pilih ubi keledek, ada pelbagai jenis warna ubi keledek tau, keledek putih, ungu, dan oren. Kali ini beli keledek oren dulu...next time nak cuba beli keledek putih dan ungu buat keria...hehe

Resepi Keria Gula Melaka
Bahan-bahannya:
Ubi keledek 
Tepung Gandum
Tepung Ubi
Garam sikit (uli)

Sira/Salutan Keria
Gula melaka
Gula pasir 
Air sikit 

Cara nak buat, keledek tu basuh bersih-bersih. Kemudian rebus sehingga ubi tu empuk, julia rebus dalam 40 min je. Kemudian buang kulit, lenyek dalam besen ke semua ubi keledek itu dengan jari atau menggunakan alat lenyek tu ada jual. Tapi julia just gunakan jari jemari untuk tambahkan kasih sayang dalam keria tu hehe.

Lepas tu masukkan lah ke semua bahan tu berselang seli...sampai dah boleh buat doh donut bulat.

Pastikan doh tak terlalu lembik sangat, kalau lembik nanti masa goreng keria dengan minyak akan serap dan menjadi lembik, so pastikan keria tu lebihkan gandum dan tepung ubi. 

Apa lagi jom main playdoh keria hahaha abam Qi cakap bulat-bulat-bulat hehehe

Julia goreng tak banyak keria, lebihan doh tadi tu julia simpan dalam peti ais, nanti bebila nak buat makan petang dah ada stok yey.

Lepas dah siap buat bentuk donut, terus goreng keria tu dengan api yang perlahan, jangan buka api kuat nanti keria lekas hangit dan kehitaman sangat. Sambil tu on kuali sebelah untuk buat sira gula melaka.

Caranya satukan gula melaka, gula pasir dengan air sedikit, kacau dengan api sederhana perlahan. Kacau sehingga pekat. Kemudian keria yang telah masak tadi terus dimasukkan ke dalam kuali sira ni dan golek-golekan dalam 1 min.

Tadaaaa! Siap. Julia buat versi besar-besar mudah nak makan sorang satu. Almaklumlah keluarga 3 orang je, so sekali makan ni kenyang tau. Kecik-kecik cili padi hehe.

Sesambil tu menu makan tengahari julia masak nasi lemak mak dara je u ols...sedap makan sampai ke malam haaaaaa haha mujur siang hari mengemas rumah dna berjalan aje...kalau tak ada aktiviti mau tidur seharian kan.

Mudah je kan nak buat kuih keria gula melaka, selamat mencuba korang!

9 Comments

  1. nampak elok jer bentuk keria ju buat..mmg pro lah baru 1st time buat terus jadi.,nanit nak try buat jugak la..;p

    ReplyDelete
  2. dkna ada kisah kuih keria antarabangsa waktu pergi melaka last week hahahahaa

    ReplyDelete
  3. tuuu diaaaa...akak pun kena penangan kuih keria jugak ke ni..haha

    ReplyDelete
  4. thanks resipi..nanti nak try buat jugak!!

    ReplyDelete
  5. Fuhh terliur tengok kak Juju punya kuih keria. Sedapnyaa :D

    ReplyDelete
  6. Wah, ni kuih keria yg viral kat melaka tu. x berkesempatan lagi nak merasa yg sera dgn gula melaka tu.

    Jemput baca blog saya Penawar Asma Pada Bayi

    ReplyDelete
  7. dapnye juju...suka keria tp kuih tradisional xpernh try wat lg hehe

    ReplyDelete
  8. Ntah bila laa baru ada kerajinan nak buat ni hehehe

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)