Sejuk katanya...nak selubung dengan tuala macam ni. Musim sekarang kan sejuk, berangin je, terkadang tak payah buka kipas, sejuk dari pagi sampai ke malam. Lihatlah mimik muka Qaiser ilman 4 tahun 4 bulan, ada je lawak yang dia cipta. Tak pernah kering gusi si umi dengan walid melayan keletah dia setiap hari, ada je gerak gaya perlakuan keyakinan diri yang sangat tinggi nak ditonjolkan...nak menagih pujian...kembang tak terkira bila pujian pada dirinya hehe. Alahai anak!

Baru-baru ini, terjah ke Kenanga Wholesale City, saje window shopping tak beli apa pun cuma setakat nak makan je. Pergi bersama bapa saudara suami, julia ke shoplot lain nak usya tudung pucci yang trend sekarang kan, tapi tak berkenan di hati dengan warna terang benderang sangat hehe almaklumlah kulit pun bukan putih sangat nak tonjol...

Tak lama pun bersendirian, ingat mereka tak ada di luar kedai sebab mesti cari permainan untuk si Qaiser ilman...rupa-rupanya bila jumpa balik........haaaaaa mereka layan budak ni pakai costume HULK !

Hahaha, nasib sikit lagi umi nak jadi mak kau hijo tau haishhh!



Dia kalau bagi suruh pose, win sgt...tak payah suruh...ni mesti tengok kartun banyak sangat hehe

Berketul-ketul ye abam Qi, tak payah pi gym dah kan...pakai set ni terus leh nampak sado hahahhaa 

Dari makan-makan di Kenanga Wholesale City, sampai ke rumah tak mahu tanggal costume ni tau...alahaiii umi sebenarnya tak tau nak cakap apa...semua orang tengok budak ni bercostume hehehe sifat yakin diri dia menebal...kalah umi tau...so biarkanlah dia nak pakai...budak-budak kan...nanti besar abang Qaiser ilman sila baca entry umi karang untuk kamu ye...hehehe...ada-ada je budak nak besar ni.

5 Comments

  1. hahah mesti kelakar kan, smpi ke rumah pki custom tu, dpt bayangkan mcm mana..
    keletah budak kdg2 buat kita tergelak sendiri, inilah anak2 kita..

    ReplyDelete
  2. Wahai Qaiser, aunty menanti adik baru utk teman kamu lepas ni. HAHAHA
    Ummi Jue sihat ke???

    ReplyDelete
  3. Ni the hulk versi comel sangat ni. Hehehe :D

    ReplyDelete
  4. alah comelnya dia...Moga menjadi anak yang sentiasa berbakti pada keluarga dan agama.. aamin..



    yanieyusuf.com

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)