Terokai Keriangan Berganda 3 Tempat Taman Tema I-City Shah Alam | Julia Johari
Booking.com

Terokai Keriangan Berganda 3 Tempat Taman Tema I-City Shah Alam


Baru lepas mengarang penginapan hotel terdekat di I-City Shah Alam terus julia tak tunggu dah menaip pengalaman tika berada di sini bersama keluarga tercinta dan ipar duai. Sangat menyeronokkan sebab dekat sini bukan setakat mesra permainan untuk orang dewasa malah terbaru ada disediakan Fun Ride terbaru untuk kanak-kanak. Satu bonus untuk anak-anak buah julia dan abang Qaiser ilman sendiri untuk melepaskan rindu dendam bermain puas-puas.



Lihat gambar dibawah yang julia snap sendiri tika berada didalam kereta, betullah apa suami dan adik ipar cakap, dekat sini memang syurga permainan kanak-kanak. Julia memang beri keutamaan kepada anak dalam apa jua tempat pelancongan yang julia nak stay dan pergi. Tak syok lah kalau port untuk diorang tak ada, rasa gembira tu tak kesampaian. 

Bila tengok dengan mata kepala sendiri, okey percayalah korang dekat sini memang best. Masa ini diwaktu pagi, sesi mula permainan ini disebelah petang ke malam tau...sesambil tu lepas check in hotel, jom kita turun jalan kaki jalan-jalan kawasan sekitarnya. Jom!

Fun World - ini adalah sebahagian permainan yang berada dikawasan fun world. Dulu mana ada semua ini, dulu semata-mata lampu i-city je julia pergi waktu memula kahwin 5 tahun lepas hehe. Ada track boleh naik bawa kereta bersama anak. 

Jom tengok apa lagi yang ada kawasan sekitar hotel ni.

Tak berani nak masuk time malam..sebab asyik dok dengar orang kena sergah je dari luar hahahha kelakar hantu-hantu ni tau...tetiba je terlepas dekat ruang luar ni pastu buat-buat sergah orang...nyampah hahaha...

Korang tau tak ada moment abam Qi ternampak hantu terlepas dari sini, dia punya lariiiiiiiiiiiiii tak cukup kaki tau hahahhaha aku sebagai mak hanya mampu gelak guling-guling hahahahha adoiiiii (pecah perut)

Trick Art Museum pun ada...bila tanya satu tiket kanak-kanak berapa? Erkkk telan ailio je lah...mahal hahaha eh korang kalau ada duit lebih masuk jelah...best gak dari luar juju tgk.

Mahal...mahal hahaha bagi julia melampau mahal nak masuk sini...pejam mata, dekat area dalam red carpet pun leh bergambar...contoh macam dekat gambar bawah sikit ni...scroll sikit 

Hahahhahaha hi abam hijau...i love u forever ever la hahahahha ini je yang aku nak...patung lain aku tak mau la...hahaha mujur dekat lobi kaunter dia ada dan diorang kasi bergambar...cukup jimat haha

Budak-budak sukalah, kat sini mesra permainan macam-macam...bila tengok diorang gembira, mak bapak berganda gembira.

Abang Qaiser ilman bersama abg sepupunya, akrab diorang berdua ni, moga kekal lah sampai dewasa ye.

Anak-anak buah julia seronok dan tak sabar dah nak main kawasan ni, cantik dan bersih betul kawasan ni diorang jaga, suka sangat!

Dengan adik ipar julia, ain ni berani tau...berani mencuba permainan yang sangat rare...nanti julia cerita...teruskan membaca hehe

Snowalk I-City Shah Alam
Tanpa buang masa, nak check in hotel lambat lagi, kami mai awal jam 10 pagi apa nak buat? Kita masuk Snowalk dulu la...jimat masa, jangan termenung je, terus beli tiket masuk sini tau.

