NEW YORK HOTEL JOHOR BAHRU persis hotel 5 bintang ! | Julia Johari
Booking.com

NEW YORK HOTEL JOHOR BAHRU persis hotel 5 bintang !

New York, haa bukan New York oversea tu tau, ni New York JB dekat je dengan KL dalam 3 jam lebih sampai. Banyak-banyak hotel di JB kenapa julia dan suami sepakat nak pilih hotel ni melalui Booking.com? Haaa, terpukau dengan beberapa kawan sepejabat yang mengatakan....

Rentetan dari kisah klik link ---> SINI maka kami ke mari...

TERPUKAU dengan kata-kata ke?

"Kak ju, apa kata kak ju try menginap di New York JB, best tau, boleh kak ju review dalam blog, sebab saya dah duduk puas hati"


"Kak ju, dulu masa sepupu saya kahwin, saya dok hotel new york, selesa lah, bilik luas"...bla-bla-bla katanya....macam nak termakan dah ni umpan...

"Umi...apa kata umi batalkan hotel yang lepas...kawan abang cakap hotel tu luar je cantik...dalam perabot lama sangat tak berapa lawa seperti apa dalam gambar booking tu"

Terussssssss termakan pujukan kawan plus kata-kata suami, nampak tak disitu, memula booking lain, batalkan terus booking sini...bila kawan dan suami bagi feedback review dari pelbagai sudut macam tu, tak ke rasa terpaut nak cuba?

Harga? Lebih murah sikit dari harga asal julia booking awal hotel lain sebenarnya...so lagi jimat...nak tau okey ke tidak...baca pengalaman julia seterusnya dibawah.



Kemain merpati dua sejoli kat atas ni kan?
Merah mak long pak long ko...dari jauh orang yang berduyun nak pi ke tempat kerja stress tengok dua merpati ni heret beg baju macam nak balik kampung ajeee gayanya hahahha

Abam Qaiser ilman time ni membuta lagi kat belakang, jam 9 pagi bertolak dari KL ke JB...sejuk je pepagi...tu yang suka peluk suami tu opsssssss hahahhahha 

Harga berapa?
Soalan biasa lah kan kawan-kawan tanya, berapa julia semalam?
Jawapan: RM160 je semalaman (ikut harga booking.com masa tu lah) so julia sefamily plan nak menginap di JB 3H2M, total bersih RM320 sahaja.

Tips jimat masa menginap...
Masa check in time jam 3 petang kan selalu kita masuk kan? Jam  12 tengahari kami dah sampai bawah Hotel New York, suami cakap tunggu jam 3 lah kot baru leh check in....ehhhhhh kalau dengan julia ni memang tak la nak tunggu jam 3 baru nak tanya, jenis suka cepat, apa salahnya tanya kan...mana tau untung leh check in awal

Rupanya, jam 12 tengahari dah boleh masuk you ols, so pandang muka suami senyum lebar lah...bab check in serah pada juju...sebab julia suka bertanya...baik tanya dari sesat jalan...rugi je beb.

No deposit dengan cara ini...ingat.
Memula nak bayar cash RM320 tapi staff situ cakap by cash kena deposit dalam 70 lebih gitu sebab dua malam kan...erkkkkkk! 

Terus tanya kalau bayar by debit kad kena deposit tak?
Jawabnya TAK PERLU DEPOSIT.

Waaa....terus bayar by debit card, banyak betul faedah guna cara cam ni ye...by cash je kena deposit...so ingat ye, nak mudah masa check kat sini guna debit kad...

VIP Parking
Suami dah call 3 hari awal nak dapatkan parking vip depan hotel ni, dia memang suka vip parking, mudah katanya nak keluar, biaq pi lah kat dia, duit dia kan...kalau juju parking basement hotel ni pun okey dah hahahhaha (selagi boleh jimat gituu).

Best service parking vip, masa memula kami nak sampai, terus bell boy buka kan kon dan angkat tangan tanda dah kenal nombor plat kereta kami....wauuuuuuuuu layanan bak 1st class tau, siap bukakan pintu, amik beg kami sampai bawa ke dalam hotel...perghhhhhhhhhhhh dah rasa macam melayang2 dah ni...selalunya servis macam ni kat hotel 5 bintang ke atas kan? Ni hotel 4 bintang pun servis macam 5 bintang...terus kembang montot hahhaa

Tadaaaaa, lawa betul hotel ni!

Keistimewaan Hotel New York Johor Bahru

  1. Staff Hotel - santun dan berbudi bahasa staf hotel sini, tanya dan call lah apa sahaja cepat betul servis diorang.
  2. Ruang - luas dan besar, setiap sudut julia perhati ruang tersangat besar.
  3. Bilik Hotel - julia tempah yang paling murah, superior je, tapi luas tau, siap boleh bawa toto kalau anak ramai. 
  4. Perabot moden dan lama - ye, masih ada cantuman perabot lama dan baru, tapi masih nampak elok dan cantik mata memandang
  5. Katil - empuk dan berbau bersih.
  6. WiFi - guna pasword nama kita sendiri dan nombor bilik kita menginap, wahhh advance.
  7. Pintu magnetik - sistem moden, mudah masuk dan keselamatan terkawal
  8. Aircond - julia set paling low pun tersangat sejuk.
  9. Bilik air - luas dan ada shower, tak ada bathup sebab bilik paling murah.
  10. Tingkap - view jalan besar dan pencahayaan sangat baik.
  11. Serika - setiap floor ada disediakan serika di luar.
  12. Breakfast - dua hari kami breakfast percuma dan semua hidangan bak hotel 5 star, sedap!
  13. Kolam & Jacuzzi - indoor swimming pool plus ada hot jacuzzi...syok!
Mari layan gambar puas-puas.

