Kancil Tersayang Berbaktilah Kamu Pada Insan Terpilih | Julia Johari
Booking.com

Kancil Tersayang Berbaktilah Kamu Pada Insan Terpilih



Amat berat rasa benak di hati nak kongsikan kenangan manis suka duka kereta kancil kesayangan julia ni, saat korang baca entry ni, kancil julia sekarang sedang merantau jauh, tengah berjalan di atas hiway, berpisah dengan julia selamanya beserta surat beranak dia................ada sejarah lama yang julia nak kongsikan sejak dulu sehingga kini. 

Siapa cakap barang lama seperti Kancil ni tak ada nilai? Bukan nilai wang ringgit, tapi nilai sentimental value julia bersama dengannya. Bukan kerana sayang kebendaan dunia, tapi pernah kah korang mengarang satu cerita karangan pendek tika di sekolah 'Aku Sebuah Kereta'.

Pernah kan?
Begitulah julia rasa apa perasaan 'Aku Sebuah Kereta'. Banyak jasa dia, dari tahun 2009 lagi banyak dah dia tolong orang dari tak pandai bawa kereta sampai dah pandai bawa kereta, tumpangkan rakan-rakan julia yang nak balik rumah tapi tak ada kenderaan si K-Car ni lah bantu. 

Perasaan sayang pada kenangan dengannya tu sangat MAHAL ...kenangan dia berhujan panas, jarang nak rosak, pernah satu ketika julia alpa dan lupa nak tukar bateri kereta nak hampir kong dah time sangat jem. lampu kereta separuh nyawa Allah... dia tetap bernyawa ikan demi nak hantar julia pergi kerja...dia tak mati terus tepi jalan...tu julia sangat respect dengan keupayaan kancil.

Nak pergi berjalan atau outstation kerja masa bujang dia jugalah yang kuatttt meneran dan meraung sehabis mungkin isi perut enjinnya mendaki naik bukit semata-mata nak julia sampai dengan selamat, tak pernah dia buat hal tengah jalan, senazak dia punnn dia akan tetap bawa julia sampai ke destinasi selamat....begitu kasih sayangnya dia SEBAGAI SEBUAH KERETA IDAMAN dimata julia. 

Mana mungkin julia boleh lupakan jasa dia sampai bila-bila. 
Tak mungkin lupa!

Niat Julia, SUAMI restu.
Paling susah nak share niat julia ni, tapi julia cerita dengan korang bukan kerana nak tunjuk julia ni bagus, baik atau menunjuk-nunjuk. Tapi julia nak kongsikan barang tersayang julia ni julia wakaf kepada Pusat Tahfiz di kawasan pedalaman yang sangat memerlukan kenderaan. Dimana dia berada julia rahsiakan ye.
Definisi Wakaf
Dari sudut bahasa perkataan Wakaf adalah berasal dari perkataan Arab ” Al-Waqf ” (اَلْوَقْفُ) yang bermaksud harta yang diwakafkan. Ia juga bermakna harta yang ditahan “Al-Habs” ( اَلْحَبْسُ ) atau harta yang dihalang ” Al-Mana’ “( اَلْمَنْعُ ). Mengikut istilah syarak pula, wakaf membawa maksud menahan sesuatu harta daripada pewakaf dan memberikan manfaatnya untuk kebajikan dan kepentingan agama dan umat Islam atau kepada penerima wakaf yang telah ditentukan oleh pewakaf sepertimana yang dinyatakan didalam hujjah wakaf dari mula harta itu diwakafkan hinggalah ke akhirnya semata-mata kerana Allah Subhanahu Wa Taala buat selama-lamanya dan ianya tidak boleh diambil kembali atau dimiliki oleh mana-mana individu.
Wakaf Khairi (Wakaf Kebajikan)
Wakaf ini terbahagi kepada wakaf am dan wakaf khas.
Bagi wakaf am ianya boleh diertikan sesuatu wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan manfaat umum umat islam mengikut hukum syarak seperti untuk kemudahan atau pembangunan ekonomi umat islam menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan dengan berasaskan hukum syarak. 
Bagi Wakaf khas pula ianya diertikan sesuatu wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan manfaat tertentu umat islam mengikut hukum syarak seperti mewakafkan tanah untuk tujuan masjid, surau, sekolah agama, perkuburan islam dan lain-lain yang dikhususkan oleh pewakaf. 
Dari definisi Wakaf di atas, dapat menjelaskan bahawa amalan soleh yang utama adalah yang mempunyai kesinambungan manfaat dan pahalanya pula akan berterusan selama mana harta wakaf itu masih dimanfaatkan. Ada harta yang menjangkau tempoh yang amat lama maka pahala itu berterusan selama mana penderma itu masih hidup (di dunia) sehingga selepas dia mati (Akhirat).
Suami sudah hubungi pusat tahfiz berkenaan, alhamdulilah sambutan dari seorang ustaz di pusat tahfiz berkenaan sangat diraikan dengan baik sekali, ustaz maklum mereka nak buat satu majlis doa selamat mendoakan kami dan rezeki yang mereka terima Allahuakbar, SubhanaAllah, indahnya hati mereka Ya Allah...walhal rezeki yang diwakafkan adalah biasa-biasa sahaja...tapi bukan biasa bagi mereka...seronok dengar mereka cerita.