Harga Snowalk:
Pagi hingga 6 petang (kami beli waktu pagi, nak jimat beli sebelum jam 6 petang)
Dewasa - RM25
Kanak-kanak - RM20

Selepas jam 6 petang
Dewasa - RM35
Kanak-kanak - RM30

Murah kan? Suami yang belanja...kita ikut je lah...baju sejuk tak payah bawa tau, kat dalam snowalk diorang bagi baju sejuk ada size. Cuma kasut but dan sarung tangan je tak sediakan, korang boleh beli dekat kaunter no hal, tak mahal mana pun sewa. Stoking pun diorang jual dalam pakej sewa but. Nak tinggalkan kasut sewa lah loker, murah juga.
Untung datang waktu pagi, tak sesak langsung.

Abang Qaiser ilman ni dah tak sabar nak main salji ice, bila tanya dia abang Qaiser ingat tak main snowalk di Genting Highland dulu? Dia ingat, dia cakap dia tahan sejuk...memang budak ni kebal sejuk...perghhh

Suami dan ipar julia beratur beli tiket di Snowalk, di sini boleh juga beli tiket untuk water world i-city tau...dah alang-alang beratur beli je sekali senang.


Jom masuk, tak sabar dah, ini kali kedua julia masuk snowalk i-city, 5 tahun lepas dulu masa baru kahwin, sekarang bawa anak umur 4 tahun hehe

Kami dah pilih jaket sejuk, sekarang nak beli kasut but dan sewa loker nak simpan beg dan selipar. Tengok abam Qi tu dah la pakai seluar pendek, maknya punnn hahhaa...tak apa, jangan risau, kasut but budak-budak sini tinggi so bila pakai hapus lepas lutut...selamat !

Amboiiii abam Qi, bergambar ala-ala sejuk dah tu haaa padahal dok luar lagi ni...dah ruper macam anak eskimo hahahhaha geram tengok pipi dia nak cium!

Seronoknya diorang, memang kawasan ni sesuai untuk semua peringkat umur, budak-budak boleh main gelongsor ais banyak kali...

Adik beradik...the best daddys ever!

Korang, port ni kanak-kanak suka, boleh main basikal ice hehehe
 
Mujur ada 4 basikal, tak berebut diorang nak main haha

Sementara diorang main basikal, mak bapak boleh main game ni, seret bola piring lawan siapa menang kumpul mata haha

Bergambar dengan anak tersayang!

 Syok tengok walid dan Qi main seret atas ais hahahahha memacam bising diorang ni tau hahaha lagi satu ada gambar naik keretapi mini beramai-ramai lupa plak amik gambar, best ooo naik keretapi dalam ni.

Gambar paling menarik, abang Qi pandai berlakon aksi sejuk hahahha 

Water World I-City Shah Alam
Lepas penat bermain banyak kali dalam Snowalk, kami balik hotel rehat, solat dan makan. Dalam jam 3 petang kami turun mandi jalan kaki je dari hotel ke Water World i-city, hoooyehhhhhhhhh part ni paling syok, paling best dan paling puas hati. Cantik sungguh Water World i-city ye, kagum banyak port mesra kanak-kanak untuk bermain air puas-puas.

Tudiaaa, sampai dah, apa lagi jom masuk, tak payah dah beratur beli tiket, tunjuk resit je boleh masuk dah...

Masa ni ramai sungguh orang, kami sewa loker simpan barang termasuk selipar, sewa loker tak mahal juga, walaupun ramai orang tapi tempat ni selesa untuk mandi manda, besar weh!

Tak terucap dengan kata-kata best sangat!

SAHUT CABARAN kononnya...
Juju di cabar ipar duai untuk naik pertama kalinya 'The Ultimate Tornado Spiral Slide' yang sangat seram gilaaa hakak ko sahut cabaran haha... inilah gambarnya. Kena 4 orang naik benda ni...paling terasa kena bawak pelampung super besar dan berat naik tangga tower yang sangat tinggi...separuh nafas hilanggg hahaha...hilang debor...nafas tercungap2...dah sampaiii haaaa ko punya lutut lembik kaw kaw...dengar orang pakat jerit dalam lubang tornado tu...kau rase? 
Aku rase nak patah balik...hahahaha...

