Jom Naik MRT Free Tiket ! | Julia Johari
Booking.com

Jom Naik MRT Free Tiket !


Korang dah naik MRT Malaysia? Bukan MRT negara lain tau...MRT Malaysia yang ada dekat bandar KL dan Selangor. Minggu lepas julia sekeluarga bersama ipar duai merancang trip jalan-jalan menaiki MRT tau sempena pembukaan pertama kalinya #jomnaikmrt pada tarikh 161216 cantik kan tarikh tu, tapi kami pergi hari ketiga semasa ia secara rasmi dilancarkan.

FREE Ticket MRT sampai bila?
Untuk pengetahuan korang, kalau tak ada apa-apa aktiviti nak berjalan ke mana julia cadangkan korang join trip menaiki MRT. FREE ticket sehingga 16 Jan 2017. Sebulan naik MRT free beb...tak nak ke bawa keluarga naik ramai-ramai hehe. Lagi syok naik MRT Malaysia ni masa hari bekerja (ambil cuti rehat lah kalau ada lagi) lagi memudahkan dari segi keselesaan ruang dan tempat duduk. 


Kami pergi hari weekend memang ramai lah orang tau, tapi serius best plak naik ramai-ramai leh tengok gelagat pelbagai masyarakat kat sana tau...lagi-lagi pelancong asing pun tak melepaskan peluang menyambut pembukaan MRT kali ini. 

Bas MRT
Julia sekeluarga dah naik bas MRT ni tau, ada banyak bas MRT, kami turun stesen lain dan cuba naik bas MRT ni tau, selesa lah dengan kemudahan yang banyak macam ini memang memudahkan pelanggan. Naik bas MRT pun FREE tau yeyyyy.

Hebat Malaysia kan.
Lihat gambar dibawah, satu family tinggalkan julia hahahha semua pakat naik ramai2 dah tak sabar nak naik MRT. Kami naik stesen pertama iaitu MRT Semantan tau, dari sini nak parking kami parking dalam Help Institut sebelah MRT Semantan ni rasa, parking dalam RM5 gitu. Still okey lah kan murah kereta selamat.


Bagi OKU, ada lif disediakan nak naik sini, tapi kami pilih naik tangga lah lagi cepat. Lagi satu leh bakar kalori hehehe

Memang semua baru, julia ada pengalaman banyak kali menaiki MRT Singapura, rupanya lebih kurang cuma disana ramai sekuriti yang menjaga tau. Mungkin sebab baru lagi di Malaysia so tak nampak lagi bayang sekuriti menjaga setiap sudut kawasan MRT ni...kalau kat Singapura masuk je stesen MRT dilarang minum dan makan kawasan sekitarnya tau...pernah kena tegur dulu disana...kat Malaysia ni tak tau lah hahaha kalau diamalkan lagi bagus...ada disiplin.

Nampak kan signage tu, PERJALANAN PERCUMA HINGGA 16 JAN 2017. Apa lagi kami ingat nak plan naik belah malam pula hehehe ada-ada je gelagat keluarga. Sebab tak puas meronda naik MRT kan dengan anak2 hehe

Julia perhatikan sudah ada harga dicatatkan di mesin tiket layan diri ni tau...jimat duit, tak mahal mana pun. 

Tudiaaa ramainya pengunjung...inilah Malaysia. Kami suka benda FREE maka ramailah orang nak datang mahu sama-sama merasai pengalaman menaiki MRT hehe.

Tak lama pun tunggu, dalam 5 min train MRT Semantan dah sampai...masa ni julia dapati manusia berpusu-pusu nak naik...sekuriti mungkin tak ramai nak jaga laluan masuk dan keluar...hmmm korang amalkan budaya beratur tau...please kita kan dah besar...pelan2 masuk...lagi-lagi yang ada anak kecil bagi laluan pada mereka dulu.

MRT Semantan - MRT Sg Buloh phase 1
Ramai tanya, julia semua laluan dah dibuka sehingga Kajang ke...ehh belum lagi tau (sila lihat warna bulatan hijau laluan biru tu) itu sahaja yang boleh jalan buat masa ini...untuk pengenalan MRT bermula dari Stesen MRT Semantan sehingga MRT Sg. Buloh je dulu...