Mereka sangat memerlukan kenderaan selain bas sekolah sedia ada yang sudah nazak...suami kata sudah sampai masanya kita hantar kereta ni untuk dia berbakti pada pusat tahfiz untuk kegunaan seharian mereka yang akan dijaga oleh beberapa ustaz.

Syukur alhamdulilah, tak sangka Allah permudahkan niat julia ni....bagi sesetengah orang berkata, 

'Julia jual lah kereta ni, boleh buat modal berniaga ke atau beli barang lain'
'Pakcik nak beli kereta kancil ni, julia jual tak?'
'Julia cantik kereta kancil ni lagi ye, tak nak modified ke bagi lawa lagi'

Kisah Mama Abah penat lelah cari...itulah sentimental value yang tak boleh ganti dengan WANG !
Ramai yang dah risik kereta ni, ya ramai. Bagi julia yang sayang kereta ni macam anak sendiri takkan sekali nak jual...bukan senang dulu abah dan mama julia cari kereta ni semata-mata nak julia senang pergi ulang alik ke tempat kerja dulu-dulu. Berhujan panas diorang jumpa owner kereta ni nak deal harga, zaman tu harga kereta ni RM9k lebih tau...mahal masa tu. Kongsi duit abah dengan julia dapat lah beli cash...alhamdulilah setelah 2 tahun lebih naik bas 2 kali tukar semata nak pi keje pagi buta.

Cukuplah...julia nak dia terus berbakti dan alirkan sama-sama pahala tu masa akhirat untuk julia, abah dan keluarga julia.

Ceramah Agama 
Julia teringat masa menghadiri ceramah agama masa bulan ramadan, nak sedekah ada banyak faktor, paling julia ingat sedekah lah barang yang kita PALING SAYANG. Itulah sebenar dan sejujurnya iklas sedekah.

Julia dan suami sepakat dengan bantuan adik suami, kami grooming kereta kancil julia ni jadi cantik dan baru. 

Tukar 4 biji tayar baru terus termasuk tayar spare, basuh dan polish kereta jadi kilat, bersihkan dalam kereta sebaik mungkin, seakan nak serahkan barang yang paling cantik pada si penerima pusat tahfiz nanti.

Pagi tadi, 27 Sept 2016, 4 biji tayar lama di ganti baru on the spot.

Balancing dan alignment sekali.

Tayar kancil baru tengah servis

Steering inilah yang julia selalu gunakan...pulas ke kiri dan ke kanan...tetap shining macam tu juga lah

Bateri baru, minyak enjin pun dah tukar, semua dah tukar ganti elok-elok...alhamdulilah.