Kena PERLI...haha
Orang life guard tu cakap...' akak dah simpan wasiat ke ' amboiii nampak nauuu muka akak ni nerbesssss **tampo kang hahahahahahahaha...sekaliii aku turun bertonado nado nadoooo dlm lohong ni dik oiiii..kena hentak kena guling kena spin macam macam...Ya Allah aku jerit sekuat hati...ko dah pegang kuat pelampung tu pun rasa dah nak tercabut sebab kesan lanyakkannn bertubi tubi, benda ni dia seret kau kiri kanan, hempas macam batu, aku tutup mata kahkah....

INSAF !
Seriusssssssss aku INSAF! Sudahlah juju...ko jgn nak tunjuk hebat sgttt kat bebudak ni...ko penakuttttt hahahahahaha tapi kan korang kena cuba sekali seumur hidup naik...korang mesti jadi macam juju INSAF TAUBAT TAK MO NAIKKKK DAH! Jangan cabar hakak ko dah hahaha 
Okey selesai cerita part mandi, kami balik rehat, solat makan semua...dalam jam 9 malam kami ke........baca dibawah.


Itsy Bitsy I-City Shah Alam


ITSY BITSY i-City time yeyy! 

Banyak betul mini ride dalam ni, sesuai untuk anak-anak kecil bermain, per entry setiap permainan kat sini RM5 sahaja guna kad point...nampak ketat sungguh staf bertugas disini semak ketinggian kanak kanak...yang melepasi ketinggian tertentu sahaja dibenarkan bermain, ke semua permainan mini dalam ni berpusing secara selamat, tak ada yang ganas2...mai tau korang, anak anak mesti suka punyalah, terbaik ! 




Diwaktu malam, ramai ye orang, semua pakat bawa anak masing-masing. Jangan risau kat sini semua permainan di kawal ketat keselamatan.

Enjoy sungguh abang Qaiser ilman naik dengan kakak, abang sepupu dia hehe.


Mak bapak selfie berdas-das, kat sini orang dewasa tak leh main, nak main sila ke area buaian pusing tu, tapi kami tak pi sebab nak enjoy tengok anak main je hehe

Yeyy, tamat sudah 3 taman tema kami sertai dalam masa satu hari, ye satu hari tau, puas hati dengan penatnya, dengan kaki rasa nak tercabutnya memang enjoy sungguh anak beranak...korang bila lagi...pi la terjah minggu ni...dekat je pun...lepas ni nak update cerita Legoland...bye!

Website:


Alamat: 
Jalan Multimedia,
40000 i-City,
Malaysia

10 comments:

  1. syok la tgk...masuk snow tu pastu mandi plak..mlm jln2 lg...tp yg tornado tu seram juga hehe

    ReplyDelete
  2. Best nya! Nak stay jugak one day. Dlu g malam je.. Huhu..

    ReplyDelete
  3. frust la ju..ada gambar yang tak keluar....esok2 saya singgah mai tengok gambar lain...

    ketawa saya baca entry nih..dah lain sangat I-city ni ye..makin syok.Ingat dulu rasanya ramai orang cintan cintun je mai ..kan?la ni depa buat tumpu pada budak2 pulak..lagi berfaedah..hahaha

    ReplyDelete
  4. Ya allah kak. Rasa mcm nk terjah i city mlmni je. Haha tp mmg nmpk agak menyeronokkan

    ReplyDelete
  5. banyak permainan dah dalam ni..dah lama tak eprgi..dulu lampu je ada..hahaa..

    ReplyDelete
  6. dah lama tak jejak kat sini julia.
    mesti dah banyak giler berubah ^_^

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com