 









Indoor Swimming Pool & Hot Jacuzzi
Paling yang dinantikan oleh Qaiser ilman...jeng jeng jeng...
Kolam la apa lagi hahahha, memang betul lah kolam kat sini heaven sangat, paling best 2 kolam kat sini tersangat bersih, julia cuba nak cari lumut atau kesan licin lumut tak ada tau, tersangat puas hati tahap kebersihan kat sini...plus tak ada orang langsung masa kami mandi hari Khamis ni tau...agaknya orang bekerja tu sebab hotel ni tak penuh...yeyyyy abam Qi konker puas-puas.


Kami bergilir-gilir mandi hot jacuzzi kat sini, tak dalam sangat paras dada je, budak-budak tak boleh masuk dalam ni, sebab air panas kan...gilir-gilir jaga dan awasi abam Qi, budak tu kalau dah mandi memang dia berlagak macam orang besar, dia mandi kat tangga kolam je, kat sini tak ada baby pool, its okey, mandi kat tepi tangga tu pun dah puas hati. 

Sakan anak beranak mandi kolam...lenjan lencun dekat 2 jam kami kat kolam, sorang pun tak ada yang bertandang...haaaaaa memang best, pilih hari bekerja tau kalau nak fun dan enjoy macam kami, berbaloi.

Pstttt, kat sini pun ada sauna & gym, selesa julia perhati...bersih...so korang kalau suka dua aktiviti ni berbaloi sangat mai sini.

Jarang jumpa hotel 4 bintang ada mini market, tudiaaaaa, bestnya, kot - kot nak beli barang runcit sini ada kedai dalam hotel sebelah lif utama je, best weh...abam Qi borong keropok lah apa lagi hehehe.

Sarapan percuma 2 hari !
Gambar sarapan aku tak snap lah, tapi korang percaya cakap aku kan, ke semua sarapan kat hotel ni sedap belaka, taraf hotel 4 bintang dengan servis sarapan yang best memang kena dah syaratnya...nasi lemak, nasi goreng, mee sup, buah-buahan, kuih muih, omelette, roti bakar dan kawasan ruang makan di cafe ni pun besar, aduyaiiii kenyang sampai ke tengahari tau...jimat lagi. 


Dari 5 bintang julia bagi markah 4 bintang untuk Hotel New York JB...best dan sangat selesa...puas hatilah...ni pengalaman julia sekeluarga ye, kalau pengalaman anda sebaliknya jangan samakan dengan pengalaman julia tika berada disana...ingat tu pesanan review bayar duit sendiri ni hahahha
Klik ---> #hotelke28juliareview


Dah kenyang suka hati....sekarang mari realisasikan impian Qaiser ilman nak ke sini nak naik kereta biru...pertama kali kami jejakkan kaki ke themepark...nantikan penjelajahan seterusnya travel kami akan datang...tunggguuuuuuuuu!

18 comments:

  1. akk pun dh jatuh cinta dengan hotel ni..
    if ada rezeki dtg legoland blh la stay sini...

    ReplyDelete
  2. best kan kak ju... i dah kata dah.........;)

    ReplyDelete
  3. bole feel2 kt new york la juju..tp versi msia hehe...cantik juga wallpaper dlm bilik..pool pn indoor...syok la...

    ReplyDelete
  4. pernah stay sini, dan akalu p jb memang sini jadi lokasi pilihan, antara hotel yang breakfastnya sedap sangat.swimming pool sesuai untk dewasa sahaja, anak2 tak boleh main sesuka hati. itu kelemahan.

    ReplyDelete
  5. Not bad lah hotel new york. Harga oun worth it. Mmg nampak classy. Next time kalau sis gi jb nak try book new york hotel. Hehe

    ReplyDelete
  6. Not bad lah hotel new york. Harga oun worth it. Mmg nampak classy. Next time kalau sis gi jb nak try book new york hotel. Hehe

    ReplyDelete
  7. Suka baca review Kak Juju terasa nak ke JB sekarang juga..
    May be next visit boleh stay hotel ni..

    ReplyDelete
  8. Bestnya dpt pergi New York Hotel... Rasa mcm nak pergi lagi... http://puterahelmei.blogspot.my/2016/04/menginap-di-new-york-hotel-johor-bahru.html

    ReplyDelete
  9. Bestnya dpt pergi New York Hotel... Rasa mcm nak pergi lagi... http://puterahelmei.blogspot.my/2016/04/menginap-di-new-york-hotel-johor-bahru.html

    ReplyDelete
  10. wow hebat ni hebat..kene take note hotel ni if tersesat sampai JB kan ;)

    ReplyDelete
  11. ok sgt tu.. tp katil tu kompom dari 2 single bed tetiba jadi rapat kannnn.. betul tak? hahahha jue pun buat gitu.. tambah kami 4 orang lagi lahhh

    ReplyDelete
  12. ok next time pergi JB, kena stay kt hotel ney york ni plak..

    ReplyDelete
  13. perghhh... siap semua ada.. murah gilakkk... best lak tuuu

    ReplyDelete
  14. bestnyeeeee..lamenye x holidayy..hukhukhuk

    ReplyDelete
  15. memang berbaloilah..next time gi sana boleg try duk sini

    ReplyDelete
  16. Bestnya kolam dia kat dalam..
    Kalau bawa bebudak ini memang berendam jelah..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com