Cantik kasut baru dia, sayang anak umi...umi sayang kancil tau, umi doakan kancil selalu sihat, berjalanlah di muka bumi Allah ni dengan buat kebaikan selalu...umi tahu, awak memang kuat...naik bukit tinggi pun awak kuat kancil...kagum sangat dengan awak! (sebak)


Setelah dimandilkan...bersih kilat berseri dah dia. Putih salju.


Awak dah ready kancil, nak jalan jauh ni, hati-hati tau...umi tak ikut sekali...walid hantarkan kancil nanti...jangan sedih...ada sebab umi tak ikut...

Dah, dah julia jangan nangis lagi, kuatkan di hati agar dia dapat berbakti dengan Pusat Tahfiz tu elok-elok, harap selamat sampai ke destinasi dia hari ini. 

Jangan nangis tau kancil, umi tetap sayang awak sampai bila-bila, awak dah banyak tolong umi time umi susah dan senang, bukan bermakna umi buang awak, umi sayanglah umi hantar kancil ke pusat tahfiz, bukan umi tak nak hantar, umi tak nak nanti umi berubah hati....berubah hati tak sampai hati.....jangan fikir gitu ye kancil...selamanya umi tetap sayang awak...

Nanti hati umi dah kuat, hati umi dah stabil, umi datang ziarah tengok awak ye kancil, umi nak senyum puas-puas, umi nak tengok awak gembira bersama anak-anak tahfiz di sana...umi doakan...jangan risau kat sana kancil ramai kawan, umi janji, nanti umi datang lawat, meh sini nak peluk cium puas-puas mmmuahhhh!....okeyyyy dah cukuppp menaip....basah dah pipi dengan air mata kasih sayang...

Allah, jaga dia untuk pelaburan saham akhirat kami...amin

13 comments:

  1. Alhamdulillah. Moga semuanya selamat dengan izin Allah.

    Betul la tu. Jika nak hadiahkan sesuatu kepada orang, hadiahkanlah barang yang paling kita sayang. Dan tentunya masih lagi elok.

    Moga Allah limpahkan rezeki berganda-ganda buat Ju dan family, buat family sekolah tahfiz dan buat kita semua. Aamiin.

    ReplyDelete
  2. mmg sayang kete lama tu..org kata ada sentimental value...tp tkpe..juju nk wakafkan ke pusat tahfiz..alhamdulillah, smoga urusan dipermudahkan...akak punya kete kelisa pn dh 10 thn lg lama dr usia kancil juju...rmi yg tnya nk bli tp akak syg nk jual sbb kelisa dh tkde keluaran pn...senang kete kecik nk cilok2 hehe

    ReplyDelete
  3. Al- hamdulillah , semoga dipermudahkan segala usaha murni Julia sekeluarga

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. semoga sis sekeluarga dimurahkan lagi rezeki..
    and i feel you sis..
    Perasaan sebak berpisah dengan kenderaan yang banyak berjasa..

    ReplyDelete
  5. alamak awat mata i pun berkaca pas baca entry juju niiii? T__T

    Alhamdulillah ju...semoga rezeki juju sekeluarga semakin murah lepas ni...amin

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah bila baca keta kancil nie akan berjasa ke pada mereka yg betul2 memerlukan...saham akhirat utknju dan keluarga...susah senang bersama macam susah nak berpisahkan ju...redhakan pemergian kancil utk berbakti kepada yg lain..in sha allah ju akan happy

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...semoga beroleh pahala...amiinn

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah...semoga beroleh pahala...amiinn

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, niat yg baik d sertakan dgn perbuatan yg baik..moga2 Allah swt limpahkan pahala bt julia..
    saham akhirat..moga2 terus berkat..

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah, moga niat baik ini menjadi pelaburan saham akhirat paling bermakna buat julia sekeluarga di hari kemudian.
    saya tahu perasaan utk melepaskan benda yg paling kita sayang :')

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com