Stesen MRT seterusnya belum dibuka tau...so kalau berhajat nak naik sila perhati dulu di kawasan mana terdekat dengan korang yang boleh naik dah. Jangan serbu MRTyang belum siap tau hahaha.



Korang boleh tonton video ni julia snap di MRT Semantan. 
KLIK ↓


Video MRT Malaysia is now open
KLIK ↓
Korang tonton video ni pasti faham dan rasa nak naik :)

Aksi umi dan Qaiser ilman hahahaha ada-ada aje kan sementara menunggu keretapi MRT sampai kami selfie gini hahaha melayan kerenah anak ginilah mak bapak pun kena jadi kebudak-budakan. Janji happy!

Nak nasihat, kalau masa korang naik jika ada berlaku apa-apa hal kecemasan macam train lambat, train stuck atau train apa-apa lah...tak perlu viral kan cerita yang tak baik tentang MRT Malaysia tau...biasalah perkhidmatan masih baru, masih banyak perlu di uji dan ditambahbaik dan kita-kita yang dapat naik free ni kena senantiasa positif, dan bagi sokongan pada mereka, ada sebab-sebab ia terjadi begitu tau. 

Simpan aib benda tak elok...kita belajar sebarkan yang bermanafaat je okey.
Tak sabar nak tunggu MRT ni siap sampai ke Kajang sebab Stesen MRT Kajang betul-betul turun depan Sate Hj Samuri hahaha situ sedap makan satay fresh pastu anak-anak boleh main playground tepi kedai tu...heaven...one day fine dah siap nak pi lah. Tak payah pening2 cari parking...duduk MRT relaks sudah.

Syabas dan tahniah kepada semua yang menjayakan projek mega mrt ini, satu inisiatif membantu rakyat!
So korang ada masa beberapa minggu lagi nak naik MRT Malaysia puas-puas...apa lagi jom sebarkan hashtag #jomnaikmrt yeyy.


Klik Gambar Info Kebaikan Inteemor ⇑⇑⇑⇑
WhatApps Order: 013-6327333

13 comments:

  1. wah dah buka.. teringin nak try nanti bila lepak kl..

    ReplyDelete
  2. Ayat kita suka benda FREE tu mmg win. Kalau FREE terus ka bagus hehe

    ReplyDelete
  3. MRT terbaek lagipun ia hasil kerja hampir 100% anak malaysia so kita harus support public transport negara kita untuk lebih maju akan datang.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak.. best kan mrt. Sy naik dari sg buloh dgn anak2 hari isnin baru ni. Sebab hari bekerja, tak ramai sgt. Singgah ikea. Hahaha merasa la naik transport awam g ikea. Hehhe. Nanti nak jln smpai semantan. Nak cuci2 mata hehehe...

    ReplyDelete
  5. Perghh syokla dapat naik MRT .. nanti saya gi KL nak try la naik .. kang terlepas merasa ... kenapa tak dibuat terus ke penang ni ye .. hikhikhik ..

    www.hasrulhassan.com

    ReplyDelete
  6. rmi dh try nmpk nye naik MRT free ni..sronok qi jln2 naik train

    ReplyDelete
  7. Tak dan lagi nak try..kerja tak berhenti!

    ReplyDelete
  8. nak naik jugaklah nanti....hrp2 sempat merasa tiket free tu...hehehe

    ReplyDelete
  9. alaa jauh pulak nk merasa naik mrt free...haishh tp jeles tgk org lain naik...haha adoii
    setuju dgn ju...xyah la viral benda negatif...klu rs service kureng laporkan pd pihak berkenaan je...klu laporan x dilayan tu mesti kau yg tak reti berbahasa...haha gituuhh!

    ReplyDelete
  10. Wahhh seronoknya kak Juju dah merasa naik MRT. Hehe. Nani tak berpeluang lagi, tengok orang pun ramai kemain :D

    ReplyDelete
  11. Bagus MRT ni ye, duit hasil kita semua - rakyat Malaysia (hihihi x FREE -sorry!) Warga asing cakap tq kat rakyat Msia bila naik ;)

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com